AEON Mall Cerita Raya 2026 - Setiap kali Ramadan hampir ke penghujungnya, pasti ramai yang sudah mula terasa debaran untuk menyambut Hari Raya. Dari mencari baju raya, menghias rumah, sehinggalah membeli kuih raya dan persiapan untuk keluarga.Tahun ini, suasana Raya terasa lebih istimewa apabila AEON MALL mempersembahkan kempen perayaan yang penuh warna-warni dan makna menerusi Cerita Raya 2026.
Kempen Cerita Raya kali ini bukan sekadar dekorasi atau jualan perayaan semata-mata. Ia merupakan satu pengalaman yang menggabungkan keindahan budaya Malaysia, seni tradisional dan inspirasi flora tropika tempatan. Lebih menarik, kempen ini turut dijayakan dengan kerjasama Tourism Malaysia, menjadikannya satu sambutan Raya yang benar-benar mencerminkan identiti dan keunikan Malaysia.

