AJAR ANAK BERTUKANG, BENDA BARU BAGI DIA

in , by Nadia Johari, 19:41:00
hai assalammualaikum

Ajar Anak Benda Baru Dan Menyeronokkan Bagi Si Kecil - Fariza ni suka tengok apa yang mommy dan daddy dia buat. Bagi dia tu seperti permainan, tapi sebenarnya bukan. Tu benda baru yang dia buat. Dan setiap kali dia tengok, taknak dia kacau, kitaorang akan ajak dia buat benda tu bersama. Benda baru yang mencabar bagi dia ialah bertukang. Meja yang mr mafia beli untuk dia, sebenarnya, Fariza dan daddy dia yang pasang sama-sama. Kalau sesuatu perkara tu masih selamat, memang akan suruh Fariza buat, kalau tak sesuai untuk dia, memang takkan bagi dia buat la. Jadi bila dia buat sama-sama, dia takkan kacau kita buat kerja.

pasang kerusi

skru sendiri tu

tengok gambar, tunjukkan, dan ajar

pusing skru lagi

Masa bertukang ni, mr mafia suruhla dia masukkan skru, pusingkan skru. Dia punya khusyuk buat memang macam orang betul-betul bertukang..hehee. Mr mafia akan ajar dia, cara masukkan, pegang semua tu la. Benda macam ni, bukan sahaja menyeronokkan anak-anak, malah mengeratkan silaturrahim antara keluarga kan.

masukkan skru

buat sampai siap

dah siap

Fariza pasang dari meja sampaila ke kerusi. Untuk anak selesaikan sesuatu tugasan yang sukar dan mencabar, ajarkan mereka satu persatu, langkah demi langkah. Bila anak berjaya buat langkah pertama, boleh bergerak ke langkah seterusnya hingga dia mampu lakukannya sendiri.
Tak kisahla dia perempuan , bukan kerjanya main makeup, cantik-cantik je kan. Benda lasak pun kena buat. Kena tiru mommy dia ni, suka benda lasak-lasak...hahaa. Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang menyeronokkan dan sukar diikuti sehingga mencabar daya fokus mereka.

Ini juga sebagai latihan buat mereka. Berlatih memerhati dan menghayati momen di sekeliling mereka. Kita mahu anak belajar sisihkan gangguan dan melatih keupayaan untuk fokus.

Setiap hari pasti akan ada benda baru yang boleh anak-anak kita belajar. Buat sama-sama, biarkan dia buat sendiri, tapi kita pantau. Dia seronok, kita pun seronok tengok dia..hehee.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Memang seronok kan sesekali ajar ank buat aktiviti lasak.. Hehe.. Good job fariza..nanti besar blh tukang2 perabot. .. Blh buat bisnes tau..

    Lepas ni autie zaza nak tempah satu kerusi la dgn fariza boleh 😍

    ReplyDelete
  2. comelnye die bp tahun tu sis?ank sy pun suka bertukang

    ReplyDelete
  3. Memang seronok buat aktiviti dgn anak , pandai fariza bertukang

    ReplyDelete
  4. Budak budak kena juga diajar mcm ni. So bila bnda tu adalah bnda baru, budak akn teruja.

    ReplyDelete
  5. Pandai...gaya tu macam tahu buat sendiri dah..hahah.. dedahkan anak dengan macam2 benda supaya anak tahu apa sebenarnya benda yang diorang betul2 minat. Mana tahu satu hari nanti Dia memang betul2 suka bertukang..kan?

    ReplyDelete
  6. haha.. lepas ni fariza la jadi tukang pasang semua perabot dalam rumah nanti.. syok kan buat sesuatu bersama2 anak2 dan suami.. Harraz ni pun dok main skru driver buat gaya nak buka skru.. tapi entah mana dicucuknya skru tu.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Alahai oandianya fariza. Tapi okeylah dari situ fariza belajar sesuatu yang baru dan layih dia jadi kreatif

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2