August 2020
hai assalammualaikum

Fariza Sambut Kemerdekaan Di Sekolah Tabika - Minggu lepas cikgu whatsup, bagitau hari Fariza sekolah perlu pakai baju uniform yang sepatutnya haritu dia pakai baju sukan. Cikgu cakap untuk sambut Kemerdekaan di sekolah. Kerja sekolah yang cikgu bagi masa cuti sekolah haritu rupanya untuk sambut kemerdekaan. Memang pagi-pagi tu siap kan dia macam biasa, dan dia pun seronok nak pergi sekolah. Dia tak tau kat sekolah dia akan sambut Kemerdekaan.





Gambar ni semua nad dapat dari Cikgu Fariza iaitu Cikgu Ema. Cikgu hantar dekat group whatsup. Comel je Fariza dengan kawan-kawan sambut merdeka.Seronok dia dapat sambut, selama ni dia sambut Merdeka dekat rumah je, dan tak paham apa itu Merdeka. Tapi masalahnya sekarang bendera dia panggil Merdeka.. Hahahaha..


Pagi berhimpun depan sekolah, depan bendera, nyanyikan lagu Negaraku. Cikgu psang lagu Merdeka.



Ni la topeng yang dibuat masa cuti sekolah. Topeng wonder woman. Dia la yang warna ni. Mommy tolomg tebuk buat tali untuk dia pakai.


Seronok muka masing-masing dengan topeng masing-masing.








Lepas tu ada pertandingan mewarna.

Khusyuk Fariza mewarna. Benda yang dia suka buat. Akan buat secantik boleh.. Ehhehe..


Nad tau dia dapat no 1 bila dia balik bagitau, Fariza dapat no 1. Tapi dia tak cakap untuk apa. Bila cikgu bagi gamabr barubtau pertandingan mewarna tu.. Gembira dia banyak dapat hadiah..

Kaki tu, takleh buat apa ye, tetap nak silang.. Hahahaa..


Sambutan sederhana, tapi seronok bagi anak-anak. Suka tengok dia bila pergi sekolah, dapat belajar banyak benda.
hai assalammualaikum

Marrybrown Drummette Sos BBQ Dan Bubur Pedas - Nad sampai terlupa yang nad ada voucher Marrybrown tamat harini. Nasib baik nampak dan terus ajak mr mafia pergi Marrybrown. Rugi tak guna oo.. Lama tak makan dekat Marrybrown last makan egg stra padu egg dia je. So harini, Hari Merdeka kan, kita relaks-relaks, makan kat luar la. Terus pergi Marrybrown Melawati Mall.


Haritu, nampak kawan-kawan makan Smokey sos, ada burger combo, drummet  dan apa lupa lagi satu. Nad tengok drummet dia macam sedap je, macam ala korea, so orderla Sos  Smokey BBQ Drummet, nak rasalah kan. Menu baru keluar jadi mestila cuba
Untuk mr mafia, dia nak bubur pedas dengan ayam goreng 1 ketul. Anak-anak ambil churros.


Harga untuk Set Drummette Smokey Sos BBQ ni RM17.90, bubur pedas RM13 lbih macam tu. Churros RM5. 90 untuk tiga ketul.. Hehee..

Biasalah hari Merdeka, orang cuti, mestila shopping mall yang dituju. Ramai juga la tadi tapi takdela bersesak, dapatla tempat duduk untuk makan.

Order mr mafia siap awal sebab dia punya bubur, ayam, anak-anak punya churros pun siap, cuma nad punya order tak siap lagi. Jadi duduk dulu bagi suami dan anak-anak makan. Kadang ada menu yang lambat sikit siap.

Bubur pedas Marrybrown sedap. Ni pertama kali rasa bubur dia.. Sampai pulak panas-panas, sedap.. Kalah juga bubur McD.. Ehhehe.. Lepas ni kalau rasa nak makan bubur boleh pilih Marrybrown.. Heehe. Bubur ni ada isi ketam agaknya panjang2 tu, bawnag goreng, sayur bawang dan chili flakes. 

Lepas anak-anak dan suami habis makan, drummet nad tak sampai-sampai juga. Lama betul. Nad tengok servis diaorang macam lambat sikit. Memang lama juga nak tunggu drummet sos bbq sampai. Terpaksa makan bubur mr mafia dulu bagi hilang rasa lapar. Dahla tengah lapar.. Huhu.



Dekat setengah jam kot baru siap. Dah dapat tu terus makan. Rasanya drummet sedap, garing, sos dia manis macam tu. Ayam jela sedap, sos kureng sikit. Drummet Sos Smokey BBQ ni didatangkan dengan ayam drummet, onion ring, kentang dan air teh limau ais. Ramai cakap burger sos bbq dia sedap.. Lain kali la kita try makan.

Ok korang bolehla try menu baru Marrybrown ni.


hai assalammualaikum


BBQ Bersama Keluarga Di Malam Kemerdekaan - Semalam, balik rumah mak keja, nak ambil kuih frozen karipap dan masalodeh. Abang pulak whatsup cakap nak buat bbq. Apa lagi onz jela..hehhe. Yang sediakan semua abang dan kakak ipar..hehehe. Berkumpul la semua malam tu dekat rumah mak. Cuma kakak sorang denagn abang ipar sorang takde sebab dia kerja. Tapi anak-anak ditinggalkan. lagipun cuti sekolah kan..ehehe.



Lepas maghrib mulakan aktiviti membakar. Tukang pasang tempat pembakaran, abang dengan adik ipar..



Tukang kipas, budak-budak ni la..hahaha. Hey mana boleh makan je, kena tolong..



Malam tu, ayam perap biasa, ayam perap madu dan kambing bakar.,.nyumnyum..



Nad tukang makan..hehee..Makan dengan nasi dan sos je pun dah sedap.


Lepak makan luar ramai-ramai..hehee..

Macam ni la kitaorang sambut merdeka..hehhee..Bila ada anak-anak buah, diaorang la yang meriahkan suasana.

Next, pergi bercuti pulak nanti.
hai assalammualaikum

Selamat Hari Merdeka - Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Selamat Hari Merdeka you alls. So cuti ni korang pergi mana. Nad duduk rumah, buat kerja apa yang patut. Tahun ni sambut dengan keadaan langkah berjaga-jaga disebabkan covid. Nak pergi berjalan, bercuti boleh sahaja, pastikan langkah SOP terjaga ok.


Semalam, Fariza tanya nad " mommy, merdeka tu apa "..Nad jawabla " Merdeka tu bebas, kita bebas daripada penjajah dan pemerintahan orang luar "..Fariza pun oo kan jela..hehee.. Tahun ni kita sambut Kemerdekaan yang ke 63. Tarikh kita Merdeka pada 31 Ogog 1957. Alhamdulillah, Negara Malaysia dalam keadaan aman dan sejahtera.


Bila dah merdeka ni, kene la hayati betul-betul. Merdeka itu macam mana ok. Bukan cakap bebas, boleh buat apa sahaja. Merdeka minda, dan otak kita. Jangan diikut ajaran yang tak betul.

Okla, nad berpantun jap..hehee..

Pantun Kemerdekaan

Terbang tinggi burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
63 tahun kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

Mengayuh basikal pergi ke pekan,
Membeli keperluan untuk keluarga,
Tinggalan moyang tunggak warisan,
Indah sentosa bumi merdeka.

Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Bunga Raya Di Dalam Dulang,
Daunnya Pula Di Makan Ulat,
Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,
Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

Bersyukur Kita Menjadi Rakyat Malaysia,
Bumi Bertuah Indah Permai,
63 Tahun Kita Merdeka,
Rakyat Hidup Aman Damai

Indah berseri cincin delima,
bertatah permata elok dipakai,
Malaysia kini 63tahun merdeka,
negara kita aman damai.

Pakai TMNET jalur lebar,
Yuran mahal tidak sia sia,
JalurGemilang megah berkibar,
simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Berlapis cempaka di sisi kekwa,
Indah redup dihias melati,
Semangat Merdeka kekal di jiwa,
Nescaya hidup lebih bererti.

Hati-hati takut ada yang terasa,
Jaga tutur kata dan kelakuan
Hidup harmoni berbilang bangsa,
Semangat nasionalisme teras Perpaduan.

Hutan amazon dikenali Belantara,
Harimau terkenal kerana belang,
Terima kasih Pahlawan Negara,
Malysia Merdeka terus Gemilang.

Mereka peramah manis berkata,
Jual barang pasti laku,
Di sini lahirnya sebuat tercinta,
Bumi Malaysia Tanah Tumpah Darahku.

Tahun 2020 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-1 yang melanda negara dan dunia. Pun begitu kita telah buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia.
hai assalammualaikum

Bidadari Kiriman Tuhan Lakonan Mira Filzah - Suka sangat tengok lakonan Mira Filzah dari dulu lagi. Bagi la dia watak apa sekalipun, pasti menjadi..hehee. Dengar kata Mira Filzah bakal menjadi isteri, tapi tu bukan nad nak cerita, nad nak cerita drama terbaru lakonannya iaitu Bidadari Kiriman Tuhan. Selepas tamatnya drama Pelindung Seorang Puteri, drama Bidadari Kiriman Tuhan ni la ganti dia. Dalam cerita ni Mira Filzah melakonkan dua watak, satu autism, satu lagi biasa.


Bukan mudah ye, nak lakonkan dua watak, lagi watak autism macam ni. Selalunya kalau tengok watak ni, teringat Norkhiriah..hehee..menjadi dia. Tapi Mira Filzah bawa atak ni pun ok..Tetap comel dan manis je.


Menceritakan tentang Manis iaitu seorang guru tadika yang berusia 25 tahun serta kembar seirasnya Manja yang autism..

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis.

Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat.

Dekat situ nanti, mulala timbul konflik yang akan buat kita geram ye.

Drama ni nampak kan, yang orang istimewa ni memerlukan orang biasa untuk disayangi. Tapi orang biasa juga memerlukan orang lain untuk disayangi. Macam mana pula dengan orang istimewa ni. Hah tengokla drama ni.

Bidadari Kiriman Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Rashid Sibir dibintangi oleh Mira Filzah, Zul Ariffin, dan Zarina Zainuddin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020. Waktu siaran Isnin hingga khamis jam 10 malam.

Barisan pelakon Bidadari Kiriman Tuhan 
- Mira Filzah sebagai Manis Suhaila / Manja Suhana
- Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
- Zarina Zainuddin sebagai Maria
- Ruminah Sidek sebagai Nenek Minah
- Maisara Sufia sebagai Suria

Jangan tak tengok ye..
hai assalammualaikum

Badan Tewas Akhirnya - Ingat antibodi dah kuat, tapi kahirnya tewas juga. Aku memang siapkan semua kerja , draft aku buat bagi dekat client, sebab masa cuti sekolah, aku nak bawak-bawak ank bercuti. Kalau boleh nak bercuti dengan tenang, taknak fikir pasal kerja. Memang masa bercuti haritu, memang relaks habis otak ni.


Balik dari bercuti, dalam tiga hari, Fariza batuk dan selsema. Aku bagi ubat batuk dan Natural Sniffles bagi hilang selsema dia. Nasib baik ada ubat dia lagi,jadi aku pun bagi. Taknak bagi dia melarat, sebab nanti dia nak pergi sekolah. Alhamdulillah, dia baik dari batuk dan selsema. Nasib baik dia tak kena demam, kalau kena demam lagi susah. Tu aku cepat-cepat buat apa yang patut taknak bagi demam.

Lepas Fariza baik, aku pulak yang batuk. Dalam tiga hari lepas Fariza baik, aku pulak batuk dan sakit tekak. Aku cuba kawal, dengan minum air suam, makan panadol semua. Kalau demam aku boleh kawal, dengan bagi peluh keluar, tapi kalau dah kene sakit tekak, tak dapat nak tolong. Bila sakit tekak, tekak tak selesa, batuk, terus bagi kesan dekat badan. Badan jadi letih semua, yela, dengan batuk lagi. Badan tewas akhinya..demam la aku..hahaa. Anak tak kena, aku yang kena. Takpela, sakit bagi kat aku dari kat anak kan.


Kena juga pergi klinik. Konon nak jimat taknak pergi klinik, last-last kene pergi juga.


Terpaksala makan ubat sebanyak ni. Nak baik punya pasal.

Badan ni suruh aku berehat sekejap. Kuat sangat bekerja ni..huhu..Nak buat macam mana, kerja aku buat ni la gaji aku. Tak buat kang tak dapat duit..Tapi aku tau hadnya juga. Bila aku nak rehat, aku tak ambil banyak job. Otak aku ni pun tak boleh bekerja kuat, kejap lagi resah..hahahaa.

Ingat korang, jangan over bekerja..hehee..
hai assalammualaikum

Beli TV Baru, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU7000 43 Inchi - Alhamdulillah, ada rezeki lebih, sama-sama kongsi dengan suami beli tv baru. TV lama dah berapa tahun guna, dari sebelum kitaorang kawin lagi. Lama-lama tv lama tu rosak takda suara dan calar balar dekat skrin. Kalau nak tengok tv, dengar guna sound untyk tengok movie.Tapi masa tu takda duit lagi, jadi guna jela tv tu sampaila kitaorang rasa boleh beli baru. Setelah 6 tahun perkahwinan, barula dapat beli tv baru.


Ni la tu, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU7000 43 Inchi. Sebelum dapat tv ni, ada kisah disebalik tu..hehehe..

Begini cerita dia......


Mr mafia jumpala satu iklan ni, promosi tv dengan harga murah dan berbaloi dekat satu kedai ni. Esoknya terus pergi. Usha punya usha, tengok macam semua ok, terus beli tanpa banyak cerita. Punyala teruja dapat beli tv baru, tak sabar nak pakai. Sekali, masa nak pasang wayar, ada satu masalah dekat situ. Satu wayar dipanggil optical cable, wayar ni la yang aku guna untuk tv lama time takda suara. Wayar untuk suara macam tengok movie tu. Arghh sudah. Mr mafia dah runsing. Dia kalau dah runsing, dengan nad sekali runsing.


Tv baru kitaorang beli yang ada promosi tu tv Panasonic LED TV G 300. Masa beli, mr mafia pun tak terfikir tentang optical cable tu. Jadi kacau bilau perasaan dia. Nad ni jenis tak kisah, tapi paham-paham jela laki, buat pe beli benda audio tu kalau tak guna, rosakla kan. Kita diamkan jela.


Ni la wayar optical cable tu. Tak ngam dengan tv Panasonic LED Tv G300 yang nad baru beli tu.

Masing-masing duk fikir, nak buat macam mana. Nasib baik masa tu kawan nad ( pernah satu kerja ) dm dekat messenger, dia cakap  " beli tv ka ". Kawan nad ni chinese. Nad pun cakap " ye dah beli dah, tapi ada problem "..

Nad tunjuk optical cable tu dekat dia. Dia tau wayar tu untuk audio. Nad cakap tv Panasonic ni takda cucuk wayar tu.


Terus dia offer untuk tolong nad carikan tv lain. Masa tu mr mafia pun tengah usha nak tengok tv lain yang ada cable optical ni. Nad pun sekali mintak tolong member ni.

Kawan nad ni sales dekat barangan letrik, jadi borak punya borak, dia dapat tolong nad dapatkan tv lain. Mula tu fikir, macam mana nak jual tv baru beli ni, takkan nak simpan, nanti kena keluar duit lain. Kitaorang fikir kalau boleh dapat jual tv Panasonic ni, kemudian ambil yang dioffer kawan ni. Nak tunggu lama, memang takla, sebab tv lama dah nak hancur dah.

Mula la iklan dekat ig story, pasal beli tv Panasonic baru beli ni, kemudian nak jual. Tiba-tiba, kawan ni bagitau, bos dia boleh ambil tv Panasonic ni. Tolak la, tukaran macam tu. Tapi tolak harga lain, bukan harga masa nad beli.

Cakap dengan mr mafia, dia kata ok la, asalkan tv tu boleh cucuk untuk optical cable. Tengok dia punya kelebihaan, apa yang ada semua, ok deal.


Esoknya, bos dia hantar dekat rumah, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU700 43 Inchi..haha,,panjang nau nama. Puas tengok depan-depan. Besar sikit dari tv Panasonic tu.

Sekarang pun orang lebih pilih smart tv. Nad ni tak kisah sangat, asalkan boleh tengok tv dan guna suara tv. Boleh jimat letrik. Selama ni guna audio bil tinggi. Tapi orang laki, dah beli audio semua, kenala guna. Nak tengok movie syok katanya.

Kita pun okla!!


Nad tak tengok dari mula dibuka, tapi tv ni boleh sign dengan samsung punya . Mr mafia pernah guna samsung, jadi dia sign la.


Tv ni ada semua , Live TV, Netflix, Prime video, youtube, gallery dan macam-macam la.

Orang sekarang layan Netflix kan..ehehe..tu sekali ada. Nak tengok youtube senang..


Anak-anak teruja, bila tengok youtube mommynya..hahahaa..besar tengok depan-depan. Lagi suka bila tengok diaorang dalam tv. Diaorang fikir, diaorang masuk tv tu..hehehe.

TV Samsung ni pun boleh buat pasword, so anak-anak tak main buka je , lagi-lagi youtube. Tengok skrin pun clear dan jelas macam real kau.

Okla, selesai dah bab tv. Dapatla tukar tv lama ke tv baru. Haish, beli tv pun macam-macam dugaan ..hahaha..
hai assalammualaikum

McDonald’s Malaysia Sokong Saranan Kerajaan Galak Derma Darah - McDonald’s Malaysia sentiasa menyokong saranan kerajaan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menderma darah secara berkala dengan mengadakan Hari Derma Darah baru-baru ini. Hari Derma Darah ini diadakan secara terbuka kepada orang awam setiap tahun dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Setiap tahun, Hari Derma Darah seumpama ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat umum dan kakitangan McDonald’s Malaysia sendiri.  Jalinan kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan PDN telah bermula sejak empat tahun lalu. Seiring dengan saranan kerajaan, McDonald’s Malaysia ingin turut serta memainkan peranannya dalam mewujudkan kesedaran berterusan di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah. Kami mensasarkan 300 penderma tahun ini, dan berasa amat gembira dengan kejayaan melepasi sasaran yang ditetapkan,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.





Hari Derma Darah yang diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia telah menyaksikan kehadiran lebih 500 penderma. Ini berbanding 287 penderma pada tahun 2019 dan 208 penderma pada tahun 2018.

“Dengan kerjasama PDN, kami menyambut baik inisiatif Hari Derma Darah oleh McDonald’s Malaysia, yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Kempen di tempat kerja sebegini akan menggalakkan amalan mulia menderma darah di kalangan warga kerja McDonald’s Malaysia. Memandangkan ianya juga terbuka kepada orang awam, PDN yakin kempen ini dapat mewujudkan kesedaran meluas mengenai kepentingan darah dan menarik minat masyarakat untuk menjadi penderma darah.  PDN juga mengucapkan syabas kepada McDonald’s Malaysia kerana menjadi penganjur kempen pendermaan darah yang konsisten dan pastinya darah yang didermakan semasa kempen ini akan menyumbang dalam perawatan pesakit. PDN juga berharap penganjuran program kesedaran dan kempen pendermaan darah sebegini turut dilaksanakan oleh pelbagai syarikat, pertubuhan dan organisasi lain seperti mana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia,” kata Dr. Noryati binti Abu Amin, Pengarah, Pusat Darah Negara.


Sebagai tanda penghargaan, pihak McDonald’s Malaysia telah memberi baucar tunai McDonald’s, set hidangan McChicken, dan Sundae Cone kepada para penderma darah yang hadir. 
hai assalammualaikum

Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur - Cuti-cuti Kuala Lumpur!, yeahh..siapa kata Kuala Lumpur biasa je, banyak tau tempat menarik di Kuala Lumpur ni. Disebabkan minggu lepas banyak masa terluang, kitaorang pun dah lama tak merehatkan badan, dah lama tak tidur hotel, jadi, nad dengan suami, buat plan untuk menginap di hotel Kuala Lumpur. Plan cari hotel yang betul-betul tengah bandar, selesa dan pergi mana-mana tempat jalan kaki sahaja.Cari punya cari, jumpa hotel Travelodge City Centre, memang sesuai sangat dan menetapi apa yang kitaorang nak.


Hotel Travelodge City Centre, Penginapan Di Tengah Bandar, Menjanjikan Keselesaan Apabila Bercuti Di Kuala Lumpur

Hari Jumaat check in pukul 2 petang, kitaorang waze je Travelodge City Centre Jalan Hang Kasturi, terus sampai. Tempatnya sebelah sahaja dengan MRT Pasar seni. Memang bagusla, dahla tengah bandar, lepas tu, dekat dengan public transport, memang mudah.


Travelodge City Centre hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan fasilitis yang pasti memudahkan korang untuk bergerak ke tempat menarik disekitar ibu kota. dekat sini juga ada disediakan parking kereta dan bayaran RM10 untuk satu malam.



Masuk lobi je, terus terpegun dengan perabot dekat situ..heehe. Selesa sangat untuk menunggu. Staff dekat situ pun friendly dan mesra je.


Bahagian reception ni operasi 24 jam, so takde masalah nak apa-apa pertolongan.

Dekat sini SOP terjaga, masa masuk macam biasa la, scan semua tu.

Ok jom masuk bilik..hehee.

Bilik Hotel Travelodge City Centre Luas Dan Selesa

Lawa gila ok bilik dia, sangat luas dan selesa. Nad punya bilik Family room, dengan dua katil. Dekorasi bilik dengan gaya kontemperori, lukisan Wau di dinding, katil yang menarik, memang sangat selesa dan santai bila duduk hotel ni.









Kemudahan yang ada di bilik
- Wifi percuma
- Lengkap toiletries
- Peti simpanan
- Peti ais
- Minuman tea dan kopi
- Desk
- TV
- Snack
- Charger USB & Plug


Suka dengan cermin dalam bilik ni, besar, cantik..hahaaha..Pantang nampak cermin ye, mesti nak berselfie.



Bilik nad ni ada ada dua jenis, satu Family room dua katil, macam nad punya, satu lagi tiga katil. Boleh pilih salah satu. Antara bilik ni ada pintu, connection room. Jadi, kalau korang datang dengan keluarga yang ramai, boleh ambil dua bilik bersambung ni.

Bilik dekat sini memang luas sangat. Dekat hotel Travelodge ni ada pelbagai jenis bilik yang korang boleh pilih. Meh nad tunjuk bilik selain Family Room.


Superior Room Queen Katil


Superior Room Twin Katil



Superior Room dengan balkoni. Hah, bilik ni siap ada balkoni untuk santai.



Suite Room, bilik paling luas. Untuk yang nak sambut hari istimewa tu, bolehla pilih bilik ni. Siap dekorasi angsa dekat katil tu..hehee.

Perkhidmatan Dobi Dan Ironing Layan Diri 24 jam

Dekat hotel ni juga ada menyediakan khidmat dobi dan ironing layan diri 24 Jam. Bilik laundry ni terletak di tingkat 1, dekat dengan bilik nad..hehee..senang. Ada washer dan dryer sekali. Jadi sebelum balik, boleh basuh baju dulu. Oh nak pakai laundry ni ada bayaran, hanya RM 10




Antipodean Coffee

Selain itu, korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan sarapan sepanjang hari di Antipodean Coffee, yang menyajikan pelbagai hidangan yang diilhami oleh bahan-bahan segar dan budaya makan siang di New Zealand. Ini adalah tempat yang tepat untuk bersantai atau bersosial dengan secawan kopi. Buat masa sekarang cafe ni ditutup disebabkan pandemik covid ni.


Kemudahan Lain 
- 24 hours store ( ada kedai mynews )
- 24 hours security
- Currency exchange
- Luggage storage service
- Non smoking hotel
- Photocopying service

Kawasan Sekitar Kuala Lumpur Berdekatan Hotel Travelodge City Centre

Hah, percutian kali ni, nad jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dah sinonim dengan bandar yang sibuk dengan kemajuan kota yang mana antara tempat kunjungan tumpuan para pelawat dan pelancong adalah pematu tarikan utama Malaysia KLCC dan juga KL Tower. Kali ni nad pun jadila pelancong..hehee. Kuala Lumpur ni banyak tempat menarik sebenarnya, sebab tu kene teroka.

Antara tempat menarik yang ada


- Central Market. 

Tempat ni paling dekat dengan hotel, berada berhadapan hotel Travelodge sahaja. Tapi buat masa sekarang Central Market tutup untuk renovation. Sedih sangat, sebab tempat ni memang jadi tumpuan. Ia akan dibuka akhir bulan ni. Tapi takpe, ada tempat lain lagi.




- Kwai Chang Ho
Tempat ni dibahagian Chinatown. Tempat ni menarik sebab dekat sini ada mural di dinding. Kalau kreatif boleh la pose gaya apa pun. Kitaorang memang suka mural-mural ni..hehehe.


- Kedai makan sedap
Berdekatan dengan Kwai Chang Ho, ada satu kedai makan yang nad pernah cuba iaitu Luckin Kopi, Beryls Chocolate. Memang sedap makanan dekat sini. Haritu nak pergi penuh orang, jadi kita cari kedai makan lain la. Jalan punya jalan terjumpa kedai aiskrim Urban Artisan ni.

Unik pulak tengok aiskrim berlingkar macam tu, dengan warna warni. Apa algi cuba la rasa bagi hilangkan dahaga tekak ni. Not bad, sedap. Ada banyak lagi kedai makan yang santai, rare dan unik ni. Kene survey banyak lagi.



- Masjid Jamek
Ni pertama kali nad datang tengok River Of Life. Ya, jangan terkejut..hahaa. Bila sampai sini jadi macam jakun sekejap..hahaa. Tengok dia keluar asap dengan lampu, nampak biasa tapi yang eprtama kali datang, teruja sikit..ehehe.

Dengan mural di dinding bangunan sangat cantik dan kreatif.

- Dataran Merdeka


- Petaling Street
Malam nad sambung jalan-jalan lagi, lalu ke Petaling Street. Saje tengok..Kuala Lumpur kan..hehee.

Tempat lain yang boleh pergi, Bukit Bintang, KLCC, boleh je naik MRT, senang dan mudah. Tak perlu fikir parking kereta semua. Bagus kan.




Harga Promosi Hotel Travelodge City Centre

Siapa yang nak bercuti ke Kuala Lumpur, Travelodge City Center menjanjikan keselesaan, dan kemudahan dengan harga yang berpatutan serta bernilai untuk pengalaman, menjadikan hotel ini pilihan terbaik sama ada korang  berada di KL untuk bekerja atau bercuti bersama tersayang atau kawan-kawan.

Promosi Reopening

Tengok bilik, tengok service, tengok sekitar berdekatan hotel, mesti korang tertarik kan. Hah, dengan semua kemudahan ni, harga hotel ni pun sangatla murah. Sekarang promosi dengan harga bermula RM88 untuk menginap di hotel Travelodge City Centre ni. Yes!!, RM88 .. Untuk booking boleh klik https://bit.ly/TravelodgeCityCentre. Promo sah bermula sekarang sehingga 30hb Sept 2020.

Tribute To Frontliner Heroes Package

Speselnya hotel ini ada promosi untuk Fronliners bagi menghargai mereka. Pakej penghormatan kepada wira barisan hadapan denga special offer, superior room RM68 dan family room RM108 dengan syarat penginapan mininum selama 2 malam. Boleh daftar keluar lewat sehingga pukul 4 petang.


Long Stay Package

Ada lagi, untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, yang nak stay lama, boleh pilih hotel Travelodge ni sebagao lokasi untuk menginap. Dapatkan tawaran terbaik dengan harga
- RM 700 NETT Mingguan,
- RM 1,260 NETT untuk 14 malam menginap
- RM 2,400 NETT Harga Bulanan

Bagi yang stay lama ni, korang akan dapat bilik dengan Balkoni Bakul makanan ringan percuma (Pengisian mingguan), Bar mini percuma (Penambahan mingguan), 1 token percuma untuk dobi & pengering setiap minggu, Kad TouchnGo Percuma (Kad bernilai RM10net) atau tempat letak kenderaan percuma untuk satu kereta sepanjang penginapan anda.


Stay 3 Pay 2 Untuk Mastercard Package

Promosi utk Mastercard, Travelodge Hotels Asia & Mastercard menawarkan Stay 3 Pay 2, bayar dulu, travel kemudian. Stay 3 hari tapi bayar untuk 2 hari je. Booking boleh buat di Travelodge Asia website. Booking dari 1 July sehingga 31 Dec 2020 dan boleh stay dari 1 July 2020 sehingga 30 June 2021. Untuk maklumat lebih lanjut berkenan Mastercard ni boleh layari https://cutt.ly/EfazguT

Kod Promosi: STAY3 . Untuk tau lebih lanjut berkenaan Mastercard Promosi ni, boleh contact (66) 65724 9454 | E-mel: sa.pornthip@travelodgehotels.asia

Terma & Syarat 
- Tawaran tersedia untuk pemegang kad Mastercard semasa membuat tempahan, untuk penginapan yang dipesan menggunakan Mastercard yang sah .
- Pemegang kad Mastercard yang berjaya menempah tawaran ini akan diminta untuk menunjukkan Mastercard mereka semasa daftar masuk.
- Nikmati malam ke-3 secara percuma apabila anda menempah penginapan tiga malam berturut-turut, berdasarkan Harga Terbaik yang Tersedia.
- Tempahan mesti dibuat melalui Travelodgehotels.asia secara langsung semasa tempoh tempahan.
- Harga dikenakan bayaran perkhidmatan dan cukai kerajaan yang ada.
- Tempahan tertakluk pada ketersediaan.
- Pindaan atau pembatalan mesti dibuat 14 hari sebelum tarikh ketibaan untuk mengelakkan caj pembatalan satu malam.
- Tawaran tidak sah untuk digunakan bersama dengan promosi, tawaran dan harga ahli TravelodgeR yang lain.
- Travelodge Hotels Asia berhak untuk mengubah terma dan syarat tawaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.


Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kemudahan acara yang terdapat di hotel Travelodge City Center Hotel, Boleh layari
Website : https://www.travelodgehotels.asia/
Instagram : https://www.instagram.com/travelodgeasia/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelodgeHotelsAsia/

Travelodge City Centre
Address: No.7, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia
D: +603-2032 2288 W : www.travelodgehotels.asia