November 2017
hai assalammualaikum

Check Up Ibu Mengandung 29 Minggu - Hari Isnin haritu nad pergi check up harian ibu mnegandung. Ingat cepat macam biasa, tapi haritu kene jumpa doktor sebab scan dan nad bagitau masalah nad. Jadi lambat la sikit. Kalau macam biasa, cek ibu mnegandung, ambil nombor, tunggu , lepas tu cek kencing,ambil tekanan darah, berat dan cek jantung baby je.

Carta Pergerakan Janin atau Baby

Tanda Pergerakan Baby Dan Ambil darah

Check up haritu, nurse dah suruh kira gerakan baby dalan buku pink. Dah pernah buat untuk Fariza sebelum ni, throwback tanda pergerakan baby Fariza. Selalu sebelum pukul 12 dah habis check up, tapi haritu check up, tiba-tiba nurse suruh ambil darah lagi, untuk apa lagi tak tau, padahal haritu dah ambil darah dah. Takpela, ikut jela cakap nurse, nurse lebih tau kan. Kot-kot ada sakit lain yang kita tak tau. Bagusla macm ni. Kesihatan ibu dan anak terjaga.

Scan Baby

Dah amik darah, jumpa doktor pulak untuk scan baby. Hah!!, masa ni la boleh cakap dengan doktor kalau nak tau jantina baby...hehehe. Waktu scan, doktor cakap alhamdulillah, semua ok. Doktor tunjuk kepala, kaki, jantung dan uri, alhamdulillah semua ok. Lepas tu, nad tanya " doktor boleh tau jantina tak, tak pernah scan lagi, tak tau jantina lagi"..doktor kata " boleh "..mulalah doktor mencari, lama jugakla, lepas tu dia cakap " macam ......."...hehehhe..ok..tak kisahla jantina apa, asalkan anak sihat.

Masa scan baby,nad bawak Fariza sekali, dia tengok, dia tergamam kejap..hehee..lepas tu senyum..tak paham ape doktor tu buat..hehehe. Adik Fariza bakal keluar beberapa bulan lagi.

Lepas selesai scan, doktor cakap berat nad naik mendadak. Pregnant kali ni naik 2 kg setiap bulan..hahaha. Makan sama je, tapi ntahla. Doktor cakap, " kamu belum minum air gula ye"..nad cakapla " tak"..dia suruh minum air gula minggu depan. Gulp..macam mana rasa air gula ye. Ramai kata tak sedap sampai nak muntah. Ni pertama kali nad kena minum air gula.

Masalah Keputihan

Lepas tu nad cakap masalah keputihan nad masa mengandung ni teruk. Gatal dan tak tahan, tak selesa pun ye. Pernah nad cerita masalah keputihan nad ni sebelum ni, ada la ambil ubat dan sapu tapi tak jalan, tu yang bagitau doktor, dah alang-alang jumpa doktor. Doktor suruh nurse siap sediakan perkakas nak cek bawah..Nad dah telan air liur, malu bila cek bawah, tapi terpaksa sebab taknak ada masalah. Nurse marah, tapi takdela marah sangat sebab tak bagitau dia pasal masalah keputihan ni. Nad cakap, nad pernah bagitau nurse masa check up sebelum ni, nurse cek nad tu suruh minum air kosong je. Nurse tu cakap lagi " yela, memangla, tapi saya ingat dah baik, lain kali bagitau kalau tak elok, boleh bagitau doktor awal-awal"..nad senyap jela..fuh..manalah kita tau.

Apa nama dia tak tau

Lepas dia uruskan semua barang, nad baringla. Lepas tu tunggu doktor sampai. Doktor tu masukkan satu benda macam dalam gambar tu nak tengok keputihan nad. Fuh, seriau tengok benda tu. Muncun dia..ngeri tengoknya, tapi bila dimasukkan dalam faraj memang tak sakit, tapi paham-paham jela bila ada sesuatu benda masuk dalam kita punya faraj, perempuan je paham rasanya..hahaha.. Masa tu nad tenangkan diri jela. Lepas dia masukkan, pastu keluarkan, dia tunjuk keputihan nad. Memang banyak. Sekejap je proses.

Ubat Basuh Faraj. 

Ubat masukkan dalam faraj

Ada benda yang boleh masukkan ubat tu dalam faraj. Ni cara menggunakan ubat candid-v3

Cream sapu bahagian luar, bahagian yang gatal

Lepas tu, dia bagi ubat  masalah keputuhan ni. Ada tiga jenis.ubat, satu.basuh, satu masukkan dan satu sapu sebab dia cream. Yang masukkan dalam faraj tu la, nad dah kerut-kerut dahi. Macam mana nak buat..haishh..Siapa lagi nad suruh, suami la, mr mafia kena masuk ubat tu dalam faraj nad..hahaha. Memang seriau jugakla..Tapi nak baik, kena buat juga. Ubat yang masukkan dalam faraj tu jenis macam pil. Pakai sebelum nak tidur, 3 hari berturut. Memang dalam tu ada tiga biji.

Alhamdulillah, lepas pakai ubat doktor bagi, masalah keputihan nad dah kurang, gatal takda. Legaa..kalau tak, tak selesa. Korang kalau ada masalah masa pregnant, baik bagitay nurse dan doktor. Jangan biarkan. Takut ada masalah ada bila lahirkan anak. Ok..

Jantina dah tau..tapi nanti cek balikla. Kalau betul apa doktor cakap, kami suami isteri terima..hehehe. Rezeki dari Allah. Yang penting kakak Fariza ada kawan nanti.
hai assalammualaikum

Kemaskini Brim 2018 - Sesiapa nak BRIM 2018 bolehla kemaskini borang korang melalui online. Mana yang takda nak buat pertukaran, takyah la tukar, yang pindah ke, tukar gaji ke, tambah anak,baru kawin ke, nak kemaskini, boleh dah nak kemas kini supaya korang dapat BRIM 2018. Nad takda nak tukar apa-apa lagi.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.


Permohonan Dan Kemaskini BRIM 2018 Telah dibuka

Permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tahun 2018 boleh dibuat mulai 27 November sehingga 31 Disember ini. Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat permohonan dan kemaskini melalui kaedah manual menerusi pengisian borang selain permohonan serta kemas kini dalam talian. Borang permohonan 2018 bleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) atau Pusaat Khidmat Hasil ( PKH ) atau Pusat Transformasi Bandar ( UTC).

Dokumen Salinan Yang Perlu dikemukakan ialah:
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan).
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda.
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Maklumat Penting Yang Perlu Kemaskini
Kemaskini maklumat adalah penting bagi mengelakkan permohonan BR1M 2018 anda ditolak. Ada 6 perkara penting perlu diberi perhatian.
- Status perkahwinan. Iaitu kahwin, cerai atau kematian pasangan(nyatakan tarikh penceraian dan kematian pasangan.
-Alamat surat menyurat terkini dan email.
- Nombor telefon bimbit dan rumah.
- Maklumat akaun bank(Persendirian sahaja).
- Maklumat pasangan dan tanggungan. Pastikan maklumat nombor kad pengenalan seperti MyKad, MyPR, MyKAS, MyKID, Passport dan Visa serta sijil lahir diisi dengan tepat dan jelas.
- Maklumat waris. Ini bagi membolehkan waris membuat tuntutan Skim Khairat Kematian dan baki BR1M.

Nak mudah lagi, pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BRIM https://ebr1m.hasil.gov.my, malah pemohonan juga boleh dibuat di portal tu juga. Kalau sebelum ni ada pasangan yang menerima BRIM tapi telah meninggal dunia atau sesiapa yang tidak layak permohonan BRIM 2017, korang boleh cuba mohon semula untuk mendapatkan BRIM 2018. Lagi senang korang isi borang je. Sebab takut online diaorang tak masuk ke apa kan. Duit tu, siapa yang taknak..hahaha.

Bayaran BRIM 2018 Mengikut Kategori



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut bolehla menghubungi talian bebas tol 1 800 88 2716 serta emel br1m@treasure.gov.my.














hai assalammualaikum

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Senaman bersama Jonlivia ActivPants S5+

Jonlivia Woman ActivPants S5+ Full Lenght Idaman Kalbu

Rutin nad sebagai surirumah, sama je, seperti mengemas rumah, memasak, layan anak dan macam-macm lagi la. Lagi sekarang nad mengandung, mestilah kena sentiasa bergerak dan amalkan gaya hidup aktif supaya nad dengan baby sihat selalu. Salah satu amalan gaya hidup aktif yang nad lakukan ialah senaman. Walaupun mengandung, nad tetap buat senaman untuk kekal sihat dan bertenaga. Banyak kelebihan membuat senaman ketika mengandung, contohnya memastikan tahap kesihtan yang baik, menguatkan otot, persiapkan diri ketika nak melahirkan, enstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan dan macam-macam lagi la. Takdela duduk dan baring je kan. Lagi satu bagusnya, korang boleh dapatkan bentuk badan kembali ideal selepas bersalin nanti..hah!!, semua orang mesti nak kan. Tapi kalau boleh kena pakai pakaian yang sesuai. Selalunya kita pakai seluar tracksuit, tapi nad syorkan, korang pakai seluar dari Jonlivia ni. Macam nad, nad pilih Jonlivia Woman ActivPants S5+ Full Lenght ni. Best memang best, nak tau kenapa..baca entry ni..

Sebelum ni nad ada pergi event Jonlivia di Petaling Jaya. Korang boleh baca Jonlivia Malaysia 1st Activewear ni. Nad memang tertarik dengan produk mereka. Bukan setakat seluar je ada, malah baju, bra sport, belt dan macam-macam lagi la. Produk Jonlivia ni bukan sahaja untuk perempuan, malah untuk lelaki pun ada. Korang boleh tengok di website Jonlivia iaitu www.jonlivia.com.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Jonlivia Woman ActivPants S5+ Full Lenght

Bestnya, produk Jonlivia bukan sahaja untuk kekal sihat ketika bersenam, malah ketika beriadah, ketika berjalan, boleh je guna pakaian Jonlivia ni. Jonlivia merupakan satu jenama yang mengeluarkan pakaian gaya hidup aktif bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia berubah ke arah yang sihat tak kira di mana jua.

Keistimewaan Jonlivia Woman ActivPants S5+ 

Serius, nad suka betul dengan Jonlivia ActivPants S5+ ni, sesuai untuk korang untul amalkan gaya hidup sihat secara konsisten dan nak kurus. Ni antara keistimewaan Jonlivia ActivPants S5+.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Diperbuat dari Neoprane 

1) 100% diperbuat daripada Neoprane asli
Kalau tengok seluar Jonlivia ActivPants ni, jenis kainnya tebal tapi tak menyeksakan, malah selesa bila dipakai. Kain ni diperbuat daripada bahan-bahan berprestasi tinggi dan menggabungkan teknologi terkini untuk memastikan bahawa produk-produknya sentiasa dalam trend dan up-to-date. Bila pakai, memang akan keluar peluh, ini kerana ia diperbuat daripada Neoprena, atau dipanggil"heatprene" yang membantu mengawal haba badan dengan baik semasa memakainya tidak kira semasa senaman atau beriadah. Memang dapat membantu untuk membakar lebih banyak lemak di badan. Kain yang sangat elastik, lembut dan tidak ketat.

Mempunyai 4 lapisan

2) Penyerap peluh yang berkesan
Bestnya, bila pakai seluar ni, korang gerak sana sini, berjalan sahaja dah berpeluh. Malah penyerapan peluh yang sangat berkesan takkan membuat korang tidak selesa bila memakainya. Yela selalu kalau dah berpeluh, seluar kita pun ikut basah habis, tapi seluar Jonlivia ni akan serap peluh balik ke dalam seluar. Seluar Jonlivia Hotpants Activpants ni mempunyai 4 lapisan iaitu External Fabric, Hight Performance Neoheat Fabric, Internal Fabric dan Special Airy Fabric. Dengan lapisan berganda ni, membuatkan Jonlivia Hotpants tidak mudah koyak dan kembang. Nak basuh mesin banyak kali dan pakai berulang kali pun boleh.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Activ Series with Neoheat

Memang sekarang nad pakai Jonlivia Activpants ni la kalau nak berpeluh.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Pelbagai saiz megikut kessuaian korang

3) Design yang sangat menarik dengan Saiz yang berbeza.
Selalunya seluar kita pakai paras pinggang sahaja kan, tapi untuk Jonlivia Activpants S5+ ni, ia mempunyai double waist, jadi korang boleh pakainya sampai ke bahagian perut. Jadi nak membakar lemak dekat perut pun boleh. Nampak tak, dua dalam satu, bukan sahaja bakar lemak dekat pinggul, malah boleh sampai ke perut. Nak kurus dengan mudah, pakaila Jonlivia Hotpants ni. Lagipun, seluar ni ada saiz dia tersendiri.

Saiz dari XS sehinggala 4XL..jadi takyah runsing ok. Korang boleh tengok dekat size chart ni ( https://www.jonlivia.com/collections/activseries/products/woman-activpants-s5-batch9 )

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Berjalan dengan Jonlivia Hotpants

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Nampak gaya dan anggun dengan Jonlivia Activpants

4) Tahan lasak dan mudah bergerak
Nak buat apa-apa aktiviti pakai Jonlivia Activpants ni boleh. Tak kisahla pergi yoga, menari, gym, zumba, bersenam. Yang surirumah, pakai dekat rumah waktu memasak, buat kerja rumah pun boleh. Boleh la kalau yang nak kurus tu, pakai je Jonlivia ni. Mesti lemak-lemak korang akan berkurangan. Lagipun, denagn Jonlivia ActivPants boleh je buat gaya apa-apa sebab sangat elastik dan tidak mudah koyak. Sangat selesa nak buat macam-macam pergerak.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Macam-macam gaya

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Anak pun nak join..ahhaa

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Kangkang la panjang mana, tak koyak dan elastik

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Sangat selesa

Tengokla gaya nad bersenam untuk ibu mengandung.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Poket dalam seluar

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Unik dan lebih selamat

5) Mempunyai poket kecik di dalam seluar
Uniknya Jonlivi Activpants S5+ ni mempunyai poket kecik di dalam seluar. Jadi nak simpan barang seperti kunci, duit untuk lebih selamat. Yela selalu poket dekat luar, tak sedar barang tercicir. Poket rahsia di seluar yang tersembunyi adalah cara yang mudah dan berkesan untuk melindungi diri daripada pencuri ketika melakukan aktiviti di luar.

JONLIVIA ACTIVEPANTS S5+
Love it dengan Jonlivia Activpants S5+

Memang banyak kan keistimewaan Jonlivia Woman Activpants S5+ Full Lenght ni. Amalan gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang mesti dilakukan secara konsisten dan berterusan dan amat baik dari sudut kesihatan.Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Jadi nak sihat, pakaila pakaian Jonlivia.

Kalau korang berminat boleh layari:
Website : www.jonlivia.com
Email : hello.jonlivia@gmail.com
Whatsapp : +6 016 321 5358
Facebook : Jonlivia
Instagram: Jonlivia

Gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.
hai assalammualaikum

Tikus Oh Tikus, Aku benci Kau - Siapa tak geli bila nampak tikus. Mesti nak lari jauh-jauh dari binatang ni. Lagi benci bila dia masuk dalam rumah. Tak tenteram hidup dan tak lena nak tidur oii..Rumah nad dekat bandar ni bahagian dapur memang ada terbuka sikit dekat bahagian bumbung, jadi memang boleh masukla binatang atas bumbung tu. Sebenarnya rumah ni, rumah arwah mak mertua, mungkin arwah masa tu memnang nak buat macam tu, sebab nak keluarkan asap makanan yang dimasak atau ntahla kan, nad tak tau la. Macam style kampung la, atas bumbung ada terbuka sikit.

Tikus bahagian dapur luar..tu depan rumah jiran..Nampak tikus tu baut ape

Sebelum ni memnag nad tak terfikir, tikus akan lalu dekat situ, jadi dulu memang nad jarang bersihkan ruang dapur sebelum tidur. Tapi lepas tau tikus masuk, nad terus rajin kemas dapur sebelum tidur, tutup tong sampah, lap semua la, kadang sapu tengah malam nak bersih. Lagi satu, memudahkan kerja nad, bangun pagi dah bersih semua.

Tapi rupanya masalah lain, tikus suka masuk bila ada makanan bungkusan diletak macam tu je. Ye, haritu masa nad mabuk, nad balik kampung 3 bulan, nad biarkan la satu plastik teh, kopi yang nad dapat masa event. Pastu mr mafia bagitau, tikus masuk dan gigit semua teh, kopi tu..ya ampunn..kau dah kenapa tikus..ngrrrr..Lepas tu haritu nad nampak botol jem roti pun digigitnya..gila punya tikus. Terpaksa buang semua tu. Lepas tu haritu dia gigit sotong kering, mr mafia baru beli dekat kedai Edibee..kurang ajar punya tikus..geram je..Lepas kejadian dia gigit jopi, teh tu semua, nad masukkan semua jenis minuman dan makanan dalam bekas yang tertutup rapat. lagi bagus beli tin ..hahaa. Takdela kuat sangat gigi dia nak buka tin tu. Kalau nampak terbuka juga, memang giler tikus tu. Tapi yang sotong tu boleh terlupa, yang botol jem tu tak tau pulak dia nak makan juga..sengallll..

Tikus yang masuk rumah sebesar ni oii. Ko tengok dia tarik kain jiran depan rumah. Ni mr mafia snap dekat bahagian dapur.

Alkisahnya, semalam la, bunyi " krekk, krekk, kreek "..Dalam pukul 2 pagi. Masa tu nad dah siap-siap kemas dapur, lap semua. Paham tak letihnya macam mana. Masa nak rehatla, mr mafia turun nak tengok bola. Lepas tu nad dengar bunyi tu, cakap dengan dia " abang ada masak air ke "..mr mafia cakap tak..Lepas tu dia tengokla, sah ada tikus masuk..Mulalah dia panggil nad suruh jaga dan halang dari masuk ruang tamu. Yang kita ni dah geli " duk abang, abang,,eii,, besarr"..kau tau anak kita Fariza dia macam pujuk kita je sebab takut, tau dia buat apa " ssyyhh, sssyyhh " sambil tepuk-tepuk kita..eheh budak ni mana belajar..nak tergelak tengok perangai dia.

Weii besar weii tikus tu..geli oii, kalau boleh nak lari, tapi kena tolong mr mafia juga. Sekali dia terlepas juga lari masuk ke ruang tamu. Cari punya cari, selak almari, takde. Adoii, risau dah ni. Dahla kita membuyung, baru lepas ngemas, tiba-tiba kena tangkap tikus. Tak pasal malam tu kena marah ngan mr mafia sebba terlepas tikus tu sampai ke ruang tamu. Eeee..benci tul bila kena marah dan terlepas tikus. Mesti kena marah, kau buyung ke tak buyung ke memsng akan kena..benciiii..bencii dengan tikuss ni tauuu..

Dah sampai pukul 3 lebih, pagi kau, duk cari dengan muka majuk. Dah lama tu, penat dah, Fariza pun dah asyik kacau je,ajak pergi tidur. Lantak la dengan tikus tu walaupun risau. Badan kita dah letih denagn baby dalam yang duk bergerak juga. Dengan layan Fariza, dengan baru lepas kemas tak hilang. Bangun ni tertengok-tengok..eee benciii arrr...Tak tau la tikus tu dah keluar ke belum.

Lagi benci tengok rumah berselerak. Arghh, apa lagi terus kemas..Nad ni kalau dah kemas, semuanya mesti nad kemas. Mulalah dapat bersin dan selsema sebab habuk. Bertambah penat lagi..fuhh..I tengah perhati tikus tu ada ke tak dalam rumah..huaaa..Harap-harap dia dah keluar..tak sukaaa..bencikkk...

siot, dia tarik kain tu

Kaedah Halang Tikus 

Nad ada terbaca, cara nak halang tikus masuk

1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum di letakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.

2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di rumah kan?

Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.

3. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.

Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tubuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sesiapa yang ada banyak tikus di ceruk-ceruk rumah itu, boleh la gunakan cara di atas itu dan pastikan rumah anda selalu bersih. Jangan nanti rumah anda jadi sarang tikus dan membesar. Itulah yang dikatakan mr mafia..dengan suara marah dia..sedihhh..Kita pulak dok bayangkan. Ala, lagipun salah dia juga, ajak kemas rumah dari mula kawin taknak, kita juga kemas rumah ni sampai luas- seluasnya..geramm..

Tapi dalam banyak-banyak cara tu, daun pudina tu macam ok je. Ala setakat kisar dan letak air, lepas tu tapis..dah..Tapi ok ke, siapa pernah guna daun pudina, ce komen?? Mr mafia ada beli racun tikus, ntah ubatnya warna pink. Macam tak jalan je..
hai assalammualaikum

Gulai Udang Dan Kacang Panjang - Selalu masak sambal, masak cili padi, masak lemak, tak pun goreng je. Dah lama betul tak masak gulai ni. Kalau dekat kampung, mak kadang masak jugala. Dekat bandar ni,laki kita cerewet sikit. Tapi nad dah ngidam sangat, tiba-tiba masuk dapur tadi, dapat idea masak gulai...hoho. Buat jela.

Gulai Udang Dan Kacang Panjang

Masak gulai ni mudah je. Tak susah mana pun. Main campak-campak dah siap. Bahan pun tak banyak, cuma sambal dengan santan. Tapi bahan-bahan sambal, kalau korang rajin, siap-siap dah blend dan simpan dalam peti ais. Takyah susah-susah buat tiap kali nak masak kan..

Ok ni bahan-bahan dia.
- Cili kering direbus
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
- Santan
- Air
- Garam
- Gula
- Kunyit
- Cili Merah
- Udang
- Kacang Panjang

Cara membuatnya.
- Rebus cili kering sehingga lembut, dan angkat toskan. Potong bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan. Sambal ni dah siap sebenarnya, tapi nad bagtau la cara buat sambal ni. Lepas dah selesai semua, blender semua cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan sedikit sahaja. Ni cara mak kita, memang sedap la sambal dia..kihkihkih.
- Lepas dah jadi sambal, panaskan kuali, dan panaskan sambal tu sehingga naik bau.
- Lepas tu,letak air separuh ke dalam sambal dan tunggu mendidih.
- Setelah mendidih, dan kurang sikit air tu, masukkan udang, lepas tu masukkan santan pula dan kunyit. Kacau sebati.
- Masukkan garam dan gula.
- Dah mendidih, nampak kuah kurang sikit, masukkan kacang panjang. Kacang panjang masuk last sebab taknak masak sampai lembik.
- Masukkan cili merah sebagai hiasan.
- Agak-agak dah nampak udang masak sepenuhnya, kuah tinggal sikit, kacang panjang ok, bolehla matikan api dan masukkan dalam pinggan untuk dihidang.

Udang mnis, ada sayur, jimat lauk dalam satu..hehee

Taraaa..siap dahh..gulai ni boleh je masak ikan atau ayam. Lain orang lain caranya..haha..nad buat cara mudah dan cepat..kihkih..
hai assalammualaikum

Sambal Cili Ikan Bilis Sukahati Aku - Semalam tiba-tiba teringin makan sambal. Tengah dok fikir, nak buat sambal belacan macam tak sedap, jadinya nak buat sambal lain la. Tiba-tiba dalam kepala, nak baut sambal ikan bilis. Paham-paham jela , bila idea nak buat tu datang, kita cuba jela buat..huhuhu. Terfikir ada ikan bilis, hah cuba buatla sambal ikan bilis.

Sambal Cili Ikan Bilis

Ni la rupa dia. Mudah je nak buat dia. Makan dengan telur je pun sedap ni.

Bahan-bahan
- Ikan bilis sikit je
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 8 biji cili padi. Nak lagi pedas tambah la..
- 2 biji cili hijau besar
- Belacan sedikit
- Garam
- Gula

Cara buatnya
- Ikan bilis digireng dan diketepikan
- Potong bawang merah, bawang putih, cili padi, cili hijau dan goreng sekejap je bersama belacan.
- Lepas tu amik lesung, ketuk semua bahan tu sekali dengan ikan bilis.
- Letak garam sedikit dan gula 3 sudu.
- Siap untuk dihidang.

Sodappp

Simple je. Ni sukahati nad buat macam ni..hahahaa. Idea ntah apa-apa datang..kihkih. Tapi sodap..rangup sambalnya, sebab ikan bilis digoreng..kihkih.
hai assalammualaikum

Brownies DaridapurYanamib Sedap Dan Padat - Haritu nampak la dekat timeline facebook, instagram, ramai yang post brownies. Eh korang ni dah kenapa hah!!, pantang betul kalau orang post kek coklat ni. Tak boleh tengok, mesti terliur..hahaha. Kalau tak dapat boleh ngamuk ooo..haha. Tengok yang post ni yang pergi kelas online buat brownies kot. Tu diaorang asyik post dekat media sosial tunjuk brownies diaorang buat. Lepas tu jual..haishh...Marahnya sebab yang buat ni semua macam jauh-jauh je..geram pulak..hahaa.

Nad akan komen setiap orang yang post brownies diaorang dekat media sosial. Mengharapkan diaorang boleh hantar dekat nad..hahhaa. Alhamdulillah, ada seorang ni balas, dia nak belajar cara pos brownies. Sampaila satu hari dia whatsup nad. Ok dah paham, terus nad cakap " nak order "..hahaha. Firstime dia nak pos brownies ni, jadi dia nak hantar dekat nad. Nad ok je, sebab tak tahan tengok dia ni pos brownies dekat media sosial. Asalkan sampai dengan selamat dan cantik, dan seperti yang diharapkan..hahaa. sedih oo kalau dah bayar, tapi dapatnya hampeh.

Brownies DaridapurYanamib in the houes

Gembira dapat brownies

Lepas tempahan buat, dah bayar, dia pun dah pos. Tunggu punya tunggu, dalam masa 2 ke 3 hari gitu brownies sampai. Alhamdulillah, Risau juga, dengan dia pun risau. Mana taknya, makanan kot. Sampai je terus buka, sebab dah bau coklat brownies tu menusuk kalbu..hahaa. Buka nak tengok elok gak, alhamdulillah, samapi pun elok je. Cuma cheese terlari sikit, tapi takdela lari mana. Yana, bungkus brownies ni elok je. Nad tempah brownies cheese dan nutella. Selera makyong memang dasyat. Tak cukup sekotak sebab anak dara kita pun suka makan kek wak..hahaa. Asal mengandung je mesti suka makan kek, makan benda manis. Jadi anak pun ikut serta..hahaa.

Tangan budak kecik tak sabar nak makan

Buka je, anak dara kita " wahhh"..kita pun senyum je..hahaa. Tangan dia dah tak sabar nak ambil, tapi paham-paham jela, kita nak ambil gamabr dulu..hahaha. Nak tunjuk korang macam mana rupa dia. Lepas tu baru bagi dia..

Diakata " dap, dap"

Tengokla tu, sedap je dia makan.

besar weii

padat dan lembut

Brownies Yana buat memang sedap, dan padat. Kira puas hati la dengan harga dia. Lembut pulak tu. Satu kotak je habis dalam masa dua hari. Nad dengan Fariza je makan. Mr mafia tak suka.

Kena piping sendiri

Yang nutella ni, Yana tak buh terus dalam brownies, dia letak dalam bungkusan lain dalam piping. Jadi korang kena buat sendiri nutella tu. Ye korang, buruk kan tengok nad buat ni..hahahha..tangan kita tak berseni, tapi asalkan ada coklat sudahh..hahaa..so yummy.

Ada macam-macam brownies

Nak tengok brownies yang nampak lawa, nah , nak bagi dari facebook Yana..hehe. Hah kalau korang nak order bolehla pergi ke
Facebook: https://www.facebook.com/yanamib?fref=ts
Instgaram : https://www.instagram.com/yanamib/
hai assalammualaikum

Peluang Menangi Hadiah Produa Axia Sempena Kempen FPX & WIN - Siapa suka shopping online, kita geng..ehhee. Nad memang gemar shoping online, sebab mudah dan senang. Setakat ni Alhamdulillah, selama shoping online takde masalah. Salah satu shoping online yang nad gemar ialah Lazada. Kalau korang nak tau, ada satu kempen kerjasama antara Lazada dengan FPX dan Molpay Sempena Online Revolution yang bermula pada 11.11 dan akan berakhir pada 12.12 nanti di mana korang boleh memenangi hadiah bernilai 75K yang berupa kereta Perodua Axia, iPhone 8 Plus serta Samsung S8 dan beberapa gajet lain dengan hanya membeli dan menang. Menarik tak..hah!!, mudah je caranya nak menang hadiah ni semua. Baca entry nad sampai habis ye.


Kalau korang nak tau, Molpay iaitu salah satu platform pembayaran yang memudahkan penjual menggunakannya dalam menerima bayaran daripada pelbagai jenis bank di Malaysia berkerjasama dengan FPX dan Lazada telah mengadakan pertandingan dengan hadiah yang menarik dengan hanya menggunakan FPX sebagai pembayaran secara online semasa shoping di Lazada. Kempen ini berlangsung dari 6 November hingga 3 Disember 2017.

Macam nad, bila shopping online, nad suka bayar dengan menggunakan online banking. Ia mudah dan selamat. Lagi satu semuanya berjalan dengan lancar . Siap bayar dan tunggu barang. Hah!!, beli dan menang. Shopping dan membayar menggunakan Online Banking atau FPX, korang diberi ganjaran apabila shopping di Lazada sekurang-kurangnya RM30, dan paling tinggi RM100.


Cara-cara menyertai Kempen FPX & WIN
- 4 langkah mudah. Pastikan semua post adalah public.
1. Shopping di Lazada melalui laman web Lazada atau apps.
2. Pilih Online Banking (FPX) untuk pembayaran.
3. Ambil gambar FPX dalam cara yang paling kreatif & upload di Facebook/Instagram.
4. Nyatakan kenapa FPX adalah pilihan pembayaran anda (masukkan order number & #FPXMOLPayLazada)

Masih tak paham, meh nad tunjukkan caranya.


Macam biasa, lepas membeli di lazada ( www.lazada.com.my ), mestilah masuk dalam ADD TO CART (symbol troli tu). Tengah mengandung ni carilah barang baby ye..hehe. Keluar seperti dekat gambar. Lepas tu tekan Proceed to check out.


Step kedua, keluar berkenaan shipping. Pasal nama, alamat mana nak dihantar. Macam nad dah biasa beli dekat Lazada, jadi dah siap-siap tertera alamat, nombor telefon semua tu. Tekan je continue.


Lepas tu keluar berkenaan payment.  Kempen ni berkenaan FPX kan, jadi tekan online banking ( FPX ). Lepas tu pilih bank mana yang korang nak. Ada 5 bank iaitu CIMB cliks, Public Bank, Ambank , Maybank dan RHB. Macam nad pilih Maybank. Lepas tu tekan Place Your Order.

Gambar kreatif, sekreatif yang boleh

Dah selesai pembelian, ada langkah seterusnya pulak iaitu korang perlu mengambil gambar dengan cara yang kreatif dan nyatakan kenapa FPX adalah pilihan pembayaran anda (masukkan order number & #FPXMOLPayLazada). Post anda mestilah public.


Untuk Grand Prize iaitu Hadiah berupa Perodua Axia, Muat naik resit / bukti pembayaran anda (jpg) yang menunjukkan pembelian minimum RM100 dari Lazada.P / S: Jangan lupa untuk memuat naik foto kreatif anda FPX di Facebook / Insta untuk menjadi eligble untuk turut serta Perlu mengisi boring di https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada/ seperti dalam gambar tu.

Syarat-syarat Kempen FPX & Win!
- Ada banyak cara nak menang, baca dengan teliti ye.

A) To participate in Daily prize & Weekend Special Campaign
- MINIMUM RM30 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Online Banking (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
- Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan caption mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka.
- Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam caption.
- Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. -  - Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
- MESTI menggunakan hashtag #FPXMOLPayLazada dan post adalah PUBLIC.
- Hanya sah untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017.

B) To participate in Grand Prize Campaign
- MINIMUM RM100 mesti dibelanjakan semasa membeli-belah di www.lazada.com.my atau aplikasi Lazada menggunakan saluran Perbankan Dalam Talian (FPX) SAHAJA dalam tempoh kempen.
- Peserta MESTI memuat naik foto kreatif mereka di Facebook / Instagram dan kapsyen mengapa FPX adalah pembayaran pilihan mereka
- Peserta MESTI memasukkan nombor pesanan dalam kapsyen.
- Peserta MESTI memuatkan pos mereka pada hari pembelian untuk layak menyertai peraduan ini. -  - Mereka yang memuat naik lewat dari hari pembelian mereka tidak akan dilayan.
- Contestant MESTI hashtag #FPXMOLPayLazada dan pos MEMILIKI menjadi AWAM.
- Peserta PERLU menghantar borang penyertaan hadiah kepada MOLPay. Borang penyertaan lebih -dengan MINIMUM perbelanjaan RM100 dalam tempoh kempen yang dinyatakan akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang.
- Hanya terpakai untuk pembelian dari 6 November hingga 3 Disember 2017.


Video kempen FPX & WIN

Mudah bukan.  Jadi korang yang gemar shoping online jangan lepaskan peluang.  Mudah je, beli di laman web www.lazada.com.my dan bayar menggunakan FPX online banking lepas tu  upload di media sosial pada hari sama pembelian. Kempen ini berlangsung dari 6 November hingga 3 Disember 2017.Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb << https://www.molpay.com/fpxmolpaylazada >>

hai assalammualaikum

SweetRoyale Stevia Sweetener Pharmaniaga - Sekarang tengah mengandung ni, memang kena kurangkan benda-benda manis, takut dapat penyakit diabetes atau penyakit lain. Nad tau ramai suka ambil makanan dan minuman manis, kalau tak manis rasa tak sedap kan, sama macam nad, tapi nad kalau boleh nak pemanis yang semulajadi dan sihat. Bila nad baca google, ramai pakai stevia. Stevia dijadikan pemanis kepada makanan dan minuman sebagai pengganti gula. Pelbagai jenis stevia ada di pasaran yang kita boleh nampak. Korang kena hati-hati memilih stevia ni, takut ada yang tiruan. Tengah mencari tu, kawan sarankan amik SweetRoyale Stevia Sweetener Pharmaniaga ni. Harga pun murah. Apa lagi nad pun cubalah.

Sweetroyale Stevia Pharmaniaga

SweetRoyale Stevia Sweetener Pemanis Semulajadi

Kalau sebelum ni, nad selalu nampak yang jenis botol dan cecair. Kalau nak guna, titis beberapa titik sahaja. Tapi SweetRoyale Stevia ni, ia berbentuk sachet. Dalam sekotak ada 40 sachet. Bukan jenis cecair, tapi dalam bentuk serbuk. Satu sachet dah  mencukupi untuk memaniskan minuman seperti gula tau. Korang tak perlu risau, sebab SweetRoyale Stevia ni diperbuat daripada daun Stevia Rebaudiana yang original. Stevia mengandungi kalori yang rendah, jadi takde masalah dah kalau nak ambil makanan dan minuman manis-manis ni. Korang mesti guna SweetRoyale Stevia keluaran Pharmaniaga ni.

Satu sachet untuk satu cawan

SweetRoyale Stevia ni adalah pemanis stevia yang telah diadun rapi, menggabungkan bahan-bahan terpilih seperti Eryhritol, Xylitol, Stevia, Agen Anti Pergerakan sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan dan Oligofruktosa  untuk memberikan anda rasa yang manis seperti gula tetapi rendah kalori. Memang unik rasanya, sesuai dengan slogan yang digunakan " Rasa Manis Unik Sejati ".

Ramai yang suka minum minuman manis, tak kurang juga makanan manis. Nad pun suka, tapi nad guna pemanis semulajadi iaitu SweetRoyale Stevia Sweetener ni. No gula putih dah. Nak sihat, taknak kena penyakit, kena ambik benda semulajadi. Satu sachet sama dengan 2 sudu teh gula. Produk ni disahkan halal. Kalau korang nak boleh dapatkan di cawangan @royalepharma berdekatan atau online di Lazada, 11street dan Shopee. Review nad http://miszrockers.blogspot.my/2017/11/sweetroyale-stevia-sweetener-pemanis.html?m=1 #SweetRoyaleStevia #SweetRoyale #RoyalePharma #Stevia #SteviaSweetener #SteviaBiarBetul #SteviaHalal #ProdukMuslim #Pharmaniaga #lifestyleblogger #ceriterasigadisbiru #miszrockersblogspot #nadreview #kbba9 #bloggermalaysia #blogger #vsco #vscomalaysia #media #mediainfluencer #beautyblogger #fashionblogger #igerskolumpo #igersmalaysia #quotes
A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on


Jangan risau tentang SweetRoyale ni, sebab ia telah diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dengan penuh terpeinci. Formula yang diperbaharui menggunakan gred Stevia yang lebih tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit. Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sejajar dengan 2 sudu teh gula. Bagusnya, Sweetroyale ni boleh digunakan untuk makanan dan minuman. Minuman pulak bukan untuk yang panas sahaja, malah untuk minuman sejuk pun boleh sebab ia mudah larut dalam air.

Amaran ** Penggunaan berlebihan boleh menyebabkan kesan laksatif

Oleh itu saranan penggunakan hanya perlu gunakan satu sachet pemanis SweetRoyal ke dalam setiap cawan minuman anda.

Rasa Manis Unik Sejati

Dalam banyak-banyak stevia yang nad nampak, SweetRoyale la stevia yang paling murah dan mampu milik. Lagipun dengan saiz sachet macam ni, ia boleh di bawa ke mana sahaja. Tak kisahla pergi berkelah ke, travel ke, hiking ke, pergi kedai makanan bawa stevia ni pun boleh..hehee. Yela orang kedai kan selalu buat minuman manis giler, lagi-lagi kedai mamak kau..hah!!, order dekat kedai tu minuman tanpa gula, dah sampai, korang bubuhla stevia ni. SweetRoyale telah disahkan halal oleh JAKIM, nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017

Harga sekotak SweetRoyale Stevia Sweetener :
RM17.00 - di outlet ( harga bergantung pada promosi atau event )
RM15.90 pembelian online ( tak termasuk kos penghantaran )



Artis-artis Malaysia juga turut  memilih SweetRoyale Stevia sebagai pemanis yang sihat untuk minuman mereka. Antaranya adalah Syarifah Sakinah dan Scha Al-Yahya. Mereka pun nak jaga kesihatan, jadi mereka pilih SweetRoyale.

Pilihla SweetRoyale sebagai pemanis semulajadi

Cawangan Farmasi RoyalePharma

Kalau korang nak, korang boleh pergi ke cawangan Royale Pharma yang berdekatan ye. Ni antara cawangan RoyalePharma:
RoyalePharma : https://goo.gl/Z6qvUb
- Farmasi RoyalePharma Seksyen 7, Shah Alam
- Farmasi RoyalePharma Quill City Mall
- Farmasi RoyalePharma My Town
- Farmasi RoyalePharma Vista Alam
- Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok
- Farmasi RoyalePharma Bangi

Ada juga dijual secara online di Lazada, 11street dan Shopee:
Lazada : https://goo.gl/8LgaVv
11street : https://goo.gl/wwNrac
Shopee : https://goo.gl/n9edGM

Nak tau lebih lanjut boleh layari
WEBSITE:: http://www.royalepharma.com
FACEBOOK: https://www.facebook.com/royalepharma
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/royalepharma