February 2020
hai assalammualaikum

Minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus Beri Tenaga Sepanjang Hari - Jenama SeraiMas ni memang dah lama di pasaran dan nad tau ramai kenal dengan jenama ini. Keluarga nad sendiri  pernah mengambil salah satu produk mereka. Sekarang, nad sendiri amalkan minum SeraiMas Kurma Hidayah Plus untuk kesihatan tubuh badan dan tenaga sepanjang hari.


SeraiMas Kurma Hidayah Plus Beri Tenaga Sepanjang Hari

Kenapa nad pilih SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni?

Kalau korang nak tau, SeraiMas Kurma Hidayah sinonim dengan jus mampu milik yang menggabungkan 6 Formulasi lengkap nutrisi yang kaya dengan bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tiín, Kismis, Goji dan Delima. Formulasi terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan tubuh badan.


Tengok sahaja tekstur dia,  pekat dan nampak sedap.

Apa yang bagusnya dengan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni, kandungan bahan di dalamnya bebas daripada gula sintetik. Kita boleh tau kan beza rasa gula tu manisnya dia macam mana. Bila nad minum jus Kurma Hidayah ni,  memang tau,  rasa manis jus ni bukanla dari gula tapi rasa tu datang dari manisan campuran bahan semulajadi. Sangat sedap sampai anak-anak pun suka dengan tekstur rasa dia.

Kelebihan Seraimas Kurma Hidayah Plus
Meningkatkan tenaga
Bebas kolestrol
Melindungi bakteria baik
Penyelenggaraan kesihatan Keseluruhan untuk organ anda
Mudah untuk mengambil dan larut dalam bentuk cecair
Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk


Cara mengambilnya
1. Diambil 1jam sebelum makan atau ketika perut kosong.

2. Goncang dahulu sebelum minum.

3. Untuk orang dewasa
-  2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml)
- Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam

4. Untuk Kanak-kanak
- 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
- Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam

5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius.

6. Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam.

7. Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari.


SeraiMas Kurma Hidayah Plus Sesuai Untuk Semua Peringkat Usia.

Seeloknnya, cari minuman berkhasiat ni, cari yang boleh diminum seisi keluarga. SeraiMas Kurma Hidayah Plus memang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia. Jus ini boleh diambil oleh lelaki dan wanita, kanak-kanak seawal usia 2 tahun dan ibu mengandung. Ibu mengandung lagi elok ambil, yela bahan pun sangat elok untuk kesihatan ibu dan anak.


Perubahan Nad Alami

Nad ni surirumah, jadi kerja surirumah ni memang boleh dikatakan kerja yang sentiasa ada. Uruskan rumah, layan anak, masak dan macam-macam lagi. Jadi,  badan tu kurang berehat dan cepat letih,  tenaga pun dah tak kuat. Korang tau tak antara faktor kekurangan tenaga ni disebabkan dehidrasi Dehidrasi dapat membuatkan kita rasa lesu dan letih untuk konsentrasi. Bahkan dehidrasi juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 3 peratus dari berat badan sebenar. Adakah sebab ni,  badan nad tak naik-naik.. Haahahha..

Bila dah siang layan anak, malam la masa untuk tengok handphone. Selalunya memang sebelum tidur nad akan tengok handphone dulu,  tengok facebook,  instagram semua la. Memang susah nak tidur juga la. Sebab tu esoknya akan letih dan tak bertenaga. Nad baru tau cahaya dari skrin telefon bimbit juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan kita keletihan keesokan harinya.

Tenaga kurang juga disebabkkan kekurangan zat besi. Mineral zat besi berfungsi membawa dan menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta membantu membersihkan sisa dari sel-sel tubuh anda. Jika kekurangan zat besi iaitu kurang dari 18 miligram sehari, tubuh akan merasa keletihan.Kadar zat besi yang terlalu rendah juga dapat menyebabkan anemia, kekurangan zat besi.

Semenjak nad amalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni,  alhamdulilah,  badan sentiasa bertenaga. Setiap pagi, badan rasa cergas je nak mulakan aktiviti harian. Selalunya bdan cepat letih lepas buat beberapa kerja, sekarang, nak buat apa pun tak rasa penat.

Boleh tengok bahan didalamnya memang bagus untuk beri kita tenaga. 
Kurma - kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula semula jadi (fruktosa, glukosa, sukrosa) yang tinggi dalamnya, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.  
Madu - satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi. 
Goji - Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.


Korang pun boleh cuba.. Jangan risau, produk ni selamat dan boleh diambil tanpa was-was. Disebabkan jenama ni dah lama di pasaran,  nad tak ragu-ragu nak ambil. SeraiMas Kurma Hidayah telah diiktiraf mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan & keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk ni disahkan Halal JAKIM,  Amalan Perkilangan Baik dan telah mendapat
Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020.

Kalau korang nak rasa SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni,  untum kesihatan tubuh badan, korang boleh dapatkan produk Kurma Hidayah Plus di Caring dan kedai-kedai jamu berdekatan.  Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi , whatsup +60 13 782 5282 ( Seraimas) atau layari https://kurmahidayahplus.seraimas.my
hai assalammualaikum

CTOS SecureID, Lindungi Data Peribadi Dari Penipuan:Perkhidmatan Pemantauan Dark Web Dan Perlindungan Takaful  - Bila tiba-tiba data peribadi korang kena scam, mau tak bercelaru hidup. Sekarang ni, banyak kes melibatkan pencurian dan penipuan identiti data kita oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Sebab tu, sebagai pengguna, harus mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan data peribadi kita atau kad kredit digunakan sesuka hati. Bagi mengelakkan penyalahgunaan data pengguna CTOS telah melancarkan CTOS SecureID. Ia merupakan cara selamat melindungi data peribadi dan kredit pengguna dari scammer.

CTOS SecureID Lindungi Data Peribadi

Apa CTOS SecureID?

Perlindungan dari penipuan,pemantauan kredit dan perlindungan takaful

CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang semakin meningkat, di samping membantu memantau kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web adalah yang terulung seumpanya dilancarkan oleh sebuah agensi pelaporan kredit di Aisa tenggara.

CTOS SecureID Lindungi Data Peribadi Anda


CTOS SecureID, Melindungi Data Peribadi Dari Penipuan 

Pelancaran Perkhidmatan Pemantauan Dark Web Dan Perlindungan Takaful

Disebabkan banyaknya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosail menggunakan berbilang paltform, maka pencurian identiti dan data boleh terjadi melalui pelbagai cara. Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang orang ramai.

Dengan adanya CTOS SecureID ni, ia dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web.

Bagaiman Dark Web Monitoring berfungsi


Pengguna akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit, seperti permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini, pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.

Perlindungan Takaful

Selain itu, perlindungan Takaful sehingga RM20 000 yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.

Pelancaran telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amiruddin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data System Sdn Bhd ( CTOS ), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, turut menampilkan Kapten CTOS, bintang TV dan filem popular tanahair iaitu Hisyam Hamid..

Kapten CTOS SecureID, Hisyam Hamid


Kapten CTOS, segak bergaya, asal ada masalah data, dia sedia datang membantu..hehee..Hisyam Hamid akan melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang melalui satu kempen khas.

 Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS

Jelas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, " Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar denagn misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman. "

CTOS SecureID Fraud Protection and Credit Monitoring

Cara Melanggan dan Harga

Mesti korang tertanya, macam mana nak buat CTOS SecureID ni dan berapa harga dia? meh nak bagitau, harga hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan ketenangan fikiran.

Harga CTOS SecureID

Pelanggan CTOS SecureID turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun.

Download CTOS SecureID App

Lindungi Data Peribadi dengan CTOS SecureID

Untuk maklumat lanjut dan nak melanggan CTOS SecureID ni boleh layari https://www.ctoscredit.com.my.
hai assalammualaikum

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi ‘Gaji untuk Seumur Hidup’! - Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit.


Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan #NestleGajiSeumurHidup

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.


Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini.

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.


Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup .
hai assalammualaikum

Wajib Pakai Sunblock, Tidak Kira Dalam Rumah Atau Luar Rumah - Haritu nad pergi buat rawatan muka di Klinik Dr Bazilah di Bangi. Masa cek muka, dia cakap nad ada jeragat sikit. Kemudian staff yang rawat nad tanya ' ada pakai sunblock tak '..nad jawab ' jarang pakai sebab muka berminyak '. Dia senyum dan cakap ' hah sepatutnya kita wajib pakai sunblock ni. Buka masa kita keluar rumah je, dalam rumah , dalam pejabat pun kena pakai sunblock. UV ni bukan sahaja dari sinaran matahari, lampu dari laptop, lampu, yang bercahaya tu juga boleh menyebabkan kulit kita rosak.


Selalunya orang pakai sunblock sebab taknak sunburn, hitam, gelap dan terbakar. Tu dulu la yang nad tau. lepas buat rawatan, rupanya kalau tak pakai sunblock, boleh sebabkan jeragat. Ku tak fikir pun selama ni sunblock ada kaitan dengan jeragat, naif betul. Sebab tu la kadang muka breakout sebab rutin penjagaan muka tak lengkap, tertinggal pakai sunblock.

Sebelum ni, nad jarang pakai sunblock sebab, kalau pakai je mesti kulit berminyak, tu yang malas nak pakai. Tapi kalau pilih produk yang betul, mesti muka ok punya.



Kulit kering:
- Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada formula melembapkan kulit wajah. Ada beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Selain itu, anda boleh juga check sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit.
- Ada tiga jenis sunclock yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk krim, minyak atau losyen.
- Ambil perhatian! losyen likatannya lebih pekat berbanding krim. Jadi jangan salah pilih.

Kulit yang mempunyai alahan/ berjerawat/breakout:
- Untuk part ni panjang lebar sikit admin kena jelaskan. Harap bersabar baca ye! Bagi anda yang ada masalah alahan pada kulit ni, elakkan je terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Tengok ja ada bahan yang tak okay terus ja reject!
- Bagi yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti. Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh jadi iritasi.
- Elakkan penggunaan produk dari jenis gel ye… Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.

Kulit yang mempunyai tona tak sekata/ kulit gelap:
- Mesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock. Jangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Make sure sapu dengan rata tau!

Pakai sunblock ni kene reapply every 3-4 jam. Pakai selepas moisturizer dan sebelum primer kalau nak pakai makeup.


Sekarang and pakai Althea punya sunblock. Kadang pakai juga sunblock yang diberi oleh klinik tempat nad buat rawatan tu.

Lepas tau sunblock ni penting, wajib pakai, memang nad pakai je setiap hari. Dah tak pernah tinggal dah..ehehe.

Sunblock untuk budak-budak pun ada sekarang. Nak cari untuk anak-anak juga.
hai assalammualaikum

Terung Goreng Berlada Yang Menyengat - Kali ni nak masak sayur terung berlada. Dekat rumah ni kalau takda makanan pedas tak sah ye. Mesti ada pedas sikit, baru nak makan tu selera dan menambah je. Sayur terung ni bukanla feveret, tapi kalau dah nak tu, memang akan buat. Sayur terung ni, ad aorang makan buat ulam, ada buat sambal, ada buat lada, ada dimasukkan dalam asam pedas, macam-macam la. Nad pulak suka buat berlada dan sambal. Kali ni nad buat, terung goreng berlada.



Ikut cara masing-masing kan nak masak terung ni. Ni cara nad, cara yang mudah, senang dan cepat..ehhee.. Ada anak dua orang ni, yang ada macam-macam perangai, memang tak boleh masak lama-lama.


Bahan-bahan
- Terung
- Bawang merah 3 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Cili padi
- Cili hijau besar
- Kiub pati ikan bilis knor


Cara membuatnya
- Terung dipotong, dibasuh dan digoreng dahulu sehingga ada kehitaman. Nak bagi terung lembut, kenala goreng dahulu. Dah masak, ketepikan
- Bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili hijau besar nad akan blend kasar. Senang guna Tefal Manual Chopper  ni. Laju je dia buat kerja ye. Kisar kasar denagn elok.
- Bahan yang dikisar, kemudian ditumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis dan sedikit air.
- Kemudian masukkan garam dan gaul.
- Last sekali masukkan terung dan gaul sehingga rata.

Siap, dan dah boleh dimakan..
hai assalammualaikum

Pokok Hiasan Dan Tanaman Hijau Di Floral Production Nursery Ampang Depan Tesco Extra Ampang - Ingat tak Projek Taman Botani Sekolah Tabika anak yang nad pernah kongsikan sebelum ni. Kalau tak ingat boleh klik link ni ( Projek Taman Botani Sekolah Anak ). Projek ni memerlukan sumbangan daripada ibu bapa untuk membawa beberapa jenis tanaman. Haritu nad bawak pokok cili, pokok hiasan daun warna ungu dengan biji benih kangkung. Nak tau mana nad beli semua ni. Hah, nad beli dekat Floral Porduction Nursery Ampang. Lokasi berdekatan dengan Tesco Extra Ampang.

Memang nad dah lama perasan nursery Ampang ni masa diaorang tengah kemas, nak buka, tengah set up, bagi kedai siap. Memang duk tunggu je bila la nak buka. Sebab kalau nak cari tempat nursery pokok dekat KL ni bukan senang. Kita pulak jenis, nak hias rumah dengan pokok hijau, pokok hiasan, nak cuba tanam pokok dapur yang boleh masak. Kalau jauh, dah habis buang minyak dekat situ.


Bila dapat tau nursery dekat sebelah Tesco Extra Ampang ni dah buka, memang suka gila. Memang ngam, anak buat projek Tanam Dapur Hijau, kita pun boleh pergi tengok. Terus ajak suami pergi situ.Suami memang tak tau, jenuh fikir mana nak beli pokok untuk bawak sekolah anak. Nad pun bagitau, apa lagi terus pergi.

Masuk sini je, nad teruja habis. Paham jela, mak-mak kan, mana tak teruja bila tengok macam-macm jensi pokok ada. Bukan setakat pokok hiasan, pokok tanaman, pokok landskap, semua ada la..










Ada pokok indoor, outdoor, pokok gantung, haishh, rasa nak beli semua je..


Kerusi, pasu, tanah pun ada..

Antara servis diaorang
- Lanskap
- pembekal bunga
- Bunga segar
- Kerusi rehat
- Batu hiasan
- Pasu Seramik dan plastik
- Penyewaan pokok
- Perkhidmatan Tukang Kebun ( mingguan / Bulanan )



Haritu nad beli pokok cili, pokok hiasan dengan biji benih. Harga pun boleh tahan murah..

Senang lepas ni nak beli pokok semua. Takyah pergi jauh..Kita suka..kita suka..


Nursery pokok ni baru buka, jadi tanaman ni yang ada baru ni je. Nanti akan ada lagi ditambah pokok lain. Pasni ada rezeki sikit, bolehla beli pokok untuk dekat rumah.

Nursery ni ada 3 cawangan, Nursery SETAPAK, Nursery KLANG & yang terkini Nursery AMPANG Selangor..

So yang berdekatan dengan Ampang, tenga cari nursery pokok, boleh datang sini.

hai assalammualaikum

Sotong Goreng Kunyit Yang Mudah - Banyak kali juga buat sotong goreng kunyit ni, tapi selalunya tak pernah jadi macam mana yang dikehendaki..hahahha. Biasalah, kena try and error banyak kali, baru menjadi kan. Kalau sebelum ni, nad goreng dulu sotong dengan kunyit, tapi sotong asyik keras dan kecut je. Pernah buat sotong disapu kunyit kemudian masak sekali dengan sayur, kononnya taknak masak lama. Tapi sama juga tak menjadi. Sampaila suatu hari, teringat mak nad kalau masak sotong, mak akan masak sotong tu tanpa minyak untuk buang bau dia. Sotong kalau dimasak macam tu je dia akan keluarkan air dia.




Hah lepas nad buat macam tu, akhirnya menjadi juga sotong goreng kunyit yang lembut dan sedap..hehee..Jom la tengok bahan dan cara membuatnya.


Bahan-Bahan
- Sotong
- Bawang merah, seeloknya bawang holland tu, tapi takda, so bawang merah pun jadila..
- Sayur lobak dengan kacang panjang. Adalah hiasan sikit, berwarna gitu.
- Serbuk kunyit
- Garam



Cara membuatnya
- Masak sotong dahulu, buang bau. Dah masak, asingkan tempat lain dahulu
- Tumis bawang merah, sayur lobak dan kacang panjang.
- Masukkan garam
- Kemudian masukkan sotong dan masukka serbuk kunyit. Yup kali ni tak buat sotong digaul kunyit dan goreng. Nad masukkan kunyit lepas masukkan semua bahan.
-Gaul hingga sama rata.
- Dah agak-agak macam dah masak tu, matikan api dan siap..

nyumnyum....
hai assalammualaikum

Projek Taman Botani Sekolah Tabika Anak - Bermulalah aktiviti pertama ibu bapa dan anak membantu cikgu membuat projek sekolah. Yeah, sebagai mak nad semestinya teruja. Sebab masa ni la, dapat kenal denagn ibu bapa kanak-kanak lain dengan join aktiviti sekolah yang cikgu buat ni. Diberitahu oleh cikgu sekolah Fariza, Cikgu Ema, digroup whatsup, sekolah akan membuat gotong royong menanam pokok di Tabika. Sebenarnya, sekolah Tabika anak, terpilih untuk Pertandingan Taman Botani antara Tabika Kemas Selangor. Fuh, bangga kejap..hehee..Ni lagi tambah semangat untuk cantikkan, bersihkan sekolah Tabika anak.



Projek ni baru fasa pertama, dan akan ada lagi fasa lain. Yela, nak buat Taman Botani, nak tanam pokok kita buat satu-satu dulu. Aktiviti yang dibuat pada haritu
- Membersihkan kawasan sekolah
- Menanam pokok-pokok kebun dapur
- Membuat batas untuk menanam pokok
- mengecat batu bata

Sedihnya, pada hari berkenaan, tak ramai pun ibu bapa yang hadir. Boleh dikira berapa je yang hadir. Pelajar sekolah situ, ada 30 orang, tengok macam belas je ibu bapa yang hadir bersama anak-anak. Takpela, mungkin yang tak dapat hadir, ada komitmen lain yang tak dapat dielakkan. KIta fikir positif..orang cakap husnudzon....


Haritu, banyak juga sumbangan pokok, barang hiasan seperti pokok serai, kunyit, bayam, botol mineral, tempurung kelapa pasir, tanah semua dibawa. Alhamdulillah, adalah sikit untuk aktiviti tanaman dapur hijau sekolah anak ni.

Nad bawak pokok cili, pokok hiasan dan biji benih kangkung.




Pagi tu, kitaorang kemas dulu kawasan yang nak tanam pokok ni semua. Selesai kemas, orang lelaki, buat batas. Orang perempuan, bubuh tanah, apa yang patut..hehee..




Paling meriah, untuk anak-anak. Hah, masa ni la diaorang dapat belajar buat tanaman mereka sendiri.
Macam biasa cikgu bagi penerangan dahulu berkenaan aktiviti kepada murid.






Lepas tu, diberi seorang-seorang untuk tanam tanaman mereka. Fariza dapat kangkung..hehe,

Harap sejukla tangan mereka, supaya tanaman ni tumbuh dengan sihat, segar dan bugar.

Tanaman dapur ni dibuat di bahgaian belakang sekolah.

Selesai tu, sambung pula di bahagian depan sekolah, untuk menghias bagi cantik.


Ni antara yang dah siap separuh..Nanti akan ada hari lain untuk aktiviti seterusnya.

Mula tu, memang tak nampak apa yang dibuat. Ni dah nampak sikit-sikit, nad pun dah godek google sikit, bolehlah lepas ni tambah lagi mana yang patut.

Cantikkan sekolah ni bagus, anak-anak dapat sekolah dalam suasana yang ceria. Nak pergi sekolah pun best je. Nak belajar pun seronok.

Parents pulak, join aktiviti ni, dapat eratkan silaturrahim dan kenal antara satu sama lain.



Ni makanan yang disediakan cikgu, mihun sup, kuih dan tauhu bergedil.

Alhamdulillah, projek pringkat pertama Taman Botani, berjalan dengan lancar. Lepas ni, harap ramai lagi ibu bapa yang join, bantu sama-sama cantikkan sekolah Tabika anak.