Fernleaf Lancar Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak dengan Nutrisi SmartGro™ - Dalam dunia keibubapaan masa kini, satu perkara yang sering bermain di fikiran ibu bapa ialah, adakah anak-anak kita mendapat nutrisi yang cukup untuk membesar dengan sihat, bijak dan seimbang? Baru-baru ini, Nad berpeluang menghadiri satu majlis pelancaran Fernleaf, yang memperkenalkan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak dengan nutrisi SmartGro™ yang dipertingkatkan.
Seiring dengan perkembangan teknologi, kanak-kanak hari ini membesar dalam dunia yang serba pantas dan digital. Statistik yang dikongsikan semasa majlis tersebut agak mengejutkan di mana lebih daripada 90% kanak-kanak di bawah umur lima tahun melebihi had masa skrin yang disarankan. Ini bermakna pendedahan awal kepada peranti digital semakin meningkat, sekaligus memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.