May 2021
hai assalammualaikum
 
Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko Covid-19 - Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan. 
 

Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko Covid-19

Sejak akhir-akhir ini terdapat desas-desus dalam kalangan ibu hamil yang terlalu takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19. Walaupun Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman tentang vaksin Pfizer sebagai pilihan vaksin yang sesuai untuk golongan ibu hamil dan menyusukan, Dr. Premitha masih menerima pelbagai soalan daripada pesakitnya tentang keselamatan vaksin tersebut terhadap kandungan mereka.

“Apabila seorang wanita hamil, tubuhnya mengalami perubahan drastik untuk disesuaikan dengan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungannya. Tahap imuniti si ibu menurun dan si ibu mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit,” katanya. “Secara umumnya, seorang ibu hamil digalakkan untuk mengambil vaksin influenza dan Tdap untuk melindungi dirinya daripada influenza, kancing gigi, difteria dan batuk kokol (whooping cough)”. Batuk kokol adalah sejenis penyakit mudah berjangkit yang boleh meningkatkan risiko kematian dalam kalangan bayi baharu lahir. 
 
 
Menurut Dr. Premitha, vaksin batuk kokol yang juga dikenali sebagai pertussis itu lazimnya diberikan kepada bayi selepas 3 bulan kelahiran. Oleh itu, si ibu perlu diberikan vaksin Tdap untuk memastikan antibodi yang dibina dalam badan boleh disalurkan kepada bayi untuk memberikan perlindungan jangka pendek sementara menantikan vaksinasi tersebut.

“Sebenarnya, golongan ibu sudah lama menerima vaksin sepanjang kandungan untuk menjamin kelahiran bayi yang sihat dan terlindung daripada penyakit. Buat masa ini, kita perlu memastikan ibu-ibu ini mendapatkan vaksin COVID-19 kerana penyakit tersebut telah terbukti lebih berbahaya berbanding penyakit lain,” kata Dr. Premitha. 
 

“Dalam kes positif COVID-19 yang melibatkan ibu hamil, kategori klinikal penyakit tersebut boleh bertambah serius dalam masa singkat berbanding individu lain. Sekiranya mereka yang tidak hamil masih boleh dikuarantinkan di rumah bagi Kategori 1 atau 2, keadaan ibu hamil boleh melarat dengan cepat kerana rahim ibu yang mengembang mengikut tempoh kehamilannya khususnya selepas memasuki bulan ke-4 memberi impak terhadap paru-paru si ibu. 
 
Sebab itu, ibu hamil yang disahkan positif sering kali ditahan di hospital untuk perhatian lanjut sehingga betul-betul sembuh”.

“Sebagai Perunding Perbidanan & Sakit Puan, antara tanggungjawab kami adalah untuk memastikan semua ibu menikmati pengalaman kehamilan yang mudah dan menggembirakan. Namun, sejak pandemik ini melanda, kami perlu bekerja lebih keras supaya ibu-ibu ini dapat melahirkan bayi mereka dengan selamat,” tambahnya. 

 
Bercerita tentang kesan sampingan vaksin COVID-19 yang merisaukan, Dr. Premitha meyakinkan golongan ibu hamil bahawa kesan selepas vaksinasi seperti rasa lenguh, pening kepala, mual dan demam boleh dirawat dan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi kerana kesan tersebut akan hilang dalam masa terdekat. 
 
Sekiranya perlu, doktor akan memberikan ubat paracetamol untuk ibu hamil menangani kesan sampingan tersebut. “Jangan keliru kesan ini dengan kesan alahan. Alahan boleh mengakibatkan serangan kejutan (anaphylactic shock) sehingga muka bengkak dan sukar bernafas,” katanya. “Kita perlu cuba bertahan dengan rasa kurang selesa selepas divaksinkan kerana dalam tempoh hamil, kesihatan ibu adalah yang paling mustahak. Tanpa ibu yang sihat dan bebas penyakit, bagaimana bayi yang sihat dapat dilahirkan?”

“Terbaharu, kita sudah selesai Fasa Satu Program Imunisasi Kebangsaan yang melibatkan antara 80 hingga 90% kakitangan kesihatan seluruh negara. Kini, hospital adalah antara tempat paling selamat untuk anda. Oleh itu, jangan takut untuk datang ke hospital dan berbincang dengan doktor anda tentang sebarang isu melibatkan kehamilan dan vaksin COVID-19,” jelas Dr. Premitha. 
 
“Malah, kakitangan kesihatan yang hamil juga digalakkan untuk mengambil vaksin. Sehingga kini, mereka juga tidak mengalami apa-apa isu berkaitan COVID-19 sepanjang kehamilan mereka. Para ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada sumber sahih dan tidak mudah terpedaya oleh sebaran di Media Sosial kerana setiap kehamilan adalah unik. Sebab itu ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor tentang menghadapi kehamilan sepanjang tempoh pandemik”. 

Antara lain, Dr. Premitha menasihatkan golongan suami untuk memainkan peranan lebih proaktif dalam menjaga keselamatan isteri mereka yang sedang hamil. Para suami perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila keluar bekerja, membeli barang keperluan rumah dan melaksanakan tugas lain sebelum kembali ke rumah untuk bertemu keluarga mereka. 

Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting. “Walaupun kakitangan kesihatan boleh menawarkan suasana yang selamat untuk ibu dan bayi di hospital, cabaran sebenar adalah apabila si ibu dan bayi pulang ke rumah,” kata Dr. Premitha. “Kami faham ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan amat teruja untuk menyambut ketibaan ‘orang baharu’ dalam keluarga, tetapi dalam tempoh pandemik ini sebaiknya elakkan kedatangan pelawat yang mahu menyentuh bayi anda. Walaupun mereka nampak sihat pada mata kasarnya, sukar untuk kita membezakan individu sihat dengan individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19”. 
 
 
Dengan ribuan kes baharu yang dicatatkan dalam negara setiap hari, Dr. Premitha berharap ibu hamil dan menyusukan akan terus mengikut SOP yang digariskan dan memilih untuk divaksinkan.
hai assalammualaikum
 
Tips Memilih Hotel Untuk Percutian Yang Selesa - Rindunya nak pergi bercuti, siapa yang tak rindu kan, nak jalan-jalan, nak cari tempat menarik, nak foodhunting, arghh rindunyaaaaa. 

Sedia maklum, memang sekarang tak sesuai lagi untuk kita pergi bercuti, disebabkan pandemik, tapi kita berharap kes makin turun dah tiada lagi PKP. 

Perkara pertama jika habis PKP, dalam fikiran ni nak stay dekat hotel, hahaha, stay dalam Kuala Lumpur je pun takpe, asalkan dapat rasa bercuti. Bila dah boleh rentas negeri, nad rancang nak pergi Langkawi, Pulau Pinang dan banyak lagi tempat dalam Malaysia ni.
 
Selalunya bila travel ni, bukan setakat nak cari lokasi menarik, makanan menarik, tapi juga penginapan hotel yang menarik juga. Yela, seharian berjalan, mestilah nak beristirehat dan tenangkan fikiran dalam hotel yang selesa. 
 

Sebut pasal hotel, tengah taip ni pun nad dah bayangkan, stay hotel dengan suasana yang cantik, kemudahan yang pelbagai, bestnya percutian tu..hehe. Selalunya kalau hotel ni, nad akan pilih yang ada kolam renang, itu pun untuk anak-anak, kalau takda kolam renang, akan pastikan dalam bilik ada bathtub, berendam dalam bilik pun ok..hahahaa.
 
Buat masa sekarang, banyak hotel yang mempunyai kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk pengunjung, bergantung kepada hotel dan harga yang ditawarkan. Kita ni kalau boleh nak penginapan hotel yang terbaik dan selesa, jadi sebelum tu kenala buat persediaan yang teliti, selidik hotel mana yang best untuk penginapan kita.

Tips Memilih Hotel Untuk Percutian Yang Selesa

 1) Lihat Kemudahan Yang Disediakan Pihak Hotel dan Mesra Keluarga
Perkara pertama, tengok hotel macam mana yang korang suka dan nak tempah. Nak tempat menginap yang mempunyai kolam renang, mempunyai kemudahan wifi, makanan yang baik, atau mempunyai pemandangan yang indah? 

Kalau nad mestila nak semua..hahahaa. Dah tau nak macam mana, kita survey hotel mana yang best untuk percutian kita. 
 
Macam nad, bercuti dengan keluarga, kadang tengok juga hotel tu mesra keluarga ke tidak macam ada anak kecil, cari hotel yang mempunyai kolam renang atau taman permainan. Kalau tiada pun, cuba cari yang punyai kawasan untuk beriadah, taman atau pantai misalnya.
 

Mana yang nak bercuti di Kuala Lumpur, bolehla staycation KL yang bersesuaian jika mahukan tempat yang sangat selesa untuk menginap dengan perkhidmatan berkualiti terbaik. 

Macam nad, memang duduk Kuala Lumpur, jadi pilihan nak bercuti dekat sini jela buat masa ni. Kuala Lumpur pun banyak tempat menarik yang nad belum survey lagi. Kadang saja kita nak stay hotel sebab suasana hotel ni berbeza ya dengan rumah, hehehe. Banyak pilihan hotel, nak hotel 5 bintang pun boleh.
 
2) Pilih Kapasiti Bilik Mengikut Bilangan Orang
Hah, bab ni pun kena ambil kira. Kalau keluarga kecil, mungkin la boleh ambil bilik sederhana, kalau keluarga besar, perlu pilih bilik sesuai mengikut berapa orang supaya semua orang tidur dalam keadaan selesa. 

Biasanya hotel menawarkan pelbagai jenis bilik, ada Double Room, Single Room, Twin Room, bilik bersambung, bilik sesuai untuk anak-anak, hah, ikut kapasiti berapa dalam kumpulan dan bilik korang rasa sesuai. Kalau salah pilih bilik takut percutian tu tak berapa best, nak berehat pun dalam keadaan tak selesa. 
 
Tempat tinggal sangat mempengaruhi mood anda ketika bercuti. Sebab, badan ni perlu dimanjakan seketikan setelah penat berjalan. dan perlukan rehat yang cukup untuk sambung aktiviti keesokannya.

3) Tengok Bajet dan Harga Hotel
Selalunya, kita mesti dah ada bajet sendiri untuk penginapan kan? Kalau boleh kita cari penginapan hotel sesuai dengan bajet kita. Lagi menarik kalau kita dapat harga promo diskaun dari pihak hotel. Sebab tu kita kena tahu harga setiap hotel yang kita pilih tu. Kalau boleh apa yang kita bayar tu berbaloi untuk kita menginap dekat hotel tu. 
 
4) Keselamatan dan Kebersihan Hotel
Seterusnya, memilih hotel yang mempunyai keselamatan dan kebersihan yang baik. Lebih baik jika menginap di hotel yang agak mahal tetapi tidak ada keraguan tentang keselamatan dan kebersihan. 

Mesti tak suka kan bila dapat bilik yang kotor, tak dijaga dengan baik dan bauan yang kurang menyenangkan. Lagi teruk bila dapat bilik air kita nak pijak pun geli..huhu. Setakat ni nad stay hotel, takdala dapat yang kotor, semuanya best sebab nad survey dulu.
 
Bab keselamatan selalu suami ingatkan, baik pilih hotel yang bayar mahal sikit sebab keselamatan lebih terjamin, dengan parking kereta ada orang jaga, lepas tu apa-apa masalah, staff boleh bantu. Layanan mesra dari staff pun perlu dititiberatkan. 
 

Salah satu hotel di Penang, Hard Rock Hotel Penang. Ni salah satu hotel yang nad nak sangat stay. Dulu pernah datang sini, tapi bergambar depan gitar Hard Rock gitar sahaja. Dalam hati nanti nak juga ke stay sini, sebab tengok pun lawa betul hotel tu. Orang penang agak-agak rasa nak cemuih duduk rumah, boleh la staycation dekat Hard Rock Hotel Penang ni.
 
5) Perhatikan Lokasi Tempat Penginapan
Hah ni pun penting. Kalau nak menginap dekat hotel, tengok lokasi menarik yang ada di sekeliling. Kalau boleh, hotel tempat kita menginap tu berdekatan dengan tempat yang kita nak lawat. 

Contoh, kita nak pergi tempat bersejarah ke, tempat yang orang selalu lawat, jadi hotel kita tu berdekatan dengan tempat tu, jadi perjalanan tu takdala jauh sangat. Pastikan juga penginapan hotel kita mempunyai akses pengangkutan yang mudah, nak bergerak pun senang.

Perhatikan juga lokasi hotel anda dengan tempat makan. Biasanya, orang lebih suka makan di luar daripada makan makanan yang telah disediakan oleh pihak hotel. Untuk itu, jangan abaikan elemen yang satu ini untuk kemudahan percutian.
 

Tak kelip mata tengok The Datai Langkawi ni. Lokasi hotel yang sangat cantik dengan view yang menarik. Masuk dalam senarai, mana tau satu hari boleh stay kan.

6) Tengok Review dan Testimoni Pelanggan
Paling penting kalau kita nak stay sesuatu hotel, kenala tengok review daripada orang lain yang pernah menginap di situ. Setiap ulasan yang diberi tu menunjukkan kualiti perkhidmatan hotel tersebut. Dengan review yang diberi, bolehlah kita fikir elok ke tidak hotel tersebut. Kadang gambar dekat situ cantik, sekali datang servis tak bagus dan tempat tidak seperti yang digambarkan. Sebab tu review tu penting kita nak tengok.

7) Cari Rujukan Mengenai Hotel
Untuk dapat menempah hotel mengikut kehendak anda, ada baiknya anda mencari maklumat mengenai hotel melalui sumber lain, seperti internet atau  boleh bertanya kepada keluarga atau rakan anda yang pernah menginap di hotel. Dengan mencari rujukan, anda akan semakin mendapat idea tentang hotel yang anda cari. Walaupun kelihatan remeh, petua ini sangat tepat bagi anda yang tidak pernah menempah hotel
 
Ni antara tips yang nad dapat kongsikan, mungkin sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang yang sedang mencari penginapan dan hotel untuk bercuti Bersama keluarga. Pastikan bayaran yang kita keluarkan, berbaloi dengan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel.
hai assalammualaikum
 
Kisah Guru Inspirasi : Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah, Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald's 2021 - Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata-kata. Bukan mudah untuk guru tetap tabah dan cekal berhadapan dengan karenah pelajar-pelajar dari tadika smpaila ke Universiti. 
 
Kini zaman sains dan teknologi mereka banyak terdedah dengan dengan alam siber dan pemikiran mereka pun lebih luas dan juga membimbangkan para guru dan juga ibubapa. Pengorbanan guru sewaktu di sekolah mengajar anak-anak murid kadang-kala sangat mencabar diri, di sinilah peranan guru membimbing mereka dengan sabar dan ikhlas hati. Pengorbanan cikgu sangat besar, bukan setakat mengajar tapi lebih dari itu. Sebab itu cikgu dianggap sebagai "ibu" atau "bapa" di sekolah.

Justeru, bagi menghargai dan mengiktiraf guru yang melaksanakan tanggungjawab melebihi tugas hakiki kepada pelajar, McDonald's Malaysia memberi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's  kepada guru dipilih dengan kisah inspirasi paling menarik yang dicalonkan dari seluruh negara untuk diberi penghargaan.

Kisah Guru Inspirasi : Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah, Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald's 2021

Guru yang dicalonkan kali ini ialah Cikgu Haji Jaffar Bin Othman dari SMK Tengku Abdullah. Telah dicalonkan oleh bekas anak muridnya sendiri, Muhammad Amin Akram Bin Aminallah yang menganggap Cikgu Haji Jaafar bukan sahaja sebagai guru, malah seperti abah, sahabat, abang dan jurulatih kepadanya. “Kekalahan memberi pengalaman, kemenangan memberikan pencapaian” inilah lontaran lisan pembakar semangat yang diberikan guru kepada anak muridnya. 

Cikgu Haji Jaffar berasal dari Marang, Terengganu dan menetap di Pekan Pahang, seorang yang sangat peramah, baik hati, aktif bersukan, penyayang, bertanggungjawab, serta ringan tulang untuk memberikan bantuan kepada rakan sejawat dalam menyiapkan tugasan sekolah. Sifat penyayang dan Proffesionalnya dalam profesion dibuktikan lagi dengan kemenangan beliau merangkul anugerah “Guru Penyayang“ sempena hari guru 2019 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2003, 2011 dan 2018.

Pendidikan
Sk Marang, Terengganu tahun 1982-1987 ( UPSR )
SMK Marang, Terengganu Tahun 1988-1993 ( SPM)
SMK Marang, Terengganu Tahun 1994-1995 (STPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia Tahun 1996-1999 ( BBA-Pengurusan Perniagaan )
Maktab Perguruan Batu Pahat Tahun 2000 - KPLI Perdagangan


Cikgu yang cukup mesra dan disayangi murid, bekas murid, rakan sejawat malahan Pengetua di sekolah beliau berkhidmat bakti selama 15 tahun iaitu SMK Tengku Abdullah.

Antara kisah menarik yang harus diketahui umum tentang beliau adalah setiap hari beliau menumpangkan anak jirannya yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantarnya ke sekolah rendah dihadapan sekolah menengah dimana beliau bertugas. Cikgu Jaffar atau gelaran lain yang diberi iaitu Abah Jaffar merupakan seorang guru sejarah berdedikasi yang tidak mengenal erti lelah dan putus asa serta sentiasa mengutamakan akademik.

Menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengajar, membuatkan anak murid suka dengan Cikgu Haji Jaffar. Cikgu berpengalaman yang mengajar sejarah dengan menggunakan irama lagu memudahkan fakta untuk difahami dah diingati telah menarik muridnya suka dan minat dengan subjek sejarah berbanding sebelum ini subjek Sejarah adalah subjek yang kurang diminati. Suasana pembelajaran dan pengajaran subjek sejarah yang dulunya suram dan membosankan kini berbeza kerana Cikgu Jaffar sentiasa mesra dan spontan semasa mengajar.

Muhammad Amin Akram, bekas anak murid Cikgu Jaffar, yang juga mencalonkan Cikgu Jaffar dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's berkata, dia masih ingat lagi keputusan sejarah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016, yang sebelum ini hanya C, telah meningkat ke B+ semasa percubaan SPM dan menyebabkan dia tersenarai sebagai pelajar "target" dengan keputusan keseluruhan 5A 2B +1C.

Cikgu Jaffar merupakan insan yang tidak pernah jemu membantu anak murid untuk bangkit kerana yakin dengan potensi anak muridnya. Hubungan Cikgu Jaffar bersama dengan anak muridnya Akram tidak terhenti di SPM malah semasa Akram melanjutkan pelajaran ke STPM. 

Sepanjang STPM, banyak perkara yang Akram lalui, Gagal dalam kesemua 4 subjek..? Mendapat no terakhir dalam kelas..? itu sudah semestinya pernah berlaku ketika menduduki ujian paling susah di Malaysia tersebut. Pernah juga terlintas difikirannya untuk menghentikan perjalanan di tingkatan 6 atas sebab keputusan sem 1 yang teruk dengan kegagalan hampir kesemua subjek dan pelbagai dugaan lain, namun Cikgu Jaffar sentiasa memberi sokongan kepadanya. 

Pesanan yang disampaikan oleh beliau masih Akram ingat sehingga ke hari ini " Cikgu tahu Akram boleh berjaya. Akram, orang yang tidak mudah putus asa, jangan sesekali fikirkan tentang apa orang kata yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada Akram. Buktikan pada mereka, jadikan ianya batu loncatan dan penguat semangat. Subjek yang pernah gagal, ulang dan insyallah cemerlang. Cikgu doakan Akram dapat mencapai apa yang dicita-citakan".

Kata-kata ini telah memberi semangat kepada Akram untuk meneruskan pelajarannya di STPM dan berusaha mengulang subjek sehingga akhirnya mendapat keputusan cemerlang dalam STPM dengan pointer 3.25 . Hadirnya Cikgu Jaffar dalam hidupnya telah menutup sedikit duka sebagai seorang anak yatim semenjak lahir dan sifat kebapaan yang dia tidak pernah miliki.

Paling menggembirakan, Cikgu Jaffar turut bersama dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan STPM Akram selain mak dan mamanya, untuk mengucapkan tahniah dan meraikan kecemerlangannya. Perkara ini mungkin terlihat kecil dimata orang lain tetapi bagi Akram yang kali pertama sepanjang 20 tahun dalam hidup, hadirnya seorang lelaki yang bersifat kebapaan sangat memberi semangat kepada dirinya.

Bila cikgu yang baik disayangi dan disanjungi anak murid, hubungannya bukan setakat disitu sahaja, malah lebih dari itu. Walaupun sudah menjadi bekas anak murid sekalipun Cikgu Jaffar sangat dipercayai dan disegani mereka malah sering menjadi tempat meluahkan perasaan, mengadu susah dan senang. 

Cita-cita Akram ingin menjadi guru seperti Cikgu Jaffar, dan dia mengambil keputusan untuk mengambil kursus TESL dan menolak kursus yang ditawarkan di Universiti kerana minatnya terlalu dalam terhadap dunia pendidikan sejak di bangku sekolah. Cikgu Jaffar adalah individu yang mengambil berat dan setia memberi motivasi juga pendapat kepada Akram sepanjang proses pertukaran berlangsung sehingga dia berjaya masuk ke kursus TESL. Sungguh diluar kebiasaan tugas seorang guru.





Cikgu Jaffar sentiasa memberi semangat kepada anak muridnya, bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam kegiatan sukan. Walaupun jurulatih rasmi hoki sekolah, Cikgu Jaffar bertukar peranan kepada jurulatih badminton dan beliau memberikan latihan khusus tanpa sebarang yuran atau bayaran supaya anak muridnya tu dapat menunjukkan bakat dan meningkatkan prestasi yang baik.

Tidak kira siang atau malam, pagi atau petang, jika berkelapangan, beliau sudi melatih anak muridnya. Cikgu Jaffar akan mengambil dan menghantar anak muridnya itu ke gelanggang yang terletak 10KM dari rumahnya.

Kesan dari latihan itu, anak muridnya tu telah mendapat pencapaian Johan di 2 kejohanan dalam daerah Pekan berturut-turut dan diserap kembali untuk mewakili sekolah. Kolaborasi pertama sebagai beregu Guru-pelajar juga membuahkan pingat perak di pertandingan peringkat daerah Pekan. Hubungan akrab anak murid dan guru ini memang sangat luarbiasa. Sehingga perlawanan acara sukan terbesar UTM Games peringkat universiti pun, Akram sempat berbual dengan Cikgu Jaffar di telefon untuk mendapatkan tips perlawanan.

Sesungguhnya, semangat dan kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Jaffar adalah 1001 asbab membuatkan anak muridnya masih berusaha untuk menjadi seorang guru. Guru inspirasi adalah guru yang mengajar dari hati, hal ini bermakna menjadi guru jangan hanya ingin menjadi orang yang didengarkan kata-katanya, tetapi juga harus bersedia mendengarkan kesulitan yang dihadapi oleh pelajarnya seperti yang dilakukan Cikgu Jaffar. Seorang yang sangat sopan budi bicara, manis senyuman serta pandai menambat hati murid. Banyak aktiviti Cikgu Haji Jaffar bersama anak muridnya.




Bila baca kisah inspirasi Cikgu Haji Jaffar, memang beliau sangat mengambil berat dengan anak muridnya. Nad sendiri menemubual Cikgu Haji Jaffar, menyatakan mengapa beliau memilih guru sebagai kerjaya? Beliau menyatakan memang sejak kecil lagi bercita-cita menjadi seorang guru kerana beliau memandang kerjaya guru sebagai kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Guru merupakan orang yang dihormati dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Dengan menjadi seorang guru, beliau dapat mendidik anak bangsa dan mengubah nasib diri serta keluarga ke arah lebih baik.

Hasrat Cikgu Haji Jaffar, terhadap anak-anak di luar sana ialah melihat mereka berjaya dalam pelbagai bidang dan dapat memberi sumbangan untuk memajukan diri, keluarga, masayarakat dan negara. Saya berharap agar anak-anak di luar sana meneruskan pelajaran ke pringkat tertinggi mengikut kemampuan dan potensi yang ada dalam diri mereka.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Semoga kisah inspirasi Cikgu Haji Jaffar dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan menjadi cikgu yang sentiasa disayangi semua orang. 

Anugerah Guru InspirasiMcDonald's merupakan anugerah tahunan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru yang telah melampaui kehendak tugas dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik. Untuk kali ke 5, McDonald's menjalankan inisitif ini sempena Hari Guru. Penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's akan menerima wang tunai RM5,000, trofi, dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing. Bagi yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan pula akan menerima  baucar hadiah McDonald's bernilai RM200.

Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran inovatif dan luar kotak, melampaui keperluan tugas untuk membantu pelajar, dan mewujudkan kesan positif terhadap diri pelajar.

 McDonald's akan mengumumkan pemenang pada akhir bulan Mei.

Sempena Hari Guru, mari la kita sama-sama menghargai jasa guru kita yang tidak kenal erti penat lelah dalam mengajar. Selamat Hari Guru kepada semua guru di luar sana.

 hai assalammualaikum
 
Nak Buat Renovation Ubahsuai Rumah, Pilih Kontraktor Yang Betul Untuk Realisasikan Rumah Idaman - Alhamdulillah, lepas kawin, nad tak perlu bersusah payah cari rumah, sebab rumah yang nad duduk sekarang ni, rumah peninggalan arwah mak mertua kepada suami. Rumah ni memang dah lama, bertahun juga dekat sini. Asal dalaman rumah ni, nad tak tau macam mana, tapi suami ada cakap, masa arwah mak mertua ada, rumah ni ada la juga di buat renovation, dekat bahagian ruang tamu dibesarkan, dapur, dan tingkat atas tambah bilik satu. 
 
Yup, rumah ni dua tingkat, rumah teres. Lepas tu, tak pernah buat ubahsuai apa-apa dah. Nad yang dah duduk rumah ni dekat  7 tahun, memang boleh nampak, makin lama rumah ni makin teruk dan perlu direnovate, diubahsuai segera. 
 

Buat Renovation Ubahsuai Rumah, Jadi Rumah Idaman Yang Cantik

Siapa yang taknak rumah cantik, nak rumah yang 
diidamkan. Setiap kali ada orang post berkenaan interior rumah, renovate rumah, ubahsuai jadi rumah idaman, nad pun teringin juga. Memang kitaorang suami isteri ada buat perancangan nak renovate rumah ni. Tengah kumpul duit perlahan-perlahan, nak ubahsuai satu persatu.



Macam nad cakap, rumah ni dah lama sangat, banyak yang retak, macam dinding, tiles pecah, awning bumbung pun dah nak hancur, sikit lagi dia nak jatuh dah tu. Korang boleh tengok gambar tu semua..huhu.



Bukan tu je, tangga pun tak serupa tangga yang indah..hahaa. Tak boleh nak berangan naik seperti naik di kayangan..kihkih. 
 

Paling sedih bilik air ni la. Takpe nad tunjuk luar je,..huhuhu. Paham-paham jela.
 

Cantikkan bilik air ni, dah lama teringin nak ada bilik air siap ada pancuran semua ni. Takpe simpan dulu nanti dah sampai masa kita buat..ehhee.

Macam nad cakap, rumah ni pernah direnovate, tapi orang yang buat tu, tak buat dengan betul. Suami cakap, mungkin dia buat cincai je, mana taknya, banyak yang tercabut. Bahan pun macam kurang berkualiti je. Bahagian dapur pun banyak yang rosak. Memang sedih bila tengok rumah ni. Sebab tu sekarang, sikit-sikit kumpul duit, dah cukup terus buat renovate rumah ni.
 
 
Dapur idaman juga..hehee. Luas, terang, nak masak pun best je..hhehee.

Itu sebab kali ni, kitaorang kalau boleh nak renovate ubahsuai rumah dengan cari kontraktor yang betul. Nak ubahsuai rumah bukan je untuk cantik, tapi untuk pelaburan juga. Semua orang pasti inginkan rumah yang bukan sahaja sempurna dan cantik, tetapi mempunyai aura yang positif. Betul tak? Bukan boleh main semberono je, perlu ada perancangan satu persatu. 
 
Sebab tu kena cari kontraktor yang betul-betul yang boleh buat kerja dengan sempurna, dan memuaskan hati. Yela, nak rumah cantik bak kayangan, perlukan modal yang besar, bukan ciput. Duit pulak bukan jatuh dari daun, kita cari susah-susah, kumpul duit, nak cantikkan rumah seperti yang diidamkan. 
 
Jadi, taknak jadi masalah kemudian hari, lagi-lagi yang tak pernah berurusan dengan kontraktor, kena selidik dan kaji betul-betul kontraktor yang kita nak ambil tu sebelum ambil keputusan untuk menggunakan khidmat mereka.
 


Buat masa sekarang nad survey kontraktor yang direkomen oleh rakan-rakan yang telah menggunakan service mereka. Satu lagi kalau survey online nad akan tengok komen feedback dari pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka. Bila hasil kerja mereka memuaskan dari komen-komen mereka, tentu lebih selamat memilih kontraktor tersebut. 

Macam suami, dia memang berkawan dengan kontraktor, tapi lagi baik kita survey beberapa kontraktor yang lain, mana tau kita boleh dapat lagi murah dan jimat.

Lepas tu, mestila nad akan tengok apa kepakaran mereka. Pastikan kontraktor berpengalaman luas lebih 10 tahun dan telah membuat beberapa projek, pakar dalam ubahsuai rumah, bina rumah, wiring, kabinet dapur, plaster ceiling, tiling dan macam-macam lagi. Senang tak perlu lain-lain orang nak kita panggil.

Paling penting mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar, ada SSM dan CIDB Registration No. Bila ada lesen ni,kerja mereka lebih sempurna, dan lebih profesional.

Nusara Bina PMC Bantu Realisasikan Rumah Idaman Anda

Survey punya survey, nampak kawan post berkenaan Kontaktor Nusara Bina PMC. Macam tertarik pulak tengok. Hasil kerja diaorang pun cantik dan kemas. Boleh bayangkan rumah idaman nad disiapkan Nusara Bina mesti cun punya..hehehe.

Ni nad dengar video salah seorang pelanggan mereka yang berpuas hati dengan hasil kerja Nusara Bina PMC. Paling nad suka bila dia cakap, takda penambahan kos untuk sesuatu masalah. Bagus kan, takdela, setiap kali ada masalah kena keluarkan duit lagi.

Ni antara sebab nad tertarik untuk menggunakan khidmat mereka. Tengokla, bukan sahaja berpengalaman luas, malah , Nusara Bina PMC mempunyai panel kilang sendiri, justeru kos lebih rendah tanpa orang tengah, pembuatan lebih cepat dan dapat design 100% mengikut kemahuan pelanggan. 

Bab barang yang digunakan pun kita kena amik tau, takut nanti barang murah tapi jangka masa panjang cepat hancur, cepat rosak. Kita taknak macam tu kan. Bahan yang bagus bahan yang berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang, itula yang digunakan Nusara Bina PMC. Malah mereka memberi waranti baiki percuma kalau ada kerosakan dalam 1 tahun setelah projek siap.


Nad suka kontraktor yang buat kerja dengan kemas dan berkualiti, takda main buat je asalkan siap. Paling bagus buat dari A sampai Z, dari pelan, dapatkan permit, renovate sampailah bersihkan rumah. Kita ni hanya bagitau macam mana kita nak, bincang dan pelan sampai puas hati, dah ok, terus jalan. Pastikan duit pun cukup bajet dengan apa yang kita nak.


Daku masih tak berkelip tengok Nusara Bina PMC punya kerja, tengokla, dekat gambar tu, fuh, siapa tak mau rumah sendiri bak kayangan. Ni la kita mau kan, duduk rumah dengan suasana yang cantik,kemas, lawa. Takyah keluar rumah pun takpa, PKP punya hal, boleh je duduk rumah..ehhee.



Kalau korang ada tanah sendiri, nak buat rumah atas tanah sendiri, idamkan rumah banglo ke, panggil je Nusara Bina ni, mereka mampu merealisasikan impian korang tu. Complete dari A smapai Z diaorang buat, tak perlu panggil orang lain buat tu, orang lain buat ni. Nak buat rumah ni seeloknya cari yang memudahkan kita bukan merumitkan kita. Nusara Bina ni dari bina rumah, ubahsuai dan interior design pun diaorang boleh buat.

Woww, ada juga Pakej Promosi Renovation. Ingat bab renovation ni takdela pakej macam ni. 

Nanti bincang dengan suami, pasal ni. Perbincangan suami isteri ni perlu, supaya takda la kucar kacir nanti kan. Mungkin dia pun akan tertarik dengan nusara Bina PMC ni.

Korang kalau ada perancangan nak ubahsuai, renovate rumah, atau nak buat rumah banglo, boleh je tengok sendiri hasil mereka di
 hai assalammualaikum
 
Suasana Hari Raya Waktu PKP - Tahun lepas raya masih lagi boleh rentas daerah, tapi, tahun ni raya PKP, duduk di rumah dan tak boleh rentas daerah, negeri dan tidak boleh zirah menziarahi. Kalau boleh pun, hari raya pertama, tu pun keluarga sahaja. Apakan daya, sedih memang sedih, kes covid pulak makin meningkat, memang kene akur la dengan perintah mereka. Nad dah malas nak mencarut dekat mereka yang langgar perintah, tak ikut SOP dan tak kuarantin. Jadi, raya ni, kita gembira juga demi anak-anak tersayang.
 
Macam biasa, bila Hari Raya, bangun awal pagi siapakan juadah untuk hari raya. Dah siap semua, kejutkan anak-anak, siapakan diaorang mula dengan berbaju raya yang beli dekat Pusat Pakaian Hari-Hari.






Selesai semua bersiap cantik di pagi raya, macam biasa, mestilah bersalaman, bergambar untuk dijadikan kenangan. Wajib raya pertama kita bergambar ye. Disebabkan raya kali ni, duduk rumah sahaja, maka baju raya pakai Hari Raya Pertama sahaja, dan bergambar dengan puas..hehee.
 
Selalunya bergambar dalam rumah, dekat tempat duduk, ni kita buat kelainan sikit, ambil luar rumah..ahahhaa. Posing pun kena lain sikit, memandangkan anak-anak pun dah besar dan pandai menerima arahan..kihkih. Kita ambil gamabr sepuasnya untuk di post pada Hari Raya kedua, ketiga dan seterusnya..hahha. Dan juga dibuat kenangan dalam blog gitu.
 
Puas bergambar, anak tiba-tiba " mommy nak makan boleh "..hahaha..Mommynya tak puas bergambar, anak dah lapar. Jadinya, kita pun pergila menjamu selera juadah raya yang nad sediakan.




Ni la juadah Hari Raya untuk keluarga kecil kami, tak banyak pun, sebab nad yang masak sorang, kitaorang pun hanya 4 orang sahaja,masak simple sahaja. Menu wajib mestilah rendang daging kesukaan suami dan anak-anak. Selalunya satu menu ni je, hahaha, sebab sayur lodeh dengan kuah kacang husband kurang gemar, dan nad pun tak larat nak buat sorang-sorang. 
 
Selalunya nad dapat makan kuah lodeh dan kuah kacang ni dekat kampung, makan dengan lontong dan ayam kicap. Rindunya juadah raya mak buat. Sedih tahun ni tak dapat raya, tak dapat rasa juadah raya mak buat tu..sob.sob..




Nak bagi meriah, nad tambah menu satu lagi, roti jala dan kuah kari ayam. Selalu korang buat masa puasa kan, nah, nad buat masa raya..hahaa. Sebab menu tak susah, tiru KhairulAming punya.. Hehehe.. jadi bolehla buat. Anak-anak pun selera nampak roti jala ni..ehehhe. 

Alhamdulillah kenyang di pagi hari. 

Lepas dah kenyang, apa lagi, tengok tv la, buat video ke..hahaa. Dah tak boleh ziarah rumah orang. Hah, semua cerita nak tengok, tekan sana sini tv tu. Kalau dapat beraya ni memang takdanya nak tengok cerita ni semua.


Sambil tu, bervideo call dengan mak ayah, dan adik beradik lain. Mujurla 3 orang adik beradik duduk sebelah menyebelah dengan mak ayah, cuma nad dengan kakak no 3 tak dapat balik sebab tak boleh rentas daerah. Tengok mak dengan ayah sedih, memang tambah sedih la, lap air mata senyap-senyap. Takpela, berkorban, ada yang lagi tak dapat jenguk maka ayah dekat 2 tahun dah. Nad ni kira ok lagi haritu puasa sempat balik rumah mak ayah.
 

Malam pulak, layan anak-anak main bunga api. Wajib kena beli, bagi diaorang rasa happy, rasa raya tu macam mana. Sedih sangat dekat anak-anak, dapat merasa kunjung mengunjung ni sekejap sahaja. Fariza pulak, lepas siap tu dia ada cakap " mommy kita tak pergi raya rumah orang ke"..Aduh menusuk hati ni bila dia cakap macam tu. Nak taknak kita terangkan dekat dia kenapa tak boleh ziarah rumah orang.
 
Sabar ye nak, semoga covid ni berkurangan, dan kita dapat raikan Syawal macam biasa.
 
Ni la suasana hari raya waktu PKP kitaorang, korang macam mana, ok tak..