May 2020
hai assalammualaikum

Jeruk Mangga, Jeruk Buah Rangup dan Sedap, Memang Leleh Air Liur, Dari The Famous Jerux Liur Leleh - Dah lama betul tak makan jerux mangga tau. Dekat KL ni memang susah nak cari mangga muda yang hijau tu. Nad memang suka makan mangga muda berbanding mangga kuning yang macam harum manis tu. Kalau nampak pokok mangga muda dekat rumah orang, memang telan air liur je, boleh rasa dalam tekak..hahaha. Telan air liur jela, dibiarkan meleleh kang, hehe, nak makan tak boleh pokok orang. Kalau dapat je mangga, sedap juga buat jeruk asam boi tu kan. Pergh!!!


Tiba-tiba, instagram macam dapat baca je fikiran kita tau. Mesti korang pernah kena kan, teringin nak beli sesuatu tiba-tiba instagram atau facebook keluar iklan tu..hahaha. Tiba-tiba tu juga keluar sponsored post instagram Liurlelehmalaysia dengan gamabr jeruk mangga asam boi kau. Ya ampun!!, terus usha instagram ida, tengok mangga dia hijau-hijau. Weii, terus meleleh air liur. Penuh pulak tu dia isi dalam bekas. Macam biasalah pertama kali tengok, usha dulu, baca feedback, esoknya tengok lagi, belum decide lagi nak beli, esok dan esok, arghh tak tahan, belila..hahaha..

Terus whatsup no yang diletak, dan dibagi dekat agent berdekatan. Terus cakap harga dan jeruk apa yang ada. Nad whatsup malam, jadi esok siang dia hantar dekat rumah. Pantas ya..

Dapat je, terus buka. Memang puas hati, memang penuh weii!!..Okla dengan harga dia.


Jeruk Mangga, Jeruk Buah Rangup dan Sedap, Memang Leleh Air Liur, Dari The Famous Jerux Liur Leleh

Nad beli dua, jeruk mangga dan jeruk campur. The Famous Jerux Liur Leleh ni ada pelbagai buah, buah mangga, kedondong, epal, jambu dan campur. Sebab tu ambil campur dapat rasa semua.


Selalunya, sebelum-sebelum ni nad beli jeruk, mesti ada yeng lembik dan tak rangup. Tapi Jerux Liur Leleh ni, pergh, rangup kau. Bunyi krup krap krup. Dengan rasa asam boi dia..cili pedas-pedas dia, takdela pedas mana..sedap ya amat..Lepas makan satu, makan lagi dan lagi..


Fariza dan Farhanah pun enjoy makan ye.


Syok dapat makan sambil tengok tv, buat kudapan lepas makan ke..Memang terbaikk la!! Dah la penuh satu bekas ni. Memang nikmatnya dapat makan buah jeruk ni, dengan rasa yang masam manis membuatkan orang kecur liur..hahaa. Nad makan bukan sebab pregnant ye, tapi teringin..hahaha.


Korang kalau nak cuba boleh ke instagram www.instagram.com/liurlelehmalaysia .
hai assalammualaikum

Tema Baju Raya 2020 - Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..


Last minit juga cari baju raya untuk anak, lagi nak tema sama kain batik. Disebabakan PKPB, pergi kedai mesti ade SOP, beratur bagai, memnag tak dapatla cari baju anak. Kang ambil masa yang lama. Nak pergi banyak tempat dengan keadaan macam ni, memang takla. Jadi nad usha baju raya secara online. Nak cari baju raya yang berkain batik punyalah susah ye. Ada tu yang sama tapi harga, allahuakbar, lari bajet..huhu. Cantik memang cantik, tapi kalau dikira takpela. Tapi tak putus asa cari.



Alhamdulillah, last-last jumpa juga baju raya anak sama tema. Nad jumpa instagram Ezikmarques. Butik tu jual baju kebaya dan kain batik. Macam biasalah, tanya harga, nasib ada yang murah, sepasang baju kebaya dan kain batik RM80. Hah, memang terus je nak beli. Bagus layanan butik online ni, nad whatsup tengah malam, hahaha, sebab usha instagram dia dah tengah malam. Memang biasa terus whatsup kalau nak sesuatu, biasanya orang akan balas esok pagi. Tak sangka dia balas malam tu juga..hahaa. Bagus sungguh. Terus dia balas harga baju. Suka ya dengan penjual macam ni, terus jawap harga dia, takda berbelit-belit ke lain. Baju dia ada biasa dan eksklusif, yang bais atu la harga RM80 sekali kain batik.

Terus nad tanya biasa tu macam mana rupa dia, semua-semua la.Pastu terus tanya umur anak. Sebab penjual tu nak cek baju untuk saiz anak ada ke tak. Esoknya la dia balas, sebab baju dekat butik. Sepantas kilat ye, dia tunjuk baju semua. Akhirnya jumpa yang berkenan di hati. Haritu juga dia pos. Dua hari lepas dia pos terus sampai.

Bila dapat, memang puas hati, sebab lawa giler kebaya dan kain batik tu. Walaupun bunga tak sama warna, okla, berlainan sedikit , nak bergambar baru lawa kan. Asalkan baju warna sama kuning gitu.



Ni la dia, baju anak dara nad. Berkebaya dan berkain batik. Halah, cantik molek. Nasib baju tu ngam elok je dekat diaorang. Macam adik, 2 tahun, nad ambil 3 tahun, biar besar ye, asalkan jangan kecik. Nak pakai lama. Kakak pulak 5 tahun, nad ambil 6 tahun punya. Cuma kain la, panjang sikit, tapi takpe, kita lipat ye..hehehe..


Hah ni pulak baju nad. Baju ni sebenarnya nad pakai masa kenduri kawan..hehee. Habis dah PKPB, covid ni punya pasal, malas nak fikir baju raya lain, dah ada ni, kita pakai jela. Jimat ye dekat situ. Pertama kali pakai kain batik pario. Mula memnag fikir macam mana la nk pakai, lama-lama biasa dah. Adjust kain taknak nampak kaki.. Kene pandai-pandai pakai.

Lupa pulak nak ambil gambar bertiga..hahhaa..Ni la tema baju raya kami 2020, disebabkan PKPB, berkain batik. Simple je..

hai assalammualaikum

Sambutan Hari Raya PKPB 2020 - Hah, dah masuk hari raya ke 6 dah rupanya ya. Tahun ni raya tak semeriah seperti sebelum-sebelum ni disebabkan covid 19. Macam tak sangka kan semua ni akan berlaku. Memang menjadi peringatan dan kenangan kepada kita semua untuk hadapi norma baharu. Tahun ni kita sambut hari raya secara sederhana sahaja. Walaupun macam tu, masih bersyukur dapat meraikan hari raya walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ).

Tahun ni, nad tetap buat persiapan raya bagi meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Buat persiapan pun untuk anak-anak merasa gembira. Tetap beli biskut raya, baju raya untuk anak-anak dan sediakan duit raya untuk mak ayah, anak-anak dan anak buah.



Raya pertama seperti biasa, bangun awal pagi sediakan makanan semua.Makanan, mestilah rendang , nasi impit, sambal. Kemudian mintak maaf dan bergambar. Tema raya tahun ni berkain batik, sebab raya duduk rumah sahaja kan..hehehe..Nad dan mr mafia berbaju putih manakala anak-anak, berbaju kebaya warna kuning dan berkain batik.

Nad berterima kasih dekat kerajaan sebab beri kelonggaran pada hari raya pertama untuk menziarahi keluarga atau jiran tetangga. Tapi dengan syarat ikut SOP dan hanya 20 orang sahaja di dalam rumah. Untuk Hari Raya ni pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, tapi rentas daerah dibenarkan iaitu kawasan Sleangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hari Raya pertama ni la nad ambil kesempatan sekejap untuk balik ke kampung, sebab nad rentas daerah sahaja. Nad duduk di Kuala Lumpur, kampung di Meru Klang, jadi masih daerah. Dah beberapa bulan tak jumpa mak ayah, masa hari raya tu memang diaornag suruh balik sebab boleh rentas daerah kan, tapi kita ni yang was-was, pada masa yang sama, nak jaga sesama kita. Tapi, balik juga la sebab mak ayah dah tanya. Cekalkan hati dalam perjalanan tu.Alhamdulillah, sampai kampung dengan selamat.


Dapat jumpa mak ayah, rindunya tak terungkap. Dapat juga makan lauk mak buat, dapat makan yang biasa kita makan. Memang makan puas-puas, borak dengan adik beradik, mak dan ayah puas-puas. Sebab dibernarkan sehari je boleh. Mak ayah suruh tidur rumah, tapi kitaorang taknak, sebab takut. Takpela, bersyukur sangat dapat  beraya bersama dengan keluarga walaupun sehari. Memang sedih masa nak balik malam tu, sebab tak tau bila lagi dapat jumpa. Doa banyak-banyak supaya semuanya kembali pulih.

Kadang fikir, bagusnya raya covid ni kita raya secara sederhana. Tak perlu nak beli macam-macam, jimat berbelanja. Beli yang perlu je. Yela, orang tak datang rumah, masing-masing tak sakit hati dengan soalan yang menikam jiwa tu..hehee..

Baikla, dikesempatan ni, wlauapun dah raya ke 6, hehee..nad nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, maaf zahir dan batin, maaf kalau ada terslaah tulis dalam blog ke, tersalah cakap, ada yang terguris hati, terkasar bahasa, mintak maaf ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog nad.

Semoga semuanya kembali pulih.


hai assalammualaikum

Resepi Air Paddle Pop Melon Lime Fizzy -  Pertama bila waktu berbuka, mestila cari air dulu.. Hehehe. Dapat air segar, fresh memang lega tekak ye. Harini nad buat air Paddle Pop Melon Lime Fizzy.. Sedap weii. Tambah asam boi lagi sedap.. Korang pun boleh cuba.. Senang je..⁣
 ⁣

Blend semua bahan dibawah⁣
- sugar syrup 80gm⁣
- honeydew 200gm⁣
- mint leaf 3gm⁣
- ice cube 200gm⁣
- limau nipis ( perahan) 30gm⁣
- paddle pop melon slice ice cream 2 batang⁣
 ⁣
Hias dengan Paddle Pop Melon Slice Ice Cream, mint leaves dan limau. Siap.. Segarr tekak⁣


Ni aiskrim terbaru Paddle Pop.. Korang boleh dapatkan dekat 7eleven, dan pasaray berdekatan. Air ni boleh buat bila-bila pun. Sekarang banyak air yang menyegarkan kita boleh buat. Tengok, dari aiskrim boleh diubahsuia jadi air. Kreatif la sikit kan.. Hehehe. So korang kene cuba ok.
hai assalammualaikum

Shopping Online Di PG Mall - Nad tau bukan nad sorang je suka shopping online, ramai yang suka shopping online sebab mudah, tak buang masa, tak buang tenaga dan jimat. Order dihujung jari sahaja. Tengah masak pun boleh order.. Hehehe.. Dah pilih barang, terus masuk dalam cart, bayar dan tunggu barang sampai depan pintu rumah. Lagi dengan musim  PKP ni, memang membeli online je la. Kedai pun tak banyak buka, nak beli barang susah, lagi kene ikut SOP, beratur bagai, memang tak larat la. Jadi, penyelesaiannya, kita pilih untuk shopping online, semua ada.


Shopping Online Di PG Mall

Sebab kene patuhi SOP, tak perlu keluar rumh, kita order barang dekat PG Mall je..hehee Nad tau berkenaan PG Mall pun daripada kawan. Lepas baca, terus nad singgah dan shopping. Beli persiapan untuk raya punyala..hehee..


Pertama kali shopping di PG Mall, tak sangka ada banyak juga pilihan barang yang ada, dari pakaian, barang dapur, peralatan rumah, sukan dan banyak lagi la. PG Mall, ( https://pgmall.my ) merupakan platform e-dagang tempatan no.1 di Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 lagi. Satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. PG Mall juga merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrincesight. Eh, PG Mall pun boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Cepat download, senang nak shopping nanti..hehe.

Bayar Guna Maybank QRPay Dapat 20% Cashback

Shopping online ni memang mudah sebab kita bayar secara online. Selalunya, kita shopping online dengan buat bayaran menggunakan online transfer, debit atau kredit kan, tapi PG Mall ada buat pembayaran menggunakan Maybank QRPay..fuh..bagus kan. Hanya scan dan bayar sahaja.


Kalau korang nak tau, PG Mall ada membuat tawaran menarik bila korang menggunakan Maybank QRPay. PG Mall ada mengadakan Raya Paling Gempak bermula 4 May sehingga 26 June 2020. Bestnya bila korang bayar menggunakan Maybank QRPay, korang akan menerima  20% diskaun sebanyak dua kali sepanjang promosi kempen ini. Diskaun sebanyak 20% terhad pada RM20 dengan pembelian minimum RM30.

Untung berganda tau, bila ditengok korang akan dapat 2 kali cashback iaitu 2 X RM20 = RM40 setiap akaun Maybank apabila membeli di PG Mall menggunakan Maybank QRPay sepanjang tempoh kempen itu.

Hah nak shopping terus boleh tekan link  https://pgmall.my/myraya-campaign2020

Consumerchant ( Pulangan Tunai sehingga 3.5 % setiap masa )

Korang tau tak, korang boleh dapat reward cashback berterusan melalui program "Forever Cash Back PG Mall ". Korang boleh menikmati pulangan tunai sehingga 3.5% apabila korang kongsi referrel link korang kepada pengguna baru untuk berbelanja di PG Mall.


Mesti ramai tak tau kan. Korang tau shopping je..padahal bila korang shopping tu korang boleh dapat cashback. Memang bagus tau. Nad suka bila dapat cashback macam ni.


1) Shop, Share and Earn

Mungkin ada yang tak pernah tau, shopping online ni ada untuk kita share referral link kita di mana, apabila kita share referral link tu dekat sesiapa sahaja, dan orang tu tekan link tersebut dan shopping, korang akan mendapat ganjaran pulangan tunai sehingga 3.5%. Yes, korang akan dapat duit dengan hanya share sahaja. Tapi korang kene daftar dulu dekat PG Mall.

Contohnya, korang shopping dan share barang yang korang beli. Kemudian, orang lain berminat dengan barang tersebut dan dia beli. Korang akan dapat duit dri hasil pembelian tersebut. Ganjaran pulangan tunai akan diberi setelah transaksi yang berjaya dibuat melalui pembelian . Semakin banyak rujukan yang dibelanjakan, semakin banyak wang tunai yang korang boleh dapat di samping pulangan tunai yang diperoleh dari pembelian peribadi.

Forever Cashback

Setiap pembeli memperoleh pulangan tunai dari 0.5% hingga 3.5% Ganjaran wang tunai ini akan berterusan selagi korang atau orang yang dibawah referral korang terus membeli-belah di PG Mall. Sebab itu dipanggl "Forever Cashback"

Nak tahu lebih lanjut berkenaan cashback ni korang klik je link ni okay https://pgmall.my/consuMerchant-concept

Nampak kan, banyak ganjaran yang korang dapat bila shopping dekat PG Mall ni. Apa lagi, jom shopping dekat PG Mall. Shopping banyak-banyak, share referral dan dapatkan cashback. Untung sangat.

Website : www.pgmall.my
Facebook : www.facebook.com/PGMallofficial/
Instagram : www.instagram.com/pgmall.my
hai assalammualaikum


Buat Cermin Mata Baru, Murah Dan Cantik Di Kedai Viral Eye Pro Vision KL - Hah, ingat satu spek cermin mata cukup, rupanya kena ada banyak cermin mata ya untuk backup. Mana taknya, kadang lupa letak mana, takpun kejadian patah cermin mata, sedih. Jadi, untuk raya ni, nad buat lagi satu cermin mata baru untuk raya. Dahla murah, cantik pulak tu..ehhee..Mana lagi kalau bukan dekat kedai viral Eye Pro Vision Sunge Wang KL. Sebelum ni, untuk cermin mata pertama nad, nad buat dekat sini la. Sejak haritu, kedai Eye Pro Visionla kedai cermin mata kegemaran nad. Dahla murah, layanan pun bagus. Ramai kawan-kawan nad buat cermin mata dekat sini, memang semua puashati, lagi-lagi harga dia yang murah.

Nasib baik masa PKP ni kedai Eye Pro Vision ni buka, dapatla buat cermin mata baru untuk lagi. Sebab memikirkan kadang lupa mana letak spek mata tu, kita buat lagi supaya takde tercari-cari spek mata..kihkih. Sebelum pergi, ada contact William, cakap kedai buka tak. Dia kata buka.. Hehehe.. Peramah sangat William ni, sebab tu suka datang sini.


Cermin Mata Murah, Eye Pro Vision Sungei Wang KL


Semalam juga nad pergi ke Sungei Wang. Nad naik grab je ke sini, senang. Nad naik grab je ke sini, senang. Nad naik grab je ke sini, senang. Nad naik grab je ke sini, senang. 
Sampai sana, memang ikut SOP, kene tulis nama dan cek suhu. Mask dan hand sanitizer jangan lupa ye. Lepas tu terus naik Ground Floor ke kedai cermin mata Eye Pro Vision.



Fuh, ingat takda orang, tapi ramai juga orang datang ye. Semua nak buat cermin mata. Orang keluar masuk dalam kedai. Walaupun ramai, tapi takda la sesak, masih ikut SOP. Sebelum masuk kedai, kene tulis nama dan diberi hand sanitizer. Bagus sangat kan. Pekerja pun masing-masing pakai mask, jaga jarak.






Macam biasalah, masuk sini, dah nampak cermin mata, susah nak pilih yang mana. Banyak sangat pilihan cermin mata yang ada. Macam-macam design, bentuk cermin mata ada. Dah satu-satu nad cuba.. Hahahha. Semua cantik-cantik belaka. Sampai tanya staff dekat situ la mana cantik.. Hahaha..

Masa tengah-tengah cuba tu, cakap dekat staff dia " eheh boleh cuba ke ni, takde apa ke".. Yela sekarang semua benda macam takut je nak pegang. Tapi Eye Pro Vision jaga setiap cermin mata yanga da. Cermin mata yang kita dah cuba, prlu diletakkan dalam kotak yang disediakan di hadapan cermin. Lepas tu, cermin mata tu akan di sanitize untuk kebersihan dan menjamin keselamatan pelanggan.


Dalam banyak cermin mata, ternampak cermin mata bingkai gold. Eheh, lawa pulak ye bingkai gold ni. Mungkin ni yang terbaru, sebab rasanya sebelum ni takda. Nad pun cubala semua cermin mata yang bingkai gold ni. Serius, memang cantik. Ngam pulak dengan muka kita. Sebelum ni nad beli bingkai hitam. So kali ni, nak nampak cun sikitla.. Hehehe.. Ambil bingkai gold. Untuk raya kan.. Mestila nak nampak cun.. Gitu.. Penting boleh masuk dengan semua warna tuudng kita.. Hahaha.. Perempuan kalau nak membeli, beginila ye.

Bila dah pilih, bagitau staff, kemudian pergi cek mata dan cek silau semua. Alamak, William cakap silau nad macam makin naik.. Huhu.. Mana taknya, PKP ni ngadap phone, ngadap laptop.. Dah kerja dengan phone, laptop semua.

Cermin Mata Siap dalam Masa 1 Jam

Habis cek, terus William proceed buat cermin mata tu. Yeszaa, dekat sini, spek mata korang boleh dapat haritu juga. Boleh siap dalam 30 minit hingga 1 jam. Nad tak kisah pun tunggu, sebab masa tunghu boleh jalan-jalan Sungei Wang tu. Ada juga la kedai baju, kasut buka. Jadi, kita tengok sambil tunggu cermin mata siap.



Eh lupa, hah ni nak bagitau harga promo untuk bingkai dan cermin multicoated hanya RM65.. Murah kan!!.. Tapi macam nad tambah alpha blue 420, cuma tambah RM60 je guys.. Baru RM125 untuk spek mata baru. Masih murah kan. Tapi kalau korang ade rabun, tu tambah lain la. Tapi harga masih berpatutan, jangan risau.


Video ni masa nad buat spek mata pertama dekat sini. Nak tunjukkan kelebihan alpha blue 420 tu.

Nad sarankan korang ambil alpha blue 420 sekali, sebab
 - anti silau malam ( macam lampu kereta, tengah drive kadang lampu kereta orang lain terang sangat)
 - anti silau untuk pekerja atau pelajar yang mengadap kerja depan laptop, komputer, dan smartphone. Hah!!, ni nad la, kerja 24 jam dengan semua ni.
 - 100% block sinar uv dan ultra ungu ( UV420 ).
 - Tahan lasak, diketuk banyak kali pun tak pecah, tak calar.
 - Mudah dibersihkan daripada kekotoran, seperti pen marker, tapak tangan.


Dah siap cermin mata nad. Cantik kan. Hehehe.. Nanti raya nad pakai ok..



Ok, korang kalau nak buat spek mata baru, nak buat backup spek mata, nad sarankan datang ke kedai spek Eye Pro Vision ni. Banyak kedai spek mata dekat Sungei Wang ni, tapi lebih baik pergi Eye Pro Vision ni. Ramai dah buat dekat sini dan berpuas hati. Layanan bagus dan harganya yang murah. Ok..

Eye Pro Vision
G111, Ground Floor
Sungei Wang Plaza

Contact : 016-3771304

Boleh contact kalau nak tanya apa-apa berkenaan cermin mata.

hai assalammualaikum


Resepi Kerabu Pegaga - Alkisahnya, nad suruh suami belikan daun pudina, sekali balik, cakapla dengan suami " mana daun pudina bang "..suami cakap " kan ada dalam tu, cuba tengok "..kita pun cakap la takda. Suami tak puas hati suruh tengok, dan dia tunjuk. Guysss, korang nak tau, dia tunjuk daun apa, dia tunjuk daun pegaga ok..Stress kita wak. Dahla kita nak guna cepat daun pudina, sekali salah beli. Nad cakap, takkan tak cakap dengan orang jual sayur tu. Suami pergi pasar, alang-alang suruh beli sayur, beli daun pudina sekali. Dia cakap, orang jual sayur tu tunjuk daun pegaga ni adalah daun pudina. Muka kita dah berkerut ok. Takkanla orang jual sayur yang dah bertahun tak tau sayur pudian macam mana. Huh, sudahnya, satu ikat pegaga dia beli. Nak buat apa oiii..Dahla rumah ni jarang makan pegaga. Geram je rasa.


Esoknya, nad pun carila resepi pegaga ni. Pegaga ni bolehla je goreng guna tepung. Jadila pegaga goreng. Rangup, boleh buat kudapan. Tapi, entah, macam tak best pulak buat goreng tepung. Last-last fikir, buatla, kerabu pegaga. Mintakla mak resepi. Nasib bahan semua ada..Maka bermulalah operasi memasak kerabu pegaga.


Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
- 300 g daun pegaga
- 1 cawan kelapa parut
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 7 biji limau kesturi


Bahan B (Sambal) *Ditumbuk
- 3 biji cili merah
- 3 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 cawan ikan bilis
- 1 sudu teh belacan
- Garam secukup rasa


Cara menyediakan dan memasak:
- Bersihkan daun pegaga dan hiris halus.
- Masukkan semua bahan B dan kelapa parut ke dalam kuali. Panaskan sehingga sambal nampak kering. Kemudian tutupkan api.
- Masukkan daun pegaga dan bawang besar.
- Kacau rata dan perahkan limau kesturi. Rasakan garamnya.


Ok siap..begitula..lama tak makan kerabu, maka terhasilah kerabu pegaga.
hai assalammualaikum


Ucap Selamat Hari Guru 16 Mei 2020 Hanya Di Whatsup Sahaja - Semalam merupakan Hari Guru Sedunia untuk guru-guru yang mengajar di sekolah. Setiap 16 Mei merupakan Hari Guru bagi menghargai guru di atas jasa dan bakti mereka. Sebelum-sebelum ni, sambutan Hari Guru disambut meriah di semua sekolah. Ada hadiah, ada persembahan dan macam-macam lagi, disambut dengan meriah. Tapi untuk tahun ni, berlainan, disebabkan wabak covid 19, semua sekolah dan institusi ditutup, maka tiada sambutan Hari Guru dan hanya sambut di whatsup sahaja dengan ucapan.


Tapi bagi seorang cikgu, dapat ucapan dekat whatsup pun mesti rasa seronok, sebab penghargaan untuk Hari Guru tidak dilupakan. tapi, sedih juga la kan tak dapat sambut. Yela, macam nad memang dah lama tinggalkan alam persekolahan, lepas tu anak pulak sekolah. Bila anak masuk sekolah, nad sendiri rasa teruja sebab boleh buat aktiviti sekolah yang lama dah nad tak buat. Bagi nad, sekolah anak sama je macam nad sekolah, dapat rasa apa anak rasa dekat sekolah. Bila tak dapat sambut Hari Guru, rasa lain je. Kalau tak, mungkin ada buat sikit-sikit sambutan. Macam nad, kalau boleh nak anak rasa macam mana sambutan Hari Guru ni, bagi dia hargai jasa guru tu sendiri.




Cikgu tabika Fariza, Cikgu Ema namanya. Walaupun dalam keadaan PKP, kerja sekolah untuk anak pasti ada. Kita mungkin fikir, sekolah Tabika, mesti takda buat kerja sekolah kan, tapi tak. Ada je aktiviti dan kerja sekolah yang diberi. Bagusla macam tu, sekurangnya budak-budak ni takdala buat benda sama je. Tugasan yang diberikan cikgu mesti la lain sikit kan, tugasan mak bagi mudah..huhu..


Tahun 2020 ni, tema hari guru ialah " Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu ". Walaupun dalam keadaan PKP, ramai cikgu berusaha cari tugasan untuk diberi kepada anak murid. Dan kelas online dijalankan, Tapi sedihnya, nad ada baca dekat twitter, ramai ngadu anak murid yang masuk kelas online dari 20 murid, online hanya 10 orang, ada tu boleh left group. terkejut bila baca. Kalau nad dulu, cikgu cakap sikit dah takut, cikgu bagi kerja sekolah tak buat pun takut, budak sekarang, siap berani tak masuk kelas online la, tak buat kerja sekolah, alasan PKP. Kalau yang takda interent tu, mungkin boleh faham, tapi kalau yang tiba-tiba boleh buat status bagai, tapi tak masuk kelas online cikgu, ermmm..tak tau la nak cakap ape. Adab dekat cikgu dah hilang.


Harap cikgu-cikgu semua tabah dalam menjalankan tanggungjawab. Sekali lagi, terima kasih cikgu semua. Selamat Hari Guru.
hai assalammualaikum


Kempen ‘Discover the World’ 2020 Dengan Citarasa Jepun, Samurai Burger Kini Kembali - McDonald's Malaysia yang melancarkan kempen tahunannya ‘Discover the World’ dengan kelazatan citarasa Jepun, membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger yang popular.





Samurai Burger, yang kali terakhir dihidangkan pada tahun 2015, merupakan salah satu menu yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Shogun Burger yang mendapat banyak maklum balas positif daripada rakyat Malaysia ketika pertama kali dilancarkan pada tahun yang sama. Disediakan dalam pilihan daging ayam atau daging lembu, Samurai Burger dan Shogun Burger menampilkan sos Teriyaki istimewa McDonald's yang pastinya memberi keenakan yang sangat memuaskan hati.


“Kempen ‘Discover the World’ menjadi platform yang amat penting bagi membolehkan McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai menu berbeza kepada rakyat Malaysia, yang  menampilkan citarasa unik dari negara-negara terpilih di seluruh dunia. Tahun ini, kami membawa kembali citarasa Jepun yang lazat kepada rakyat Malaysia, dengan hidangan Samurai Burger dan Shogun Burger yang sangat disukai ramai," kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.




Samurai Burger dihidangkan dengan daging lembu atau daging ayam empuk yang dicelup ke dalam sos Teriyaki enak, dilapisi dengan sos McChicken, salad segar, dan diapit dengan roti bijan yang dibakar sempurna. Bagi mereka yang gemarkan burger dengan telur, Shogun Burger pastinya merupakan pilihan tepat untuk memenuhi selera mereka.


Sesetengah orang merasakan hidangan mereka tidak lengkap tanpa pencuci mulut yang enak. Tahun ini, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan semula Green Tea McFlurry yang menyegarkan. Selain itu, Yuzu Cream Cheese Pie baharu dengan kulit pai yang rangup dan inti enak berperisa sitrus boleh menjadi hidangan pencuci mulut tambahan untuk dinikmati para pelanggan.


“Ramai rakyat Malaysia terpaksa menangguhkan perjalanan ke luar negara ketika ini, tetapi melalui tawaran menu 'Discover the World', kami berharap keenakan citarasa yang diketengahkan, sedikit sebanyak mampu membawa orang ramai ke beberapa pelosok dunia dan membolehkan mereka menikmati rasa istimewa dari negara-negara tersebut,” tambah Melati.

Selain Jepun, McDonald's Malaysia juga akan membawa pelanggan menikmati citarasa enak dari negara-negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pelbagai burger edisi terhad akan ditawarkan dengan citarasa dan ramuan yang berbeza.


Set Samurai Burger dan Shogun Burger dihidangkan bersama French Fries dan Coke. Mulai 14 Mei, set sederhana Samurai Burger boleh didapati dengan harga dari RM14.99. Shogun Burger hanya boleh didapati mulai 28 Mei, dengan harga dari RM15.99 untuk set sederhana.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai menu menarik McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my.
hai assalammualaikum

Pulut Panggang Menggunakan Susu F&N - Salah satu yang digemari masa puasa, Pulut panggang. Nak buatnya memang bukan senang, tapi dah teringin kan. Tak guna santan, kita tukar guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated  Filled Milk).. Sedap juga..bawah ade cara buat dia.⁣




Ada nad sediakan video untuk membuatnya. Kot tak faham kan..

Bahagian pulut⁣
- Pulut 250g ( direndam 3 jam, kemudian toskan) ⁣
- Susu Isian Sejat F&N 150g⁣
- Air 50 ml⁣
- Garam 1 sudu kecil⁣
- Gula 1 sudu besar⁣
- Minyak 2 sudu⁣

Cara membuatnya⁣
- Steamkan pulut selama 15 minit. ⁣
- Sementara tunggu pulut, panaskan Susu Isian Sejat F&N air, garam, gula dan daun pandan untuk 5 minit. ⁣
- Setelah 15 minit pulut siap, masukkan campuran susu ke dalam pulut itu dan masukkan minyak. Gaul sebati semua dan steam semula selama 15 minit. ⁣

Cara buat inti pedas⁣
- Serai sebatang **⁣
- Cili kering 5 **⁣
- Cili merah 5 biji **⁣
- Bawang merah 8 biji **⁣
- Bawang putih 4 ulas **⁣
- Lengkuas 1/2 inci **⁣
- Serbuk ketumbar 1 sudu besar **⁣
- Minyak 3 sudu besar⁣
- Udang kering 60 g, basuh dna keringkan⁣
- Kelapa parut 130g⁣
- Garam 1 sudu kecil⁣
- Gula melaka 2 sudu besar⁣

Cara membuatnya⁣
Blend kesemua bahan bertanda ** kemudian tumis bahan sehingga masak. Masukkan udang kering, garam dan gula melaka. Gaul sebati. Kemudian masukkan kelap aprut dan gaul lagi sehingga sekata dan masak. Kemudian ketepikan dan biarkan sejuk. ⁣

Masuk dalam daun pisang⁣
- Dah siap pulut dan inti, masa untuk letak dalam daun pisang. Pastikan daun pisang bersih dan dilayur diatas api. ⁣
- Ambil pulut dan penyek2 kan. Kemudian ambil 1 sudu besar inti dan diletak di tengah2. ⁣
- Gulung dengan kemas dan ketipkan hujung daun pisang. Guna lidi kecil lagi kemas. ⁣
- Kemudian panggang sampai daun pisang bertukar warna.. ⁣
- Boleh letak topping TEAPOT Squeeze Tube  Gula Melaka atau F&N Squeeze Tube Strawberi⁣
Siapp... Selamat mencuba.. ⁣


hai assalammualaikum

Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis, Sedap Dan Mengenyangkan - Bulan puasa ni, bila takda bazar, memang kena masak jela. Tapi haritu, nad selsema, badan tak berapa sihat, suami pulak sakit gigi, teringin nak makan bubur. Nak masak tak larat. Lepas tu ternampak pulak Kak Nina dan Kak Julia Johari post diaorang berbuka puasa dengan bubur berlauk Jim's Porridge. Ya Allah, macam tau-tau je nad teringin bubur, tengok buburnya penuh, aneka jenis lauk pulak tu. Esoknya terus nad order bubur berlauk Jim's Porridge ni, order online je senang dekat https://jimsporridge.oddle.me/en_My, terus diaorang delivery sampai rumah.


Alhamdulillah, sampai dekat rumah dengan keadaan bubur masih panas. Masa tengok gambar macam kecik je, tapi rupanya portion dia besar. Bagusnya, lauk atau topping yang kita pilih tu dia asingkan. Jadi takdela bercampur dan topping dia masih segar dan sedap.  Masa terima tu, bau dia memang menduga tau..hahaa..Bau dah sedap apa lagi kalau makan nanti..hahaha..


Bubur Berlauk Jim's Porridge Aneka Jenis

Ni rupa asal bubur nasi biasa. Kalau korang nak baisa pun boleh, dalam ada ayam atau daging. Tapi mestila nak berlauk juga biar tambah sedap bubur tu kan. Dekat Jim's Porridge ada 12 ramuan atau 'lauk' yang berbeza bersama dengan bubur yang korang boleh cuba.


Antara lauk yang ada, kentang goreng, telur masin, kacang, ikan bilis, ikan masin lobak manis, udang goreng rangup, tempe goreng, halia goreng, lala lobak manis, sambal paru, kerepek peria dan sotong lobak manis. Setiap lauk ni korang hanya tambah RM1 sahaja.


Untuk Ramadhan ni, diaorang ada Ramadhan Combo, mana dapat 15% off diskaun dari total harga untuk setiap pembelian minima 3 unit mana-mana Bubur Berlauk set. Jadi, sebab ada diskaun nad pilih Ramadhan Combo ni. Nad pilih bubur berlauk Set A, Set B, Set C dan Set E. Sebab ingat portion dia kecik tu order 4 bubur. Rupanya portion dia boleh makan untuk dua orang...hehee. Tapi nasib baik sedap, anak-anak pun suka.

Ok, meh nad tunjuk apa lauk yang ada di set-set ni.
Set A - Bubur Berlauk, dengan ikan masin lobak, kacang, udang, kentang dan telur masin
Set B - Bubur Berlauk dengan kentang, telur masin, udang, kacang dan lala lobak
Set C - Bubur Berlauk dengan paru, peria, ikan bilis, telur masin dan kacang
Set D - Bubur Berlauk dengan paru, halia, tempe, telur masin dan kentang
Set E - Bubur Berlauk dengan sotong lobak, ikan bilis, peria, kacang dan telur masin.


Masa nak dekat berbuka tu, baru nad letak topping atas bubur.


Bagi nad semua sedap, dan paling sedap adalah Set C, sebab ada paru..ehhe.. Serius memang sedap sambal paru dia. Memang berbuka makan Bubur Berlauk Jim's Porridge ni kenyang sangat.

Macam anak-anak tak habis, nad masukkan dalam peti ais, dan masa sahur panaskan dengan microwave. Bekas dia boleh masukkan dalam microwave.

Nak makan bubur tak semestinya waktu sakit, bila korang dah rasa nak makan bubur, dah jemu dengan makanan biasa, boleh je order bubur ni.


Ok korang kalau nak tempah boleh klik link https://jimsporridge.oddle.me/en_My.
Waktu Tempahan :- Isnin - Ahad ( 11 pagi - 4 petang) ⁣
Lokasi penghantaran : Selayang, Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Setiawangsa, Keramat.
 ⁣
Jim's Porridge ada kios tau! So korang boleh laaa datang ke KIOSK tapau / take away menu-menu pilihan korang. Kiosk dibuka setiap hari dari jam 11am - 8pm⁣
 ⁣
Lokasi kiosk⁣
- Kiosk 1 : Ground Floor Busana@Menara MARA ⁣
- Kiosk 2 : walkway Jakel (sebaris dengan kiosk chatime)⁣
 ⁣
Nak tau lebih lagi boleh layari
IG: https://instagram.com/jimsporridge
FB: https://www.facebook.com/jimsporridge/
hai assalammualaikum

Resepi Roti John Yang Mudah Dan Sedap - Teringat Roti John dekat bazar, tapi tahun ni takda bazar.. Jadi buat sendiri jela.. Mudah je sebenarnya. Kelainan dekat sini nad guna Susu Isian Sejat F&N ( F&N Evaporated Filled Milk) . Roti John Legend-ary ku sedap.. Habis ye anak dan suami makan.



Bahan
- 100g daging cincang
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 1/2 bawang merah
- 1 ulas bawang putih
-  2 sudu besar minyak

Untuk campuran telur bukan telur semata.. Hah..meh sini tengok
- 4 sudu besar susu isian sejat F&N
- 1 sudu kecil garam
- secubit black pepper
- 2 biji telur


Cara membuatnya
- Gaul daging dengan serbuk kari beserta air sedikit.
- Panaskan kuali dengan meletakkan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih
- Masukka daging dan goreng sehingga masak.
- Kemudian ketepikan

- Ambil mangkuk lain, bubuh 4 sudu besar susu isian sejat F&N.
- Masukkan garam, black pepper dan telur.
- Kemudian ambil daging yang dah masak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sama rata.

- Panaskan kuali yang dah ada minyak sedikit. Pastikan guna kuali leper ya.
- Tuang campuran telur dalam kuali leper dan biarkan sekejap bagi telur masak.
- Tekapkan roti yang sudah disapu dengan marjerin, di atas campuran telur tu. Tekap kuat sikit supaya telur dan roti melekat.
- Biarkan seketika. Bagi campuran telur melekat dekat roti
- Balikkan roti bersama telur tu untuk masak bahagian belkang roti pula.
- Dah siap.. Boleh angkat.


- Hias dengan sayuran, sos dan mayonis.. Siap.. Boleh dah makan.

Tak paham boleh tengok dekat video yang disediakan ok.
hai assalammualaikum

Bayar Zakat Secara Online, Mudah, Pantas Dan Selamat - Alhamdulillah sudah 17 hari kita menjalani ibadah puasa, dan kita sudah biasa menjalani kehidupan norma baharu disebabkan covid 19 ni. Apabila datangnya bulan Ramadan tidak ketinggalan semua umat Islam wajib menunaikan ibadah zakat fitrah mereka sebagai tuntutan agama dan menyempurnakan rukun Islam. Selalunya, suami akan ke masjid bertemu dengan amil yang dilantik untuk membayar zakat. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, semua yang kita lakukan kena ikut SOP, jaga jarak, pakai mask, pakai hand sanitizer, dan tak boleh bersalaman. Jadi macam mana nak membayar zakat? Jangan risau, LZS telah menyediakan kemudahan dan inisiatif dalam bayaran zakat secara atas talian (online). Cara ni lebih mudah dan selamat.



Nad tertanya, boleh ke bayar zakat tanpa salam, tiada akad berlaku ketika menunaikan fitrah online tersebut.Orang ramai pun mungkin ada perasaan was-was macam nad. Nad ada baca dekat laman web Lembaga Zakat Selangor dan ini jawapannya.

Apakah hukum zakat fitrah yang dibayar melalui kaedah online dan tidak bersalam ( akad ) adakah sah zakatnya dan dalil-dalil yang berkaitan?

Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Perkara yang wajib dilakukan oleh pembayar adalah berniat menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kepada amil atau terus kepada asnaf. Zakat adalah termasuk dalam kategori tabarru' ( derma/sedekah ). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.

Ia berbeza dengan akad mubadalah ( pertukaran ) seperti bai', jual salam, mudharabah dan lain-lain. Akad atau lafaz dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811).

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin. (Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366).

Bayar Zakat Secara Online Melalui Ezakatpay

Ezakatpay merupakan satu kaedah pembayaran zakat secara online di www.zakatselangor.com.my. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Cara ni memang sangat mudah dan selamat, teknologi yang ada digunakan sebaik mungkin. Lagi dalam keadaan sekarang, bayaran secara online amat diperlukan. Memudahkan kita untuk melaksanakan tanggugjawab sebagai seorang islam walaupun semasa dalam PKP ni. Boleh dibuat dimana-mana sahaja. Kita jaga diri kita dan orang lain. Dalam keadaan sekarang, banyak golongan asnaf yang memerlukan bantuan kita. Jadi, bayarlah zakat, takda alasan untuk tidak membayar zakat.


Mudah sahaja untuk membayar zakat secara online ni.
- Pergi ke link https://fpx.zakatselangor.com.my.
- Isi butiran penuh, semak butiran & klik pada bayar sekarang.
- Pilih Kaedah pembayaran, FPX atau JomPay.
- Pilih bank, daftar masuk dan buat pembayaran
- Resit pembayaran akan diberikan.

Bayaran Zakat melalui FPX merupakan bayaran yang sering digunakan oleh orang ramai. Kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.


Bukan bayaran zakat fitrah sahaja, malah zakat harta pun boleh dibayar secara online. Boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan cepat.

Kira zakat dengan mudah. Mengira zakat yang perlu ditunaikan dengan mudah dan cepat, dengan hanya lengkapkan borang yang boleh didapati secara ONLINE yang disediakan. https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

Dengan adanya kalkulator di www.zakat.com.my anda boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui anda WAJIB berzakat atau tidak. Klik di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

 Mudah sahaja. Jom kita selesaikan kewajipan.


Dapatkan Penyata Bayaran Zakat Tahunan Dalam Talian Di EZakat Online ( EZO )

Pengeluar zakat yang menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor kini boleh mendapatkan penyata bayaran zakat tahunan secara dalam talian dengan melayari https://ezo.zakatselangor.com.my/


EZakat Online (EZO) diperkenalkan sebagai platform yang menyediakan kemudahan kepada pengeluar zakat untuk menyemak bayaran zakat sepanjang tahun, mencetak penyata zakat, mengemas kini maklumat peribadi, selain boleh menunaikan zakat secara terus melalui e-zakat pay. Juga untuk ssnaf yang telah berdaftar dan ingin membuat semakan status bantuan.

Memang sangat mudah ye, tidak perlu beratur panjang di cawangan dan ianya hanya memerlukan telefon pintar, tablet, computer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi. Semuanya di atas talian.


Zakat@family ni merupakan satu inisiatif dakwah ke atas setiap keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan atau jagaan mereka.


Zakat@family merupakan tanggungjawab bagi Ketua rumah tangga menunaikan zakat bagi diri, isteri, anak-anak, ibubapa yg uzur yg dibawah tanggungan dapat menunaikan zakat.

Bagi yang sudah membayar zakat, anda layak untuk menyertai kempen Zakat@family ni. Cara penyertaan
- taksir dan tunaikan zakat
- imbas QR code atau pergi ke link seperti dalam gambar
- jawab dua soalan midah

Hadiah istimewa menanti anda.

Kempen Zakat@Family akan berlangsung mulai 24 April hingga 23 Mei 2020.  Hadiah menarik disediakan melalui E-Cabutan, selepas tempoh kempen.


Tunaikan kewajipan demi membantu saudara Muslim yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.  Duduk di rumah, bayar zakat secara online. Lagi kita bersedekah, Allah akan melipatkan gandakan rezeki kita, Insyallah.

Covid 19 ni banyak merubah kehidupan kita. Tapi ia tak menghalang kita untuk melakukan ibadah dan tanggungjawab kita.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan juga laman sosial Lembaga Zakat Selangor:
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
                https://fpx.zakatselangor.com.my/ (untuk tunaikan zakat)
                https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp ( untuk cetak penyata dan semakan status bantuan)
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/