August 2019
hai assalammualaikum

Minuman Arwa, Rasanya Yang Sedap Dan Mempunyai Pelbagai Khasiat ,  Sesuai Di Minum Seisi Keluarga - Memang tak dinafikan,  kita boleh tengok,  di pasaran sekarang, pelbagai jenis minuman berperisa dan juga berkhasiat yang ada dijadikan sebagai minuman tambahan seharian. Nad sendiri sebagai pengguna, nad dah cuba pelbagai jenis minuman tambahan yang ada, tapi setiap minuman yang nad ambil berbeza dari segi bahan-bahan yang digunakan. Paling nad suka, minuman itu boleh diminum dan dikongsi bersama seisi keluarga dan mempunyai kebaikan, bukan hanya sekadar minuman.


Minuman Arwa Rasanya Yang Sedap Dan Mempunyai Pelbagai Khasiat,  Sesuai Di Minum Seisi Keluarga

Baru-baru ni,  ada kawan kenalkan produk minuman Arwa keluaran Imanni Skinz. Minuman Arwa ni keluaran produk terbaru Imanni Skinz, sebuah syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak tempatan. Arwa ni ada maksud dia, iaitu memberi minum sampai puas, segar, terpenuhi, menyenangkan.


Bila nad tengok packaging dia memang terus tertarik, dengan gambar air macam tu,  terus cakap " nampak sedap air ni ".. Hahaha.. Belum rasa lagi tu. Minuman Arwa mempunyai tiga perisa yang memang menjadi kesukaan iaitu perisa coklat kurma,  strawberi dan mocha. Selalu sangat nampak coklat kurma kan, tapi strawberry dan mocha kurang,  bila ada ni,  nad cuba semua perisa.. Hehe. Lagi anak kita memang suka air pink ( strawberi).

Bagusnya minuman Arwa ni ia mengandungi bahan istimewa yang yang boleh di minum setiap hari oleh seisi keluarga. Beza minuman Arwa dengan minuman lain ialah bahan-bahannya yang mengetengahkan penggunaan makanan sunnah yang pelbagai di dalam satu sajian. Penggunaan bahan yang berasaskan makanan sunnah seperti Madu, Delima, Habbatus Sauda, Za'faran, Kismis, Zaitun, Al-Manna dan Kurma ini benar-benar telah menjadikan minuman ARWA lain daripada yang lain.


Bila dapat je, terus nad minum.. Hahhhaa.. Sebab tengok kotak dah nampak sedap..hehhe..Nad cuba dulu minum Arwa perisa coklat kurma.


Cara penyediaan minuman Arwa

Nak sediakan pun senang sahaja. Tuangkan satu paket minuman Coklat Kurma Arwa atau Strawberi atau Coklat Mocha ke dalam secawan ( 150 ml ) air panas. Kemudian kacau dan boleh minum.


Minuman Arwa Tanpa Gula, Tanpa Maltodekstrin Dan Rendah Kalori

Sedap rasa Arwa Coklat Kurma ni, sebab dia tak terlalu manis, dan sedap. Serius, nad tak tau nak cakap macam mana, sebab selalu nad minum air coklat yang ada kurma ni manis sangat. Tapi yang ni, memang lain sangat. Apa yang nad tau, minuman Arwa Coklat Kurma ni tanpa gula dan tanpa maltodekstrin, tu yang rasa dia tak manis sangat, macam nice je la..ishh susah sangat nak tafsirkan..hahaa.. Tapi memang sedap gila..




Sama juga minuman Arwa Strawberi dan Coklat Mocha, tiada gula dan tiada Maltodekstrin. Rasa pun memang rasa asli, yang sedap diminum setiap hari. Macam air Mocha, ia bukan sahaja takda gula dan maltodekstrin malah tiada kafein..jadi elok sangat ambil. Semua minuman Arwa ni juga rendah kalori dan selamat diminum.

Minuman Arwa, Sesuai Diminum Oleh Kanak-Kanak


Hah, anak nad seorang ni kalau nampak warna pink memang pantang ye. Asal warna pink semua dia nak. Bila dia nampak minuman Arwa Strawberi ni, terus dia cakap ' mommy, air Strawberry, Fariza punya, nak mommy, please mommy "..oh my..budak ni kan.


Rasa air Strawberry ni pun sedap..bau dia pun bau strawberi. Rasa dia light je tak manis, rasa macam buah strawberi segar dipetik dari pokok kemudian kita blend dengan susu..memang yummy.. Tengok anak kita, kemain suka ye.


Minuman Arwa ni memang kanak-kanak boleh minum terutama Coklat Kurma dan Strawberry. Ia sesuai untuk di minum seisi keluarga bermula dari usia 10 bulan dan ke atas. Untuk kanak-kanak dengan usia yang masih kecil , disarankan hanya beri ½ sachet.


Untuk Mocha, nad bagi suami minum. Mocha ni ada bahan yang sesuai untuk mereka untuk kempis kan perut atau melawaskan perut. Suami ada juga minum coklat kurma, dia kata semua sedap. Nad ada rasa-rasa sikit, memang sedap. Tak sama Mocha macam kat luar. Dia punya rasa tak terlalu kuat, tapi masih sedap..


Khasiat Minuman Arwa Bukan Sahaja Sekadar Minuman Malah Mempunyai Banyak Kebaikan

Macam nad cakap, minuman Arwa ni bukan sahaja minuman biasa tapi mempunyai kebaikan lain kerana mempunyai bahan istimewa, yang membolehkan ia merawat, mencantikkan dan menambah susu badan.


Untuk Arwa Coklat bukan susu coklat biasa biasa tapi ianya minuman coklat yang di ekstrak dari Buah Koko dengan di tambah dengan 8 makanan sunnah, dimana ia dapat membantu ibu menyusu menambahkan susu badan ( milkbooster ), memberi tenaga, melegakan sembelit, membantu merawat ekzema dan gatal-gatal dan sesuai diambil ibu yang sedang hamil. Arwa Coklat Kurma juga dapat bantu memulihkan pesakit ekzema terutama di kalangan kanak-kanak.









Jadi, kalau sesiapa yang anak dia mempunyai masalah ekzema boleh cuba ambil Arwa Coklat ni. InshaAllah dgn izin Allah. Setidaknya anak akan minum dengan sedap dan semakin sihat dalam satu masa. Kalau boleh kita ikhtiar dan usaha. Atas antara testimoni yang diambil pengguna untuk merawat ekzema.


Arwa Strawberi mengandungi vitamin C dan 8 makanan sunnah yang membantu mencerahkan kulit, mengurangakn jerawat dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Arwa Strawberi ni sebenarnya susu kambing berperisa starwberi, tidak hamis dan tak berbau. Elok untuk anti penuaan, imunisasi badan, memberi tenaga, menaikkan hemoglobin dan membantu masalah penghadaman antioksidan. Susu Kurma Strawberi juga turut boleh bantu untuk tambahkan susu ibu (milk booster)


Arwa Coklat Mocha pula terkandung bahan aktif Garnicia Cambogia dan makanan sunnah sangat elok untuk mereka yang kempiskan perut dimana ia dapat melawaskan perut bagi mereka yang ada masalah kurang lawas hingga perut nampak buncit dan sebagainya. Terkandung Asid Hidroksi Sitrik ( HCA ) yang bertindak sebagai bahan yang merencat nafsu makan dan mengurangkan berat badan. HCA mengurangkan aktiviti penting enzim ATP-Citrate Lyase yang terlibat dalam metabolisme lemak. Garnicia Cambogia dipercayai boleh mempercepatkan pengecutan rahim semasa proses berpantang. Ia juga dapat meningkatkan hormon sorotonin dalam otak untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga. Arwa Coklat Mocha Ia tidak sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak. Ia lebih sesuai untuk kaum lelaki dan wanita dewasa yang tidak hamil dan tidak menyusu.

Testimoni Nad Sendiri

Lepas je nad amalkan minuman Arwa ni, memang ada perbezaan sikit. Macam susu makin bertambah, badan tak terlalu letih, fikiran tenang je. Lagi waktu malam sebelum tidur, nad minum, rasa nyaman je badan ni..hehe..

Anak pulak, nad tengok macam makin cergas..hehee..Lagipun dia minum sebab sedap..Elok je diambil sebab ada kandungan makanan sunnah tu. Tu yang bagi dia minum setiap hari.

Suami pun cakap sedap..Dia kata setiap pagi mesti perut dia lawas je. Membuang dengan jayanya..ehhee..

Resepi Minuman Menggunakan Minuman Arwa

Minuman Arwa ni boleh dibuat pelbagai resepi minuman tau..kalau korang rajin..nah ni antara cadangan sajian yang korang boleh buat menggunakan minuman Arwa.




Tengok pun sedap kan. Bukan orang besar je suka, budak-budak lagi suka.

Bagus kan dapat minum minuman yang sedap tapi dalam masa yang sama juga dapat berikan semua khasiat yang ada untuk tubuh untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kalau nak buat minuman sebagai minuman harian memang boleh sangat, kalau nak minum sebab nak hilangkan sakit pun boleh. Ikut mana yang korang rasa la kan.




Produk ni pun dalam bentuk sachet. Jadi senang nak bawak pergi mana-mana. Pergi travel ke, pergi berkelah ke..kan..hehee..

Harga sekotak RM35 mempunyai 10 sachet. Sekarang tengah ada promosi, harga RM28. Murah je harga dia dengan  kandungan yang mempunyai bahan-bahan yang berkhasiat dan elok untuk tubuh badan, mampu merawat dan mencantikkan, harga kita tolak tepi..kann..

Minuman ni memang menjadi pilihan tau, sebab kawan cakap, minuman ni ramai orang beli, dan nad pun terjebak. Memang nad rekomen sangat korang yang tengah mencari minuman untuk cantik, tambahkan susu, untuk kempiskan perut,cuba minuman Arwa ni. Lagi-lagi Coklat Kurma tu, sedap ya amat. Minuman ni pun sesuai untuk mereka yang tengah ikhtiar hamil.

Jom sokong produk muslim yang diusahakan oleh anak tempatan.

Kalau korang nak beli, tengok packaging nampak sedap je kan, hehee..korang boleh dapatkan di
Facebook : Arwa Minuman No 1 Untuk Kulit
Instagram : https://www.instagram.com/arwa.hq/
Whatsapp : wasap.my/60136699892/NakTanyaArwa
hai assalammualaikum

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama Akademi SwimRush - Nad tau, mesti ramai yang ingin belajar berenang. Siapa yang tak suka berenang kan? Nad sendiri, ada keinginan nak belajar berenang, nak buat gaya kuak lentang, belajar pernafasan dan macam-macam lagi. Seronok tengok orang yang pandai berenang tu. Kita kalau mandi dekat swimming pool, mandi kaki dekat bawah je..hahaa. Bila cuba berenang, naya tenggelam..hahaa. Sebab tu keinginan nak belajar berenang tu ada. Bukan untuk nad je seorang, untuk anak nad si Fariza tu, nad kalau boleh nak bagi dia pandai berenang. Senang kan, bila budak kecil tau berenang. Takda kita risau sangat bila dia main dekat air.


Kelas Renang Kanak-Kanak Dan Wanita ( Muslimah ) Bersama SwimRush Academy 

Nad dapat tau, ada satu tempat yang boleh anak-anak dan wanita muslimah belajar berenang. Bila nad baca apa yang diajar, kreteria, pengalaman coach, memang buat nad tertarik unttuk belajar bersama Akademi SwimRush. Mereka buat aktiviti belajar berenang ni pun bukan hari biasa sahaja, malah hari minggu. Hah, elok sangatla, sebab hari minggu kadang tak tau nak buat apa kan, elok bawak anak pergi belajar berenang. Lagipun nak belajar berennag ni memerlukan coac yang bertauliah dan berpengalaman.

Sukatan pelajaran Swimrush bukan sahaja mengajar teknik berenang asas malah memberi penekanan pada program keyakinan dan _water survival skills_





Antara kepakaran SWIMRUSH dalam Kelas Renang adalah :
▪️Water Safety
▪️Water Survival Skills
▪️Freestyle
▪️Breaststroke
▪️Backstroke
▪️Butterfly


SWIMRUSH menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk kanak-kanak, bermula dari umur 5 tahun ke atas. Syllabus mereka lengkap dan sesuai untuk kanak-kanak yang ZERO BASIC, TAKUT AIR dan yang nak IMPROVE kan teknik berenang.

Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.



Lagi untuk wanita muslimah, susah kan nak cari tempat belajar berenang yang khas untuk muslimah, tapi Akademi SwimRush ni memang menyediakan untuk wanita muslimah belajar berennag dan coachnya pun perempuan. Tak malu la kan..hehe..

Setakat ni, nad tau, Akademi SwimRush ni mempunya 4 cawangan:
Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan
- Kanak-kanak yang disediakan, Kelas Renang Wanita dan Lelaki
Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya
- Kolam Renang Persendirian - Kelas Kolam Kanak-kanak
Cheras: Komples Sukan Desa Tasik
- boleh didapati untuk Kelas Renang Wanita dan Kanak-kanak
Shah Alam Seksyen 14
- Kolam Renang Persendirian; hanya Kelas Renang Wanita


Korang boleh tengok jadual waktu yang disediakan pihak Akademi SwimRush ni.


Kalau korang tak dapat pergi juga, tapi nak sangat belajar berenang, jangan risau, sebab diaorang ada buat kelas secara private la..bagus ni. Kotla tak dapat pergi tempat dia, boleh je suruh jurulatih Akademi Swimrush datang rumah ajar berenang. Yang penting ada swimming pool dekat rumah..hehhe. Tidak dikenakan cas transport..

SEBAB kenapa anda wajib sangat-sangat dapatkan kelas dari Akademi SwimRush :
- Coach yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun
- Coach yang mempunyai background lifeguard
- Mengajar teknik berenang dengan cara yang mudah
- Menyediakan kelas ganti
- Menyediakan water safety course
- ONLY Lady Coach mengajar Kelas Wanita
- EMPHASIS PADA ANTI-DROWN - Jurulatih adalah bekas Penyelamat sehingga dapat menjalankan Teknik Survival Air dan meningkatkan Keyakinan Air
- Manakan Teknik Asas: Breastroke, Freestyle, Backstroke, Butterfly
- Unik: Memberi Eksklusif untuk Kelas Renang Lelaki - hanya di Cawangan Batu Caves
- Pengalaman mengajar pelajar airphobik
- Menyediakan CLASS REPLACEMENT
- Kolam Renang PERCUMA
- Beralih dari ZERO ke Swimmer HERO


Oh, lupa nak cakap, Akademi Swimrush ada juga ajar berenang untuk lelaki, tapi dekat Batu Caves sahaja.

Kelebihan dan manfaat aktiviti berenang pada kesihatan

• Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot
• Meningkatkan kesihatan jantung
• Renang membakar kalori
• Cegah Stress dan Drepresi
• Minimumkan  risiko cedera

Hah, apa lagi, jomla kita belajar berenang. Hujung minggu ni, kalau takda apa, nad nak pergi.


Korang kalau nak belajar juga, nak tau lebih details, boleh hubungi
Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush
Contact: www.wasap.my/+60133654711
hai assalammualaikum

Tips Atasi Masalah Kelemumur Rambut Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur - Arghh!!, gatalnya rambut. Tergaru-garu kepala sampai keluar benda putih mekelat dekat baju. Mesti korang pernah rasa kan, bila korang ada masalah rambut kelemumur. Macam tu la jadi dekat nad. Lagi nad jenis yang bertudung, rambut bertutup je. Bila berpeluh lagila haru, dengan bau kepam dia..adoiii.. Takkan selesa kalau rambut tidak dalam keadaan yang baik. Nak buat sesuatu kerja pun terganggu. Siapa yang taknak rambut sihat dan bermaya kan. Jadi ni tips yang nad nak kongsi dekat korang yang ada masalah rambut kelemumur.

Banyak tips untuk atasi masalah rambut ni..Ada cara tradisional, cara rutin harian, dan cara mudah dengan menggunakan beberapa produk sedia ada di pasaran.


Tips Atasi Masalah Kelemumur Rambut 

- Jangan mengikat rambut terlalu ketat dan mengikat rambut ketika basah
- Keringkan rambut terlebih dahulu dan sikat rambut dengan rapi
- Basuh rambut dua atau tiga kali seminggu
- Jangan pakai krim rambut yang berminyak
- Gunakan produk yang sesuai
- Amalkan pemakanan yang sihat


Ada juga tips untuk masalah kelemumur menggunakan barang tradisional seperti menggunakan cuka epal, daun semambu, serbuk penaik, lemon dan macam-macam lagi la..Biasalah petua orang dulu-dulu, memang kalau buat kerap boleh mujarab, tapi kerajinan tu ada ke..hehee..Jadi nak senang, korang boleh je guna produk yang sedia ada di pasaran. Pastikan ambil produk yang sesuai dengan masalah rambut korang. Macam nad, masalah rambut kelemumur, jadi  kalau beli shampoo, nad mesti cari yang anti kelemumur. Memang tak cuba yang lain la, kalau pakai lain, mau datang balik kelemumur tu. Salah satu produk yang nad pakai ialah Shampoo Safi Shayla Anti Kelemumur, botol warna biru tu.

Sebenarnya, bukan muka je ade step dia semasa pemakaian skincare, rambut pun ada step dia untuk dapatkan rambut yang sihat. Selalu kita pakai shampoo, conditioner je..lain tak pakai. Sebenarnya, langkah pemakaian untuk bahagian rambut ialah, minyak rambut, shampoo, conditioner, tonic dan serum.

Untuk rangkaian Safi Shayla ni, nad ambil tiga sahaja iaitu Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur, SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo dan Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control.


Safi Shayla Minyak Rambut Anti kelemumur
Minyak Rambut Safi Shayla ini menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut akan menjadi lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari... Minyak rambut ini mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Rambut Tulen, Ejen anti-kelemumur dan menthol..

Ok, cara guna minyak ni untuk rawatan pra-basuh korang perlu goncang terlebih dahulu sebelum guna. Urutkan perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3-5 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh digunakan 1-2 kali seminggu..


SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo
Syampu SAFI Shayla Anti Kelemumur, yang memang diperbuat khas untuk merawat masalah kelemumur ini mengandungi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal akan memastikan rambut uolls kekal sihat sepanjang masa. Micro Bamboo Charcoal (bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut), Habbatus Sauda (menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut), Micro ZPT Complex (agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan 99% kulat yang menyebabkan kelemumur).Bau dia wangi dan buat rambut segar sahaja.


Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control.
Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff merupakan masker penyegar kulit kepala kawalan kelemumur dan kegatalan. Ia mengandungi Micro Bamboo Charcoal ( menghilangkan minyak dan bau kepam kulit kepala dan rambut., Minyak Organik Habbatus Sauda (kaya dengan nutrien yang membantu melindungi rambut dan menyuburkan kulit kepala) dan Menthol (menyegar dan menyamankan kulit kepala.

Kalau sesiapa yang ada masalah kelemumur tu, bolehla guna rangkaian Safi Shayla ni..memang best sangat.Ada banyak lagi rangkaian Safi Shayla yang korang boleh dapatkan di pasaraya, hypermarket dan farmasi yang berdekatan.





Dapatkan segera, sebab, setiap pembelian rangkaian produk Safi Shayla bernilai RM35, korang akan dapat percuma sling pouch We Bare Bears ni..ada 4 beg yang kornag boleh dapati..Bila dapat tau dapat percuma beg ni, terus nad beli tau shampoo antikelemumur Safi..hehe..Beg ni limited Edition..Nad dah kumpul 4 beg semuanya, takda la berebut-rebut..hehee..



Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari
Website : https://safi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/user/SAFImalaysia
hai assalammualaikum

Daging Kunyit Masakan Paling Mudah Dan Disukai Ramai - Lepas habis cuti AidilAdha, balik KL, memang malas nak buat kerja..haha..Yela mood cuti lagi katanya. Nak kemas malas, nak masak malas, tapi kena masak juga. Jadi fikir menu apa yang mudah je nak buat. Nampak daging, keluarkan daging, fikir punya fikir, hah masak daging goreng kunyit jela..hahaa.Bahan tu tak banyak mana, cuma bawang dengan daging je. Patutnya bubuh sayur kacang panjang, tapi kacang panjang takda..

Mungkin rupa biasa je, tapi sedap..hahahaa..Gila la kalau tak sedp..makan pulak dengan nasi panas-panas sekali dengan sambal belacan..hehee..


Masa post dekat facebook, semua cakap menu ni paling mudah dibuat dan sedap..ehhee..Nad belajar makan daging goreng kunyit ni pun bila kawin dengan mr mafia. Kalau tak sebelum ni memng tak pernah makanla daging goreng kunyit ni. Kalau makan dekat kedai Thailand, mesti mr mafia order daging goreng kunyit ni..

Sejak tu nad pun buat. Banyak cara la buat daging goreng kunyit. Memang nampak simple dan mudah, tapi kalau salah cara masak, mesti tak kena tekak. Macam baisalah, tengok youtube macam mana cara buat walaupun senang..hahahaha..

Mulanya nad potong daging nipis-nipis. Jadi, takyahla rebus sangat. Kemudian bubuh serbuk kunyit dengan garam. Masukkan minyak sedikit sahaja dalam 1 sudu besar. Kemudian goreng daging yang dah siap bubuh kunyit tu sehingga garing.

Nampak daging dah garing sikit, masukkan potongan bawang merah ke dalam dan gaul sekali. Gaul bagi sama rata. Dah nampak daging garing bebetul, baru angkat.

Ada orang letak cili padi nak bagi pedas. Nad sebab anak-anak nak makan, jadi tak letak..setel..boleh makan.