July 2020
hai assalamualaikum

Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Ke Kampung Untuk Orang Tersayang - Hah, Raya Haji pun dah nak tiba. Setiap hari countdown nak balik kampung. Perasaan gembira dan tak sabar bila dapat pulang ke kampung sambut Hari Raya Haji ni bersama orang tersayang. Bila dapat balik, mestilah bawa buah tangan untuk mak ayah ..hehee. Bawa kebaikan produk Apotec untuk orang tersayang. Sebab tengah ade promo, nad grab tiga produk. 

Satu produk untuk nad iaitu Apple Cider dan dua produk lagi untuk mak ayah dekat kampung. Memang kalau apa-apa, mesti teringat orang tersayang. Yela, kita kalau boleh nak jaga kesihatan, bukan sorang je, nak jaga kesihatan untuk orang tersayang juga. Nak sihat,biar sihat bersama-sama..gitu..hehee..

Sebab haritu mak ada telefon dia sakit kaki, sakit badan sebab penat buat kerja. Mak nad jual kuih frozen, jadi setiap hari mak akan buat kuih sebab sentiasa ada tempahan. Tapi tu la, bila mak ngadu sakit badan semua, nad pun risau. Takkan nak suruh mak berhenti buat kuih kan. Ayah pulak, kesihatan kejap ok, kejap tak, tapi tetap nak buat kerja, sebab kalau duduk je pun dia bosan.  Sebagai anak, mestilah kita risau, kalau boleh nak mak ayah sihat selalu.


Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Ke Kampung Untuk Orang Tersayang

Apotec ni dah lama ada di pasaran. Mungkin ada yang tak pernah nampak. Produk ni dijual di Constant Farmasi. Produk Apotec meliputi produk kesihatan dalaman dan luaran. Haritu nad order online di website Constant Farmasi , nad beli tiga produk Apotec, sebab tengah ada promo kan untuk 3 barang, jadi grab harga promo tu. Tiga produk yang nad dapatkan ialah Apotec Omega-3 Fish Oil (1300mg), Apotec Curmax Turmeric (250mg) dan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey (750ml).



Mesti korang nak tau, apa kelebihan setiap produk kan? Banyak sangat kelebihannya, memang elok untuk diambil setiap hari.


Apple Cider Vinegar With Honey ( 710ml )

Penggunaan cuka telah digunakan untuk pelbagai kegunaan isi rumah. Tu cuka kosong, tapi yang ni cuka yang ditambah dengan madu, bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita. Madu juga sangat berkhasiat, ia mempunyai jejak mineral dan vitamin apatah lagi antioksidan yang menghancurkan radikal bebas dan melambatkan penuaan. Rasanya pun lebih sedap, sebab ada rasa manis madu sedikit, dan masam cuka tu sendiri. Apple Cider ni diperbuat 100%  asli dan selamat, tanpa bahan tambahan; tanpa gula tambahan, tanpa pengawet, tanpa pewarna atau perasa tiruan, tanpa bahan kimia.

Bahan yang terkandung dalam Apotec Apple Cider Vinegar with Honey ni ialah air, jus epal pekat, madu dan juga cuka.

Banyak kelebihan Apotec Apple Cider Vinegar ni. Antaranya
- Meningkatkan pencernaan dan penyerapan
- Meningkatkan rasa kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
- Melegakan masalah sembelit dan membantu dalam proses detoksifikasi
- Bertindak sebagai antioksidan

Add caption

Macam nad, jenis mudah kena sembelit. Lepas minum Apple Cider tu, alhamdulilah, sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan baik je. Setiap pagi akan membuang dan perut pun rasa lawas je. Badan pun rasa ringan je. Sekarang, masalah sembelit pun selesai. Korang yang rasa nak diet tu, kuruskan badan, boleh cuba ambik Apple Cider Vinegar Apotec ni.


Nad ambil Apple CiderVinegar with Honey ni pada waktu sebelum tidur dan pada waktu pagi. Nad akan ambil 30ml Apple Cider dan bancuh dengan 180ml air suam. Pastikan ambil Apple Cider ni selepas makan. Apple Cider ni boleh diambil seisi keluarga.

Oh, lupa, produk ni halal dan dah diperakui oleh Jakim. Jadi jangan risau, jangan ragu-ragu nak ambil ye. Memang elok untuk diamalkan.



Apotec Omega-3 Fish Oil (1300mg), Apotec Curmax Turmeric (250mg) Untuk Mak Ayah Di Kampung

Dua produk Apotec yang nad nak beri dekat mak ayah di kampung, Apotec Omega-3 Fish OIL (1300mg) dan Apotec Curmax Turmeric (250mg). Biasalah, bila dah lanjut usia, dah berumur, banyak penyakit yang diaorang kena. Paham-paham jela orang tua, kadang ada je nak buat kerja macam-macam, jenis tak boleh duduk diam. Lepas tu, nanti ngadu sakit badan, penat semua tu. Nak suruh berehat je pun, nanti diaorang bosan. Sebab tu, nad nak bagi dua produk kesihatan Apotec ni supaya diaornag tetap cergas dan kesihatan diaorang terjaga.


Apotec Omega -3 Fish Oil dan Apotec Curmax Turmeric banyak kelebihan dia. Sebenarnya bukan sahaja untuk orang tua, untuk kita sendiri ambil pun elok.

Apotec Omega-3 Fish Oil

Apotec Omega -3 Fish Oil ni nad nak bagi dekat ayah, sebab ayah ada tekanan darah tinggi. Tengok kebaikan Omega-3 Fish Oil ni memnag sesuai untuk ayah.

Sebenarnya asid lemak penting untuk kesihatan manusia tetapi badan kita tidak dapat hasilkan asid lemak tu. Sebab itu, asid lemak omega-3 mesti diperoleh dari makanan. Sumber utama asid lemak omega-3 ialah dari sumber haiwan dan sumber tumbuhan. Sumber asid lemak EPA dan DHA haiwan yang biasa termasuk minyak ikan, minyak telur, minyak sotong, dan minyak krill.


Boleh tengok Apotec Omega -3 Fish Oil berbentuk softgel. Minyak ikan mengandungi banyak omega-3 asid lemak. Omega-3 asid lemak yang dengan kata lainnya dipanggil DHA dan EPA. Apotec Omega -3 Fish Oil mengandungi 650 mg EPA dan 260 mg DHA. Ia 3 kali lebih kuat daripada kapsul Minyak Ikan 1000mg biasa. Selain itu Apotec Omega-3 Fish Oil Highest purity – molecular distillation.

Kelebihan Apotec Omega -3 Fish Oil
- Menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung yang berehat
- Mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida LDL
- Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan
- Melegakan sakit sendi
- Memperbaiki simptom mata kering
- Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

Siapa yang memerlukan Apotec Omega-3 Fish Oil?
- Warga Emas
- Individu menderita kardiovaskular
- Individu yang mempunyai profil tinggi BP, Kolesterol, Lipid
- Individu yang ingin meningkatkan kesihatan kognitif dan sendi

Cara mengambilnya
Ambil 1-2 softgelsonce setiap hari selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor anda.

Apotec Curmax Turmeric (250mg)

Kita tau, kunyit memang banyak khasiatnya. Apotec Curmax Turmeric ni untuk mak tersayang. Harap lepas dia makan Curmax ni, kesihatan dia bertambah baik dan sakit sendi, otot semua berkurangan.

Apotec Curmax Turmeric menggunakan teknologi yang dipatenkan - UltraSOL untuk mendapatkan ekstrak kunyit semula jadi ( serbuk ekstrak Rhizome Curcuma lona ). Mengandungi hingga 95% curcuminnnoids - lembut ke perut kita.

Add caption

Ia mengandungi curcumin, zat dengan sifat anti-radang dan antioksidan yang kuat. Sifat-sifat ini memberikan kesan pelindung kepada tubuh kita, melindungi kita dari kerosakan radikal bebas dan mengawal keradangan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik.

Apotex Curmax menyerap 46 kali lebih baik, lebih berkesan dan hasilnya dapat dilihat dalam masa yang singkat.

Produk berkualiti tinggi, telah ikilangkan dengan perakuan GMP, HACCP dan MeSTI.

Kelebihan Apotec Curmax Turmeric
- Antioksidan kuat yang menyokong dan mengekalkan kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif
- Kesan anti-radang
- Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular.
- Meningkatkan kesihatan sendi

Siapa yang boleh mengambil Apotec Curmax
1. Mereka yang ingin menjaga kesihatan sel & meningkatkan kekebalan tubuh.
 2. Mereka yang menderita sakit sendi (osteoartritis dan rheumatoid arthritis). 3. Siapa yang menderita sakit otot dan neuropatik.
4. Mereka yang mahu mencegah penyakit kardiovaskular.

Cara mengambilnya
Ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan atau ambil 1 kapsul dua kali sehari selepas makan.

Harga Bundle Promosi

Macam nad kata tadi, nad dapatkan dengan harga promo. Constant Farmasi ada buat bundle promo untuk tiga barang Apotec iaitu Apotec Omega-3 Fish Oil (1300mg), Apotec Curmax Turmeric (250mg) dan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey (750ml ) dengan harga hanya RM200 sahaja.


Berbaloi kalau beli sekarang. Beli bukan untuk diri sendiri, boleh beli untuk orang tersayang di kampung. Kalau korang nak, korang boleh ke website https://www.constant.com.my/Salepage/Index/221336

Untuk maklumat lanjut boleh layari
hai assalammualaikum

Jack 'n Jill Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia Yang ' Ekstra O-Some '! - Masa nad keluar haritu, nad dapat panggilan, kata dari runner nak hantar barang. Dalam hati alamak, barang apa pulak. Dahla kat rumah takda orang. Lepas tu suruh runner tu letak je dekat dalam halamn rumah. Balik je, tengok bungkusan tu dekat tepi letak kasut. Bagus runner tu letak elok-elok. Surprise sangat ni, dari siapakah? Buka je, wah siap belon dan dalamnya biskut Cream-O dengan pelbagai perisa. Wah memang betul-betul surprise.


Mesti barisan hadapan yang bertugas untuk covid pun terkejut macam nad..hehee. Sebenarnya, surprise macam ni bukan nad je yang dapat, tapi surprise ni juga diberikan kepada pejuang barisan hadapan. Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, Jack 'n JILL Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ' Ekstra O-some '.



Jack 'n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penghantaran yang jasanya tidak ternilai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ). Kejutan ini telah dibuat kepada 100 penunggang foodpanda semasa mereka henda buat tugasan penghantaran. Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga dihadiahkan dengan kitterima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’, yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.

Sambutan mengenang jasa Cream-O ‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka,Ismail Izzani. Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar dirikreatifbersama nota terima kasihdalam apa jua bahasa. Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.


"Sejak beberapa bulan ebelakangan ini, sememangnya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. Pejuang barisan hadapan kami telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka. Kempen Cream-O ‘Ekstra O-Some’ adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian. Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama Cream-Ountuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini,” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Biskut sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah. Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.

Untuk maklumat lanjut, silar layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/


SERTAI JACK ‘N JILL CREAM-O DAN ZAHIRKAN PENGHARGAAN ANDA KEPADA PEJUANG BARISAN HADAPAN

Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, sertamemorabilia bertandatangan:

Langkah 1
Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendak lah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2
WhatsApp resit, <nama>, <no MyKad> dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada ‘frontliners’

Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke +6011-5500 1878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?

hai assalammualaikum

Minyak Kelapa Dara D'Aura, Lantik Dayah Bakar Sebagai Duta Dan Memperkenalkan Program Intrapreneur - Produk D'Aura memang dah dikenali dan nad pasti ramai yang pernah nampak dan kenal produk D'Aura ni. Kebanyakan produk D'Aura dikenali sebagai produk untuk ibu megandung, sebab produk ni berasaskan dari minyak kelapa dara, dimana kita tau, minyak kelapa dara ni memang elok diambil wkatu mengandung tapi sebenarnya ia sesuai diambil oleh semua sesiapa pun. Macam nad sendiri, pernah ambil produk D'Aura softgel ketika mengandung. Kesannya memang sangat bagus bagi nad, buat badan nad lagi cergas, tak penat dan hb semua ok.

 


Minyak Kelapa Dara D'Aura

Baru-baru ni, nad hadir ke majlis D'Aura di ODC Oasis Village, sempena AURAprenuer Meet & Greet Introduce dan Present D'Aura Ambassador. Paling teruja, bila dapat tau, pada haritu juga, minyak kelapa dara D'Aura melancarkan dua produk baru mereka untuk luaran dan berpantang. Apa yang paling menarik, bila nad tengok itirenary, ada satu sesi perkongsian daripada agent dan business talk. Tu yang buat nad tak sabar nak tau apa yang ingin disampaikan.


Semua orang tau D'Aura adalah jenama minyak kelapa dara no 1 di Malaysia. Pada tahun 2012, D'Aura secara rasminya telah memasuki pasaran dengan penghasilan produk OEM berasakan minyak kelapa dara yang pertama. Semua produk D'Aura dihasilkan dari kelapa segar tanpa sebarang campuran bahan luaran seeprti bahan kimia dan pencair. Ia melalui proses penyulingan pada suhu yang rendah untuk memastikan nutrien asli terpelihara. Keaslian dan ketulenan produk sangat terjamin kerana dihasilkan dari kilang sendiri.


Produk D'Aura, produk seisi keluarga, ibu mengandung, banyak sangat khasiatnya, antaranya sebagai Energy Booster dan atasi masalah gemuk, memelihara kecantikan alami yang kaya dengan antioksidan, pemeliharan kesihatan, menghindar masalah diabetes, dan banyak lagi. Produk ini telah digunakan hampir 1 juta pengguna setiap hari sehingga ke Brunei dan Singapura.



Dayah Bakar Dilantik Menjadi Duta Minyak Kelapa Dara D'Aura

Ok, nak tau tak siapa Duta D'Aura ni?


Hah, ni la dia, pengacara terkenal yang kerap ada di televisyen, Dayah Bakar. Tahniah Dayah Bakar, dipilih untuk menjadi Duta D'Aura. Memang sangat sesuai Dayah menjadi Duta D'Aura, sebab dia pun bakal menjadi ibu, bakal melahirkan cahaya mata yang pertama. Ni kali pertama nad tengok dia depan mata. Sangat ceria, rendah diri orangnya.




Dayah yang suka berinteraksi dengan peminat di instagram, berkongsi bahawa, ramai yang telah menggunakan D'Aura dengan memberikan feedback yang positif. Sebab tu, Dayah terus terima untuk menjadi Duta D'Aura. 

Masa mengandung ni la, memang banyak kita kena jaga. Jadi ambil D'Aura dapat bantu mencergaskan badan kita, beri tenaga dan memudahkan urusan bersalin.

Pelancaran Dua Produk Baru D'Aura

Memandangkan Dayah bakal melahirkan anak tak lama lagi, produk terbaru D'Aura memang sangat sesuai untuknya. Ni la dua produk terbaru D'Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil ( AVCO ) dan Set Bersalin D' Aura.





Produk D'Aura yang mendapat sambut ialah D'Aura softgel dan D'Aura Gold. Kita tau, dua produk ni ialah jenis kapsul dan minuman. Kali ni, mereka membuat produk untuk ibu berpantang dan kecantikan iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil ( AVCO ) dan Set Bersalin D' Aura.




Avco sangat best digunakan untuk sapuan luaran pada kulit dan rambut, boleh juga buat sebagai makeup remover guys. ⁣Ada dua bauan, Flower Fresh dan Morning Dew. Nad ada cuba sapu dekat tangan, best juga, cepat meresap, takda rasa melekit dan berminyak walaupun teksturnya berminyak.


Korang boleh tengok kegunaan dia ni dekat gambar yang nad letak. Bagus sangat kan.


Ni pulak Set Bersalin D'Aura. Lengkap untuk ibu dan anak. Jadi pada mereka yang tengah bakal melahirkan anak, boleh cuba Set Bersalin D'Aura ni.

Program Aurapreneur

Sesi yang dinantikan iaitu business talk. Hah, sesi yang nad nak tau sangat apa yang disampaikan. Mungkin sesuai untuk korang yang suka berbisnes atau yang sesiapa yang nak jadi usahawan.


Sebelum tu, perkongsian dari agent D'Aura sendiri. Tertarik dengan salah seorang agent yang dijemput untuk berkongsi pengalamannya menyertai D'Aura dan bagaimana dia menjadi agent. Cik Shiva, belum lagi berkahwin, bekerja dari kulinari, masuk ke bidang sales dalam team D'Aura, tidak tau apa-apa mengenai ibu mengandung, tapi dia belajar dan terus belajar. Pada tahun 2018, diberi peluang oleh Tuan Hj Zul, pengasas D'Aura untuk menjadi Entrepreneur, usahawan dalam D'Aura. Kagum tengok semangatnya, yang memang nak berniaga dan tak putus asa, akhirnya dia berjaya menjadi agent yang berjaya, dan mempunyai pendapatan yang sangat lumayan hasil dari jualan minyak kelapa dara D'Aura.


Ada sesiapa nak jadi seperti Cik Shiva ni. Hah, mungkin ada kalangan pembaca nad suka berniaga, nak jadi ushawan , tapi tak tahu macam mana, nak buat apa. Jadi korang boleh join program Aurapreneur ni. Program ni diaorang akan bimbing sampai berjaya. Bagi yang betul-betul serius dan rajin nak berbisnes, masa ni la korang boleh grab peluang ni.


Program ni tak perlukan modal, D'Aura sendiri akan anjurkan kelas-kelas percuma untuk membimbing orang ramai menjadi usahawan D'Aura sehingga berjaya.. Pergh mana nak dapat kan. Nak berjaya dalam berniaga, perlukan seseorang untuk bimbing kita kan. Baru boleh berjaya.


Kalau korang berminat, korang boleh datang ke Wisma D'Aura pada 8 Ogos 2020, pada jam 10 pagi sehingga 1 petang atau boleh hubungi nombor 019 9999 256.

Waktu PKP ni la ramai yang terjejas pendapatan kan. Mungkin ni salah satu punca rezeki korang yang hilang pendapatan. Mana tau, rezeki korang boleh jadi usahawan yang berjaya. 


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari:
Website : www.daura.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/daura_hq/
Link Tree : https://linktr.ee/daurahq






hai assalammualaikum

Kafe Kleptokrat, Kafe Unik, Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur - Selagi belum habis bulan Julai, selagi tu la birthday girl ye..hehehe. Jadi, kita jalan- jalan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan birthday girl ni. Kihkih. Sambil berjalan, kita hunting kedai makan yang best dekat Kuala Lumpur ni. Tertarik dengan satu kafe ni, luar nampak biasa je, tapi dalamnya, woww, menarik sangat. kafe ni sangat unik, klasik dan bestnya banyak sangat port boleh bergambar, sangat "instagramable". Oiii, memang suka gila la.


Kafe Kleptokrat, Kafe Unik, Klasik Dan Instagramable Di Kuala Lumpur

Kafe ni dekat Jalan Tun H S Lee City Centre Kuala Lumpur. Cafe ni berdekatan dengan Menara Maybank, belakang Hotel Arena. Kalau korang naik LRT, boleh turun dekat Masjid Jamek dan kene jalan sedikit. Kalau naik kenderaan, jangan risau, kawasan sini ada disediakan tempat parking.






Hah, nak masuk ke cafe ni boleh ikut pintu depan dan belakang. Tapi nad sarankan baik ikut pintu belakang, ada lorong kecik sebelah kedai Timothy, ada signboard tulis " pintu belakang"..hah, jalan la situ. Laluan belakang lagi menarik sebab laluan dekat situ, korang boleh nampak ada art dekat dinding yang korang boleh bergambar dan laluan nak ke cafe tu sangatla menarik. Mesti korang teruja, sebab setiap laluan, akan bergambar.. Hahaha.


Kalau tengok sekeliling, bangunan memang nampak lama, macam terbiar, ni uniknya, sebab bangunan ni memang dah lama dibina tahun 1920 mungkin dan mereka masih mengekalkan ciri bangunan asal tu. Bagus juga kan, sebab tempat ni jadi lebih unik. Jangan risau, bangunan ni masih kukuh.. Ehhehe.





Bila ikut laluan belakang, kena naik tangga, ni la rupa laluan nak ke Cafe Kleptokrat tu kalau ikut pintu belakang. Akan nampak pelbagai barangan antik, klasik macam kat rumah kampung dah. Memang santai la. Ni dating berdua memang best tempat macam ni.. Hehehe.


Ni lagi paling rare ok. Serius, hahaha. Masa nad nampak ingat almari ni memang saje di letak dekat sini, rupanya, almari ni ialah Pintu masuk ke Cafe Kleptokrat tu. Weii, kreatifnya diaorang buat pintu macam ni. Macam dalam movie Narnia, masuk dalam almari pergi ke dunia lain.. Hahhahaa. Tapi ni masuk ke dalam cafe. Teruja sangat bila tengok macam ni semua. Ofkos la kena bergambar kan.. Hahahaha..







Cafe dia memang sangat unik, klasik, cantik, dengan perabot lama, barangan antik, lantai berkayu semua ni. Bila masuk je rasa santai je, walaupun dekat luar suasana sibuk, Kuala Lumpur kan, tak sibuk tak sah.. Hehehe..




Sesuai sangat bawak keluarga, atau santai dengan kawan-kawan, berdating dekat sini. Dekat sini pun disediakan permainan snooker. Fuh, memang enjoy lepak sini, berhuhuhaha dengan kawan-kawan.


Puas dah tengok sekeliling, mestila nak makan kan.. Hehehee. Dekat sini ada banyak jenis makanan yang ada, dari breakfast, simple, berat dan healthy. Makanan dihantar panas-panas, memang sedapla.


Nad haritu order Sourdough Pizza Chicken et Funghi (Chicken, mushroom, black olive, tomato), memang sedap. Pizza pulak banyak cheese. Bila tarik tu, memang nampak sedap.


Kemudiani Rice Bowl, (Edamame, Pickled Vegetables, Braised Radish, Egg and Miso Soup) dengan chicken Terriyaki, yummy.. Ni adik Farhanah suka.


Kleptokrat Big Breakfast (Sourdough toast, green salad, cherry tomato, sous vide egg, butter, homemade jam, smoked salmon, capers)


Nak simple ada, macam sandwich salad.

Kalau korang nak tau, doh nak buat sandwich, pizza, dibuat dengan homemade sourdough bread. Memang sedap dan lembut je.


Air pulak nad order Dancing on the floor, Rise of kleptokrat dan satu lagi lupa pulak. Air memang segar dan menyejukkan tekak.


Promosi Sehingga 30% Off di Cafe Kleptokrat

Sekarang Cafe Kleptokrat ade buat promosi. Potongan 20% sehingga 15 August dan tambahan 10% off kalau korang post gambar korang check in di Cafe Kleptokrat ni, dekat sosial media korang. Senang je kan.. Dah dapat 30% off.


Servis Penghantaran Makanan

Kalau, rasa nak makan makanan Cafe Kleptokrat ni, tapi tak semlat nak ke kedai makan mereka, boleh je suruh diaorang buat delivery. Diaorang ade buat servis delivery juga. Korang boleh whatsApp di nombor +6019 222 0262.

Untuk kawasan tertentu, ada Free Delivery. Kawasan tu ialah KL Central business district, Bangsar, Sentul, Pudu, Brickfields, Seputeh, Titiwangsa, Ampang Hilir, Damansara Heights & Bukit Tunku.

Hah, menarik sangat kan cafe ni. Nad lepas makan, pergi ambil gambar lagi.. Hahaha. Tak penuhkan storage phone tak sah. Cafe ni bukan shaaja boleh tempat santai, lelak, tapi boleh je buat gathering, event harijadi ke, event produk ke, photoshoot ke.. Hah.. Sebab tempat ni sangat rare dan menarik.



Cafe Kleptokrat Kuala Lumpur
Address: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin sehingga Sabtu ( 10 pagi hingga 4 petang)
Facebook:https://www.facebook.com/kafekleptokrat
Instagram: https://www.instagram.com/cafe_kleptokrat