hai assalammualaikum


Viral Kuba Guling Di Rantau Panjang Kelantan - Semalam tengok berita tv3, kisah satu kuih yang tengah viral di Kelantan. Orang sanggup beratur nak rasa kuih tu macam mana. Kalau dah viral mestilah nak rasa kan, lagi kalau kuih tu rupanya pelik..hehe. Kuih yang hangat diperkatakan, kuih Kuba Guling atau Kerbau Guling. Kenapa nama dia pelik...hehe..sinonim dekat Kelantan, nama-nama kuih yang unik-unik sampai orang terasa nak memakannya.

Bila tengok rupa kuihnya, warna hitam dan disalut dengan kelapa. Kenapa dipanggil Kuba guling sebab rupanya yang hitam, yela kerbau kan warna hitam, lepas tu diguling atas kelapa, ibarat kerbau tengah berkubang dekat lumpur..hah gitula..Kuih Kuba Guling ni diperbuat daripada arang tempurung nad baca, tapi selamat di makan. Dimasukkan dalam talam, masa nak  makan dipotong dan digulingkan dalam kelapa. Rupa kuih ni nad tengok macam kuih kaswi, yang warna coklat disalut dengan kelapa. Cuma yang ni warna hitam..huhu.

Nad ada baca status, ramai cakap kuih Kuba Guling ni rasanya manis sangat..tak taula kita kan..huhu..Biasalah, benda dah viral, mesti la orang nak cuba. Kalau manis kuih tu, boleh je rasa, tapi jangan hari-hari rasa, boleh kene kencing manis nanti..huhu.

Kalau korang nak cuba, boleh la pergi ke Rantau Panjang tu. Kalau yang teringin nak rasa kan.. huhu..kita takdoknya nak pergi Kelantan tu. Melainkan kan kampung kita kat sana atau menetap di sana bolehla..Kalau nak reesepi, korang google jela, ramai yang post resepi Kuba Guling. Selamat mencuba.
hai assalammualaikum

Buka Puasa Di Warung 501 Pandan Jaya - Hari Isnin, seharian nad buat urusan macam-macam, pergi PTPTN, pergi tabung haji, lepas tu pergi Tesco. Keluar dari tengahari, sampaila ke petang urusan baru selesai. Sebelum tu memang dah siap-siap cakap, " bang esok banyak tempat nak pergi, sayang penat nanti "..Sebab kesian, mr mafia pun booking satu tempat kedai makan dekat dengan rumah kitaorang...hehee..

BUKA PUASA DI WARUNG 501 PANDAN JAYA KUALA LUMPUR
Warung 501 Pandan Jaya

Selesai je urusan, memang ngam-ngam waktu tu 6.40 petang, balik rumah dulu, rehat kejap, pukul 7.10 malam gerak ke kedai tu. Memang kedai ni selalu ramai orang sebab makanan dia sedap. Nad paling suka tomyam putih dekat sini..hehehe. Sebab tu kena booking awal, lagi-lagi bulan puasa sebab ramai orang. Lagipun owner kedai ni kenalan mr mafia juga, yela dari zaman bujang sampai sekarang kedai Warung 501 ni ada.

Masa booking, memang dah siap bagitau menu apa nak makan. Jadi, datang kedai je tinggal duduk dan tunggu azan nak berbuka puasa. Disebabkan dah lama tak makan ikan siakap..jadi kita berbuka ikan siakap..hehe..

Ikan siakap 3 rasa..yummy..raksasa nak makan dulu..mainan Fariza la tu..haiyaa..

Ni pun dah lama tak makan. Udang goreng tepung. Fariza buang tepungnya, udang dia makan..geram je. Udang besar-besar ok

Kita suka tomyam putih dia, tapu mr mafia order tomyam merah..sedap juga..

Budak tak sabar nak makan..lapar dah..
Ni menu order haritu.

Semuanya RM 40 lebih macam tu. Balik tu memang penat sangat, terus tidur..hehhe.
hai assalammulaikum

Resepi Sayur Buncis Dan Udang Beserta Telur - Haritu, mr mafia berbuka di luar sebab kerja, jadi nad dekat rumah berbuka dengan anak jela. Jadi bila suami makan dekat luar kita pun masak ringkas-ringkas  jela. Yela, yang makan kita sorang, anak pun ikut je apa mommy dia makan. Jadinya masak ikut tekak nad jela. Haritu nad masak sayur dengan ayam je. Haritu pulak ada sayur buncis, pastu fikir, takkan buncis kosong je, ada pulak udang, hah!!, fikir balik bubuh telur juga la..hahaa..hamik kau..hehe..


Hasilnya selepas masak beberapa minit sahaja..sayur buncis dan udang beserta telur ditumis dengan kasih sayang..ahhaa..Bahannya mudah, hanya beberapa bahan sahaja..

Bahan:
- Sayur Buncis
- Udang 4 ekor
- Telur sebiji
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili
- Garam

Bahan ni untuk dua orang makan. Kalau ramai tu, masakla banyak ye. Ni nad main campak je..

Cara membuatnya
- Hiris bawang putih, bawang merah dan cili merah. Udang dibuang kepalanya, kulit jangan buang. sayur dipotong kecik-kecik.
- Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah, sehingga naik bau. Selepas itu masukkan udang bagi masak sebentar.
- Kemudian masukkan sayur, gaul sama rata dan masukkan garam dan perasa sedikit.
- Akhir sekali masukkan telur, dan gaul sebati sampai telur pecah dan sama rata dengan udang dan sayur.
- Gaul-gaul sekejap..dah siap boleh angkat..hehe..

Selamat mencuba..
hai assalammualaikum


BB Jelly Lovera

BB Cream 9 In 1 Instant Skin Perfector Bertekstur Jelly Dari Lovera - Sebenarnya nad jarang beli bb cream ni, sebab kebanyakan bb cream dia macam jenis tak tutup cela dan makin buat muka bertambah minyak dan berjerawat. Tengok je BB Cream iaitu BB Jelly dari Lovera ni macam best je. Nad dah pakai produk Lovera ni dari Magic Jelly dia, produk terkenal mereka, Lovera Complete Cleanser , Lovera Day Cream dan Spray Glow Mist Lovera ni. Sekarang BB Jelly Lovera iaitu BB Cream 9 in 1 instant skin perfector.

Memang best dan semua nad pakai sampai habis. Memang dijamin terbaik produk Lovera ni. Untuk korang yang jenis tak suka makeup tebal-tebal, korang boleh cuba BB Cream 9 in 1 Instant skin dari Lovera ni. BB Cream ni lain dari yang lain sebab dia bertekstur gel. Sangat ringan, sejuk dan menyerap terus ke kulit. BB Cream Lovera ni sesuai dijadikan base makeup. Kalau rasa tak suka pakai foundation tebal-tebal tu, bolehla pakai BB Jelly cream ni, bukan sahaja sebagai base makeup malah merawat kulit.


Bahan yang digunakan pun bahan semulajadi seperti vitamin B, daun zaitun dan semestinya aloevera..hehee. Itu yang buatkan dia BB Cream yang tidak melekit, berminyak dan mudah dibasuh. Bila kita solat, kita nak bersih daripada segala makeup, jadi bila pakai BB Jelly ni tak perlu pakai makeup remover, terus je basuh dengan air. Memang sangat bagus.


BB Jelly  BB Cream Lovera ni sesuai sangat untuk semua jensi kulit dan kelebihan dia 9 dalam 1. Banyak kan kelebihan dia. Nak tau apa kelebihan dia, meh nad senaraikan.
9 KEBAIKAN BB JELLY LOVERA
- Mencerahkan kulit serta merta
- Cover parut atau cela
- Membantu masalah jerawat
- Sun block 15spf
- Mengecilkan pori
- Menyerikan & mencantikan kulit
- Meratakan warna kulit
- Melembabkab kulit
- Melembutkan kulit


Nampak tak, BB Cream ni bukan biasa-biasa tau,  bukan sahaja sebagai base makeup, malah membantu masalah kulit. Nad pakai ni, nad apply je dengan tangan, memang sekata terus dekat muka, takde la bercapuk-capuk.


Macam nad pakai sample je dulu, nak tau best ke tak, ada je botol saiz 30ml, saiz besar. Kalau korang berminat boleh dapatkan di
Instagram: https://www.instagram.com/loverabeautycenter/
Contact atau whatsup:  www.wasap.my/60196534221/hai!!!loverabeautycenter




hai assalammualaikum

Lovera Day Cream, Muka Tak Berminyak Dan Tutup Cela - Setakat ni pakai produk Lovera memang best sangat-sangat. Nad pernah pakai Magic Jelly, Permbersih muka dan spray glow mist dia. Memang best. Yang tinggal sekarang Spray Glow Mist..hehee..
hai assalammualaikum

Makan Malam Di Restaurant Crow's Nest Avillion Port Dickson - Fuh, semangat cerita pasal percutian manis kitaorang dekat Avillion Port Dickson ni..ehehe. Dari bilik, kemudahan, sekarang nak cerita tempat makan pulak. Hah!, silalh tengok makanan yang akan dipaparkan, mesti korang terliur. Masa nad menaip ni pun dah telan air liur, teringat sampai sekarang. Pengalaman yang takkan di lupakan bila dapat makan malam di Restaurant Crow's Nest Avillion ni.

Selepas penat berjalan sekitar Avillion Port Dickson di siang hari, malam pulak, mestilah nak mengisi perut yang lapar ni. Memang tak perlu keluar, dekat Avillion ni ada restaurant yang disediakan. Ada macam-macam jenis restaurant dekat sini, korang pilih jela. Ada restaurant Village Court bersebelahan dengan swimming pool, The Galley, The Verte dan Crow's Nest. Malam tu nad pilih untuk makan di Crow's Nest di tingkat dua, atas restaurant Village Court sebab makanan dekat situ western. Perut malas nak makan nasi, jadi cari western..hehee.


Restaurant Crow's Nest Avillion

Tengokla tempat dia, lawa, luas, best giler. Rekabentuk kontemporari yang memaparkan kayu khas dan perabot rotan dengan siling kayu jati yang tinggi, restoran yang berada di tingkat dua ini mencerminkan budaya Malaysia. Siling kayu jati yang tinggi melengkapkan artifak-artifak Malaysia dan senibina tulen era Melayu lama. Sesuai untuk kedua-dua bersantap secara kasual dan semi-formal. Restoran ni bukan sahaja ada bahagian dalam, malah ada di bahagian luar iaitu balkoni. Masa makan boleh lihat pemandangan.






Kitaorang makan waktu malam, jadi makan dekat dalam jela, makan kat luar kang banyak nyamuk..ehhee

Restaurant Crow's Nest ni dibuka setiap hari. Dekat sini makanan yang disediakan jenis hidangan tempatan dan antarabangsa a-la-carte. Pelbagai salad, sandwic, kegemaran Barat dan Asia dipaparkan sesuai dengan perisa kita. Makanan untuk kanak-kanak pun ada.


Ni la menu yang nad dengan mr mafia order..heehe..


Ni air Pineapple campur dengan strawberry. Staff cakap, air ni memang popular. Nad rasa pelik je dengan air ni..hahaa.

 
 Spagetti memang menjadi kegemaran kalau makan western..hehee.


Yang ni mr mafia punya Breast Lamb Shank kalau tak silap..lupa pula..Tapi sedap oo..lembut dan berjuice daging dia..besar pulak tu.


Yang ni nad punya, Jumbo Mixed Grill, ada udang, salmon,lamb chop dan sayuran..perghh terbaikla..


kentang untuk Fariza dan banan split sebagai pencuci mulut.


Staff yang sangat bagus dan peramah. Layan je ape kehendak kita. Memang terbaik.


Restoran ini boleh memuatkan sehingga 146 orang dan beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam.



Dekat bahagian bawah ada restaurant lagi, namanya Village Court. restoran ni berdekatan dengan swimming pool. Satu-satunya restaurant yang buka 24 jam. Hidangan sarapan bufet, makanan pembuka selera dan makanan ringan kepada hidangan pembuka, pasta, pizza dan hidangan tempatan.  Disebabkan restoran ini dibuka 24 jam, malam tu lepas makan, kitaorang jalan-jalan, penat dan minum kopi dekat restoran ni..hehee. Nad tak makan dekat sini ataupun sarapan dekat sini,, sebab nad sarapan dekat bilik. Sebab tu tiada gambar makanan dekat restaurant ni. Tapi syok je, sambil makan, tengok gelagat orang berenang..ehhee.

Entry berkaitan :
- Percutian Manis Kami Sekeluarga di Avillion Port Dickson
- Kemudahan dan Aktiviti di Avillion Port Dickson


hai assalammualaikum


Kumadahan Dan Aktiviti Di Avillion Port Dickson

Kemudahan Dan Aktiviti Di Avillion Port Dickson - Hah!!, amacam, sebelum ni entry pasal bilik, best tak. Kalau tak baca lagi boleh je baca semula, masa nad check in ni, nah baca ni check in di Avillion Port Dickson. Kali ni nak cerita apa yang ada di Avillion Port Dickson. Dekat Avillion ni, banyak aktiviti yang korang boleh buat. Selesai survey bilik, petang tu juga nad jalan-jalan keluar tengok apa yang ada di Avillion Port Dickson ni. Memang tak bosan dan anak-anak mesti suka..tak perlu keluar untuk cari aktiviti lain.




Aviari
Aviari ini menempatkan pelbagai spesies burung – dari burung merak Afrika Selatan hingga ke ayam yang di ternak oleh pihak resort. Fariza dapat main kejar-kejar dengan burung merak yang memang dibiarkan untuk pengunjung...hehee..comel je kan.

Memancing Ikan Dan Ketam
Waktu terbaik untuk tangkap ketam adalah semasa air surut. Avillion Port Dickson membenarkan pelawat untuk memancing di balkoni.Untuk tangkap ketam, anda boleh hubungi pihak rekreasi resort untuk bantuan.

Boleh pancing dekat balkoni bilik ok. Kalau nak bawak pancing sendiri boleh, kalau tak bawak boleh mintak dekat pihak hotel.


Kids’ Cabin
Resort ini juga menyediakan kabin istimewa untuk kanak-kanak beraktiviti termasuklah main water color, buku-buku, menyediakan video dan taman permainan untuk anak kecil.Kabin ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi.



Taman Permainan
Fariza sempat main ni je. Yang lain semua dah tutup sebab kitaorang check in pun pukul 3 petang, lepas tu jalan-jalan hotel, esoknya dah nak check out..hahaa. Takpela sekurangnya dia dapat main dan nad tau tempat ni ada khas untuk kanak-kanak. Jadi kanak-kanak takkan bosan.

Kids’ Spa
Biasa kita tahu spa untuk orang dewasa sahaja, kan?Avillion Port Dickson ini turut sediakan spa untuk kanak-kanak. Menarik ke menarik? Spa ini sediakan servis untuk inai, make-up, manicure, pedicure dan rawatan rambut. Spa kanak-kanak ini dibuka bermula jam 11 pagi.



Steam & Sauna
Hah!!, sesiapa nak bersauna tu boleh je, nak rehat dengan masa yang tenang dan santai. Stim dan sauna akan membantu anda melonggarkan badan anda dan mengeluarkan toksin yang menjadikan kulit anda lembut dan lembut. Operasi dari pukul 3 petang sehingga 7 malam.

Bestnya dekat sini, budak-budak pun takkan bosan..sebab macam-macam ada, bukan setakat swimming pool, ni ha tengok la Fariza buat ape, ada haiwan yang dilepaskan..macam burung merak ni..tengok bukan main suka lagi dia kejar burung merak tu..burung tu yang takut..hahaha.. Boleh juga bagi haiwan makan,mandikan, tapi ada waktu dia, pukul 10 pagi..sayangnya tak dapat buat sebab semalam pagi hujan. Budak ni pun lena tidur..tapi dapatla dia pegang arnab tu dari luar pagar tu. Banyak lagi budam-budak boleh buat dekat @avillionpd ni..sebab banyak tempat untuk budak-budak..nanti nad cerita lagi dekat blog ye..hishh..best sangat hotel ni.. #lifestyleblogger #ceriterasigadisbiru #miszrockersblogspot #avillionportdickson #nadjalanjalan #portdickson #kbba9 #bloggermalaysia #blogger #vsco #vscomalaysia #media #mediainfluencer #beautyblogger #fashionblogger #igerskolumpo #igers #kembarakbba9 #holiday #selangor #travel #traveler #sponsoredtravel #traveling #vacation
A post shared by Nadia Johari (@nadiasamjohari) on

Pet Farm
Resort ini mempunyai ladang haiwan atau dikenali sebagai Pet Farm. Pet Farm ini menempatkan haiwan comel seperti arnab, merak, ayam, kura-kura dan pelbagai lagi. Di Pet Farm ini juga, korang boleh bagi makan haiwan pada jam 10 pagi. Bukan itu sahaja, nak mandikan binatang-binatang ini pun, boleh. Sesi mandikan haiwan adalah pada hari Rabu dan Ahad, jam 10 pagi. Tapi kitaorang tak dapat masuk, sebab ingat nak pergi besoknya, besoknya pulak hujan. Dapat tengok dari luar jela.



Gymnasium
Kalau nak bersenam, boleh la ke gymnasium yan disediakan. Gym ni berdekatan dengan swimming pool dan bersebelahan dengan kedai cenderahati. Gym ini dilengkapi dengan peralatan kecergasan bertaraf dunia, termasuk pelbagai mesin kardiovaskular, treadmill, basikal bertenaga, mesin berat dan berat percuma. Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.



Kedai Cenderahati
Nak bawak balik kenangan bolehla beli barangan cenderahati di kedai ini.



Wayang Untuk Keluarga ( Jungle Fringe )
Dekat sini pun ada karaoke untuk keluarga. Bolehla korang melalak, menyumbangkan suara sesuka hati. Ada juga movie, tapi tengok waktu, cerita lain-lain..best giler..tak sempat tengok sebab semua nak cepat.



Aktiviti Air
Untuk aktiviti yang lebih mencabar, boleh cuba kayak dan peralatan aktiviti air yang disediakan oleh pihak resort.



Aktiviti santai
dekat dengan simming pool ada permainan bola ni dengan pingpong. Pergh lengkap betul aktiviti dekat sini.



Nature Walk
Ni la laluan ke mana sahaja kita nak pergi. Dipenuhi pokok-pokok menghijau dan kita boleh nampak, pelbagai jenis pokok, bunga dan herba yang ada di situ. Siap dia tunjuk nama lagi..fuh..



Dekat dengan Pantai
Avillion ni berdekatan dengan dua pantai, satu pantai Riau dan satu lagi pantai iaitu Tumasek Beach..hehee.. Dekat pantai Riau ni ada disediakan kerusi istirehat. Petang-petang boleh santai sambil lihat matahari terbenam. Masa anak main pantai, korang pun boleh duduk sini rehat. Tumasek beach lagi best, sebab pasir dekat situ lembut je..memang bestla..

Tak sempat nak main dan masuk semua tempat sebab check in 2 hari 1 malam. Lagi-lagi tempat kids tu..Dapat main permainan Gelongsor tu je..hahaa. Dah check in petang, check out tengahari. Pagi esoknya pun Fariza nak mandi swimming pool. Memang kena plan balik nak datang sini. Next entry nad akan cerita restaurant dia ye..hehe.

Entry berkaitan : Percutian Manis Kami Sekeluarga di Avillion Port Dickson



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS