Beli Basikal dan Helmet Anak Online Je Di Shopee

 hai assalammualaikum

Beli Basikal Anak Online Je Di Shopee - Basikal ni dah lama Fariza dan Farhanah nak sangat, baru bulan ni mommy daddy mampu beli. Alhamdulillha, bulan ni mommy daddy ada rezeki lebih, mommy daddy kongsi kegembiraan dengan anak-anak. Beli basikal diaorang nipun dekat shopee je, almaklumla, nak keluar rumah tak boleh, beli online jela. Hebat kan, basikal pun boleh online sekarang, senang ya.

Basikal ni diaorang nak sangat sebab setiap kali balik rumah nenek, sepupu diaorang semua dah ada basikal. Biasalah budak-budak dekat situ ramia, basikal diaorang punya kadang tak bagi pinjam, kadang ebrebut. Kesian tengok. Pastu nak senyapkan, mula la cakap 'nanti mommy belikan basikal ok'..Mula tu diaorang lama tak ingat, tapi kakak sekarang dah besar, pandai dah bercakap dan ingat benda dia nak. Harijadi dia haritu tiba-tiba dia cakap 'mommy tak belikan basikal untuk kakak ke'..arghh sudah..hahaa. Bukan taknak belikan, memang nak belikan tapi belum cukup duit.

Nak beli bukan untuk kakak je, kena beli untuk adik juga. Kalau beli sorang mau bergaduh oii! Perempuan dengan perempuan aklau gaduh lain maciam..hahaha. Bulan ni alhamdulillah, mommy daddy ada la dapat rezeki lebih, terus cakap dengan daddy 'abang sayang ada cek basikal dekat Shopee, kalau kongsi sorang RM169'. Tunggu la jawapan laki kita. Pastu dia cakap 'ok boleh '. Cakap lagi sekali, 'betul boleh ni '. Dia cakap iye..hahaa..Takut wak kalau tiba-tiba takleh.




Bila mr mafia dah cakap boleh, terus order. So tunggula dalam beberapa hari. Adalah dalam seminggu. Takpe lambat, diaorang pun boleh sabar. Mula takut juga datang asing-asing, nak bagitau macam mana la tu. Tapi alhamdulillah, datang sekali serentak..hehee.

Basikal masing-masing warna pink, perempuan kan. Fariza memang pink tak boleh dipisahkan. Adik tak kisah, tapi belila yang ada pink-pink sikit..ehehe.




Nad beli basikal kakak dekat kedai ni. Boleh tekan link ni ( http://bit.ly/32SZgnN ). Kakak punya belum siap pasang, kene pasang sendiri. Tapi lepas dapat nad baca komen sampai bawah rupanya boleh mintak orang tu siap pasangkan dan hantar..lol..sedih. Dahla nak pasang dia berjam. Ni pun tak habis pasang lagi, sebab daddy ada kerja. Ni kalau malas sangat mau hntar kedai tolong pasangkan..hahaa. Basikal dia 16 inci.. Sesuai la sampai dia besar.. Harga basikal Rm149, shiping RM11.97, jadi semua RM160.97





Ni basikal adik pulak. Basikal adik siap pasang dah. Sampai pun dalam keadaan baik. Senang bila dah siap pasang ni. Hasihh, awatla mommy tak belikan kakak punya yang dah siap pasang..huhu. Boleh klik link https://bit.ly/36OtM30 

Adik basikal sampai, punya bukan main happy. Siap peluk, cium haishh. Nampak sangat dia nak basikal. MAna taknya kalau balik rumah nenek, gaduh dengan cousin sama baya dia..hahaa. Dahla cousin dia tu lelaki, kalau marah, tak bagi basikal dia..hahaa.Sekaranga dik dah ada, dia suka. Harga basikal adik RM92, shipping RM7.21 ,ade discount shipping RM4.66 dan guna redeem coins RM0.39. Jadilah adik punya RM94.16.

Oh masa tengah usha basikal, nampak pulak helmet diaorang ni..hehee. Duk fikir baik beli sekali, utamakn keselamatan..hahaa. Walaupun tu helmet untuk naik motor, tak salah la pakai untuk naik basikal..kihkih. Sebab cantik dan comel kita belila. Lagipun tengah duk  fikir mommy nak beli motor juga ni..huhu, itu pun kalau ada rezeki lebih juga.





Helmet harga RM72.52, nad beli dua, satu hello kitty, satu doraemon, shipping RM6.15, tolak shipping RM4.77, sebab apply shipping free, kemudian redeem coins RM0.30, so total semua RM73.60. Link untuk helmet ni http://bit.ly/3klyfJw

Helmet sampai awal, tapi disebabkan nak buka sama-sama dengan basikal, jadi helmet dibuka lambat sikit ye..hehee.

Ok korang kalau nak beli boleh rujuk link nad bagi tu.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Wow best lar siap ada helmet yang cantik-cantik. :)

    ReplyDelete
  2. Ala kakak sweetnya posing manja...seronok dorang dapat basikal ye.

    ReplyDelete
  3. besar yer helmet naik beskal,cam nak naik motor jer tu..hehe... huda beli helmet utk basikal siap dengan knee guard utk elak anak2 cedera kalau jatuh basikal.

    ReplyDelete
  4. elok juga beli helmet sekali .boleh educate diorang utk safety juga

    ReplyDelete
  5. Jauh lagi murah beli kat shopee ni.

    ReplyDelete