hai assalammualaikum

Program Jualan Keluarga Malaysia Di AEON BiG Danau Kota Dengan Kerjasama KPDNHEP WPKL - Minggu lepas, nad berkunjung ke Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di AEON Big Danau Kota untuk melihat sendiri jualan yang diadakan di sana. Program Jualan Keluarga Malaysia ini adalah program bagi membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah dengan mendapatkan keperluan barang asas dengan harga lebih murah dari pasaran. 

Program Jualan Keluarga Malaysia adalah kerjasama antara AEON Big dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL). Program yang berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2022 telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. 
 hai assalammualaikum

Bercuti Dan Menginap Di Charming Villa Melaka Selama 3 Hari 2 Malam - Sekali lagi percutian keluarga Haji Johari dan Hajah Latipah untuk 2022 ini. Sebelum ni kitaorang bercuti di Port Dickson menginap di Tasik Villa Port Dickson dan kali ni kitaorang pergi ke Melaka pula. Percutian 3 hari 2 malam ni, kitaorang menginap di Charming Villa Melaka.

Setiap kali percutian keluarga besar macam ni, memang tempat penginapan perlu yang luas, selesa macam duduk di rumah. Mana taknya, kami ada 5 orang adik beradik, campur dengan mak ayah, campur 5 orang menantu dan 17 cucu Haji Johari dan Hajah Latipah..hah!!, mana taknya perlu menginap tempat yang luas. Paling penting setiap penginapan ada swimming pool..hehee.
 hai assalammualaikum

Sebab perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare - Baru-baru ni nad join sesi live di Facebook page BIZNETWORK dengan tajuk ' Dari Mata Turun Ke Hati' dengan objektif dialog berkongsi servis menerusi pengalaman mengurus masalah mata dan insentif oleh Dr Hafidz Ithnin Pensyarah Kanan Optometry UIA dan Puan Ameera Faiz, Pengurus & Optometris Optom Eyecare Bandar Baru Bangi. 

Nad tak lepaskan peluang mendengar perkongsian daripada mereka yang pakar tentang mata sebab sangat penting untuk menjaga dan membuat pemeriksaan mata supaya tidak menjadi lebih teruk. Pada masa live itu juga ada diberitahu tentang kolaborasi antara pihak Klinik dan Farmasi dengan Optom Eyecare dan kelebihan yang mereka dapat dengan kerjasama ini.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS