hai assalammualaikum

Leede Shakolat 2 in 1, Minuman Mengenyangkan Dan Bantu Kawal Nafsu Makan - Orang nampak nad kat gambar je kurus, tapi ada bahagian-bahagian badan ni dah naik tau. Anak-anak pun dah mula tegur lagi-lagi bahagian perut buncit. Hahaha. Semenjak dua menjak ni memang nad rasa nak makan je. Perut asyik lapar je. Makan pulak bukan dalam kuantiti yangs ikit tapi banyak.

Bila dah naik badan, hah mula la gelabah. Jadi, kita pun nak kawal makan ni, kita cuba Leedee Shakolat ni. Ni pun sebab kawan yang cadangkan, suruh cuba shakolat ni. Nama pun dah shakolat, mestila minuman coklat, tapi bukan coklat kosong, ada bahan lain yang sangat bagus untu mengenyangkan perut kita dan bantu kawal nafsu makanan. Bila kita makan benda yang mengenyangkan ni, takdala kita nak makan sahaja kan.

SINOPSIS KAU CIPTA KASIH DRAMA TV3

in , , by Nadia Johari, 07:51:00
 hai assalammualaikum

Sinopsis Kau Cipta Kasih Drama TV3 - Aku tak ingat aku tengok episod berapa, masa tengok Norlia Ghani tengah marah dekat Sherie Merlis pasal anak. Terus aku sangkut tengok cerita ni, sampai harini. Best sangat, aku kalau cerita best aku share dalam blog..hehee. Tak sempat tengok episod pertama, nanti cari dekat mana-mana, mesti ada yang share punya kan.

Walaupun tak tengok dari episod pertama, tapi dapat tau la yang kisah keluarga ni macam mana. Semua pelakon memang best, ada yang baru yang jarang aku tengok berlakon, tapi ok je takda kayu semua. Sebab tu layan sampai sekarang, sampai tak sabar apa cerita selanjutnya.
hai assalammualaikum

Pelancaran Kempen Sensodyne #ReclaimLifeSmallPleasures Memperkenalkan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair  - Nad pasti ramai yang alami masalah gigi sensitif. Bila makan makanan sejuk, manis atau panas, mesti akan rasa sensitif gigi, terasa ngilu. Bila jadi macam ni, nak makan pun rasa tak best kan. Tapi, sebenarnya masalah gigi sensitif ni boleh diatasi tau dengan ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.

Baru-baru ni, nad sertai pelancaran virtual kempen Sensodyne #ReclaimLifeSmallPleasures, untuk tau lebih lanjut berkenaan gigi sensitif dan cara mengatasi masalah ini. Banyak info yang nad dapat masa join virtual event ni. 
 hai assalamulaikum

Marrybrown Kembali Dengan Menu 'EGG-STRA ONG' Yang Lagi Power Dan EGG- STRA Bahagia Khas Untuk Tahun Baru Cina - Ada sini geng macam nad suka makan hidangan yang ada telur masin tak atau salted egg? Bestnya, Marrybrown kembalikan menu 'Egg-stra Ong, Lagi Power' kini kembali lagi, dengan limpahan sos telur masin yang menyelerakan lagi ‘power’ bermula dari hari ini hingga 28 Februari 2022 sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, yeah!. Nad pernah rasa sebelum ni, memang sedap, bila Marrybrown keluarkan menu ni semula, mau tak happy.

Marrybrown ni nad memang suka makan dari dulu. Memang tak pernah miss rasa kalau ada menu baru. Sinonim dengan slogan 'something different', bermula dari hidangan makanan malah penyediaan perkhidmatan yang sememangnya best, kini Marrybrown kembali lagi dengan menu telur masin mereka yang terkenal! 
 hai assalammualaikum

Rawatan Batuk Dan Selsema Menggunakan Essential Oil Young Living - Paling risau bila anak-anak batuk dan selsema. Lagi-lagi kalau baby, semestinya rasa tak selesa dan susah nak tidur. Macam nad, kalau anak-anak start batuk je, terus sapu essential oil R.C dan Lemon ni, kalau boleh taknak bagi diaorang demam. Lepas tu nad akan diffuse Thieves dan Frankincense. Lepas tu nad buat dilute, Thieves, lemon dan Peppermint untuk imun anak. Kalau dulu, nad selalu guna minyak balm baby, sekarang guna essential oil young living je.

Nad tau masih ada yang belum tau berkenaan Essential Oil Young Living ni. Bagi nadni adalah minyak power yang boleh digunakan seisi keluarga. Banyak kegunaannya. Pernah guna Frankincense untuk luka anak. Ada nad share dekat entry ( Guna Frankincense YL Untuk Pulihkan Luka ).Korang boleh baca.
 hai assalammualaikum

Telefilem Nafsu Mental Di Astro Citra - Setiap hari Sabtu nad memang tak lepaskan cerita telefilem di Astro Citra. Setiap hari sabtu cerita telefilem di Astro Citra memang best-best, dan nad akan tunggu jam 9 malam. Sebelum bersiaran, astro akan tunjukkan sikit tayangan perdana dia, macam trailer la. Setiap kali tengok tayangan perdana, buat lagi tak sabar nak tengok cerita tu. Sabtu ni, telefilem yang bertajuk Nafsu Mental akan disiarkan. 

Tengok tajuk, macam cerita berkenaan orang yang gila nafsu. Maksudnya suka dengan perempuan tu atau rogol ke apa kan. Bila tengok tayangan perdana dia, perempuan tu kene culik tak tau hidup ke tak, dengan seorang lelaki. Jadi tak dapat agak sangat cerita dia. So memang tunggu hari Sabtu nak tengok.
 hai

Top 5 Best Selling Fitness Weight Gainer / Mass Gainer in Malaysia - Many struggle for real, not only to lose weight, but to gain weight as well. Having tried to increase their calories intake with plates after plates of high carbohydrate foods and supplements, some would just end up without any significant improvements or becomes obese due to imbalanced nutrition.
 hai assalammualaikum

Sabun Candy Viral Menarik Tapi Bahaya Pada Kanak-Kanak Kecil - Makin lama orang makin kreatif. Sabun basuh baju pun boleh jadi menarik dibuat dalam bentuk candy dengan warna yang pelbagai. dengan kekreatifan ni, ada baiknya dan ada buruknya. Baiknya, memudahkan mak-mak untuk mencuci baju tanpa perlu sukat serbuk baju atau cecair yang selalu digunakan. Buruknya, sabun candy viral ni bahaya pada kanak-kanak kecil.

Tengok pada warnanya memang dah menarik perhatian. Siapa tak suka dengan warna yang colourful, warna warni macam ni. Dikatakan setiap warna ni mewakili haruman yang berbeza seperti lavender, chanel, rose, fruity dan macam-macam lagi. Setakat ni nad tak terjebak lagi membelinya. 
hai assalammualaikum

Bagus Juga Perangkap Tikus Jenis Melekat/Glue Ni, Beli Di Mr DIY, Guna Untuk Tangkap Cicak Pun Boleh - Lepas kucing mr mafia hilang bertahun dulu, memang kitaorang tak bela kucing dah. Adalah sebabnya kenapa, kitaorang tak bersedia lagi nak bela kucing. Sejak kucing takda, tikus, cicak mula la bermaharajalela di rumah ni. Asal ada makanan, adalah binatang ni. 

Yang cicak pulak, cicak moden mungkin, jenis makan nasi, lauk yang dibuang. Kalau pergi dapur nak buang ke, tiba-tiba ada je cicak tu bertempiaran lari. Dekat-dekat dinding nad letak periuk nasi pun ada. Sebab tu makanan, senduk ke apa ke, memang nad tak biarkan dekat luar. Takut cicak ni la, dia makan ke apa kan. Tak pasal-pasal kena penyakit kang.
 hai assalammualaikum

The Pink Stuff, The Miracle Cleaning Paste - Benda ni dah lama viral, tapi nad baru nak cuba. Nampak ramai retweet cleaning paste The Pink Stuff ni, katanya boleh hilangkan kekotoran dengan mudah tanpa perlu sental yang kuat. Jadi kita pun nak cubala, boleh ke hilangkan sikit kotoran belakang bontot periuk kita tu..hehee. Hah terus beli dekat shopee.

The Pink Stuff ni ada banyak jenis, ada jneis cleaning paste macam nad  beli ni, ada jenis spray, jenis cecair, ikutla korang nak yang mana untuk kegunaan apa. Macam and sebab nak guna untuk bontot kuali je, jadi beli yang cleaning paste ni.

BIG TAS' TEA PANDAN INDAH

in , by Nadia Johari, 08:58:00
 hai assalammualaikum

Big Tas' Tea Pandan Indah - Haritu kawan nad, Sally ada whatsup, tunjuk tempat makan baru dekat Pandan Indah. Tengok menu macam menarik, jadi kitaorang geng Ampang, geng cafe hunting (nad, sally dan cici) pun rancang pergi 31 Disember 2021. Jadi sempena menutup tirai 2021, kitaorang terjah makan di Big Tas' Tea Pandan Indah. 

Nak pergi ke kedai ni, ikut jela maps yang diberi. Lokasi memang mudah cari, tapi masalah dekat sini ialah parking. Pusing banyak kali juga nak cari parking, last-last kitaorang parking dekat Hospital Pantai Ampang, tapi kene bayar la. 
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2