2020
 hai assalammualaikum
 
Berakhirnya 2020, Membawa Perkara Tanpa Kita Duga - Tak sangka kan, harini, berakhirla tahun 2020, esok masuk dah 2021. Sekelip mata sahaja, walaupun kita duduk rumah, tanpa buat banyak aktiviti. Tahun 2020, tahun yang diingati, tahun dimana perkara yang kita tak duga, tahun yang banyak duduk rumah. Bila tiba-tiba covid datang menyerang, dan merebak ke seluruh dunia.



Tahun 2020 bermulanya norma baharu, wajib memakai mask setiap kali keluar, kena ada jarak antara satu sama lain, sentiasa bawa hand sanitizer dan perkara- perkara baru yang kita tak jarang buat sebelum ni, tapi tahun ni diwajibkan. Dari tak biasa, dan menjadi biasa. Semuanya macam tak dijangka. Nad masih rasa macam terkejut, "like serius, dah masuk 2021? "..Masih percaya atau tidak. Hanya buat aktiviti di rumah.
 
Tahun 2020 patutnya tahun Fariza belajar di sekolah tapi dapat sekejap je ke sekolah, dan terpksa belajar di rumah. Tahun yang patutnya banyak aktiviti untuk Fariza tapi telah menghabiskan masa di rumah.

Tahun ni patutnya nad sekeluarga bercuti di Melaka, tapi semuanya hancur sebab covid. Walaupun dah dibenarkan merentas negeri, boleh ke sana ke sini, memikirkan mak ayah dan anak-anak, terpaksala lupakan. Habis burn duit deposit rumah yang kitaorang dah book. Nad siap beli baju baru semua sebab nak bergamabr..hahaa. Dahla lama tak pergi ke Melaka. Last masa zaman sekolah. Apa boleh buat, redha jela.

Esok dah masuk Tahun Baru, ya 2021. Macam mana azam korang. Nad tahun baru nak berjinak dalam bidang dropship dan ejen ni. Selama ni macam tak yakin, tapi 2021 kene la cuba kan. Orang cakap belum cuba belum tahu. Azam takda mana sangat, sebab 2020 pun hanya buat mana yang termampu. Cuma harap, sentiasa dapat rezeki lebih dan rezeki tak putus-putus. Rezeki blog, review dan rezeki yang bakal aku ceburi ni nanti. semoga dapat idea selalu untuk update blog ni..hehee.
 
Sedikit nukilan untuk menyambut tahun baru 2021
 
Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Jutaan Manusia Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Tahun Baru 2021!

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2021.

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 2020 Dan Selamat Datang 2021.
Semoga Tahun Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Selamat Tahun Baru 2021.

Harapan Tahun Baru Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Hari Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Hari Semalam,
Selamat Tahun Baru 2021 Semua!

Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru 2021.

Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Tahun Baru Dengan Keazaman Baharu.

Aku Senantiasa Berdoa Agar Kamu Mengalami Minggu Yang Manis,
Isnin Yang Bahagia,
Selasa Yang Menyenangkan,
Rabu Yang Penuh Kejayaan,
Khamis Yang Berkesan,
Jumaat Yang Menakjubkan,
Sabtu Yang Penuh Cinta,
Akhir Kata, Tahun Baru Yang Ceria Penuh Dengan Senyum Harapan.
Selamat Tahun Baru 2021.

Sebentar Lagi Kita Akan Mendapat Sebuah Dairi Yang Masih Kosong,
Bermulalah Coretan Kita Diatasnya,
Diari Itu Berjudul Persahabatan Dan Bab Pertama Berjudul Selamat Tahun Baru,
Sahabat, Tahun Telah Berganti,
Maafkan Jika Aku Ada Salah Di Tahun Lama Ini,
Mari Kita Perbaiki Diri Pada Tahun Yang Baharu Ini,
Selamat Tahun baru 2021!

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Tahun Baru. Semoga Lebih Berjaya!

Matahari Menyelinap Dibalik Bukit,
Sembunyikan Kenangan Hidup,
Menyimpan Lembaran Usang, Menyambut Hari-Hari Muda,
Sebentar Lagi ‘kan Menjelang,
Selamat Datang Tahun Baru 2021,
Harapan Baru Dan Perubahan.


Selamat Tahun Baru semu..smeoga Tahun 2021 memberi sinar kepada semua.
 hai assalammualaikum
 
Wishlist Tercapai 2020, Memiliki Airfryer - Alhamdulillah, wishlist tercapai nak memiliki airfryer tahun 2020 ni. Banyak jenis airfryer ada, akhirnya, jumpa Airfryer warna hijau, kena dengan tema dapur kita. Nad beli Airfryer Kelen Munoz. Sebelum beli tengok feedback yang pernah guna jenama Kelen Munoz ni, not bad juga, tengok ok je orang guna. Jadi, terus masuk dalam cart dan check out. Nad beli dekat PG Mall.

Kalau nak beli kat shopee boleh ke link https://shp.ee/xsii855
 

 
Masa dalam cart tu, harga RM179, tapi nad tunggu payment, tak masuk-masuk, lama-lama harga RM208. Airfryer yang nad masuk dalam cart tu warna merah, pada mulanya, lepastu habis stock, tu cari punya cari, nampak warna hijau. Hah!!, bagus sangatla. Nampak warna hijau juga jenama Khind, murah, tapi saiz kecik. Yang nad pilih ni saiz 5L, so memang muat ayam seketul. Takpe, beli besar terus, dapatla pula warna hijau..hehe..Harga pun masih dibawah kawalan lagi.

Sebab tengok ramai kawan-kawan beli dan mudah nak masak goreng-goreng ni, tu yang masuk dalam wishlish 2020. Bukan ikut trend pun, nad ni memang selalu masak. Kalau nak goreng kentang, memang kadang malas nak bangun, tuang minyak, tunggu panas la apa semua. Tak larat, tu yang aim airfryer ni. Senang masak goreng-goreng. Tinggal set masa dan suhu.

Kenapa Nad pilih Airfryer Kelen Munoz?

Pertama sekali mestila sebab warna..hehee. Sebab warna hijau dan gold. kalau tengok dapur nad, kebanyakan warna barang semua hijau..
 
Tapi bukan sebab tu je, sebab lain, airfryer ni ada 2 tahun Jaminan dan ada Sirim certified.
 
Tengok bentuk airfryer. Banyak bentuk airfryer , ada bulat, ada petak. Jadi nad pilih petak, dan kapasiti yang besar. Dengan menggunakan reka bentuk petak, kapasiti penggunaan sebenar Kelen Munoz KMAF4000MG secara efektif meningkat sehingga 40%  dan dapat menyediakan makanan dengan mudah sehingga 6 orang pada masa yang sama.  
 

 
Air Fryers Kelen Munoz Leben-Health Series diinovasikan untuk gaya memasak yang lebih sihat.  Menggunakan sedikit minyak tanpa minyak, sehingga 85% lemak dikurangkan berbanding memasak makanan yang sama menggunakan pengering tradisional, sambil mengekalkan rasa dan menangkap lemak berlebihan pada masa yang sama. 
 

 
Direka untuk memasak yang sihat dan mudah, dengan lapisan berteknologi Antihaft Jerman, Kelen Munoz Air Fryers selamat dan senang dibersihkan, sementara menghasilkan TIADA bahan kimia berbahaya semasa memasak.  Dikombinasikan dengan fungsi mematikan automatik yang mencegah terlalu banyak memasak,  yang menjadikannya lebih selamat untuk digunakan, memasak sekarang begitu mudah, malah anak-anak anda dapat menggunakannya
 
Kalau tengok pada bentuknya, dalamnya, jenis marble. Jadi memang senang nak cuci. Kira nonstick gitu. Bahagian tengah tu boleh diangkat dan basuh asing.
 
Teknologi Rapid-360 AirCrisp Oilless Jerman - Menggunakan teknologi udara panas 360 ° yang lebih tinggi, Kelen Munoz KMAF4000MG memasak dengan mengedarkan udara panas dengan kelajuan tinggi dari setiap sudut, memasak hidangan kegemaran anda tanpa kehilangan nutrisi dan rasa.  •
 
Berkualiti tinggi & jaminan 1 tahun - Dalam masa satu tahun selepas membeli Kelen Munoz XL Plus Air Fryer, jika mempunyai masalah kualiti produk atau masalah penggunaan produk, boleh hubungi mereka terus untuk selesaikan.



Banyak pilihan airfryer ni. Ikut citarasa mana nak pilih. Asalkan kita gunakannya dan bukan buat tukun ya..hehee.
 hai assalammualaikum

Sarapan Pagi Bihun Goreng, Sedap dan Senang buatnya - Selalu buat bihun goreng memamg tak pernah jadinya, kadang kerasa, kadang tak sedap, tak sama macam mak masak. Tapi tetap buat dan buat sampai jadi. Bila dah tau cara dan bahan, akhirnya menjadi juga bihun goreng sedap dan mudah... Hehehee.. So harini buat sarapan pagi bihun goreng, dahla sedap, senang je buatnya. 



Hah, bihun goreng pasti semua orang suka.. Hehehhe.. Ni orang tak pandai buat pun boleh jadi landai tau. Macam nad la, buat-buat akhirnya dari tak pernah jadi, akhirnya jadi.. Meh tengok cara nak membuatnya. 
 
Bahan-bahan 
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam
- 1 ketul kiub ikan bilis
- 2 keping fish cake
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 pek bihun
- 1 ikat sayur sawi
- Cili merah
 
Cara membuatnya
- Bihun direndam dahulu. Rendam awal ye, bagi lembut bihun tu.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan 1 sudu udang kering. Dah tumbuk, tumiskan bahan  tersebut sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan 2 sudu besar cili kisar, masak sehingga cili masak.
- Dah masak, masukkan ayam yang dipotong kecil, masukkan kiub ikan bilis, fish cake, soso cili, soso tiram, kicap manis dan garam. Gaul sama rata sehingga masak.
- Masukkan bihun dan kacau bagi sebati. Kacau lama sikit.
- Bila tengok semua mihun dah kacau cantik, masukkan sayur sawi. Kacau lagi bagi sawi masak.
- Dah masak smeua hidangkan.
- Boleh hias dengan tabur cili merah dan telur.




Bihun goreng dengan hiasan telur.. 
 
Selamat mencuba.
hai assalammualaikum
 
Pakej Menabung Emas Kedai Emas Hajjah Halijah - Siapa tak suka dengan rantai, gelang, cincin emas ni uii!!, bila nampak boleh rambang mata tau!!.  Sejak akhir-akhir ni, nad nampak ramai kawan-kawan beli emas, ada yang kecil, ada besar, fuh!! nad tengok sendiri pun merelip mata ni ha. Nak beli emas ni, kalau ada duit, dan rasa nak beli, beli je. Memang tak rugi beli emas ni, boleh sampai ke anak cucu boleh guna. Harga emas pulak makin lama makin tinggi.
 
Emas ni sekurang-kurangnya kita kena ada tau, sebab emas ni bukan sahaja untuk dipakai nampak cantik, boleh disimpan dan boleh jadi pelaburan jangka masa panjang. Teringat, posting dekat media sosial, lepas PKPP akibat covid, ramai berpusu ke kedai emas. Bila waktu kecemasan ni, emas boleh ditukar menjadi wang. Sebab tu emas ni penting. 
 
Pakej Menabung Bersama Kedai Emas Hajjah Halijah

 
Pentingnya simpan emas
 
1) Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya nilai emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dah kukuh.
.
2) Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yg ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yg semakin hari semakin jatuh.
.
3) Emas merupakan pelaburan yang terbaik utk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji. Kerana nilai Emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi).
.
4) Mudah utk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia.
.
5) Aset yang mudah utk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.
 
Sekarang, emas yang nad ada pun pemberian dari mak dan suami masa kawin, tipula taknak tambah lagi kan..hehee. Sekarang ada dua orang anak perempuan, untuk yang sulung dah ada rantai, nak cari pulak untuk si adik. Memang setiap orang kena ada emas ni.

Kedai Emas Hajjah Halijah


Kedai Emas Hajjah Halijah

Nampak kawan nad ni beli dekat satu kedai, nama kedai tu Kedai Emas Hajjah Halijah, dia siap beli online lagi. Fuh!!, kalau bab emas, memang takut gila kalau bab online ni, tapi kawan nad ni dah beli beberapa emas dekat kedai tu, dan dah dapat pun. Bila kawan dah beli dan dah dapat dengan selamat, kita percaya la juga. Tu terus terjah facebook Kedai Emas Hajjah Halijah ni, mana tau ada yang berkenan, nak belikan untuk anak-anak dan tambah untuk diri sendiri..hehee.  
 
Barang emas yang dibeli secara online di Kedai Emas Hajah Halijah

 
Hah ni barang kawan yang dah sampai, dia beli secara online!!
 
Kedai Emas Hajjah Halijah ni ada tiga cawangan, dekat Perlis, Kangar dan Sungai Petani. Mana yang dekat tu boleh terjah terus ke kedai. Mana yang tak dapat pergi, kita tengok online je, pun boleh!!

Cantik sungguh ye!!

Tunjuk dekat suami yang ni pun ok..hehee

Jenis ada buah macam ni pun cantik

Ni lipan orang panggil

Rantai menggoda sungguh

Cincin pun ada


Banyak juga emas yang ada dengan pelbagai bentuk ni. Sejak kawan-kawan cerita bab emas ni, nad baru tau, ada nama rupanya setiap emas ni. Ada biskut tawar la, ada lipan, ada biji anggur, topi..hahaha. Macam-macam nama je. Nama ni ikut bentuk rupa emas tu sendiri.
 
Untuk anak-anak perempuan,lawa la kalau diaorang pakai

Lagi jenis ada buah

 
Macam mak nad dulu beli untuk anak-anak dia mesti ada jenis buah tu. Biasalah kalau anak-anak pakai nampak cantik.

Live di Facebook Kedai Hajjah Halijah

Harga emas ni kejap naik, kejap turun, kene ambil tau selalu. Macam Kedai Emas Hajjah Halijah, boleh dikatakan nad tengok kerap diaorang buat live di Facebook page mereka. Rekaan emas pulak design yang terkini, up-to date. Jadi ada je rekaan terbaru dekat kedai ni.
 
Ada juga rekaan emas yang bukan sepenuhnya emas. Emas macam ni untuk penggemar masdora. Korang pernah dengar Enamel. Hah!! enamel ni sejenis cat berwarna yang diletak pada emas. Ada sesetengah orang tidak sukakan warna emas sepenuhnya, jadi tujuan enamel ni untuk menambah seri dalam set masdora. Enamel tidak mempengaruhi ketulenan emas 916. Ia masih kekal sebagai emas 916.  Jika sebelum ini kita cuma dikenalkan dengan warna putih iaitu chrome, tapi sekarang lebih meriah dengan cat bewarna-warni. Konsep yang sama cuma warna lebih menarik mengikut edaran trend terkini.

Pakej Menabung Emas Kedai Hajjah Halijah

Nad dapat tau lagi daripada kawan yang beli emas dekat Kedai Emas Hajjah Halijah, kedai ni ada buat pakej menabung. Pakej menabung ni macam korang simpan duit kemudian dah cukup tu boleh tebus barang kemas yang korang nak. 

Terma dan Syarat Menabung

1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru.
 
2. Tempoh menabung hanyalah selama 6 bulan sahaja.

3. Pilihan pakej yang disediakan adalah:
❤️ Pakej Gold : RM200/bulan
❤️ Pakej Diamond : RM500/bulan
❤️ Pakej Platinum : RM1000/bulan

4. Layak mendapat diskaun pemotongan harga sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung.

5. Barang yang hendak ditebus, tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan.

6. Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa.

7. Barang “hanya boleh ditebus” setelah tamat tempoh pakej menabung.

8. Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automatik harga akan dikira seperti biasa.

9. Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

10. Cik/Puan/Tuan dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu pakej.

11. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah Halijah Sdn Bhd.

Bagus kan ada pakej menabung macam ni. Dapatla emas yang diidamkan tu. Pilihan jimat lg menjimatkan. Beli emas dengan bayar bulanan kan mudah tu!!. Tak perlu sedebuk duit nk beli aset emas kan.. Menabung kan pilihan jimat. Takdela asyik terguna je duit nak beli emas tu. Selamat pakej menabung macam ni.
 
Pelanggan yang datang dan membeli

Layanan mesra dari staff

Ramai puas hati beli emas di Kedai Hajjah Halijah

 
Hah!!, nak beli Emas, Ingat Emas,  Ingat Kedai Emas Hajjah Halijah ok!!

Untuk info lanjut berkenaan Pakej Menabung, atau nak usha emas tu boleh layari
hai assalammualaikum
 
Panduan Cara Memohon i-Sinar KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP. KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas. Harini dah pun boleh memohon i-Sinar KWSP. Siapa yang layak cepat-cepatla mohon.


Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.
 
 
Syarat-syarat ini terbahagi kepada dua kategori.
 
Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan 
- Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.




Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
 
Apa yang perlu dibuat sebelum memohon i-Sinar?
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:       
** Masih aktif
** Milik anda
** Bukan akaun bersama
 

Panduan Cara Memohon i-Sinar KSWP

Ok ni nad nak kongsi cara memohon i-Sinar KWSP
 
 

 
- Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab
- Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.

 
- Tetapkan amaun pilihan.Semasa tetapkan amaun ni, korang kene tarik bulat tu ke maksimum amaun yang korang nak keluarkan.
 

 
- Tetapkan Bayaran BULAN PERTAM. pembayaran maksimum ialah RM5000 jika had pengeleuaran ialah Rm10,000. Jadi tarik button bulat sehingga RM5000.
- Tekan TERUSKAN
- Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
 

 
- Permohonan anda diterima dan akan di proses.
 
Ok selamat memohon. 
hai assalammualaikum
 
Zakat Pengeluaran Wang KWSP, Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan - Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kongsikan berkenaan Zakat KWSP, syarat dan cara kiraan. 
 
Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah zakat yang kita bayar setiap tahun dalam bulan Ramadan manakala dalam Zakat Harta, dibahagi kepada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan akhir sekali Zakat KWSP. 
 
Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat " Sempurna Milik ".
 
Dalam waktu sekarang, kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang KWSP melalui Skim i-Lestari dan i-Sinar disebabkan pandemik, dan ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tapi adakah pengeluaran dibuat pada waktu sekarang perlu membayar zakat? Hah korang kene baca sampai habis.


Zakat Pengeluaran Wang KWSP

Wang KWSP adalah harta simpanan  yang dicarum drpd pendapatan pekerja dan caruman majikan di dalam akaun KWSP pekerja berdasarkan akta KWSP.
 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan. 
 
Di bawah akta KWSP, semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut akan dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.
 

 
Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. 
 
Ia juga boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya). Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum, mereka terlepas kewajiban dari membayar zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna. 
 
Namun, apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP) syarat “Sempurna Milik” tu terlaksana dan mereka wajib membayar Zakat KWSP. 
 

 
 Jenis Zakat KWSP
1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) -  2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
 
2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) -  2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
 
Syarat Zakat KWSP
 - Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya.
 - Wang simpanan KWSP wajib dikeluarkan bagi pekerja-pekerja Islam sebagai zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya.
- Pencarum KSWP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang wang KWSP jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
 
Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:

1. Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan. - Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab.

2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
ii. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.
 
Galakan ini termasuk semua jenis pengeluaran samaada pengeluaran penuh atau sebahagian yang dibenarkan KWSP dan telah cukup nisab.

  Nisab Dan Kadar Zakat KWSP 

Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)


Kiraan Zakat KWSP

Jumlah Wang KWSP yang dikeluarkan** x 2.5%

contoh : RM20,000.00 x 2.5 %

Jumlah Zakat = RM500.00
 

 
 

 Contoh Pengiraan Zakat KWSP

Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00

Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

Boleh gunakan Zakat Kalkulator untuk mengira zakat korang. Senang semua dah tersedia.

Zakat juga boleh dibuat secara online. Semua dihujung jari.

 
Keperluan Mendesak Dikecualikan Zakat KWSP
 
Ok macam nad kata tadi, waktu sekarang, waktu pandemik, pencarum yang mengeluarkan duit KWSP, adakah wajib membayar zakat juga? Jawapannya, tidak wajib.
 
Dalam situasi sekarang, ramai yang menghadapi masalah kewangan disebabkan covid, menyebabkan ramai hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut utk menampung keperluan hidup, jadi ia terlepas dari kewajipan zakat.

Namun, jika pengeluaran dibuat dalam keadaan bukan terdesak, kewajipan zakat mereka wajib membayar zakat.
 
 


Akhir kata, jangan bertangguh lagi kerana dalam setiap bahagian harta kita, sebenarnya ada hak orang lain. Bahkan, zakat adalah cara bagi umat Islam menyucikan harta dan jiwa. Begitulah indahnya ajaran Islam agar setiap umatnya saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain. Jangan takut, jangan resah. Kita tak akan sesekali jatuh miskin dengan berzakat mahupun bersedekah seperti mana janji Allah 

Untuk info lanjut boleh layari
 hai assalammualaikum
 
Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks -  Tahun 2020, tahun paling mencabar dan memberi kesan dalam kehidupan kita. Ada hilang pendapatan dan dibuang kerja. Demi kelangsungan hidup, ada yang mencuba untuk berniaga. Berniaga itu nampak mudah, tapi, tak mudah tanpa ilmu. Semestinya, dalam berniaga kita mahukan hasil jualan yang lumayan kan. Bukan itu sahaja, dalam berniaga juga perlu ada keyakinan diri, membuatkan kita lebih bersemangat untuk berjaya. Jadi bagaimana? Korang boleh sertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks ni.
 
 
RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran yang membantu perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) dibawah kelolaan Master Coach, Dr Azizan Osman seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coachter. Pasti semua orang kenal dengan Dr Azizan ni kan. Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat, yang menarik lebih daripada 1.1juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar.
 
Tahun 2020 sahaja, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion. 
 

 
Daripada RM2 billion, mereka terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan  mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. dan Titanium dengan 311 usahawan mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. 

Menarik bukan, kerana peningkatan ini meningkat walaupun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku disebabkan pandemik covid 19. 
 
Terbukti kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan RichWorks dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan. 
 
Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. 
 

 
Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. 

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks

Jadi, untuk membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan atau bakal usahawan, lagi-lagi mereka yang terkesan dengan keadaan pandemik sekarang, RichWorks akan menganjurkan​ Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021- Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari membantu ushawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.
 
Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1,100,000 (1.1juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik, melatih dan membimbing PKS daripada Zero to Million! Mereka percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan​ step-up​ untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 
 
Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. 
 
Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang​ Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. 
 
Peluang terakhir sebelum tahun 2021, RichWorks akan menaja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA! 



Nak Kuasai Marketing 2021?
Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 
Ingat lagi sales pernah RM0? 
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh? 
Dah capai RM 1 juta yang pertama?
What's Next? 
 
Apa tunggu lagi, boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut mengenai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain
 

 
 
MAKLUMAT PROGRAM ​KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING
Tarikh: 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa: 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat: Aplikasi Zoom Webinar
 
Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari:
Richworks International Sdn Bhd 
No. 77, Jalan Badminton13/29 Seksyen 13, 40100Shah Alam Selangor,MALAYSIA
Link Website: www.zerokosmarketing.com 
Facebook Page:https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

 hai assalammualaikum

Ikan Laga Kampung, Takyah Beli, Dapat Kat Parit Je - Tren sekarang orang bela ikan laga. Rupanya yang cantik, sirip menawan, warna yang memikat hati, buat orang untuk membela ikan laga sebagai hobi. Bela ikan ni pun boleh buat hati tenang..hehehe. Orang sanggup beli sebab kecantikan ikan tu walaupun harganya mahal. Tapi, untuk anak-anak buah nad, tak perlu beli ikan laga tu, diaorang sauk je dekat parit rumah.. hahaha..

Terkejut juga bila abang kita post gambar dalam facebook, dia bersama-sama anak dan anak sedara lain dapat ikan laga. Bukan biasa-biasa, ada dapat ikan laga yang cantik-cantik. Sirip kembang pun ada. Bukan satu dua, dah berapa ekor diaorang dapat.




Inila antara ikan laga yang diaorang dapat. Masih mencari lagi tu. 

Air ni warna hitam sebab ni bukan air paip biasa tapi air ketapang. Katanya untuk mencantikkan lagi warna ikan laga tu. Nad ada baca, daun ketapang ni pun digunakan untuk ikan laga membiak. Korang boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.

Dah namanya kampung, parit tu la tempat mainan budak-budak ni. Mula-mula memancing, lepas tu entah macam mana, abang cerita pergi parit, sauk dengan tin dapat ikan laga. Memang rezeki diaorang la. Dan nad pun mintak la satu nak bawk balik Kuala Lumpur.. Hahaha. 

Tak tau la senang ke tak jaga ikan laga ni. Tengok orang lain ok je jaga.

Tips Penjagaan Ikan Laga

Ni nad baca dekat Facebook Penggemar Ikan Betta. Tips Penjagaan Ikan Laga

10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif 

Jangan campurkan ikan laga - Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai - Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi. Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan - Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup - Ikan betta sangat sukakan makanan hidup.Kaedah pemilihan makanan yang baik untuk ikan korang. Pertama, makanan yang dibolehkan adalah makanan yang berbentuk pelet @ biji kecil yang dikhaskan untuk ikan bersaiz kecil.. Jangan g bantal makanan ikan guppy sudah lah, kecil sangat tuu. Selain pelet, makanan yang dibenarkan adalah cacing kering, bloodworm, jejentik, frozen worm @ cacing beku dan microworm (untuk anak) 

Letakkan daun ketapang - Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. 

Letakkan kayu Hiasan - Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali- Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam - Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai - Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

 hai assalammualaikum

Scott's Gummies Dengan DHA, Vitamin Untuk Anak Dengan Pelbagai Perisa - Sebagai ibu, semestinya kita nak yang terbaik untuk anak. Sentiasa mengambil berat tentang perkembangan, pertumbuhan anak-anak dari segi fizikal, mental dan emosi. Macam Nad sendiri, sentiasa mencari alternatif untuk memberikan nutrien yang baik kepada anak terutama makanan yang mempunyai DHA supaya mereka membesar dengan sihat. Apa yang nad baca, DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal.  Jadi, untuk mendapatkan DHA itu, Nad memberi suplemen kepada anak-anak. Nad memilih Scott’s Gummies kepada anak-anak kerana ia mengandungi DHA.
 

Scott's Gummies Dengan DHA, Vitamin Untuk Anak, Menyokong Imuniti, Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-Kanak Dengan Pelbagai Perisa

Sebenarnya Scott's ni, nad dah lama bagi anak-anak makan sebab tau kebaikannya dan mempunyai pelbagai perisa yang membuatkan anak-anak suka nak makan. Nad tau ramai ibu-ibu diluar sana beri anak-anak mereka makan Scott's ni kerana ia menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.  

Disebabkan itu Scott's memperkenalkan nutrien dalam bentuk yang lebih menarik untuk kanak-kanak iaitu Scott's Gummies dengan DHA, mempunyai 3 perisa dalam satu botol.

 
     Bryan Wong, General Manager, Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Brunei; Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watsons Malaysia, Yasmin Haniand the kids of Generasi Z and Z Powerat the virtual launch of Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours

Baru-baru ni nad ada join Scott's Rainbow Gummies Virtual Launch di Facebook page Scott's Malaysia. Virtual event yang sangat menyeronokkan dan tidak membosankan. Antara tetamu yang dijemput ialah selebriti Miss Yasmin Hani, ibu kepada dua orang anak dan peserta rancangan realiti, Generasi Z dan Z Power yang ditaja oleh Scott's Gummies dengan DHA, yang kini ditayangkan di TV3 dan 8TV. Mereka terlibat dalam siri permainan yang menarik.

 
   Yasmin Hani and Isabelle Tan of Z Power and Muhammad Adam Haqimi, from Generasi Zsharing their experience of the all new Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours

Virtual event selama 1 jam yang membincangkan tentang produk terbaru Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan games yang menyeronokkan.

       Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Brunei sharing aboutthe new Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours
 
Menurut Bryan Wong, Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK).
 
" Scott's adalah No. 1 di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). Anak-anak sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau makanan tambahan. Mereka mempunyai pilihan rasa mereka sendiri. Oleh itu, amat penting untuk memastikan nutrien disediakan dalam format yang menyeronokkan dan menarik bagi mereka. Kami juga ingin memastikan bahawa mereka dapat menikmati Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap mungkin,”.

Macam nad kata tadi, Scott's Gummies dengan DHA ni, mempunyai 3 perisa iaitu perisa strawberi, oren dan blackcurrant dan menariknya, ketiga-tiga rasa ni pulak mempunyai pelbagai bentuk berbeza, iaitu ikan, sotong dan ketam. Mesti anak-anak suka gila dengan perisa buah ni dengan rupa bentuk dia yang pelbagai tu..hehe.

Satu botol banyak kebaikannya dan disediakan dalam pek/botol dengan rasa yang disukai kanak-kanak.

Namun Scott’s Gummies ini tidak menggantikan diet makanan sebenar, dan perlu diambil mengikut pengawasan orang dewasa. Scott's Gummies ni sesuai diambil untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.

Scott's Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA dari minyak ikan  memberikan anak-anak rasa yang mereka suka. Selain DHA, Scott's Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D, yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus. 

  
      Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore, Burnei (centre) officiating the launch of Scott’s Gummies with DHA in assorted flavours, witnessed by Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watsons Malaysia and Yasmin Hani


Sumbangan Khas Kepada Smile Train

Bersempena dengan pelancaran Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, satu sumbangan khas akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk anak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing.

Smile Train akan menyalurkan sumbangan kepada sebuah organisasi yang menyokong kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing di Malaysia.

"Sebagai jenama yang menyokong pertumbuhan anak-anak, Scott’s memulakan inisiatif ini untuk menawarkan peluang kepada anak-anak dengan bibir dan lelangit sumbing menjalani pertumbuhan dan kehidupan yang sihat. Di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 700 bayi didiagnosis mengalami celah bibir dan celah-celah langit-langit. Melalui inisiatif ini, Scott’s komited untuk membantu anak-anak ini menjalani kehidupan normal dengan yakin, di mana setiap kanak-kanak layak untuk senyum”, kata Bryan Wong.

Untuk setiap pembelian Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, RM0.50 sen akan disumbangkan ke arah inisiatif untuk membantu meningkatkan kehidupan anak-anak tempatan dengan bibir dan lelangit sumbing.

Harga Scott's Gummies yang baru dengan pelbagai jenis DHA, dijual pada harga runcit yang disyorkan sebanyak RM39.50 untuk sebotol 60 biji dan RM 10.70 untuk pek 15 biji, boleh didapati di semua farmasi terkemuka.

#scottsdhagummies #scottsrainbow #rainbowlaunch #ScottsMY #ScottsMalaysia #sponsoredpostbyScotts