December 2018
hai assalammualaikum

Avillion Cameron Highlands

Avillion Cameron di Bahagian luar waktu malam.Mr DIY tu ada..

Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang

Selesa Di Avillion Cameron Highlands Tanah Rata Pahang - Baru minggu lepas nad bercuti di Cameron Highlands. Percutian yang masih tak dapat dilupakan. Seingat nad, kali terakhir nad pergi ke Cameron Highlands, waktu tu nad darjah 6. Ada gambarnya lagi, gambar jenis cuci tu..hahaa..Gambar tu nad depan ladang strawberry, dengan baju sejuk ikat dekat taling pinggang, pakai tudung baang style bulat..hahaa. Lupa pulak nak ambil dekat kampung, kalau tak, boleh letak dalam blog, bukti ok..hahaha. Lepas tu dah tak pernah pergi dan tak tau pun rupa Cameron Highlands tu macam mana. Jeles tengok kawan-kawan selalu bercuti dekat Cameron, akhirnya impian nak bercuti ke sana termakbul..Dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis Avillion Grand Launch, hotel kelima mereka. Tahniah Avillion...

Siapa yang taknak pergi Cameron kan, semestinya Cameron Highlands menjadi salah satu tempat destinasi percutian. Walaupun jalanya yang berliku, disebabkan banyak tempat menarik seperti ladang teh, ladang strawberry, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Cameron highlands tempat percutian yang menyenangkan dengan udara yang segar dan sejuk serta dapat melihat bukit-bukit hijau yang subur. Paling penting datang sini jangan waktu hujung minggu, orang cakap jalan akan jem, jadi pergila hari biasa..hehee. Mujur nad pergi bukan waktu orang cuti. Jadi percutian tu jadi lancar je.

Nak pergi melancong, selain nak tengok tempat yang menarik, perkara paling utama ialah penginapan. Tempat penginapan yang selesa,lokasi yang strategik dan berhampiran dengan kemudahan antara perkara utama yang akan dititikberatkan ketika bercuti. Lagi senang, kalau tempat penginapan tu santai "mesra" kanak-kanak. Paham-paham jela budak-budak ni, kalau duduk bilik , takda benda menarik bagi diaorang, memang otak tepu..hahaa.

Kesemua ciri-ciri itu ada di Hotel Avillion Cameron Highlands. Nad pernah menginap di Avillion Port Dickson, memang best giler. Kali ni merasa pulak di Avillion Cameron Highlands, memang seronokla. Sebab tau tempat dia mesti selesa. Hotel Avillion Cameron Highlands terletak di Tanah Rata Pahang dan hotel ini bersambung dengan Cameron Fair.

Avillion Cameron bersambung dengan Cameron Fair

Masa ni nad ikut je maps, dan dia tunjuk bangunan putih ni. Dekat depan tu, ada dia tulis Avillion Cameron Highlands. Tapi masa sampai, waktu tu pelik juga, sebab nama Cameron Fair, betul ke..hehehe.. Jadi tanyala orang..Dia kata betul la, parking pun dekat bangunan tu juga. Lobby Hotel ada dekat tingkat 3. Kalau tak tau, tanya je sesiapa..hehee..Hotel ni bukan sahaja boleh diinap oleh ahli keluarga, tapi untuk backpacker, berkumpulan dan syarikat. Kiranya semua orang boleh stay hotel ni. Kalau boleh kalau nak saty sini, sila book dahulu atau cek di website Avillion, kot ada promosi.

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Hotel yang berkonsepkan moden kontemporari yang diterapkan dalam rekaan dalaman dan dekorasi.
Hotel ini mempunyai 100 studio dan suite yang bergaya dan luas dari studio yang unggul hingga suite premium 2 bilik tidur yang sesuai untuk perniagaan dan percutian. Kemudahan hotel termasuk 4 bilik mesyuarat dan fungsi, taman permainan halaman berkongsi, restoran di rumah dan gimnasium.

Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin

Pengarah Avillion Berhad, Puan Yulina Baharuddin berkata, "Pembukaan hotel ini adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk Avillion dalam membuka jalan untuk menjadi syarikat perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka di mana standard perkhidmatan dan hospitaliti akan menjadi standard emas industri untuk rakyat Malaysia hotel, dan di rantau ini. Kami percaya kami mempunyai sesuatu yang tulen untuk ditawarkan, dan kami sentiasa mencari peluang untuk menguruskan lebih banyak hotel di negara ini, di rantau ini dan seterusnya.

Avillion Cameron Highlands

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Media yang hadir di Avillion Cameron Highlands Grand Launch

Tahniah Avillion untuk pembukaan hotel kelima mereka ni. Avillion Cameron Highlands merupakan 
hotel kelima di bawah Kumpulan Hotel Avillion selepas Avillion Port Dickson, Avillion Admiral Cove, Avillion Legacy Melaka dan Avillion Villa Cinta Bali.

Jom Masuk Bilik

Lobi Hotel

Hotel ni,  paling tinggi bilik dekat tingkat no 7..Hah bilik kita la tu dekat tingkat 7..hahaa. Tapi Hotel Avillion ni sebenarnya hotel 5 tingkat. Sebab dia bersambung dengan Cameron Fair, jadi bahagian bawah tu ialah shopping mall dan restoran.

Access card sebelum masuk ke bilik

Hotel ni selamat, sebab kalau nak ke bilik, kena access dulu kunci bilik kita di lif, kemudian baru tekan tingkat berapa bilik kita tu.

Jom nad tunjukkan bilik nad..hehee..Sila hadam semua gambar ok..memang best..

Ruang yang besar ooo

Landing kejap..Tengok pemandangan

Layan cerita kartun dia

Selamat datang ke bilik 708..heheehe..Masuk je terus Fariza cakap " Wahhhh "..Tengokla, bilik nampak luas giler. Duduk ramai pun boleh ni. Ni anak-anak berlari, melompat boleh saje ni..hehee. Berguling-guling pun boleh. Bilik nad 2 bedroom Premium Suite tak silap. Ada banyak lagi bilik yang ada, korang boleh tengok dekat website Avillion Cameron Highlands. Semua bilik besar dan luas. Cuma berbeza harga.

Meja dan sofa

Bahagian dapur

Masak air. Teh cameron tu sedap

Peti ais pun ada.

Dalam bilik ni ada
- Bilik tidur utama dengan katil bersaiz king
- Bilik kedua dengan 2 Katil Single
- Kawasan tempat duduk sofa
- Meja kerja
- Meja makan
- Dapur kecil
- Sudut tv,
- Balkoni
- Ada Wifi Free

Bilik king Saiz. Katil mommy dan daddy..hahaha

Double bed, untuk anak-anak

Bilik ni ada dua bilik. Nampak tilam terus rasa nak baring. Memang empuk dan bersih je. Bila landing dekat tilam, terus rasa nak lena. Dengan cuaca yang sejuk. Memang mimpi indah.........

Bilik air

Bilik air dalam bilik katil king

Bahagian bilik air, dekat sini takda bathtub, cuma pancuran air je. Tu pun dah best buat Fariza nak amin air..hahaa. Kalau korang menginap dekat sini, tak perlu bawak perlatan mandian, tuala semua bagai, sebab dekat sini semua serba serbi ada..hehe. ada disediakan ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo, tuala,..semua ada.

Lengkap semua, ada iron dan seterika

Bilik ni pun ada tempat iron dan seterika. Senang kan. Paham-paham jela perempuan, tudung berkedut bila masuk dalam beg. Nak pakai mestila kena iron..hahaa.

Plug sana sini

Pasal plug, tak perlu risau, sebab memang banyak plug, tak perlu berebut..hahaa. Dalam bilik kiri kanan, dekat luar lagi..fuh..

arah kiblat

Kalau nak sembahyang takyah risau arah kiblat dekat mana, sebab dah ditunjukkan..

Pemandangan di balkoni..bestnya waktu ni..segar je

Tengokla..hijau je..Gunung tu..lawa

Bahagian balkoni yang mengadap pemandangan yang indah. Hirup udara segar di Cameron Highlands. Bayangkan tingkat 7, lagi la best. Memang otak rehat habis. Cuaca sejuk memang menyusuk ke dalam badan. Bangun pagi, tengok keindahan macam ni, hilang stress.

Pagi2 dah ceria..hehee..

Khemah untuk disewa

Tengok berkejaran, main dekat ruang tamu..hahaa

Ala happynya dapat tidur dalam bilik besar ye..dahla malam sejuk..hujan pulak..

Disebabkan ruang tamu yang besar, jadi mr mafia mintak sewa khemah untuk budak-budak ni. Biar diaorang rasa seronok bila ada dalam bilik. Sewa khemah hanya RM10..kitaorang duduk 3 hari 2 malam, jadi dua malam la sewa khemah ni, jadinya RM20. Takpe, untuk anak-anak. Fariza suka giler bila ada khemah ni. Paham-paham jela budak-budak punya imaginasi..hahaa.

Kemudahan Lain Di Avillion Cameron Highlands.

Bilik meeting

Cafe

Cafe pun besar

Banyak lagi kemudahan yang ada dekat Avillion Cameron Highlands ni, macam bilik meeting, Taman permainan, cafe dan gym.

Pemandangan dari atas..

Taman permainan..

Mak tengah membawang jap..tengok anak main ..hahaa

Bagus kan bila ada taman permainan ni. Anak-anak seronok main bila balik bilik. Mak pergi membawang, bergosip, ayah pergi gym, anak-anak main dekat taman permainan ni..hahaa. Fariza main puas dekat sini.

Bangun pagi esoknya, pergi gym. Senaman sikit bagi segar otak dan badan sebelum bergerak ke tempat menarik di Cameron Highlands.

Persekitaran di Luar Avillion Cameron Highlands

Shopping mall

Macam-macam ada

Kedai runcit

Kedai makan

Lepak jap, minum bergosip para mak-mak ni

Hotel Avillion Cameron Highlands bersambung dengan Cameron Fair. Jadi, yang bawah tu bangunan kedai-kedai, macam kedai shopping mall dan banyak kedai makanan dekat situ. Jadi kalau rasa taknak makan dekat cafe Avillion, boleh je cari makanan dekat luar. Memang banyak kemudahan yang ada di sekitar Avillion ni yang memudahkan pelancong. Siap ada pasar lagi.

Happy sanagt dapat bercuti dan menginap di Avillion Cameron Highlands

Hotel paling best di Cameron Highlands

Hah macam mana, strategik kan tempat dia. Bagi nad, lokasi dia macam di tengah-tengah..Nak pergi ke bawah senang, nak pergi ke Brinchang pun ok. Duduk sini memang aman je, memang rasa percutian yang sempurna untuk melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar..hahaha..

Bilik yang ada laman rumput tu nampak best..ada rezeki nak stay bilik tu pulak la..hehee.

Kalau rasa nak menginap di Avillion Cameron Highlands,
Avillion Cameron Highlands terletak di Jalan Camelia, Tanah Rata Cameron Highland, Pahang, 39000, Malaysia. Sila hubungi hotel +605 5000 333 atau lawati
Instagram : https://www.instagram.com/avillioncameron/











hai assalammualaikum


Keseronokan Menanti Di Puteri Harbour  Hujung Minggu Ni - Bila musim cuti sekolah mesti anak-anak tanya, " Ibu, ayah, cuti skeolah ni, kita nak bercuti dengan mana"..Mesti ibu dengan ayah jenuh nak fikir, dekat mana nak bawak bercuti kan. hehe..Takpe, apa kata hujung minggu ni korang pergi ke Puteri Harbour. Sebab ada aktiviti best yang akan diadakan di sana nanti. Nad rasa nak pergi juga, nak bawak Fariza ke sana. Fariza mesti suka tempat-tempat comel ni. Anak-anak mesti seronok dapat jumpa kartun animasi dia, dapat tengok Hello Kitty dan Thomas. Eh, mommy pun teruja ok bila dapat tau, hujung minggu ni Astro ada buat Fun Escapade ni.

Puteri Harbour, tempat salah satu yang nad nak pergi sangat dan nak bawak anak-anak ke sini. Bila dapat tau Astro buat Fun Escapade menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi, mesti anak-anak seronok. Terdapat juga pelbagai akiviti menarik untuk disertai anak-anak dan ibu bapa. Fun Escapade ni akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!


Harga tiket 

Pakej istimewa Family Fun Weekend (Pakej Keluarga Play4Fun) : RM418
4 Tiket untuk Dua-Park Pass
- SATU (1) x RM10 Baucer Makanan & Minuman
- SATU (1) x RM10 Runcit Voucher
- SATU (1) x RM38 5R Photo Print Voucher
- DUA (2) x Complimentary Fun Escapade Passport (setelah menyelesaikan cabaran, anda akan menerima DUA (2) x Astro Fun Escapade Limited Edition Merchandize)
EMPAT (4) x Persiaran VIP Pass @ Fun Escapade Mini percuma

Pakej Berkembar Fun2Play : RM269
2 Tiket untuk Dua-Park Pass
- SATU (1) x RM10 Baucer Makanan & Minuman
- SATU (1) x RM10 Runcit Voucher
- SATU (1) x RM38 5R Photo Print Voucher
- SATU (1) x Passport Escapade Fun Complimentary (setelah menyelesaikan cabaran, anda akan menerima SATU (1) x Astro Fun Escapade Limited Edition Merchandize)
DUA (2) x Persiaran Mini VIP Pass @ Fun Escapade percuma

* Kanak-kanak di bawah usia 3 tahun ATAU di bawah 90cm tinggi dibenarkan kemasukan taman percuma

Tiket hanya boleh didapatkan melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour

Harga tiket memang murah kan. Dahla murah boleh pulak akan tengok persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XTY Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. Selain itu, mereka juga akan menerima Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN.

Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto. Tu diaa..banyak sangat ni yang dapat..Ni bukan anak-anak je enjoy, mak ayah pun enjoy..hehe.

Event: Family Fun Weekend (Fun Escapade-Johor Special Appearance)
Tarikh: 15 & 16 Disember 2018
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim, Malaysia

Untuk 2 Hari sahaja! Dapatkan Astro Fun Escapade Limited Edition Merchandize serta Konsert Mini oleh Didi & Friends, Omar & Hana, Tong Tong dan banyak lagi ...Layari http://www.kidxy.com/puteriharbour or call 1 300 88 FAMILY (326459)"
hai assalammualaikum

Barang Yang Aku Gran Untuk ALthea Angels Rewards Points - Hah, bila dah terpilih menjadi Althea Angels ni, macam-macam hadiah yang kita akan dapat. Sebagai tanda "welcome" menjadi ahli Althea Angels, nad dapat Gift Box dari team Althea, dan produk itu ialah Petal Velvet dan Milk Cream Mask dan ada barangan lain lagi. Kita la orang yang bertuah mencuba produk dari Althea terlebih dahulu . Tak disangka, selain dapat gift box, team Althea bagi pulak rewards point. Rewards point ni dimasukkan dalam akaun Althea kita, dan kita boleh shopping barang apa kita nak. Korang, kalau nak jadi ahli Althea, boleh ke www.althea.kr

Memang pening nak pilih apa dekat Althea ni, sebab semua produk dia memang best. Lagi-lagi produk Althea sendiri yang nad dah cuba beberapa jenis, memang sesuai dengan muka nad. Ada yang nad belum guna dan nad grab haritu juga, bersama dengan produk lain.Sampai je dekat tangan terus buat unboxing. Anak-anak pun sibuk lahai..hahaa. Cantik sangat box dia, warna biru lagi tu. Hari Krismas nak dekat dah, tu sebba dapat box ni..comel-comel.. Nak tau apa nad grab haritu, hah meh tengok..hehee.



Tadaa..Ni la dia barang yang and grab. Althea Real Fresh Skin Detoxer, Cleanser Althea Bare Essential, 24K Gold Snail dan Bubble-bubble Lip Mask.


Nad ambil Althea Real Fresh Skin Detoxer sebab ramai yang kata best. Nad ada buat entry sedikit info berkenaan Althea Real Fresh Skin Detoxer bercolabarate dengan rancangan beauty korea iaitu Get Beauty. Sampai artis Korea pun suka dengan Skin Detoxer ni. Nak tau siapa, korang boleh baca lebih lanjut dekat entry ALTHEA X GET IT BEAUTY REAL FRESH SKIN DETOXERS COLLABORATION . Nad akan review details lagi kemudian, apa nad rasa ok..


Yang ni nad ambil sebab serasai dengan muka nad. Cleanser Althea Bare Essential. Memang bagus sangat. Muka nad bersih sebersihnya bila pakai cleanser ni. Jerawat pun malu-malu nak naik. Kalau tumbuh jerawat, mesti dia akan kecut cepat. Hah best tau. Ada nad review sebelum ni. Korang boleh baca lanjut dekat entry ALTHEA BARE ESSENTIAL ni.


Bubble-bubble lips ni memang comel kan..hehee.. Packaging dia warna kuning. Botolnya pun warna kuning. Nanti nad cerita details review nad. Tapi nad dah pakai sikit, nak rasa macm mana dia berfungsi, memang keluar buih-buih tu tau..hehee..Geli je mulut macam ulat tengah berjalan..hahaa. Nad dapatkan Bubble-bubble lips ni sebab bibir nad cepat merekah. So nak baiki bibir ni la, nak bagi lembap dan menarik macam tu.


Last sekali, nad pilih 24k Gold Snail. Tak tau kenapa, tapi dia nampak best. Nad baca rate orang dekat produk ni, semua cakap bagus. Boleh guna satu badan..tu yang best tu..Tu yang ambil tu..hahaha. Nanti nad review detail apa nad rasa..hehee.

Thank you Althea untuk rewards ni. muaaahhh...