September 2020
 hai assalammualaikum
Best Juga Pakai One Minute Miracle Foundation Dan Mascara Ni - Haritu, balik kampung, nad lupa bawa foundation. Makeup-makeup ni memang selalu bawa ke mana-mana ye, tapi entah macam mana boleh terlupa pulak haritu. Masa tu juga, kakak ajak keluar. Apa lagi, pakai rembat foundation dia la..hahaa. Dia cakap foundation dia pakai ni best, tutup segala jerawat dia. Nad pun cubala. Bila pakai, memang best, terus glowing muka.
Balik KL, nad pun tanya dia ' ko pakai foundation apa haritu kak ita?'..dia jawab ' One Minute Miracle '. Terus nad cari kat instagram, tengok review dan feedback orang yang dah guna. Tak puas lagi tengok dekat youtube pulak. Mua Bella pun ada tunjuk dia makeup guna One Minute Miracle ni. Tengok macam ok. Biasalah, sebelum beli mesti nak tengok feedback lain kan. Tengok feedback semua kata best, glowing, senang makeup. Terus rasa nak beli.

Mula mintak kakak belikan, tapi macam lambat lagi nak balik kampung, teringat member ada jual. Terus pm dia tanya pasal One Minute Miracle ni. Pulak tu waktu nad tanya ada promo pulak..Arghh ni yang best ni. 

Promosi One Minute Miracle ( 1MM ) Foundation Dan Mascara

Terus nad grab promo tu, promo RM65 dapat One Minute Miracle Foundation dan Mascara berserta kepit bulu mata tu..hehee..



Sampai je, terus cuba dan buat video..hehee. Boleh tengok video nad pakai One Minute Miracle Foundation dan Mascara nya ni.
Foundation One Minute Miracle ( 1MM ) 

Foundation dia jenis cream, jadi kalau nak pakai tu, kena calit guna jari dekat muka. Buh la sebanyak mana korang nak. Kalau nak tutup cela tu, boleh bubuh banyak sikit. Foundation disertakan dengan sponge dia. Sponge tu kalau dibasahkan lagi elok, senang nak belnd foundation tu. Sponge tu akan jadi besar sikit dari rupa asal.



Best sangat pakai One Minute Miracle Foundation ni. Foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit sensitif, Kulit berminyak, Parut jerawat, Jeragat dan Kulit kering. Nad ambil code Classic.

1MMF mengandungi 30% serbuk mutiara, buat muka jadi glowing, dan tahan sehingga 16 jam, serta tak buat muka berminyak dan bercapuk.

Lagi tentang  istimewanya 1MMF ni??
-Lepas 1minit apply wajah jadi merelip bak mutiara
-30% ekstrak mutiara (wajib glowing)
-8grm tahan 2bulan lebih
-Wangian melekat diwajah
-Tahan 16jam (tak berminyak)
-Full coverage
-SPF 45, tektur ringan dan tidak melekit
-Mengandungi vit e
-Halal (boleh dibawa solat)
-Mesra wuduk

Di samping itu ia berfungsi untuk merawat kulit dan menyerap minyak dan mengurangkan masalah pori-pori blackhead/whitehead pada hidung serta.


Mascara One Minute Miracle 
 
Mascara 1MM ni pun best. 1MMM mascara bulu mata dengan fungsi 2 dalam 1, mascara dan serum bulu mata. Boleh jadikan bulu mata lebih panjang dan melentik ok. 1 Minute Miracle Mascara ni merupakan fiber mascara dimana ia bertindak memanjang dan melentikkan bulu mata secara natural. Tak perlula tepek bulu mata palsu yang memberatkan mata tu. 



1MMM ni mudah dicuci dan tak mencomotkan mata.



Sebelum pakai mascara, kita kepit dulu dengan pengepit bulu mata tu. Selalu guna kepit bulu mata, jenis pegang bawah kan, tapi yang ni dia pegang tengah. Senang sangat nak guna. Takda takut terkepit mata tu..ehehe.. 

Lepas tu boleh apply Mascara 1 Minute Miracle tu. Pergh!!, terus melentik kau. Suka gila. Nak lagi panjang, lepas apply sekali, tunggu kering kemudian kepit dan apply semula. Puas hati dengan hasil dia.


Memang tak rugi beli dengan harganya yang berbaloi. Sesuai sangat untuk wanita yang sentiasa sibuk serta ibu-ibu kat rumah yang nak nampak cantik dan tak punya masa nak bermake-up sebab sibuk uruskan rumahtangga dan hantar ambik anak ke sekolah. Sibuk-sibuk pon muka maintain glowing tau.

Korang boleh order denagn kawan nad ni, 
Facebook : Hidayah Marzuki
Instagram: Daiamarzuki

 hai assalammualaikum

TapauSab Event : 32 Helai Baju Hanya RM10 Di Jalan Jalan Japan, Harga Giler!! - Korang percaya tak, nad dapat 32 helai baju dengan hanya RM10 sahaja? Yeszaaa, ni betul tau, bukan main-main. Tapi, boleh dapat baju sebanyak ni dengan harga ni hanya pada hari TapauSab event sahaja. TapauSab Event Jalan Jalan Japan hanya ada sebulan sekali sahaja iaitu pada hujung bulan hari Sabtu. Macam nad pergi hari Sabtu lepas dekat Jalan Jalan Japan One City. 

 

TapauSab Event Jalan Jalan Japan

Hari TapauSab Event ni, korang boleh dapat tawaran harga terbaik untuk pakaian preloved yang ada dekat sana. Sebelum ni nad pernah pergi, yang hanya ada pakaian untuk wanita dan kanak-kanak. Haritu nad pergi, dia tambah koleksi untuk lelaki. Berbaloi pergi TapauSab Event ni.


 

Harga TapauSab Event

RM5 untuk 1 plastik
RM10 untuk 3 plastik

Bayangkan, dapat harga baju preloved dengan harga macm ni, memang berbaloi. Kalau korang nak tau, Jalan Jalan Japan ni menjual barang-barang preloved dari Japan. Semua barang yang ada dekat sini, semuanya cantik-cantik dan lawa. memang tak dijangka dengan harganya bila korang tengok. Jalan Jalan Japan ni ada banyak outletnya, korang boleh pergi yang berdekatan.

Macam ni la keadaan TapauSab Event. TapauSab Event berlaku di depan pintu masuk Jalan Jalan Japan. Baju dilonggokkan di dalam tray, dan korang kena pilih sendiri baju yang korang berkenan. Jangan risau, semua baju dekat sini dijamin kebersihannya.

Kalau datang TapauSab ni, memang akan habiskan masa yang lama ye, sebab nak tengok satu-satu tray baju yang cantik dan sesuai dipakai. Dah habis tengok dengan pakaian wanita, pergi pulak dekat bahagian kanak-kanak..hahaha. Lepas tu bahagian lelaki pulak. Ya, semua baju kena ambil, takkan baju kita je kan, kecik hati anak-anak dan suami tak ambil diaorang punya..hehee.

Mungkin korang fikir, 'ala preloved je pun'..oopss, barang dekat sini bukan berkualiti rendah tau. Pakaian dekat sini semua cantik, jahitan kemas, dan selesa. Ada juga baju tebal, baju sejuk yang tebal, korang boleh dapat.

Cara Memasukkan Baju Ke Dalam Plastik

Selepas korang pilih baju yang korang berkenan dan masukkan dalam bakul, korang pergi ke meja untuk buat lipatan baju pulak. Sebelum tu pergi ke staff yang jaga, mintak beg plastik. Hah part ni yang kena buat betul-betul, supaya baju yang korang ambil banyak tu boleh muat dalam plastik. 1 plastik boleh muat dalam 10 ke 20 baju, itupun kalau pandai lipat dan susunla..hehee.




 

Hah lipat baju sekecil-kecilnya, dan masukkan dalam plastik, susun dan tekan baju ke dalam plastik dengan berhati-hati tanpa mengoyakkannya. Boleh tengok video nad sumbat baju dalam plastik.

Selepas tu, pergi ke kaunter staff tu semula, dan dia akan selotep plastik tu. Yeah siap, dapat 3 plastik..wihuuuu..

 Nad dapat 32 helai baju, dengan hanya RM10 sahaja..Gembira tak terkata..hehhe..







Jadi, ni la OOTD nad, baju yang nad dapat masa TapauSab Event Jalan Jalan Japan.

Kebanyakannya nad dapat baju sahaja, sebab bahagian skirt semua pendek-pendek. Tak sesuai dengan nad. Untuk anak-anak baju dan seluar. Untuk suami baju sahaja juga.

Nampak kan, baju nad grab semua cantik-cantik. Kondisi baju pun dalam keadaan baik dan sempurna. Saja ambil baju sejuk satu, sebab warna dia cantik, pinky gitu. Walau tau tak boleh travel negara luar, boleh je bawk pergi masa bercuti Cameron ke..hahaa..Ingat Malaysia takda tempat sejuk ke..hehee..

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari

 hai assalammualaikum

Ibu Jari Kaki Suami Kene Cengkam, Sakit Bukan Main - Dah lama suami ngadu, ibu jari sakit. Bila tengok, taula sebab apa. Ibu jari kaki dia kene cengkam. Boleh tau rupa bila kene cengkam, kuku menekan isi di tepi jari. Bila kena memang sakit sangat, apa pun tak dapat buat. Semua serba tak kena. Mula dia boleh tahan lagi, tapi lama-lama tak boleh tahan. Terus dia ajak pergi klinik.



Ada beberapa punca yang boleh sebabkan cagu. 

- Kasut terlalu ketat dan tirus di bahagian hadapan
- Potong kuku terlalu pendek dan membulat di bahagian kiri dan kanan kuku
- Jangkitan kulat
- Jangkitan kuman di isi (tisu) kuku

Mula suami taknak pergi klinik, sebab dia kata, mesti kene potong kuku dia tu. Dia pun dah terbayang macam-macam. Sebab tu sebelum tu dia liat nak pergi klinik. Sebab apa dia fikir macam tu?, biasalah dia akan baca dulu dekat google, dan mesti la ada cerita pasal cengkam ni. Tapi sebab dah tak tahan, lagi anak kerap terpijak kuku dia tu..dia pergi juga klinik. Biarla apa kene buat dekat kuku cengkam dia tu, asalkan baik.

Kitaorang pergi Klinik Kita dekat Pandan Indah. Memang klinik tu dari nad pregnant, anak demam, nad demam, situla klinik dituju. Kaki nad kene kaca, pun jahit dekat klinik ni. 

Masa suami masuk dalam jumpa doktor, dia siap ambil gambar. 

Malam tu juga, kene potong kuku dia tu, dekat Klinik tu juga. Nad dengan anak-anak tunggu jela dekat luar.

Suami cakap, kuku cengkam suami ni elok lagi, tak teruk mana, ada orang tu, dah bernanah, berulat baru datang klinik. Nad pun, selalu nasihatkan suami, pergi klinik untuk cek, biasalah,laki kadang datang degil dia. Tapi nasib baik lama-lama dia berubah fikiran. 


 

Suami hantar gambar,doktor tengah siap-siap nak potong kuku..hehee..Masa ni dia cakap, debar semua. 

Masa kene potong kuku tu dia taknak tengok..hahaa. Ingat lagi masa nad nak kene jahit, dia juga cakap takde apa-apa, macam berani sangat. Sekali kena kat dia, dia pun taknak tengok..hahaa.

Nah, ni la dia, kuku yang dipotong tu. Huishh..seram..


 

Tengok bila dah dipotong..Aduh nad tengok pun ngeri. 

Selesai potong kuku. Kuku tu dibalut, takde dibiarkan terbuka macam dalam gambar tu..hehee. Dalam beberapa hari, pergi klinik lagi, untuk tengok. 

Alhamdulillah, sekarang dah elok dah kuku dia. Takda sakit cengkam ni. 

Cara untuk cegah cagu

1. Potong kuku dengan betul

Cara potongan kuku main peranan sangat penting. Kalau salah potong, ia boleh sebabkan kuku baru akan tumbuh ke sisi dan menekan isi pada jari.

2. Jaga kebersihan kaki

Bila kebersihan kaki tak jaga, possibility untuk jangkitan kulat dan kuman berlaku adalah tinggi. Tak susah pun actually nak jaga kebersihan kaki. Tukar stoking every day dan jangan pakai kasut basah.

Hah, kaki penting untuk dijaga, sebab kita jalan seharian menggunakan kaki. Kalau kaki sakit macam mana nak buat kerja semua. Bila kena cagu, kalau boleh buat sendiri untuk hilangkan sakit tu, bolehla buat sendiri, tapi kalau dah teruk, jangan dibiarkan sampai bernanah, terus pergi klinik.

hai assalammualaikum

Banyak Cara Rupanya Potong Cili Kering - Ingatkan potong cili kering ni satu cara je, cuma gunting ikut suka kita je, sebab cili keringa kan direbus dan diblender, rupanya ada banyak cara potong cili kering ni. Nad tau pun dekat twitetr, dan komen dekat situ rata-rata ada yang potong menyerong, potong biasa..hehee.

Hah ni gambar nad dapat dari twitter. Nampak tak, ada potong belah dua, biasa,serong dan asal boleh. Ingat semua orang potong sama je, rupanya banyak cara tu. 


Macam nad, nad potong asal boleh je, sebab tu paling senang. Sudahnya  nanti cili kering ni nad akan rendam kemudian blend, hancur juga dekat situ. Nad selalu masak banyak, sebab nanti simpan dalam peti ais dan boleh guna lagi, Takdenya nak buat sikit-sikit. Sambal ni wajib ada tau, dan setiap masakan memnag pakai sambal ni kerap. Sebab tu buat banyak-banyak dan potong asal boleh je.

Mungkin yang belah dua tu dia nak buang biji, taknak ada rasa pedas dekat situ. Yang serong tu, gigih sungguh ye korang potong..hahaa. Banyak masa betul. Yang biasa tu, halah,halah..hahaha..Mungkin dia sakit mata kalau tak sama potong agaknya..hehee.. 

Sekarang banyak proses cara masak cili kering ni. Cara buang biji cili kering ni. Baca je dalam google. Ada yang rebus dulu baru buang biji, ada yang mesin dulu , tapis bijinya, hah macam-macam la. Kalau korang banyak masa bolehla gunting macam mana korang nak. Macam yangtak banyak masa, memang renyah nak buat sambal ni, carila cara masak cili kering ni,

Setiap orang pasti ada kelainan cara. Janganla kita nak sibukkan. Sama je macam perangai orang, macam-macam ada.

Ok nak masak dulu guna sambal cili kering ni..bye..

hai assalammualaikum

Unplan Trip: Berendam di Hot Spring Sg Klah - Ya, ni percutian tanpa dirancang. Selalunya kalau percutian tanpa dirancang ni, elok je, best je..hahaha. Kalau yang plan tu, sampai ke sudah tak perginya. Hah, entry sebelum ni nad ada cerita makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah. Lepas makan, baru best nak pergi berendam dalam air. Perjalanan dari Nasi Bamboo ke Hot Spring Sg Klah dalam setengah jam juga la. Masuk dari kawasan kebun, rumah orang, barulah sampai ke Hot Spring Sg Klah ni.



 

Unplan Trip: Berendam Di Hot Spring Sg Klah

Nad pernah pergi sini sebelum kawin. Dulu dan sekarang dah lain sikit. Adalah beberapa yang masih sama. Ni pun kakak yang ajak sebab dia tak pernah pergi sini. Dia cakap tiket tengah murah. Kita pun on jela.


Harga Tiket Hot Spring Sg Klah
Kalau tengok gamabr, tu harga asal, tapi masa nad pergi dia buat promosi. Tak tau promosi sampai bila.
Dewasa : RM12
Kanak-kanak: RM10 ( 5 - 12 tahun)


Masuk dalam ni, tak boleh bawa makanan dan telur sendiri. Beg korang akan diperiksa dahulu supaya tak bawa benda yang tak sepatutnya. Semuanya kene beli dekat dalam ni.




Masuk sini boleh naik keretapi yang disediakan atau jalan kaki je. Kitaorang decide jalan kaki je, sebab nak tengok keindahan sekeliing. Best laluan bila naik jambatan. Tepi-tepi pokok, pastu ade sungai air panas. Nampak asap dekat air tu. Tempat ni redup sebab banyak pokok-pokok.


Dekat sini ada pondok, tempat letak beg semua. Siap ada locker untuk simpan barang. Tak pasti berapa tak ambil gambar la pulak. Biasalah, excited, nak pergi berendam..hahaa. Lama dah tak berendam.

Hot spring ni ada 3 kawasan tempat mandi, satu memnag besar, air sejuk, siap ada gelongsor lagi, satu lagi tempat budak-budak dan satu lagi kolam air panas.



Mula-mula pergila tempat budak-budak dulu, bagi diaorang seronok mandi. Siap belikan pelampung dan pistol air.




Lepas tu pergi tempat kawasan yang besar sikit. Tempat mandi yang besar ni ada kawasan yang dalam . Jadi sesuai la untuk orang dewasa berenang dekat situ. Dekat sini juga ada dua gelongsor. Satu gelongsor lebar, satu lagi panjang dan tinggi.

Tengok anak buah naik, ish seronok pulak, terus nad rasa nak naik juga. Bila dah naik, best gila...hahaa. Gelongsor tu laju, berulang kali nad naik gelongsor tu.



Satu lagi kolam air panas. Hah yang ni air dia panas, tapi takda la panas sangat. Syok juga berendam dekat sini. Kalau tengahari terik, kene tahanla..hahaa. Tapi masa nad masuk, takda panas sangat, macam mandi air suam tu.






Disebabkan dekat sini kawasan Hot Spring, jadi ada air yang memang panas sangat siap boleh rebus telur. Tak ingat satu biji telur berapa. Ikutla korang la nak rendam berapa lama. Kalau nak buat telur separuh masak, rendam sekejap je, kalau nak telur rebus, rendam lama sikit.



Dalam ni ada kedai makanan, jadi jangan risau, korang lapar, beli la makanan dekat sini. Tapi tu la harga cekik darah..hahaa. Biasalah. Kitaorang pun beli makanan ringan-ringan je, sebab sebelum masuk sini dah makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah

Okla, best datang sini. Hot Spring ni buka dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Dekat sini ade resort, kalau nak duduk sini, bolehla stay dekat resort dia. 



Bolehla bawak family dekat sini. Masa nad pergi alhamdulillah cuaca baik, sebab pagi tu dah hujan lebat. Kawsan memang sesuai untuk family. Cuma hati-hati, jaga anak kecik dekat kawasan air panas. Oh lupa dekat sini wash room dia besar, nak tukar pakaian takde sesak.

hai assalammualaikum

Nasi Bamboo Sg Klah, Sedap Ke? - Unplan trip, Ahad lepas, kakak ajak pergi Hot Spring Sg Klah, sebab dia belum pernah lagi pergi situ. Kakak whatsup mr mafia dan bagitau pasal trip ke Sg Klah ni. Fikir lunya fikir, okla, pergi, sebab dah lama tak pergi berendam ni. Tengok orag lain pergi mandi manda dekat sungai, kita pun nak mandi manda juga la. Jadi, Ahad lepas on terus pergi Hot Spring Sg Klah. Tapi sebelum berendam, perut kena isi dulu. Tempat wajib pergi dan makan ialah di Nasi Bamboo Sg Klah. Ramai dah datang sini, jadi kita pun nak cuba rasa sedap ke tak.

 


Nasi Bamboo Sg Klah, Sedap Ke?

Ni pertama kali nad makan dekat Nasi Bamboo Sg Klah ni. Memang ramai orang masa hariti, biasalah, hari Ahad, hari orang bercuti. Mestilah ramai. Tapi SOP masih terjaga. Ada orang jaga dekat depan ntuk pastikan semua yang masuk sini, scan nama dan suhu.


Kedai makan ni besar juga, nasib masa datang ada tempat kosong. Memang masa datang, tak tengok sangat, nampak je makanan terus pergi.. Hahaha.



Nak ambil makanan kena ambil dulang yang disediakan, pastu beratur dan ambil makanan yang korang nak makan. Nasib masa beratur tak ramai orang dan tak sesak. kIra smooth jela nak ambil makanan waktu tu. Masa nad memang takde orang beratur, nad je sorang..hehee. Nad sampai sini pun dalam pukul 11 pagi macam tu.



Dekat situ ada bahagi-bahagi lauk, belah kanan lauk bakar-bakar, belah kiri lauk berkuah, sayur, ulaman. Nak ambil nasi dalam buluh tu pun dekat bahagian lain.





Haritu nad ambil ikan merah bakar, daging, ikan keli. Nasi pulak, nasi bamboo dengan nasi panggang serunding. Untuk lauk harga RM31, nasi pulak, bamboo RM2 lebih, serunding RM3 lebih.

Tak ambil banya lauk, sebab takut tak habis. Ni pun dah cukup, siap bahagi-bahagi dekat anak buah lain.


Orang datang sini, mungkin nak merasa nasi yang dikukus dalam buluh tu.

Bagi nad, makanan dekat sini biasa je. Takde istimewanya. Nasi lembut, okla. Yela, orang prgi kita pun nak cuba. Dah rasa okla. Lagipun dekat sini banyak menu yang ada. So boleh pilih mana nak.


Boleh je kalau nak cuba
Waze Nasi Bamboo Sg Klah
Waktu operasi: 10.30 pagi - 6 petang