June 2020
hai assalammualaikum

Kenny Rogers Dan Sushi King Di Hari Minggu - Dekat 4 bulan juga tak makan dekat restoran dalam shopping mall. Jadi haritu, ada voucher Kenny Rogers dengan Sushi King, dapatla makan dekat luar. Hari minggu, hari mood malas masak, kebetuln rezeki voucher ada, kita gunakan sebaik mungkin.. Hahaha. Sesekali bawk keluar budak-budak ni kejap, kan elok.


Dalam banyak-banyak tempat, mr mafia bawak dekat Aeon Taman Titiwangsa. Tengok pun maca tak ramai orang, ok la kan. Asalkan ada Kenny Rogers dan Sushi satu tempat. Senang.


Voucher Kenny Rogers yang nad dapat untuk Quarter chicken. Memang tu jela, dengan muffin 6 pcs. So haritu order ayam sos original dan blackpepper, sekali muffin 6 pcs, bungkus bawak balik. Malam boleh makan.. Hehehe..


Besar juga ayam ni, order tiga je, adik boleh kongsi dengan kakak. Sedap juga, lama dah tak makan Kenny Rogers ni.


Licin kami makan ye. Hahaha.. Lapar sangat. Ni la best bila anak-anak kuat makan macam maknya.. Eh.. Hahahaha..

Haritu bayar untuk air je.. Alhamdulillah..



Lepas tu, pergi ke Sushi King pulak tebus voucher. Voiucher pun habis akhir bulan Jun ni, tu celat-cepat nak tebus. Kamg terlupa, membazir pulak.


Pilihla sushi yang murah dan sedap yang tepat dengan harga voucher..Dapatla beberapa sushi. Terlebih bayar sikit tu memang.. Ala sikit je.. Hehehe..


Ingatkan haritu takda la keluar duit sangat, sekali anak nampak kedai mainan. Udah kene lau dengan budak berdua ni. Mula taknak belikan, tapi sebab diaornag ni selalu behave bila mommynya buat work, mendengar kmarahan, tengok muka diaorang pun mengharap, maka mommy pun tewas. Belikan la apa diaorang nak tu. Ok tahun depan pulan la beli mainan.. Hahaha..






Malam tu makan la sushi dengan muffin. Hari minggu kan.. Rehat masak jap la.. Hahaha.
hai assalammualaikum

Tong Sampah Jimat Ruang, Design Menarik Dan Pelbagai Guna - Halah, tong sampah je pun, tu pun nak buat entry ke.. Kotla ada orang tanya macam tu kan.. Hahaha. Tak kisah, nak cerita juga, mana tau, tong sampah ni unik untuk korang, macam nad rasa. Mana tau korang nak jimatkan ruang, taknak guna tong sampah atau kotak banyak-banyak untuk buang sampah atau buang barang kitar semula tu.Mungkin  nampak tong sampah je, tapi tong sampah nad nak tunjukkan ni tong sampah yang jimat ruang, design menarik dan pelbagai guna. Macam biasalah, nad dapatkan tong sampah ni dekat Shopee.


Tong Sampah Jimat Ruang, Design Menarik Dan Pelbagai Guna

Kalau tengok design dia, memang sangat cantik, menjimatkan ruang dan macam-macam boleh guna. Masa nad tengok, baca feedback, semua kata bagus. Mula-mula fikir juga, nak ke taknak, nak ke taknak,..hahaha, delima juga ye. Pastu tengok description, ada ukuran, buatla ukuran muat ke tak dengan tempat tong sampah nad. Yes, muat, pastu delima lagi nak beli ke tak.. Hahaha. Tapi fikir punya fikir, arghhh masukkan dalam cart, terus check out.. Kihkih.. Sebab berguna sangt tong sampah ni.



Macam nad, sebelum ni ade dua tong sampah, tapi saiz sederhana. Tong sampah nad buat untuk buang sampah dan pampers. Kadang tong sampah tu tak dapat nak tutup sebab dah terlalu banyak sampah. Nad selalu letak sampah dekat luar ikut hari lori sampah datang. Jadi apa-apa buang sampah dekat tong sampah dalam rumah dulu. Tu kadang penuh tu. Tong sampah pulak saiz sederhana, memamg kadang tak muat. Bila tak dapat tutup, berbau la kan.

Jadi bila beli tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni, banyak ruang, dan bakul dalam satu tingkat sahaja. Jadi dekat sini dah jimat ruang. Tak perlu banyak tong sampah. Lepastu dia ada saiz dia, ada 38L dan 45 L. Masa nad beli 38L dah habis, grab jela 45L. Baca komen 45L besar. Harga pun murah bagi nad la RM 79..tapi ni tak termasuk shipping..

Nad order 7/6, sampai 12/6..kira cepat jugala. Sampai pun dalam keadaan baik. Takda pecah ke apa. Kalau ada masalah, chat je dengan seller, dia respon.

Tong sampah sampai pun, teruja kemain.. Hahaha..




Nak pasangnya pun mudah. Tinggal cantum bakul, masukkan bakul bawah, dan letak penghadang tengah. Taknak letak penghadang pun boleh.


Tingginya dah sama macam anak.. Hahaha.. Senang diaorang nak buang sampah. Tinggal buka, takyah tunduk-tunduk.

Nasib baik saiz 48L tinggal, puas hati, sebab besar betul. Nak buang banyak sampah pun ok. Takda dah sampah terkeluar-keluar ke, tong sampah bersepah atau bau yang kurang menyenangkan.




Tong sampah ni ada pemegang dan roda. Senang nak sangkut apa-apa. Macam nad sangkut lap tangan.

Roda tu memudahkan untuk alihkan tong sampah. Takyah angkat ke apa. Suruh anak tolak pun boleh.. Hehehe. Nak bersihkan lantai, tolak je tong sampah.

Tong sampah ni jenis plastik, tapi plastik yang tebal, tahan ama, tahan kelembapan dan tahan cendawan. Warna pun cantik, putih je. Trend sekrg semua kan nak warna putih baru lawa.. Hehehe.. Lagipun tong sampah ni mudah dibersihkan.


Macam nad buat tong sampah ni untuk buang sampah kering, sampah basah dan pampers. Suami pun suka nad beli tong sampah ni, sebab takde bau. Yela sebelum ni pmpers anak, tong sampah depan bilik mandi, jadi kadang bau. Sejak pakai tong sampah ni, takde bau apa.

Tong Sampah Pelbagai Guna


Tong sampah Locaupin Household Sorting Trash ni boleh buat macam-macam. Selain sampah, boleh buat barang kitar semula ke atau simpan barang anak. Boleh juga buat macam almari ke.. Letak simpan buku atau majalah. Yela design dh lawa.. Hah, sayang nak guna untuk sampah, guna untuk lain. Betul tak.. Pulak tu ada roda, boleh bawak kesana ke sini.

Memang puas hati la beli. Dapur pun takda dah banyak tong sampah. Kotla korang nak juga, boleh usha  TONG SAMPAH LOCAUPIN HOUSEHOLD SORTING TRASH. Tengok dekat shopee. Nad tengok sekarang dah sold out, tapi mungkin ade dari seller lain.
hai assalammualaikum

Chicken Wrap Bersama Kewpie Dressing Roasted Sesame Makanan Sihat  Dan Sedap - Haritu tiba-tiba datang idea nak buat chicken wrap dengan letak sayuran banyak dan sos yang sedap. Tak cakap bnayak, terus cari bahan ak buat chicken wrap ni. Ayam dah ada pun dekat rumah, jadi tinggal beli wrap dengan sayuran. Lagi banyak sayuran, lagi bagus. Kita ni digalakkan makan makanan sihat dan berkhasiat kan. Nak mudah makan salad macam tu je, tapi sebab nak bagi anak-anak makan juga, kita buat lain dari yang lain. Anak tengok pun teruja. Kalau diikutkan, bagi sedap chicken wrap ni ialah sos dia. Nad memang tak buat sendiri la, kita guna sos siap. Hahaha. Nad pilih sos Kewpie Roasted Sesame.


Menu chicken wrap ni senangnya je buatnya. Sedap dimakan waktu santai atau waktu beriadah atau bila korang malas nak makan nasi, chicken wrap ni pun dah mengenyangkan.



Antara bahan untuk nad buat chicken wrap ialah
- 2 ketul dada ayam
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung
- wraps mission original. Ada banyak jenis tapi nad pilih original
- sayuran salad, lobak, timun dan tomato kecil
- kewpie dressing roasted sesame.

Cara membuatnya
- Goreng dahulu dada ayam dengan salutkan dada ayam di telur dan tepung. Kemudian goreng.
- Dah masak, garing, angkat dan sejukkan. Kemudian potong kecik-kecik.
- Sayur pulak utk lobak sahaja, nad rebus dulu sebb nak lembutkan. Sayur lain tak perlu. Basuh sahaja.
- Panaskan wrap mission di atas kuali. Jangan terlalu lama, sekejap je.
- Dah siap semua boleh la gulung semua bahan


Boleh tengok video di atas cara nad gulungkan dia. Ikut citarasa korang, nak sayur macam mana, nak inti apa. Buat pun dengan anak. Senang kan, letak-letak dan gulung. Gulung pun kene betul-betul, kalau boleh jangan penuh-penuh. Kalau tak susah nak gulung.




Yang menyedapkan makanan ni ialah sos dia. Sos Kewpie Dressing Roasted Sesame ni memang sedap sangat. Anak-anak pun suka. Bila buat dekat chicken wrap ni, memang diaornag makan je sekali dengan sayur-sayur tu..



Korang cubala ye. Hehehe.. Makanan paling senang untuk dibuat.
hai assalammualaikum

Wall's Tealive Bobalicious Aiskrim Viral Sedap - Nad ni memang suka sangat minum air tealive, lagi-lagi air bag bang milk tea dia yang siap ada pearl tu. Kalau beli memang akan beli dua, sebab bukan nad sorang je yang suka, anak-anak pun suka air tealive ni, kecuali mr mafia, dia tak berapa suka sebab katanya air tu manis sangat. Lepastu nampak kat twitter, ada orang beli aiskrim tealive. Teruja nad sebab tealive dalam bentuk aiskrim. Hari demi hari ramai dah cuba aiskrim ni, ada kata sedap ada kata tak sedap. Apa lagi, nad pun nak juga la rasa. Tekak orang lain - lain kan. Dah kita penggemar air Tealive, mestila na cuba aiskrim Tealive Bobalicious viral ni kan.



Bila cakap dengan husband, " abang, tealive ada dalam bentuk aiskrim, jom cari".. Seorang suami, ikutkan je kehendak isteri.. Heehe..Bukan senang ye nak cari aiskrim ni. Sebab dah viral, ramai dh beli, aiskrim ni cepa habis. Mula cari dekat 7 eleven, nampak je peti ais Wall's warna merah memang terus tuju. Bila tengok habis kecewa bet. Bukan setakat 7 eleven, shell, petronas nad pergi. Ada sampai satu hari tu, rezeki nad agaknya, dapat juga aiskrim Tealive Bobalicious ni dekat 7 eleven. Fuh, dah macam treasure hunt dah.. Hahaha..


Bila dah dapat, memang rasa gembira la. Keluar kedai, terus tunjuk mr mafia "yak ya yeaa.. Dapat aiskrim ni bang".. Hahaha.. Dia pun senyum je la. Harga aiskrim RM2.20.

Sampai rumah, terus makan. Fuh sedap sangat. Serius, pelik siapa cakap tak sedap. Sebab kebanyakan yang kata tak sedap dia orang bagitau aiskrim ni tak mania. Yup, memamg tak manis, tapi ada rasa milk tea dia. Nad suka. Dan paling tak sangka, mr mafia suka aiskrim ni. Yela dia tak suka air Tealive tapi dia suka aiskrim Tealive ni. Nasib beli banyak.



Lepas tu, boba dia pun rasa kenyal, chewy macam tu. Even dalam peti ais, boba dia tak keras pun. Anak-anak lagi la suka. Sedap sangat.


Bila makan memang tak cukup satu ooo, rasa nak makan lagi.. Hahaha.. Nak tengok review nad makan, boleh tengok video tu

Puasla dapat makan aiskrim Tealive viral ni. Sekurangnya dah cuba makan. Ramai juga cakap, susah sangat nak cari aiskrim ni. Tapi ada sesetengah tu dapatkan aiskrim ni dekat outlet Tealive sendiri. Mungkin sesetengah outlet ada. Ada lulak yang kata, dekat pasaraya, kedai runcit banyak.Tu jiran yang bagitau.. Kita dengar pun sabor jela. Punya payah nak cari, tapi kat kampung senang ye.. Haishh..


Takpela, yang penting dah rasa.. Korang pun kene cuba juga ye. Boleh dapatkan dekat 7 eleven, shell, petronas, supermarket, hypermarket. Online pun ada, Grab, shopee.

hai assalammualaikum

Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai - Disebabkan covid 19, banyak sekolah, universiti ditutup bagi menghentikan penukaran wabak ni. Baby dan kanak-kanak paling risiko terkena jangkitan wabak covid ni. Masa tak boleh pergi sekolah tu, tertanya juga Fariza, kenapa tak pergi sekolah. Bila cakap ada kuman, alhamdulillah, dia faham. Lagi pun masa tu banyak iklan pasal covid ni ditunjukkan, jadi senangla nak terangkan dekat dia. Masa PKP pun Cikgu Ema, cikgu tabika Fariza, ada bagi kerja sekolah untuk dia dan kawan-kawan buat. Kelmarin, Cikgu Ema whatsup, Tabika akan dibuka 1 Julai ni dan cikgu siap bagi SOP yang perlu dipatuhi. Memang nad baca betul-betul sebelum buat apa-apa keputusan..


Cikgu bukan sahaja beritahu SOP Tabika, tapi ada surat akuan sekali.  Surat akuan dan surat pengesahan kesihatan kanak-kanak yg wajib ibu bapa fahami. (Akan di mnta ambil di tabika)




SENARAI SOP YANG DIPERSETUJUI OLEH KKM DAN PERLU DIFAHAMI IBU BAPA TABIKA

Jadi, ni antara SOP yg telah di persetujui oleh KKM dan Wajib di ikuti dan di fahami oleh ibubapa/penjaga sebelum tabika buka adalah seperti di bwh:

1. Pembukaan tabika bermula 1 julai 2020

2. Ibubapa perlu memeriksa suhu anak Sebelum hantar ke tabika jika suhu melebihi suhu <37.5 dikira demam (tidak boleh masuk ke kelas)

3. Kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah TIDAK DI GALAKKAN datang ke tabika kerana berisiko tinggi. Ibubapa harus alert dan tahu tahap kesihatan anak-anak dahulu.

4. Ini kerana, dalam surat akuan ibubapa/penjaga, sebarang masalah kesihatan yg akan timbul dan jika anak di jangkiti virus covid semasa di tabika pihak Tabika TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB.

5. Jarak ketibaan kanak - kanak di antara kanak- kanak yang lain adalah antara 5 - 10 minit. Ibubapa hendaklah menunggu giliran dan WAJIB JAGA JARAK dan tdk berkumpul dgn ibubapa yg lain.

6. *Kanak-kanak haruslah di hantar oleh ibubapa sendiri ke tabika*. TIDAK DI GALAKKAN di hantar oleh kenderaan lain kerana kanak-kanak WAJIB utk MANDI bila sampai ke tabika jika menggunakan kenderaan awam yg mana menyukarkan keadaan lagi.

7. Kanak-kanak yg hadir ke sekolah haruslah yg pandai menjaga diri dan tidak menangis. Jika ada yg menangis dan tak dpt di pujuk kanak-kanak diminta pulang semula ke rumah. Ini kerana cikgu/pembantu tak boleh menyentuh dan memegang kanak2. NO BODY CONTACT.

8.  Setiap kali ada sentuhan di antara guru dan kanak - kanak perlu membasuh tangan ( guru dan kanak2) ketika sesi pwmbelajaran.

9. *Ikut garis panduan yg telah disediakan oleh guru seperti ibubapa/penjaga perlu scan *QR code tabika* semasa menghantar anak ke tabika SETIAP HARI. WAJIB DI LAKUKAN OLEH IBUBAPA.

10. Waktu kanak2 dtg ke tabika adalah antara jam 730-8.00pagi shja. Selepas pkul 8 pg, tidak akan diterima kerana akan mengganggu prosedur yg telah di tetapkan. Ibubapa haruslah terus menghantar anak2 ke dlm pagar tabika mengikut giliran. Cikgu akan memeriksa suhu bdn knk2 dan ibubapa terlebih dahulu. (Ibubapa guna hands sanitizer yg di sediakan, knk2 di galakkan membasuh tgn dengan sabun)

WAKTU PULANG ADALAH JAM 11.45 PAGI. Ibubapa haruslah sampai ke tabika antara 5-10minit SEBELUM waktu pulang. TIDAK BOLEH LEWAT demi keselamatan anak2. Dan ibubapa juga akan menunggu giliran mengambil anak dan menulis buku keluar masuk seperti biasa.

11. Pastikan anak2 terus mandi apabila sampai ke rumah masing-masing.

12. *Akan ada penggiliran dan kehadiran knk2 adalah mengikut jadual yg ckgu telah tetapkan mengikut bilangan knk2 yg setuju utk hadir ke tabika. Jadi knk2 tidak akan hadir ke sekolah setiap hari kerana ada penggiliran*

13. *KEUTAMAAN DI BERI untuk kanak - kanak 6 tahun, ibubapa/penjaga frontliner dan ibubapa/penjaga YG BEKERJA kedua2nya*.

14. Walaupun kehadiran kanak- kanak sedikit atau tiada kanak- kanak..kelas tetap akan dibuka seperti biasa..

15. ibubapa dan pelawat lain TIDAK BOLEH masuk ke dalam kelas sepanjang tempoh pkp (hanya jabatan shj)

16. GURU JUGA perlu menyahkuman kelas, bahan dan barang-barang setiap kanak-kanak, setiap hari sebelum dan selepas kelas.

17. Cikgu perlu mengisi borang perakuan kesihatan ( istihar sihat)

18. Jika  guru tidak sihat kelas berjalan seperti biasa (pembantu ambil alih )

19 *Ibubapa/penjaga perlu menulis nama dan suhu kanak- kanak di dalam buku  di bahagian catatan waktu *. TIDAK BOLEH MENGHANTAR SHAJA DI BAWAH DAN TERUS BALIK. JIKA ADA BERBUAT DEMIKIAN, KNK2 TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM KELAS TANPA IBUBAPA/PENJAGA.
Ibubapa WAJIB menulis buku KELUAR DAN MASUK yg telah di sediakan.

20.  *Semua aktiviti kanak-kanak adalah secara individu sahaja. Mereka akan di pantau utk berada DI DALAM PETAK masing2 SETIAP MASA spnjg waktu pembelajaran*.

21. Ibubapa perlu bersedia sebarang kemungkinan jika tiba-tiba guru hubungi untuk mengambil  anak yg tidak sihat.

22. Semasa sesi pembelajaran kanak2 tidak perlu memakai face mask atau face shield (hanya pakai ketika datang dan balik).

23. Guru dan pembantu wajib pakai face mask atau face shield stiap masa.

24. Sesiapa sahaja yang hadir ke tabika perlu di ambil suhu.

25. Penggunaan aircond tidak digalakan..bukak tingkap dan pintu sentiasa untuk pengedaran udara.

26. Tidak dibenarkan membuat aktiviti luar tabika/ main taman permainan.

27. Hari Potensi tetap dijalankan secara online.

28. *Kanak2 tidak dibenarkan membawa beg, botol air, makanan dan sebagainya ke sekolah (hanya bawa diri sahaja)* *(PLEASE TAKE NOTE)*

29. *Disekolah kanak- kanak TIDAK BOLEH berkongsi makanan dan peralatan. Ibubapa WAJIB utk bawakan pinggan, sudu, cawan dan tisu sndiri dr rumah*. *(PLEASE TAKE NOTE)*

30. Kanak2 yg mempunyai sejarah ahli keluarga, saudara mara, jiran yg pernah dijangkiti Covid dan ada close contact dgn mana2 pesakit covid TIDAK BOLEH HADIR KE TABIKA. Pihak tabika tidak mahu menanggung risiko.

Maklumat di atas haruslah di ambil kira sebagai PENTING dan TIDAK BOLEH DI PANDANG RINGAN oleh setiap ibubapa. Risiko tetap ada dan semoga sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa/penjaga buat persediaan awal sebelum sekolah dibuka semula.. 

Ni la antara arahan SOP yang disenaraikan. Panjang memang panjang, memang nad baca satu-satu.

Dalam fikiran sebenarnya risau nak bagi Fariza masuk sekolah juga, tapi dia dah rindu dengan cikgu dia. Bila baca SOP, insyallah, anak selamat. Nad pun aka sediakan kelengkapan hand sani, apa yang sepatutnya la untuk dia. Semoga 1 Julai nanti aktiviti sekolah berjalan dengan baik.
hai assalammualaikum

Bawa Anak-Anak Bersenam Di Tasik Ampang - Selalunya kalau nak beriadah, atau bawak anak-anak main taman permainan, nad dengan mr mafia akan pergi ke Tasik Ampang, sebab dekat dengan rumah. Kalau rasa nak pergi lain sikit, ke Tasik Titiwangsa. Tapi, memamg port kitaorang Tasik Ampang jela. Anak-anak kalau dapat keluar pergi taman permainan mestila dia suka, tak kisah mana tempat pun. Selain boleh beriadah, bersenam, lepak-lepak dekat situ pun boleh.

Masa PKP sampaila PKPB memang tak dibenarkan keluar atau bermain dekat taman permainan tu. PKPP ni la berani sikit bawak anak-anak ke Tasik Ampang ni bila dah diberi kelonggaran. Tapi SOP peelu dijaga atas tanggungjawab diri sendiri, ibu bapa. So, haritu ajak mr mafia pergi bersenam dekat Tasik Ampang. Nak bagi anak-anak ambil udara segar juga. Dari malam tu bagitau kakak, malam ni tidur awal, esok nak pergi bersenam. Diaorag drngar kata. Pagi tu, boleh bangun awal, sebab ingat dalam kepala.. Haaha.. Kalau tak memang bangun lambat la.


Masa separuh perjalanan, tiba-tiba hujan pulak. Aduh.. Tapi nasib baik sekejap je.

Ingatkan sampai sana, nak bagi anak-anak main taman permainan dekat situ, tapi rupanya masih ditutup. Muka Fariza dan Farhanah dah teruja dah tapi tak dapat main. Nad cakap elok-elok dengan Fariza, " Alamak kakak, tak dapat main la, tempat main kene tutup".. Kakak dah sedih, kemudian nad sambung " ada kuman, tak boleh main".. Fariza terus mulut muncing tapi dia cakap " okkkkk"... Adik dah tunjuk-tunjuk.. Cakap benda sama, dia paham sikit.. Sampai kakak pun pujuk adik sama, cakap " adik tak boleh main, kuman. Nanti adik akit".. Ni la kakak yang sweet.


Kemudian nad ajak diaorang lari satu tasik ni untuk pertama kali.. Hahaha..selalu lari separuh jala je. Hah ni bagi diaorang bebas, menikmati pemandangan, satu tasik pusing. Alhamdulillah.. Diaorang gembira..

Dah lama juga tak menikmati angin macam ni. Udara segar macam ni. Tengok ikan dekat tasik. Memang lain ye rasanya. Selama ni nad pergi ke supermarket je beli barang, ni bila dapat menikmati pemandangan pagi dekat Tasik Ampang, memang otak rasa segar je.. Hahahah..


Bila dah dibenarkan buat aktiviti PKPP ni, sesekali keluar bersenam dekat luar. Tapi nad tetap jaga jarak dengan orang. Lagipun kat tasik tu tak ramai orang sangat. Memang haritu tenang je. Yang penting dapat gembirakan anak-anak.
Nanti nad share pasal baju sukan muslimah nad ni, best sangat baju ni, sesuai buat untuk beriadah, bersenam atau swimmimg. Ok..
hai assalammualaikum

Resepi Telur Dadar Lembut - Cakap dekat anak-anak, " harini mommy masak telur ye".. Mesti diaorang suka. Siapa je tak suka makan telur, tak kisahla telur bulat ke, telur dadar ke ata telur hancur. Telur dadar atau telur mata adalah pelengkap hidangan yang sangat mudah dan membuka selera.

Tak kiralah walaupun dimakan dengan nasi kosong, tetap habis sepinggan. Siap ada yang bertambah lagi! Makan dengan nasi tambah kicap.. Aummmm sedap.. Hehehee.. Makanan yang simple tu la yang sedap sebenarnya kan.

Masak telur dadar ni pun, kalau macam malas makan lauk lain, hah telur la pilihan kita. Ada banyak cara masak telur dadar ni sebenarnya. Ada yang suka garinhg, ada yang suka lembut. Macam suami, dia suka yang lembut.


Ni cara nad untuk buat telur dadar lembut dan gebu. Selalunya kalau nak sennag telur, garam sikit dan pukul.. Nak lagi meriah letakla sayur sikit dan bawang. Tapi anak-anak tak suka ada sayur, bawang semua dalam telur, jadi nad buat kosong je.

Bahannya mudah je, telur dua biji, ( ikut berapa ramai, nad 4 orang je dua biji cuku), garam, dn mayonis sedikit.


Masukkan semua dalam mangkuk dan kacau. Kacau sampi puas hati, kalau boleh lama sikit lagi bagus.

Panaskan kuali. Pastikan kuali betul-betul panas.

Bila dah nampak asap tu, hah tuang telur tadi. Biarka sekejap. Kemudian terbalikkan dia bagi masak semua bahagian..

Sekejap je, jangan lama, kang hangus. Terus angkat.

Aumm.. Memang lembut dan gebu. Ada rasa mayonis sikit..

Ok selamat mencuba

hai assalammualaikum

Laksa Yang Diidamkan - Dari sebelum PKP lagi tak makan lagi laksa, sebab tak terfikir kan akan ada PKP, PKPD, PKPBni yang menyebabkan kita susah nak dapat makanan yang kita nak. Kalau takda semua ni, nad akan beli laksa dekat pasar malam. Sekarang kalau delivery pun macam mahal je. Nak buat, memang tak reti, lagi nak kene rebus ikan, asingkan duri ikan la.. Tak mampu nak buat sorang-sorang.. Letih, dengan anak-anak lagi. Kalau ada geng masak takpe gak. Lagipun, nad tak reti buat sangat. Mak nad buat pun selalu pakai sardin, rasa dia memang lain.


Jadi PKPP ni, ingat pasar malam dah boleh buka. Tanya la suami, kalau pasar buka, singgah belikan laksa, sebab dah lama teringin nak makan.

Akhirnya dapat juga makan laksa ni walaupun macam sikot je tak cukup.. Hahaa.. Tapi dapat masuk tekak, lega.. Tapi masih tak puas.

Laksa ni pun, suami bukan beli dekat lasar malam, yela pasar malam rupanya tak boleh buka lagi.. Huhuhu.. Suami pergi cari dekat kedai. Kedai mana tu nad tak tau, dia kata dia google. Takpela, asalkan dah dapat.


Tu pun tak cukup sebab anak-anak pun suka. Dahla suami beli satu je, yang lain dia beli mee kari. Nad memang tak berapa suka makan mee kari. Terpaksa la kongsi laksa ni dengan anak-anak. Nanti boleh cari lagi laksa ni. Rasa laksanya pun sedap. Penuh sayur semua. Suka macam ni.

Pasni beli banyak-banyak.. Huhuhu..

Boleh cari Nasi Kerabu juga ni.. Sebab ngidam juga.. Haishh.. Macam-macam ye ngidamnya.. Huhu
hai assalammualaikum

Ternganga Tengok Bil Eletrik TNB - Hah, kecoh sekarang, kecoh oii..kecoh pasal bil TNB ni. Mana taknya, kebanyakan bil yang diaorang dapat naik mendadak dari biasa, berganda naiknya. Ada biasa puluh je bayar, sekali ni dapat beratus, ada tu pulak beribu. Mana tak bengangnya, mana tak ternganga bila tengok bil TNB tu oii..



Ramai cakap, kenapa pihak TNB tak hantar orang untuk cek  macam selalu. Alasan diaorang bagi sebab covid, jadi kerja cek ni terpaksa dihentikan. Ini kelakar kan, yela, ikut logik, orang yang datang cek tu pun takda bersentuhan dengan sesiapa, takda pegang atau tegur pun orang rumah. Kenapa perlu ada alasan covid. Forntliners , yang kerja hantar makanan pun, yang berdepan dengan tuan rumah tu pun takda masalah, ni pulak kerja cek meter, dan tak bersentuhan. Tiba-tba bil datang melambung.

Bila ada orang buat aduan, pihak TNB bagi alasan sebab covid, banyak penggunaan dekat rumah..huhu..Bertambah- tambah marah la. Ada tu kawan nad tak duduk rumah tu tapi bil datang macam duduk ramai orang..huhuhu. Katanya yang sebelum ni anggran, dan diaorang kira untuk 3 bulan. Entahla..Cerita bab bil TNB ni memang tak habis lagi.


Ternganga Tengok Bil Eletrik TNB

Bila orang sibuk cakap, nad pun mestilah risau bil eletrik dekat rumah ni. Tertunggu-tunggu dapat bil kertas tu. Yes, dan dua hari lepas, dapat dah bil TNB ni. Punya cuak nak tengok berapa, sekali..kita yang ternganga juga................


Tak sangka, bil dapat ni rendah dari biasa..hehehe. Dalam hati bersyukurla, tak banyak, tapi kurang dari biasa. Selalu bil seratus lebih, tapi kali ni dapat bawah seratus. Alhamdulillah. Suruh mr mafia tengok, dia pun tak caya. Sampai dia cakap bagusla sikit.

Bulan lepas bil tak bayar lagi, untuk bulan ni bil dapat bawah RM100. Jadi jumlah tu ditambah dengan bulan lepas yang belum dibayar.


Tengok dekat apps TNB, yup sama jumlahnya.

Selama ni banyak, mungkin sebab aircond dalam bilik mr mafia, dan komputer dia on je 24 jam. Sejak PKP, dia dah kurangkan on komputer dan aircond pun jarang-jarang. Nak tengok bil naik ke turun. Kalau turun memang punca dari situ.


Hah sekali dapat bil, kurang dari biasa, hah tau la punca dari situ. Lagi satu buat bil naik, mungkin tv. TV dekat rumah ni suara dia dah rosak, jadi kitaornag guna sound besar tu. Mungkin dekat situ penggunaan letrik banayak. Ni tengah kumpul duit nak beli tv baru. Harap dapatla beli tv lain.

Cara nad kurangkan eletrik lagi, bila dah tak pakai, memenag terus tutup suis semua. Lagi satu cabut semua plug. Dapatla kurangkan sikit eletrik tu. Bila keluar memang cabut semua plug, kecuali peti ais


Ni macam mana bil anggaran semasa tempoh PKP diselaraskan. Malas nad nak tulis panjang, bubuh je gambar..hehee..

Bantuan Pelan Bayaran Mudah 

Lepas tu, dekat bil dia ada catit bayaran penuh atau pelan bayarn mudah. Yup, TNB bagi pilihan nak bayar penuh atau ansuran.


Apa itu Pelan Bayaran Mudah ?
- Bantuan yang diberikan secara automatik kepada semua 7.5 juta pelanggan kediaman
- Pelanggan boleh memilih untuk membayar jumlah bil yang diberikan secara ansuran sehingga 31 Disember 2020
- Pengecualian surcaj lewat bayar bermula 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020.
- Pemotongan bekalan akan ditangguhkan sehingga 31 Julai 2020

Bab bil TNB ni, kita tengok nanti macam mana ceritanya, tapi rasanya memang kene bayar jela kan, mana yang kene tinggi tu.
hai assalammualaikum

6 BarangYang Patut Ada Dalam Beg Norma Baru PKP - Bawa beg ni bukan sahaja aset tapi memudahkan untuk mengisi barang tanpa perlu pegang barang tersebut. Bila ada beg ni masuk je dalam beg, dan bawa je ke mana-mana, tak kira la pergi tempat kerja, pergi kelas atau pergi jalan-jalan. Kalau sebelum ni, beg diisi dengan barang seperti dompet, makeup, kunci dan lain-lain lagi yang rasa perlu dibawa, sekarang disebabkan wabak covid, beg perlu ditambah lagi untuk diisi benda yang lebih penting. Mungkin ada beberapa barang sebelum ni yang kita bawak perlu dikeluarkan dan diganti dengan baru. Apa barang yang patut ada dalam beg norma baru ni ye?



6 BarangYang Patut Ada Dalam Beg Norma Baru PKP

Hah ni antara 6 barang yang patut ada dalam beg norma baru korang.


1) Facemask - Benda yang paling penting kena ada dalam beg kita. Lebih baik bawak lebih facemask, mungkin kita akan tanggalkan mask yang guan dan perlu guna mask yang baru.

2) Hand Sanitizer - Hand sani ni pun kena ada dalam beg kita. Kita akan gunakan sanitizer ni setiap kali kita nak menyentuh sesuatu permukaan. Yela kadang ada hand sanitizer dekat luar yang disediakan tak sesuai dengan tangan kita.

3) Telekung dan sejadah - Kalau sebelum ni, kita boleh guna sejadah dan telekung dekat surau yang disediakan, tapi sekarang kena bawak sendiri. Tak boleh berkongsi perlatan peribadi sebab tak tau siapa yang ada covid nanti.


4) Pen - Tiba-tiba benda ni penting ok. sekarang nak pergi mana-mana kene catit nama dan no telefon di tempat yang disediakan. Pen yang disediakan semestinyadah disentuh ramai orang. Rasa was-was lebih baik bawa pen sendiri.

5) Tisu basah - Macam nad dah biasa bawak tisu basah sebelum-sebelum ni. Jadi tisu basah ni memang penting ya untuk lap permukaan yang disentuh atau rasa nak bersihkan tempat tu dulu.

6) Plastik Sampah - Hah, mumgkin pelik kenapa plastik sampah. Yela, lepas guna tisu basah dan mask yang dah tak digunakan, kena la buang denagn elok, bukan buang merata-rata. Dari nak mencegah, kalau buang merata sama je nak bagi orang terkena covid. Lagipun kenala jadi orang yang bertanggungjawab sikit. Buang mask atau tisu dengan cara yang betul.

Mungkin macam makeup, patut dikurangkan, yela dah pakai mask, nak pakai makeup confirm tak nampak..hehee..bahagian mata je..ehhe


Beg pulak, dari sederhana, pakai beg besar..hehehe.. Lainla kelaur sekejap je, bolehla pakai beg kecik, kalau keluar lama, siap nak solat semua, hah beg besar terus.

Nad pun sekarang pakai beg sandar belakang,beg sekolah tu..hehee..Beg new norma..
hai assalammualaikum

Resepi Udang Dan Labu Masak Lemak - Lama tak makan buah labu, haritu beli sayur online dekat freshmart dekat shopee, nampak buah labu, terus beli. Idea datang nak masak denagn udang buat masak lemak...uu sedapnyaa..Udang pun suami baru je beli, jadi tak fikir banyak, terus je buat.


Nad buat pekat pulak, hahaha, tapi sedap la juga.


Bahan-bahannya
- Udang
- Buah labu
- Bawang merah
- Cili padi
- Serai
- Kunyit hidup
- Lengkuas

Cara membuatnya
- Blend bawang merah, cili padi, kunyit hidup dan lengkuas
- Tumiskan bahan blend sehingga naik bau
- Masukkan serai dan santan. Gaul sebati.
- Kemudian, masukkan garam bagi menyedapkan makanan.
- Akhir sekali masukkan udang dan gaul sama rata.
- Ok siap..
Labu ada lebih lagi, boleh buat bubur pulak nanti..hehee..
hai assalamualaikum

Fariza Melukis Dan Mewarna Sendiri - Dari kecik lagi Fariza dah suka dengn buku dan pensel. Dia boleh leka sampai tak layan benda lain pun takpa. Kalau sebelum ni dia conteng je macam takda rupa, berimaginasi sendiri apa yang dilakarnya. Kalau mintak nad lukis, nad akan lukiskan, sebab nad tau, dia tengah belajar sesuatu. Semakin membesar ni, dia dah tunjuk minat dia dengan melukis dan mewarna. Kalau duku, warna comot, sekarang warna pun dah cantik.

Boleh baca perkembangan Fariza dari suka pen dan buku ni.
- Fariza membaca dan menulis
- Pen dan Kertas Permainan Dia
- Penat sebab belajar
- Lukisan Pertama Fariza.


Fariza Melukis Dan Mewarna Sendiri

Sekarang ni la entry dia dah pandai melukis dan mewarna dengan cantik.

Ingat lagi, masa mula pebelajaran dekat sekolah tabika, cikgu sendiri bagitau, Fariza memangbtak berhenti mewarna..hahaha. Tu dekat sekolah, bayangkan dekat rumah, asal bangun tidur, mestila mencadi buku dia dan pensel warna dia. Sebba tu waktu PKP ni memang dia tak kisah banyakkan masa dekat rumah.

Ssbagai mommy yang support anak, suport minat anak, setiap kali keluar, nad takkan lupa belikan buku untum Fariza. Buku mewarna, buku kosong untuk dia melukis. Pensel warna dah banyak dah nad beli. Masa beli tak rasa membazir sebab tau Fariza mesti buat punya. Dan setiap kali dapat job yag melibatkan anak, lagi-lagi dapat barang kaler pensel macam faber castel, memnag nad ambil punya semata untuk Fariza.




Daripada nad dapat tu, memang dia guna sebaiknya. Contoh event Faber Castel Nad dapat banyak gift. Siapa tak suka alat tulis Faber Castel, lagi warna dia. Ada satu tu terbaru warna Colour Of Life ni, dalam ada set corrector pens siap dengan buku warna. Habis semua dia warnakan. Makin hari nad tengok main lawa dia mewarna. Cantik sangat. Nad sendiri kagum sebab nad kalau mewarna takdela cantik macam tu.. Hahaha.. Sebab nad tak mknat seni. Bila anak minat mommy support je.

Baru-baru ni, masa PKP duduk rumah je, jadi dia banyak habiskan masa dengan melukis dan mewarna. Kalau dulu, nad yang lukiskan untuk dia, tapi sekarang, Fariza dah pandai lukis sendiri.


Terkejut haritu, dia tunjuk dekat nad, dia lukis rumah, kucing, pokok, dan baru-baru ni dia lukis salah satu watak dalam Peppa Pig. Ye cerita kartun dia. Tengokla hasil lukisan dia, 5 tahun dh pandai melukis macam ni. Setiap kali lukis, setiap tu dia mintak taml. Bagi nad ni dah cukup cantik ya. Nad sendiri tak reti la nak melukis sangat, nad memang tak suka seni-seni ni.. Hahhaa..

Walaupun dia minat dalam mukis dan mewarna, untuk subjek lain nad tak lupa nak ajar, macam belajar suku kata dan matematik. Matematik daddy dia yang ajar, mommy jenis kesabaran kurag.. Hahaha.. Alhamdulilkah, PKP ni banyak Fariza belajar, walaupun tak dapat sekolah, mak ayah ni la cikgu dia. Sikit-sikit dia pandai dah. Masuk sekolah nanti, insyallah, paham dah sikit.
Tulis nama sendiri pun dah tau.

Nenek Fariza iaitu mak nad ada bagitau, yang nad ni dulu suka dengan buku semua.. Hahhaa. Ikut mommy dia la ni. Tapi mommy dia tak suka seni.. Ahhaha.. Dekorasi mak dia suka.. Kah..


Nad dengan suami tak kisah Fariza minta melukis dna mewarna, sebba bakat ni banyak bidang boleh diceburi. Penting jangan desak anak, biar dia tentukan sendiri.


hai assalammualaikum

Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister - Semua suka minum air teh BOH kan. Rasa dia dari dulu sama je, aroma dia yang memikat, buat orang tak boleh lupa dan selalu minum air teh BOH ni dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Memang banyak rupa teh BOH ni sekarang, boleh klik SINI. Terbaru BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17. 

Limited Edition BOH Cameronian Gold Blend Canister

Memang nampak menarik kan tin air ni. Dahla warna biru, nampak eksklusif. Bentuknya yang bulat seperti  " buruj angkasa " menghidupkan tema Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 tahun ini iaitu Antara Satu Sama Lain (Together with One Another), yang melaungkan betapa pentingnya hubungan dan kolaborasi dalam memacu industri seni ke tahap yang lebih gemilang.

Ia juga dapat dilihat bagaimana ikatan yang erat serta sokongan padu sesama para penghibur, kru produksi, penerbit dan semua rakan dalam industri yang mengangkat martabat seni dan menggalakkan perjuangan kreatif di medan ini. Tema ini memang sesuai, lebih-lebih lagi dengan cabaran semasa yang melanda industri seni persembahan akibat pandemik Covid-19.


Bukan sahaja di arena seni, malah konsep ni menekankan bahaya rakyat memerlukan antara satu sama lain, bersatu padu dalam  memerangi wabak pandemik yang telah melanda Malaysia dan seluruh dunia.

Simbol bentuk ni pun ada maknannya tersendiri, ibarat simbol jalinan persahabatan yang memberi sinar kepada setiap insan, umpama bintang menerangi langit malam. Ia juga mengingatkan kita tentang ketenangan yang dirasai dalam menikmati secawan teh yang enak; ada kalanya melambangkan bermulanya persahabatan yang baharu, dan pada masa yang lain ia menghangatkan jiwa dan membawa kita melayari keindahan malam. Wah gitu..hehehe..

Tengok tin BOH Cameronian Gold Blend ni macam kau menang awards pulak kan..ehhee. Nad dah ada macam-macam tin BOH ni, ni pun rasa nak gran ni..hehe..

Dalam tin ni mengandungi 15 Uncang Teh Piramid yang mudah terbiodegradasi. Harga RM 15.00, boleh didapati di Kedai Online BOH, www.bohtea.com, dan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir, ia juga boleh didapati di Pusat Teh Sungei Palas BOH di Cameron Highlands.


BOH Cameronian Gold Blend merupakan teh ‘signature’ BOH yang diadun dari pucuk lembut Jat Manipuri dan Rajghur, ditanam di Ladang Teh Boh di Cameron Highlands untuk menghasilkan  secawan teh BOH yang kaya dengan rasa, beraroma lagi menyegarkan.

Selain mendapatkan kanister edisi terhad ini, saban tahun, pencinta tegar teh juga dapat menikmati Uncang Teh Piramid BOH Cameronian Gold Blend eksklusif yang disajikan oleh BOH bagi meraikan Anugerah Seni Cameronian BOH.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Seni BOH Cameronian, layari www.kakiseni.org/awards manakala maklumat lanjut tentang Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend pula boleh didapati di www.bohtea.com.

Tentang Anugerah Seni BOH Cameronian
Sejak tahun 2002, Anugerah Seni BOH Cameronian meraikan seni persembahan terbaik dari tahun sebelumnya. Diasaskan oleh Kakiseni, laman web online Malaysia yang ditujukan khas terhadap seni, ia merupakan satu-satunya anugerah di Malaysia yang mengadili persembahan muzik, tarian, teater dan teater muzikal yang disajikan secara langsung atau “live”. Anugerah Seni BOH Cameronian didedikasikan untuk menaikkan martabat seni persembahan di Malaysia di samping mengiktiraf sumbangan artis berlainan genre dalam seni persembahan.

Tentang Kakiseni
Di Kakiseni, kami percaya bahawa perlunya lebih banyak seni persembahan tanah air yang dibawa ke tengah agar lebih ramai khalayak dapat turut serta untuk menyumbangkan idea dan perspektif mereka dalam sesi ‘dialog’ yang sama, sekaligus menjanjikan sebuah pengalaman yang lebih bermakna. Sejak tahun 2001, Kakiseni dikemudikan oleh para professional kreatif yang tekad untuk menjadikan ianya sebuah realiti. Ia menjadi tanggungjawab kami untuk mengembangkan lagi seni persembahan di Malaysia dan menyebarkannya ke serata dunia. Oleh itu, kami terlibat dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan meramaikan sokongan dan menaikkan penghargaan terhadap seni persembahan, mempertingkatkan kemahiran anak seni dan kualiti persembahan mereka, serta memperjuangkan seni kepada badan kerajaan dan perniagaan di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com.
hai assalammualaikum

ASB Online ( Myasnb ) : Cara Tambah Simpanan ASB Melalui Transfer Di myASNB - Selama ni nak tambah duit dalam ASB nad selalu pergi pejabat pos, sebab alang-alang nak bayar duit bil, jadi tambah sekali ASB dekat situ. Pernah ada kawan cakap boleh transfer melalui maybank dan bank online lain, tapi sebab dah alang-alang nak pergi pejabat pos kan, so buat jela situ. Katanya kalau buat dekat bank online kene tolak, mayb sebab tu nad malas buat kot..hahaa. Lepas tu ada kawan belajar ni, memnag kitaorang ada group whatsup. Ada sorang kawan cakap, boleh ke transfer duit dekat ASB. Sorang kawan ni bagitau, boleh, guna myASNB. Nad pun baru tau..nad google, benda ni dah lama rupanya, tapi tu la, tak godek kan.


ASB Online ( Myasnb ) : Cara Tambah Simpanan ASB Melalui Transfer Di myASNB

Lepas kawan tu buat, tanya dia, masuk tak duit dalam ASB tu, dia kata masuk. Hah takdela was-was.Yela duit kita kot, kang takut ke tempat lain..hahaa. Dan menariknya, kalau melalui bank lain, ia ambil masa beberapa hari, tapi melalui myasnb, duit masuk terus ke dalam asb kita. Tak kena caj apa-apa pun. Nampak tak nad punya risau ni. Lepas tu, dia bagitau la cara-cara nak transfer tu.


Sebelum tu, kene daftar dulu myASNB tu. Klik https://www.myasnb.com.my/  . Kalau belum daftar kene daftar dulu. Macam nad dah daftar dah.

Lepas tu Log in akaun untuk masuk dalam myASNB.


Kemudian, pergi ke Amanah Saham Bumiputera, sebelah dia ada perkataan transaksi. tekan transaksi tu.






Lepas tekan transaksi akan keluar seperti dalam gamabr. Tekan Pelaburan Tambahan





Lepas tu baca apa yang ditulis, kemudia tekan tick dekat kotak kecik tu.


Lepas tu nad rasa dia akan tanya satu soalan, nad lupa nak screenshot.


Kemudian keluar seperti ini. Tulis jumlah duit yang korang nak masukkan. Minimum RM100. Tak boleh bawah RM100.


Hah, nanti keluar details semua. Lepas tu untuk transfer duit dekat myASNB ni guna Bank FPX. Bawah tu bank yang boleh dibuat untuk pemindahan duit di myASNB. Macam nad maybank2u.

Lepastu tekan tick, menandakan anda bersetuju dan paham.

Kemudian, dia akan pergi ke maybank2u dan masuk macam biasa.




Dah selesai, tadaa, siap dah. Dapat resit transaksi successful.

Nanti dia akan bagitau dekat phone juga, yang korang ada buat transaksi dekat ASB.

Senang kan. Tu la nad pun baru tau. Mesti korang dah lama tau..hahaa. Nad je terlambat, tapi takpela, nad buat entry ni untuk nad juga. Takut lupa..hehee..

So lepas ni tak perlu beratur bagai dah, isi borang ke apa, takda tolak caj transfer..kihkih..

Nanti korang pergi home, tengok duit terus masuk dalam ASB korang.