Percutian tak dirancang ke Hot Spring Sg Klah. Berendam di Air Panas di Perak

hai assalammualaikum

Unplan Trip: Berendam di Hot Spring Sg Klah - Ya, ni percutian tanpa dirancang. Selalunya kalau percutian tanpa dirancang ni, elok je, best je..hahaha. Kalau yang plan tu, sampai ke sudah tak perginya. Hah, entry sebelum ni nad ada cerita makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah. Lepas makan, baru best nak pergi berendam dalam air. Perjalanan dari Nasi Bamboo ke Hot Spring Sg Klah dalam setengah jam juga la. Masuk dari kawasan kebun, rumah orang, barulah sampai ke Hot Spring Sg Klah ni.



 

Unplan Trip: Berendam Di Hot Spring Sg Klah

Nad pernah pergi sini sebelum kawin. Dulu dan sekarang dah lain sikit. Adalah beberapa yang masih sama. Ni pun kakak yang ajak sebab dia tak pernah pergi sini. Dia cakap tiket tengah murah. Kita pun on jela.


Harga Tiket Hot Spring Sg Klah
Kalau tengok gamabr, tu harga asal, tapi masa nad pergi dia buat promosi. Tak tau promosi sampai bila.
Dewasa : RM12
Kanak-kanak: RM10 ( 5 - 12 tahun)


Masuk dalam ni, tak boleh bawa makanan dan telur sendiri. Beg korang akan diperiksa dahulu supaya tak bawa benda yang tak sepatutnya. Semuanya kene beli dekat dalam ni.




Masuk sini boleh naik keretapi yang disediakan atau jalan kaki je. Kitaorang decide jalan kaki je, sebab nak tengok keindahan sekeliing. Best laluan bila naik jambatan. Tepi-tepi pokok, pastu ade sungai air panas. Nampak asap dekat air tu. Tempat ni redup sebab banyak pokok-pokok.


Dekat sini ada pondok, tempat letak beg semua. Siap ada locker untuk simpan barang. Tak pasti berapa tak ambil gambar la pulak. Biasalah, excited, nak pergi berendam..hahaa. Lama dah tak berendam.

Hot spring ni ada 3 kawasan tempat mandi, satu memnag besar, air sejuk, siap ada gelongsor lagi, satu lagi tempat budak-budak dan satu lagi kolam air panas.



Mula-mula pergila tempat budak-budak dulu, bagi diaorang seronok mandi. Siap belikan pelampung dan pistol air.




Lepas tu pergi tempat kawasan yang besar sikit. Tempat mandi yang besar ni ada kawasan yang dalam . Jadi sesuai la untuk orang dewasa berenang dekat situ. Dekat sini juga ada dua gelongsor. Satu gelongsor lebar, satu lagi panjang dan tinggi.

Tengok anak buah naik, ish seronok pulak, terus nad rasa nak naik juga. Bila dah naik, best gila...hahaa. Gelongsor tu laju, berulang kali nad naik gelongsor tu.



Satu lagi kolam air panas. Hah yang ni air dia panas, tapi takda la panas sangat. Syok juga berendam dekat sini. Kalau tengahari terik, kene tahanla..hahaa. Tapi masa nad masuk, takda panas sangat, macam mandi air suam tu.






Disebabkan dekat sini kawasan Hot Spring, jadi ada air yang memang panas sangat siap boleh rebus telur. Tak ingat satu biji telur berapa. Ikutla korang la nak rendam berapa lama. Kalau nak buat telur separuh masak, rendam sekejap je, kalau nak telur rebus, rendam lama sikit.



Dalam ni ada kedai makanan, jadi jangan risau, korang lapar, beli la makanan dekat sini. Tapi tu la harga cekik darah..hahaa. Biasalah. Kitaorang pun beli makanan ringan-ringan je, sebab sebelum masuk sini dah makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah

Okla, best datang sini. Hot Spring ni buka dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Dekat sini ade resort, kalau nak duduk sini, bolehla stay dekat resort dia. 



Bolehla bawak family dekat sini. Masa nad pergi alhamdulillah cuaca baik, sebab pagi tu dah hujan lebat. Kawsan memang sesuai untuk family. Cuma hati-hati, jaga anak kecik dekat kawasan air panas. Oh lupa dekat sini wash room dia besar, nak tukar pakaian takde sesak.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

21 comments so far,Add yours

  1. Best tempat ni,especially untuk merawat penyakit kulit ☺️. Saya dah 2 kali ke sini.

    ReplyDelete
  2. Wow nampaknya best lar. Terutama sekali bab masak telur tu. :D

    ReplyDelete
  3. bestnya picnic..tak pernah lg sampai sg.klah nie ramai kata best

    ReplyDelete
  4. Sekali tengok macam familiar je rupanya sis dah pernah ke sini. Menginap kat Felda Hotspring Resort ni. Pernah juga rebus telur kat situ. Masa mula2 nak try air panas situ macam tak tahan panas tapi lama2 boleh tahan.

    ReplyDelete
  5. Unplan punya trip normally best and amazing right. Same goes to us. Sure our son will love this, water play, slide and train. InsyaAllah nak horay horay juga bila singgah Perak. Ps. Tak sabar nak try skill rendam telur. Half boiled egg.

    ReplyDelete
  6. Kolam air panas😍 Nak try juga sekali mandi kolam air panas. Nak fefeeling gitu

    ReplyDelete
  7. Cantiknya tempat ni. Nak try juga lah pergi.

    ReplyDelete
  8. penang hujan tiap2 hari ni, hot spring time2 cuaca begini mmg best ..... dulu last pergi hot spring 10 thun lepas dekat Kedah tu

    ReplyDelete
  9. Luas nampak hot spring ni. Siap dengan gelongsor. Puas hati anak-anak kalau bawak dorang datang sini kan.

    ReplyDelete
  10. wahh sesuai ni bawak keluarga bercuti, banyak aktiviti boleh buat :D

    ReplyDelete
  11. cantiklah tempat dia, banyak fasiliti pula tu..memang best lah dapat mandi kat sini :)

    ReplyDelete
  12. Wah.....sronok nyer Nad dpt berendam dlm hot spring. Rindu nak buat activity macam nie lagi.

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaa nad! Ciksun da lama tak berendam hotspring camni..tengok nad pergi berendam, macam syokk aje! Harga dia pun not bad.

    ReplyDelete
  14. Bestnya lama tak pergi hot spring dah.. Bila lepas rendam, rasa fresh terus satu badan... Nak plan g situ juga la nanti...

    ReplyDelete
  15. Best kan mandi hot spring nie - Rawlins suka berendam hot spring. Keluar je mesti rasa segar badan - especially lenguh2 badan.

    ReplyDelete
  16. Bab mandi gini anak-anak sukalah kann..x kisah kat mana pun...bestnya lahaii...Sis anak dah besar-besar, nak gi tempat gini ermmm...faham-faham aje laaaa

    ReplyDelete
  17. Tu dia cantiknya tempat mizrockers pergi kali ni. Siap ada keretapi sediakan menarik betul. Nak bawak anak2 mandi sini jugak la. Suasana dia best

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak pergi Sg Klah ni. Balik kampung nanti nak singgah la sana.

    ReplyDelete
  19. Dah siap permainan dalam tu. Masa kak ana g dulu masih dlm pembinaan. Rasa nk repeat lagi je lah nanti

    ReplyDelete
  20. Best tempat dia, npk cantik view dia blhlah bwk cucu2 gi sini, blm pernah lg pg

    ReplyDelete