October 2020
 hai assalammualaikum
 
Peluang Pekerjaan Dan Latihan Menjaga Orang Tua - Wabak Covid 19 ni beri impak yang besar dalam kehidupan kita semua. Wabak ini bukan saja menjejaskan kesihatan dan nyawa, namun turut memberikan impak langsung kepada hampir semua jenis sektor pekerjaan. Kesannya, ramai yang telah diberhentikan kerja. Serius, kesian bila tengok mereka kehilangan kerja.

Bukan mudah ye, nak cari kerja lain dengan gaji tinggi. Sekarang orang sanggup buat apa sahaja kerja dengan berapa sahaja gaji demi kelangsungan hidup. Setiap musibah pasti ada hikmahnya. Waktu sekarang, kita ambil ruang ini untuk meneroka apa jua peluang yang ada bagi mengharungi kehidupan pasca Covid-19 yang pastinya tidak akan sama dengan kehidupan kita sebelum ini. Apa ada depan mata kita grab sahaja.
 

Latihan Dan Peluang Pekerjaan Bersama iREHAB Menjaga Orang Tua

Ok ni peluang untuk korang yang nak bekerja. 
 
iREHAB membuka peluang pekerjaan mencari caregiver atau penjaga untuk dilatih dan menjadi sebahagian daripada pasukan mereka. 
 



 
iREHAB menawarkan latihan dan peluang pekerjaan bersama untuk menjaga orang tua. Peluang pekerjaan ni  diberi kepada mereka tidak kira sama ada korang mempunyai pengalaman atau tidak. Kalau rasa berminat baik cepat-cepat ambil kan. Bila lagi dapat peluang macam ni.
 
Korang akan menjalani kursus latihan pengasuh selama satu (1) hari yang terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome kami. Maksudnya bukan teori semata malah korang akan dilatih secara praktikal.
 
Bayaran kelas adalah RM 70 sahaja, takda la mahal dengan latihan yang diberi serba lengkap tu. Lepas tu, setelah selesai latihan, insyallah akan diberi peluang untuk bekerjasama dengan iREHAB.
 
Hah, mungkin ni boleh menjadi pekerjaan baru buat korang. Mungkin korang dah banyak mencari kerja tapi tak jumpa, apa kata korang cuba ambil tawaran berkerja menjaga orang tua ni. 
 
Untuk pertanyaan lebih lanjut, jangan ragu untuk menghubungi pihak iREHAB di 017 988 0324 atau 012 9061690. Segala pertanyaan korang mereka akan cuba jawab dan bantu korang sebaik mungkin.
 
Untuk info lebih lanjut berkenaan iREHAB, boleh layari 

#irehab #onestoprehab #physiotherapy #occupationaltherapy #speechtherapy #caretaker #training
hai assalammualaikum
 
PG Mall Nestle Top Spender Contest : Beli Dan Menang - Dah beberapa kali nad shopping online dekat PG Mall, banyak pilihan barang yang ada, dari barang elektrik, barang storage, barang kitchen, kecantikan eh semua ada, taip je apa korang nak. Bestnya nad suka dekat shopping online PG Mall ni sebab banyak tawaran yang diaorang buat, ada promosi yang dapat menjimatkan perbelanjaan kita, kene rajin buka selalu tengok..hehee. Terbaru ni, nad tau PG Mall Nestle ada buat contest, contestnya mudah, hadiah dia lumayan.

Sekarang ni membeli secara online memang menjadi pilihan. Paham-paham jela waktu covid ni, lagi mudah beli online, klik je, bayar dan tunggu dekat rumah. Barang nestle ni nad beli online je dekat PG Mall. Dah alang-alang membeli tu, kita join sekali contest yang dibuat. kalau beli dekat luar mana ada contest-contest ni kan..hehehe.
 
 

PG Mall Nestle Top Spender Contest


PG Mall Nestle Top Spender Contest bermula 1 sehingga 30 Oktober. Peraduan ni ada mingguan dan bulanan. Untuk mingguan, 3 orang pemenang aakan dipilih, manakala untuk bulanan, 2 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan mendapat voucher. 
 
Nestle Top Spender Contest PG Mall October Winner Prizes
Weekly : 3 pemenang x RM80 Voucher
Monthly Top Spender : 2 pemenang x RM150 Vouchers.
 

 
Nad pasti, produk Nestle mesti ada dekat setiap rumah kan. Macam nad sendiri, Nestle adalah produk keperluan yang wajib ada, seperti Maggi, Milo, Bijirin Kokorunch, sos dan macam-macam lagi la. Banyak pilihan produk Nestle yang korang boleh dapatkan dekat shopping online PG Mall, dan bestnya ada yang dapat free gift lagi.




Macam dekat rumah ni memang wajib ada Bijirin Kokorunch, Honey Stars, Nestle School Pack 6 boxes kecik-kecik tu, sebab anak-anak suka. Bila sarapan, memang makanan ni anak-anak akan mintak. Kadang tu, makan petang-petang waktu santai, kunyah-kunyah je..heehe. Nestle School pack tu memang mesti beli la, kecik-kecik, dan banyak pilihan bijirin ada. Lagipun makan bijirin ni kenyang juga. 
 


Hah lagi satu produk bijirin nad beli, air cereal nestum. Nad suka minum waktu pagi dan sebelum tidur. Memang mengenyangkan.




Selain tu, ada free gift yang korang boleh dapat.



Ada lagi, beli carton macam ni pun boleh untuk stok beberapa bulan kan.



Nak senang beli bundle cereal free gift susu, hah senang. Yela selalu kan makan cereal dengan susu. Lengkap dah ni kan.


Macam nad kata tadi, produk nestle dekat PG Mall ni banyak. Lagi yang best, beli 1 carton produk Nestle, dapat free 1x Cluster limited Edition. 


Kalau korang beli 2 Nescafe Mixes, korang ada dpaat free mug. Siapa yang suka minum kopi, ambil la peluang ni.. Boleh dapat mug yang lawa tu.
 
Menang motor guys!!
 
 
Ya ni hadiah paling best sekali, Minum Dan Menang. Hadiah utama moto Yamaha Y15ZR. Pergh!! siapa taknak moto tu, rugi oii. Senang je contest tu. Join la weii!! Bermula 7 september sehingga 8 November.

Berbaloi-baloi kalau beli dan join. Jangan lepaskan peluang contest Nestle Top Spender ni, lagi banyak korangbeli, lagi cerah peluang korang untuk menang.Contest Nestle Top Spender ni sehingga 30 Oktober sahaja.

 
Kalau korang nak tau PG Mall ni dah lama dalam talian. PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall. Ia sudah ditubuhkan sejak 2017 lagi. PG Mall juga merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrincesight.
 
PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Hidup, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Automotif hingga E-Voucher.
 
Selama nad shopping dekat sini, barang yang dihantar ada yang cepat ada yang lambat. Biasalah tu kan. Setiap barang yang nad terima, dalam keadaan baik, tiada pecah dan kerosakan dan bila nad chat dengan seller pun, seller balas, service memuaskan. Pernah barang nad takde stock, seller whatsup bagitau barang takde stock, then dia refund duit tu masuk cwallet dalam PG Mall. Setakat ni takda masalah membeli online di PG Mall.

Ok, tu je pengalaman nad membeli di PG Mall. Nad akan terus support shopping online PG Mall ni. Kalau korang nak tau berkenaan PG Mall Nestle Top Spender Contest ni, boleh ke telegram PG Mall https://t.me/pgmallofficail001 atau
 
 hai assalammualaikum
 
Pakej Rawatan Fisioterapi Dan Stroke Di iREHAB Dengan Harga Terendah - Kita tau, pesakit stroke memerlukan penjagaan yang rapi dan sempurna dari pelbagai aspek untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Oleh kerana proses penyembuhan pesakit strok adakala mengambil masa yang panjang, rawatan susulan perlu dibuat. Selalunya rawatan dibuat di hospital tetapi, waktu pandemik sekarang, kebanyakan hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa dan mengutamakan pesakit covid 19 tu.

Jadi, macam mana pesakit stroke ni nak dapatkan rawatan susulan?
 

 

Pakej Rawatan Fisioterapi Dan Stroke Di iREHAB Dengan Harga Terendah

Jangan risau, iREHAB ada. 
 
Dengan situasi pandemic sekarang, pesakit mungkin tak dapat buat rawatan fisioterapi dan stroke di hospital tapi mereka boleh lakukan di iREHAB.

Pernah dengar nama iREHAB ni? Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang belum pernah dengar dan belum tau lagi.

iREHAB ni merupakan pusat rehabilitasi fisioterapi dan stroke. iRehab menawarkan rawatan kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan daripada penyakit seperti minor / major stroke ( lumpuh ) dan lain-lain penyakit yang melibatkan saraf, otot dan tulang. Di sini di tawarkan juga rawatan fisioterapi, occupational therapy dan speech therapy.
 
Disebabkan pandemic ni, iREHAB sangat prihatin diatas kesukaran pesakit dan amatlah berharap pesakit dapat meneruskan sesi rawatan di sini, kerana rehabilitasi adalah sangat perlu terutamanya selepas stroke. iREHAB akan memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit dan menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah yang pesakit mampu bayar supaya pesakit  masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu proses penyembuhan mereka.
 
Lepas nad tengok media sosial iREHAB, bagus sangat tempat dia, macam-macam mesin dan alatan untuk membantu pesakit. Memang elokla la pesakit datang sini buat fisioterapi dengan keadaan yang baik dan mematuhi SOP.

Apa yang pesakit perlu buat untuk dapatkan rawatan di iREHAB dengan harga diskaun?
 
Pesakit hanya perlu menunjukkan kad temujanji hospital, dengan tarikh temujanji yang pesakit hadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun ini.

Kalau korang rasa tak paham, atau ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi iREHAB di 012-9061690 atau 017-9880324 untuk membuat temujanji.
 
Untuk info lebih lanjut berkenaan iREHAB, boleh layari 
 
#irehab #onestoprehab #physiotherapy #occupationaltherapy #speechtherapy #neurologicalrehabilitation
 hai assalammualaikum

Resepi Lala Masak Lemak - Haritu beli lala 2 bungkus, sebab dah lama betul tak makan. Lala memang kegemaran nad. Lala ni ada jenis besar dan kecik. Yang kecik mungkin nama dia lala juga, dulu masa sekolah, mak rajin beli yang jenis kecik-kecik ni. Tapi sekarang beli yang kecik kang tak puas, jadi lala besar la kita beli. Bukan selalu ada lala ni, bila ada terus beli dua bungkus.

Lala harganya boleh tahan juga mahal, tapi kalau dah teringin, harga pandang tepi je..hehe. Saiznya pulak kadang tak sesuai dengan harga tau..hahaa. Sebab tu buat berkuah macam masak lemak ni, tak dpat isi, kita hirup kuah jela..hahaa.



Selalunya lala ni nad masak biasa je, tapi kali ni buat berkuah lemak pulak. Jadi bila makan tu hirup dengan kuah, slurpp!!, sedap juga. Makan lala ni boleh makan dengan nasi atau ratah je pun sedap juga. Nak masak pun takde lama mana pun.

Ok ni bahan-bahan dan cara membuatnya

Bahan-bahan
- 6 batang cili padi
- Satu biji bawang besar
- seinci kunyit, kalau takde kunyit hidup boleh guna serbuk kunyit
- Serai 2 batang
- Garam 
- Santan setengah kotak
-Air

Cara membuatnya
- Blend cili padi, bawang, dan kunyit. Kemudian bahan yang sudah diblend ni ditumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan santan dan gaul sebati
- Masukkan serai dan garam kemudian gaul lagi.
- Last sekali masukkan lala ke dalam kuali. Lala akan mengeluarkan air, jadi hanya tambah air sedikit sahaja. Kalau nak kuah pekat.

 Ok siap, selamat mencuba. Sedapp uiii...slurpp..slurpp.
hai assalammualaikum
 
Besar Patty Burgeron 16 ni, Puas Makan - Ada kawan nad ni, jual burger, tengok ramai feedback bagi puas hati semua, burger besar, isi padat, sos tak kedekut, boleh dikataakn feedback yang bagus ye dari customer. Bila dah bagus mestila kita nak beli kan, tapi tu la, tak boleh rentas daerah punya hal, dia tak dapat nak delivery jauh, kalau tak, boleh je delivery. Lepas tu, sorang-sorang post burger, tapi semuanya jauh. Saje je tau buat nad terliur, sedihhhhh...
 

 

Besar Patty Burgeron 16 ni, Puas Makan

Tiba-tiba, tengah sedih tu, eheh muncul pulak burger. Yes, nad jumpa juga burger KL yang pattynya besar, lembut dan puas gila makan. Nad nampak dekat instagram, Burgeron 16 nama dia. Tengok posting dia buat kita terliur tau. Terus whatsup, cakap ada buat delivery tak. Bila dia cakap ada, terus order..wuuu...

Nampak tak, nampak tak, burger dia. Nad order Mad Cheese Burger. Dalam dia ada Beef patty stuffed with cheddar cheese, topped with tomato, sharp cheddar cheese, lettuce & classic burger sauce.Harag 27.39.






Tengok patty dia tu. Nampak tebal, tapi lembut gila. Rasa juicy sangat. Roti dia pun lembut. Serius besar oii. Memang masa nak makan tu, kene nganga mulut besar-besar, hahaha. Setiap gigitan tu memang ummpphhh la. Rasa cheese dia, pergh terbaikla. Ni la burger yang nad rasa terbaik dan best nad pernah rasa. Korang kene beli, cuba makan. Memang korang takkan ada rasa erti penyesalan kalau beli..hehee. Memang onzz habis tau burger ni. Puas hati la, berbaloi dengan harga dia.



Ada banyak lagi burger yang dijual dekat Burgeron16 ni dengan side dish yang ada. Selain beef dan ayam, dekat sini pun ada vegetarian burger. Jadi yang vege tu boleh try burger tu. Korang kalau nak boleh contact 0172116285 untuk order atau online order dekat grabfood, foodpanda, atau korang boleh layari

 hai assalammualaikum

Happy Birthday Fariza Yang ke 5 Tahun - Ya anak sulung mommy dah semakin membesar. Pejam celik pejam celik dah masuk 5 tahun sekarang ye. Anak mommy yang dulu ada dalam rahim mommy, yang mommy kandungkan 9 bulan. Sewaktu jaga kamu, mommy pertama kali pengalamn menjadi ibu. Tak sama ye jaga anak buah dan anak sendiri. Baru mommy tau bukan senang, dengan waktu tu awak menangis tak henti, tidur tak lena. Waktu tu, mommy diuji kesabaran dalam menjaga kamu. Kadang stress, kadang ok..huhu.



Tapi, sekarang, awak dah besar  di mata mommy. Ya, awak suka tolong mommy, awak rajin. Awak nak kan perhatian selalu. Mommy buat yang terbaik untuk awak ye Fariza.

Sepatutnya tahun ni, mommy plan nak sambut birthday awak dekat sekolah. Sambut dengan kawan-kawan, biar meriah. Tapi disebabkan covid, semua rancangan tu tak dapat. Maaf sayang, kita sambut dekat rumah jela dengan daddy dan adik. Fariza tetap happy apa mommy buat, asalkan ada kek..hehee.

Hadiah untuk birthday kali ni, cadang nak belikan basikal untuk Fariza. Kesian dia, kalau balik kampung berebut nak naik basikal sepupu dia. Tu pun dapat main sekejap. Nanti kita pergi kedai, kita beli basikal ye. Mainla puas-puas.

Sekali lagi, mommy doakan Fariza membesar denagn sihat, jadi anak yang solehah, jadi anak yang baik, dan semua yang baik-baik la. Mommy dan daddy akan didik Fariza sebaik mungkin. Happy Birthday to you.

hai assalammualaikum
 
Gami Chicken : Order Online Ayam Goreng Korea Dan Nasi Ayam Gami - Teringin sangat nak makan makanan korea. Rindu dengan ayam goreng korea, nak keluar tak dapat jadi kita orderla, mintak delivery je. So menu makanan Korea pilihan nad ialah Gami Chicken. Korang yang suka dengan makanan Korea, bolehla cuba Gami Chicken ni. Restorannya terletak di Pavillion, Kuala Lumpur, memandangkan PKPB ni, kita order delivery jela.
 
 

Gami Chicken : Order Online Ayam Goreng Korea Dan Nasi Ayam Gami

Nad order melalui whatsup. Masa tengok instagram Gami Chicken ada no whatsup, terus whatsup no tu. Service pun laju dan bagus. Korang kalau nak order boleh WhatsApp ke 017-8844548, free delivery up to 20km with min spend. Also available on GrabFood, Foodpanda & DeliverEat.

Ok, ni makanan yang nad order. Memang lama dah nak makan makanan Korea ni..hehe. 
 


- Gami Wings, disalut dengan sos sweet chili. Hidangan yang wajib kene order ye..hehe. Ada 12 pcs, harga RM30. Memang nak sangat makan ayam korea ni. Rasa dia pedas  tapi takdela pedas sangat Ayam rangup. Ada side dish sayur kobis tu untuk ayam goreng. Ayam dahla besar-besar. Memang kenyang kau. 


- Half chicken disalut dengab sos soy garlic. Ayam ni takde tulang, daging sahaja. Ni anak-anak yang makan. Suka sangat diaorang. Sos tu rasa manis, sebab tu anak-anak suka. Harga RM30





- Nasi Ayam Gami, menu terbaru diaorang. Ada sup, dan sos. Rasa dia lain sikit macam Nasi ayam biasa kita makan. Nasi Ayam ni didatangkan dengan Crispy Boneless Fried Chicken , Korean Rice, Gami's Special Chilli Sauce dan sup. Harga RM14.90




- Kimchi pancake, mula2 macam pelik je, sebab nad selalu makan kimchi sayur tu. Tapi bila rasa not bad jugala
 
 
- Potato heaven, kentang ni pun sedap



Gami Chicken ni franchise Korean fried chicken yang terkenal dari Australia.  Ayam diaorang masak, yang fresh (non-frozen) & ada Halal-certified. 

Ok korang kalau nak makan Gami Chicken ni boleh layari
 hai assalammualaikum
 
Susun Atur : Trend Pampas Grass Untuk Dekorasi Rumah - Sekarang trend daun kering ni untuk dekorasi rumah. Daun kering ni dipanggil pampass grass. Sesuai untuk hiasan dalam bilik, ruang tamu, dan di mana sahaja yang bersesuaian. Ada macam-macam jenis pampas grass ni, ada yang kecik, besar, panjang, semua ada. Sebab dah trend, tengok orang beli pun cantik, jadi nad pun terjebak beli. 
 

 
 
Susun Atur : Trend Pampas Grass Untuk Dekorasi Rumah
 
Beli dekat mana, mana lagi kalau shopee, hehee.banyak pilihan dekat situ. Macam baisa, nad cari yang murah, melainkan takda pilihan, ambil la mahal sikit. Tapi setakat ni yang nad beli takda mahal sangat, jenis pampass grass pun jenis biasa je.
 

 
Hah ni la dia pampas grass yang nad beli. Bukan beli satu tapi nad beli beberapa jenis pampas grass yang ada, dan paling penting murah.
 

 
Nad lupa pulak nak ambil satu-satu, so nad kongsi kedai terus la ye dekat sini. Nak tengok satu-satu, boleh tengok video nad ni.
 

Ok ni PAMPAS Bulrush Grass Communis Phragmites Dried Flower Dry. Boleh klik http://bit.ly/2ILQvVi 
 
Pampas ni ad 15 pcs, ok la kira banyakla kan, terus dia bagi 15 pcs dari beli satu-satu jenis. Pampas Bulrush ni dapat takdela kembang snagat, tapi kalau guna hair dryer, kembangla sikit. Ada banyak warna, tapi nad ambil pink dan original. 
 

 

Kemudian nad beli 50pcs Rabbit Tail Natural Dried Flowers White Real Flowers Colorful. Boleh klik http://bit.ly/358FMM6
 
Kisahnya rabit tail ni nad dapat harga lagi murah, tapi kedai tu reject sebab ada masalah penghantaran. Kemudian beli kedai lain, sama juga tolak sebab penghantaran. Last sekali, pilihan beli dekat kedai sama nad beli Pampas Bulrush 15 pcs tu. sebelum tu cakap ada stock ke tak, sebab taknak jadi macam sebelum ni. Then seller cakap ada, hah terus order. Seller bagus. Penghantaran pun cepat je.
 
 
Rabbit tail ni nad beli banyak. Tapi warna berbeza. Yang ni pulak nad beli dekat kedai lain sebab warna tu takda dekat kedai sebelum ni. Nad pilih warna white dan blue. Yang ni tak banyak pcs, sikit je.
Local Ready stock Haregrass Rabbit Tail Bunny tail Natural Dried Flowers Colorful: http://bit.ly/3o593zZ
 
 
Ni pulak Dried Pampas grass: http://bit.ly/3o9Srr0
 
Dried Pampas ni, besar dan cantik. Beli banyak lawa la dia.
 

Ni pun Dried Pampas juga. Beli dekat kedai lain. Tekan link http://bit.ly/3kgfCNG
 

Dah beli pampass grass, siap-siap beli pasu untuk pampas grass ni..hehe. dekat kedai ni banyak jenis pasu, so nad beli yang semua pasu gelap, ada corak perkataan dekat pasu. Namanya Creative Nordic glass vase, hydroponic vase, modern simple flower drier, Nordic ornament. Korang boleh klik http://bit.ly/3kbtE3m
 
Ok, kot korang nak beli pampas gras, boleh usha yang nad bagi ni ok. Ni gambar sebelum dan selepas..hehee.
 hai assalammualaikum

Periuk Yang Diidamkan, Periuk Batu Dari KayuHome, Selamat Digunakan - Ada sesiapa yang tengah survey periuk ke? Nad ni pun tengah duk survey periuk -periuk yang best. Ada rezeki lebih, tak salah invest duit dekat barang-barang dapur ni. Lagipun, macam nad memang masak selalu. 

Ada orang cakap, ala guna je kuali biasa, masak juga, sedap juga. Ya, memang, tapi nak juga kita periuk yang memudahkan kerja memasak dan tak ambil masa lama dekat dapur tu. Paling penting periuk tu tak melekat masa memasak, tak hangus, senang dicuci, tahan lasak dan selamat digunakan. Oh lupa, cantik pun diambil kira..hehee. Nak masak pun best je kan bila dapat periuk yang diidamkan..hehee. Ala bukan nad sorang je, semua orang yang suka memasak, mestila nak periuk macam ni kan.
 


Periuk Yang Diidamkan, Periuk Batu Dari KayuHome, Selamat Digunakan

Ok, macam biasa, bila otak tengah berfikir sesuatu barang, sekali media sosial akan tunjukkan. Magic bukan!! Contoh macam korang tengah fikir baju, tiba-tiba banyak keluar iklan baju dekat media sosial. Macam tu juga dengan nad, tengah survey periuk, sekali banyak keluar iklan periuk. Bila keluar tu, ada satu yang berkenan di hati ni ha. Periuk Batu dari KayuHome. Mula tengok page dia, dan usha. Pergh!!, warna lawa, tengok ramai orang komen, mesti best ni periuk batu KayuHome ni. Tengok orang memasak guna periuk ni pun menarik je.

Nad memang berkenan lama dengan periuk batu ni. Nampak kawan-kawan masak guna periuk batu ni best je. Bila masak tak merecik ke dinding, tak melekat semua tu. Tapi kawan beli yang biasa punya. Banyak kelebihan periuk batu ni tau. Antaranya
- Periuk batu ni selamat menggunakan elemen semulajadi, kukuh, tahan lama, dan tidak mudah tercalar. Periuk batu ni juga yang ia mempunyai kapasiti haba yang tinggi dan mampu mengekalkan panas untuk beberapa ketika.
- Design yang menarik dan cantik.
- Penggunaan periuk batu bantu kita untuk mendapatkan makanan sihat dan berkhasiat. Dengan pengurangan penggunaan minyak, makanan masak dengan sekata dengan pemanasan yang sekata. Tak perlu nak kacau setiap masa, jimat tenaga.
- Senang nak cuci sebab periuk batu ni ia tak melekat langsung.
- Sesuai digunakan di dapur gas, elektrik, kaca seramik atau induksi.
 
Ni la antara ciri-ciri kenapa nad pun suka periuk batu ni. Bila tengok periuk batu KayuHome ni, jatuh cinta pulak. Nampak gayanya kene kumpul sikit-sikit duit la kan..hehee. 
 
Meh nad tunjuk periuk batu KayuHome ni, mungkin korang pun berkenan.

Periuk Dreamial KayuHome

Periuk Dreamial, periuk Batu Granite Merah KayuHome Dengan Teknologi German ini merupakan periuk terbaru dari KayuHome.

 






Geram pulak tengok, lawa kan. Warna merah,nampak berkualiti dan tahan lasak. Kalau dapat ni, nak masak pun gembira je..hehee. 

Nad tengok ramai yang minat periuk batu granite merah ni. Satu lagi yang special periuk ni penutup die mempunyai tiub auto bebas wap, dan sekeliling die ada silikon yang tahan haba. Bila masak tu takda la bunyi bising kung kang kung kang penutup bunyi.

Apa bestnya Periuk Batu Dreamial ni?
- Bebas bahan kimia berbahaya 
- Buku manual penggunaan disediakan
- Periuk sangat tebal dan tahan lasak
- Penutup kaca berbentuk flat dan tebal
- Penutup dilitupi silikon,selamat digunakan
- Penutup mempunyai auto tiub memudahkan wap keluar ketika memasak
- Warna yang menarik,wine red
- Handle jenis bakelite, tahan panas
- Anti calar, anti lekat, mudah dicuci
- Size sesuai untuk kegunaan harian
- Sesuai untuk semua jenis dapur, eletrik dan gas
 
Periuk Rendang KayuHome 
 
Ni lagi, salah satu periuk batu KayuHome yang menarik perhatian. Periuk Rendang KayuHome. Besar weii. Standard saiz berukuran 40cm, 10 ekor ayam boleh muat. Nad ingat namanya periuk rendang sesuai untuk buat rendang je, rupanya ia epriuk yang sesuai untuk masak dalam kuantiti yang banyak. 
 

 
Time kenduri, nak raya, kumpul ramai-ramai, takda masalah kalau nak masak dalam kuantiti yang banyak. Orang datang, tengok periuk ni, mesti diaorang pun teruja..hehee. Walaupun namanya periuk rendang tapi boleh je masak nasi atau lauk pauk lain. Kalau masak nasi, tak berkerak nasi. Adeh, nad yang info ni pun dah rasa tak keruan. Rasa nak membeli terus je..haha. Periuk ni sesuai untuk semua jenis dapur  dan mudah dicuci. Pemegang pun direka untuk tujuan keselamatan dan mudah dipegang semasa buka dan tutup periuk.
 





 
Kelebihan Periuk Rendang KayuHome
- Bersaiz 40cm muat 10 ekor ayam
- *FREE 2 Pemegang Silicon*
- Boleh dimasak di dapur gas dan elektrik
- Tebal bawah induksi periuk 4.5mm
- Bebas bahan kimia berbahaya
- Handle penutup yang mudah untuk Grip
 


Hah, macam mana, tergoda tak. Nad pun dah tertarik denagn periuk batu KayuHome ni. Kumpul duit dulu, nanti kita masuk minang ye, hehe. Sebelum nak beli tu kena tengok betul-betul, sebab ada juga yang menjual periuk tiruan. Jadi, nak dapatkan periuk yang berkualiti 100% terjamin, belilah di KayuHome ni. Tak kira laki atau perempuan yang suka memasak, dapat periuk batu macam ni, emmang kerja memasak jadi seronok kan..hehee. Kalau korang nak, boleh contact http://www.wasap.my/60136699512/kayuhome

Nak tau lebih lanjut boleh layari