Pada bulan Oktober ni, korang boleh merasai kopi McCafe berasaskan ekspresso berkualiti tinggi secara percuma. Wuuhuu!!, siapa yang taknak air percum

 hai assalammualaikum

Percuma 100,000 McCafe Iced Latte Pada Bulan Oktober Sempena Hari Kopi Antarabangsa - Ramai yang suka minum kopi kan. Lagi-lagi kopi McCafe Iced Latte McDonald's Malasysia ni. Nad sendiri pun suka minum air kopi McD ni. Kalau boleh setiap hari nak beli, hahhaa. Ada berita gembira untuk korang yang suka minum air kopi McCafe Iced Latte McD ni. Pada bulan Oktober ni, korang boleh merasai kopi McCafe berasaskan ekspresso berkualiti tinggi secara percuma. Wuuhuu!!, siapa yang taknak air percuma kan. McDonald's Malaysia menawarkan 100,000 Iced Latte percuma sempena Hari Kopi Antarabangsa. Iced Latte percuma ini adalah eksklusif melalui McDelivery.
 

 
“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmati secawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluang menikmati tawaran-tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery. Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemari rangkaian kopi berkualiti kami,” tambah Melati.

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 
 
Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal. 

Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma.
 
Pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara.

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari
www.mcdonalds.com.my/promotion
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. Eh sekarang ni ada lagi tak? :D

    ReplyDelete
  2. waaaa rezeki ni!! sapa yg suka McCafe.. mmg patut pergi ambil

    ReplyDelete