September 2019
hai assalammualaikum

Susun Atur : Penyangkut langsir Jenis Magnet - Sekarang ni tengah rajin nak mendeko rumah. Adalah barang sikit-sikit yang nad beli. Tempat nad selalu beli mestilah dekat Shopee..hahaha..Barang yang kecil pun kadang beli dekat situ..haishh..Shopee ni memang tau. Semua barang dia da, unik-unik pulak tu..mana tak geramnya..kalau boleh semua nak masuk dalam troli..kihkih..Selalunya tak beli la kerap, bila ada duit, baru la beli. Lagi best bila dapat voucher..hah!!, seronok shopping. Baru-baru ni nad beli penyangkut langsir pulak..tu pun sebab dapat voucher. Dah lama ada dalam troli barang ni. Bila dapat voucher terus dapatkan..ehhee..



Penyangkut ni nad beli sebab design lawa, pulak tu unik dia ada magnet. memang banyakla orang jual dalam shopee, jadi pandai-pandai la pilih harga yang murah.


Penyankut dekat rumah nad sebelum ni guna tali, so kene la paku. Lepas tu anak dok tarik ja, paku pun tercabut. Sudahnya langsir ni terbiar lepas macam tu.


Lepas tu nad beli penyankut langsir jenis bulat tu, yang memang sangkut dekat bahagian tengah. Tak bestnya bila taknak guna, kene simpan. Tu pun dah satu kerja..hahaa..nampak nor malasnya..Lepas tu kalau nak sangkut langsir semula, langsir bentuk dalam segitiga, macam tak lawa la kan. Kat rumah ni nad tak letak langsir putih bahagian belakang langsir tu. Jadi kalau buat macam tu, memang rasa macam errrkkkk..tak suka la senang cerita..

Nad suka langsir dibentuk tarik ke tepi, hah gituu...

Nampak pulak penyangkut  atau klip langsir jenis magnet ni dekat shopee..Eh macam bagus pulak..hehee..Sebab menggunakan magnet. Jadi, tak perlu lah nak paku dinding untuk pasang klip langsir. Yeahh jimatt..dinding pun cantik je..hehe..





Bila sampai je, terus teruja..yeahhh..memang cantik dan sama macam dalam gambar. Bentuk bunga, bentuk berlian-berlian sikit. Barang dia ringan je. Bahagian tali panjang tu pun nampak kukuh.

Terus nad pasang dekat langsir..Buatla macam-macam gaya pun korang nad, boleh je..hehee..


Magnet dia memang kuat. Langsir takkan jatuh atau magnet takkan jatuh. Klip magnet langsir ni boleh digunakan untuk apa sahaja jenis kain langsir.

Hah, tak perlu paku memaku dah guys..lekat je..hehehee..Beli dekat shopee ye..kalau korang nak taip je nama Curtain Tie Backs Window Decor Curtain Punch Free Magnet Buckle Clip..Dah kalau susah sangat, ambil gambar tu dan letak dekat search ada bentuk kamera, dan letak gambar ni dekat situ..Nanti keluarla..ehhee..selamat bershopping..jom deco...




hai assalammualaikum

Tukar Surat Refer Hospital Untuk Scan Tiroid - Banyak pulak masalah yang and hadapi, semata nak scan Tiroid ni. Cek sudah, ambil darah sudah, step seterusnya nak scan Tiroid dekat leher ni. Tapi..tapi...Lain pulak jadinya..Kisah nad tau , nad ada Tiroid, dan keputusan darah semua nad dah cerita, Lepastu dapat surat refer, tapi masalahnya, bila surat refer tu dari klinik swasta, bayaran untuk cek dekat hospital sama harga macam bayaran dekat klinik swasta. Maksudnya, mahal macam klinik swasta berbanding guna surat refer dari klinik kerajaan, bayaran murah. Ya, bab surat refer ni baru tau..lol..


Boleh baca:
Bengkak Leher Disyaki Tiroid
Keputusan Darah Tiroid

Kisahnya, lepas dapat keputusan darah tu dari klinik swasta, doktor bagi surat refer untuk scan tyroid ni. Bila dah ada penyakit macam ni, mestila kita nak scan cepat, nak tau Tiroid ke apa dekat leher nad yang bengkak ni. Lusa, nad pergi Hospital Ampang. Dahla jenuh nak cari bahagian scan ni. Tanya orang sorang-sorang dengan bawak budak berdua ni. Mr mafia pergi cari parking. Cari punya cari, akhirnya jumpa, tempat MOPD tak silap. Panjangnya tak tau apa..hahaha. Dok kalut sangat dah.

Bila dah sampai, tanya dekat kaunter, pasal surat refer tu berkenaan sakit Tiroid. Kemudian staff situ tanya " ni dari klinik swasta ke kerajaan "..nad pun jawab " klinik swasta "..Staff situ cakap, " kalau dari klinik swasta, bayaran mahal, dalam RM200 ke RM300 macam tu, kalau dari klinik kerajaan bayaran murah RM5 "..Nad dengar terus terkejut. Yela, tak pernah sakit siap surat refer ni. Ni la pertama kali. Lepas tu, staff situ cakap, boleh ke klinik kerajaan dan mintak tukar surat refer ni. Maksudnya bawak surat refer hospital dari klinik swasta ni, pergi ke klinik kerajaan, dan cakap nak tukar surat. So, dia akan bagi surat refer dari klinik kerajaan.

Pening kepala mak..benda nak cepat jadi lambat..Kita dahla risau dengan bengkak dekat leher ni sebab apa..

Terus, balik tu, terus update status dekat Instagram Story..Yela, mungkin ada orang yang pernah alaminya. Malas nak up kat facebook, taknak orang tau sangat pasal nad sakit apa. Belum tau lagi Tyroid ke apa. Sebab belum scan..

Tiba-tiba ade seorang kawan komen, dia cakap, dia pernah buat.  Dia kata boleh tukar surat refer dari klinik swasta ke klinik kerajaan. sekejap je. Dia cakap kalau dia tak buat, harga pembedahan dia beribu oii, tapi tukar surat terus harga berpuluh je..okla..nad dah lega..

Esoknya pergi la klinik kerajaa. Dah kawan kata boleh. Nad pun taknak tunggu lama..Risau kan. Jadi pergila klinik kerajaan.

Ingatkan, dah cakap nak tukar surat refer, terus je dapat tukar..

Tapi...tapii................

Kena ambil nombor, siap package jumpa doktor lagi. Pergh...Tak boleh buat apa, kita ikut jela prosedur klinik kerajaan ni..

Sampai giliran nad dipanggil. Doktor tengok surat, doktor tanya la macam sebelum ni pasal simptom tyroid ni. Nad pun jawab benda yang sama.

Dah selesai tu, doktor tengok surat tu, doktor cakap, " okla macam ni, kita scan terus nanti. Tapi nanti kita akan telefon puan la ".." nombor puan 017*******  ni kan "..aku jawab " ya doktor "..Dia jawab nanti dia telefon guys.dia telefon...

Nad dalam hati, " tunggu lagii "..dalam hati ok..huhu..pastu terus balik...

Setiap hari, setiap minit, nad tengok phone. Dari dua minggu lepas tak silap nad pergi, sampai ke harini, takda telefon..adoiiiii...apa yang ditengoknya tak taula dengan surat tu..

Sampai ke sudah, nad tak tau lagi ape yang menyebabkan bengkak dekat leher ni guysss...Kenapa la doktor buat nad risau..lol..

Setiap hari duk pandang cermin je..dahla makan pun kawal sikit sekarang..hurmm...

Doktor telefon la..telefonlaaa..

Surat refer tu dah diambil diaorang..jadi tunggu dan lihat jela...........

hai assalammualaikum

Ulangtahun Anchor Legendairy Ke 133, Anchor Dairy Brand's Dengan Kebaikan Tenusu Semulajadi New Zealand - Baru-baru ni nad turut sama meraikan Anchor Dairy Brands birthday yang ke 133 tahun dengan tema " Our Birthday, Your Celebration: Rejoicing 133 years of Quality Anchor Dairy " di Pullman Bangsar Kuala Lumpur. Dah lama dah produk Anchor ni di pasaran dan semestinya ramai yang telah menggunakan produk Anchor ni. Tahun ini, Anchor Food Prefessionals Malaysia - Brunei meraikan 133 tahun berkongsi kebaikan tenusu semulajadi New Zealand melalui produk jenama Anchor Dairy, yang dibuat dengan  100% kebaikan tenusu.


Ulangtahun Anchor Legendairy Ke 133, Anchor Dairy Brand's Dengan Kebaikan Tenusu Semulajadi New Zealand 

Untuk meraikan kejayaan yang dicapai oleh Anchor selama ini, Anchor Food Professionals telah mengadakan ulangtahun Anchor Legendairy ini dengan tujuan untuk berterima kasih kepada rakan perniagaannya kerana sudi berkongsi kebaikan susu Anchor dan juga kepada semua rakyat Malaysia yang setia menyokong dan menggunakan produk Produk Anchor selama ini.




Boleh tengok salah silah Anchor yang sudah begitu lama sekali ya.


Semua produk Anchor diperbuat dengan kebaikan 100% daripada susu semulajadi New Zealand. New Zealand merupakan tempat yang mempunyai iklim suhu sederhana dimana ia membolehkan rumput berkembang dengan baik dan lembu menikmati rumput yang elok dan berkhasiat. Dengan pemakanan yang elok, lembu menghasilkan susu yang enak dan berkhasiat sepanjang tahun, membolehkan mereka menghasilkan susu berkualiti tinggi untuk menjadikan produk krim mentega, keju dan krim kami bukan hanya untuk Malaysia tetapi untuk orang di seluruh dunia .


Antara restoran, kedai kek dan cafe yang mengunakan produk Anchor.


Mr Hunter Nottage as New Zealand High Commissioner to Malaysia and Brunei Darussalam berterimakasih dan gembira dengan pencapaian Anchor sehingga 133 tahun ni dan berbangga product ini telah terjual di 80 negara di seluruh dunia. Pencapaian yang sangat bagus bagi Fonterra - koperasi tenusu multinasional New Zealand yang dimiliki oleh kira-kira 10,000 petani New Zealand.


Mr Jack tan , Associate Director, Foodservice, Fonterra Brands Malaysia


Anchor Legendairy Contest

Sempena sambutan ulangtahun Anchor yang ke 133 Tahun ni, Anchor telah mengadakan satu contest untuk korang semua. Contest yang sangat mudah, dan korang mesti join ok..Contest ini bermula 1 October 2019 sehingga 5 January 2020, dan korang berpeluang memenangi hadiah sehingga RM50,000..ada dapat smartphone juga guyss. Contest ini kerjasama dengan lebih 1330 restoran, bakeries dan cafe di seluruh Malaysia dan Brunei yang mengambil bahagian di mana mereka menggunakan makanan atau manisan dengan produk Anchor ni.



Caranya mudah sahaja.
- Korang hanya beli makanan di kedai yang tersenarai dalam contest ini. Antaranya, Secret Recipe, Jombali, BBQ Chicken dan banyak lagi..Boleh tengok pada gambar di atas restoran dan cafe yang terlibat..
- Kemudian ambil gambar resit makanan yang korang beli tu. Contest ni hanya terima satu resit sahaja untuk satu penyertaan.
- Lepas tu gambar resit tu boleh terus hantar ke whatsup bernombor 010-9508205

Siap..senang kan..hantar resit banyak kali pun takpe..mana tau korang bertuah..nad pun nak join..hahaha..Nak tau lebih details berkenaan contest ni, korang boleh tengok di http://bit.ly/anchorlegendairyi


Anchor Food Professionals Partnership Bersama Malaysian Home Bakers, Caring Moms Malaysia

Menariknya lagi, sempena ulangtahun Anchor ni, Anchor Food Professionals mengumumkan yang mereka akan mengadakan 3 bulan partnership bersama kumpulan usahawan dari rumah iaitu CARING MOMS MALAYSIA.


Caring Moms Malaysia ni, merupakan satu group, dimana mereka membuat kek, kuih di rumah. Korang boleh tengok, semua ni la kek, biskut dan kuih yang dihasilkan oleh mereka dengan menggunakan produk Anchor. Nampak menarik kan semua.





















Nad dah rasa sebahagian kek dan kuih yang dihidangkan ini. Memang sedap.


Paling unik ialah karipap ni. Selalu kita nampak inti karipap kentang atau sardin je kan, yang ni siap ade carbonara mushroom, sambal petai you alls..hehee..

Bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2019, 20 Anchor Dairy Endorsed Bakery dari Caring Moms yang terpilih ini akan berkongsi kisah inspirasi mereka menggunakan produk Anchor Dairy dan membuat manisan dan makanan dari dapur mereka.

Melalui kerjasama ini, Anchor Food Professionals membantu dan memberi sokongan kepada home bakers dan berharap peserta dapat meningkatkan prestasi perniagaan mereka dengan menggunakan produk berkualiti tinggi Anchor Dairy dalam produk jualan mereka.


Memang meriah sambutan ulangtahun Anchor yang ke 133 Tahun ni. Kek cheese besar disediakan untuk ulangtahun ini.




Tahniah Anchor, kerana menyediakan produk yang berkualiti. Semoga Anchor terus maju. Dan sekali lagi, Happy Birthday Anchor..

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Anchor atau contest yang dijalankan, korang boleh layari
Website: http://bit.ly/anchorlegendairyi
Facebook: https://www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY/
Instagram: https://www.instagram.com/anchorfp.my/
hai assalammualaikum

Dah Beli Sorang Satu, Masih Nak Lebih - Bila dah ada anak dua orang ni, memang bila beli barang tak kira makanan, minuman, pakaian atau mainan, mesti kena beli untuk dua orang, tak bolehla sorang lain, sorang lian. Ada juga nanti yang kata, " nak dia punya, dia punya lawa" " nak dia  punya, dia punya best "..( juling mata jap )...Jadi sebelum terjadi perkara macam tu, kita beli untuk dua orang. Siap-siap cakap, " satu untuk kakak, satu untuk adik ye"..ok masing-masing faham. Bila sampai masanya, sornag punya dah habis, masihla nak ambil orang lain punya juga. Dah beli sorang satu, sorang tu masih nak lebih. Selalunya yang buat macam ni, kakak la. Haishh..



Situasi macam ni selalu jadi bila bab makanan la. Nad memang akan belikan sorang satu makanan yang sama. Lepas tu, nad akan pastikan, bila seornag dah makan jajan diaorang, seorang lagi kena makan juga. Tak boleh cakap tak. Tapi selalunya memang dua-dua akan makan bersama.

Biasalah, kakak mestilah makan laju, sebab dah reti kunyah semua tu. Adik makan lambat. Bila jajan kakak dah habis, mulalah dia datang dekat adik cakap " adik, kakak nak boleh "..bila mommy dengar, mommy terus cakap " Fariza, tu kan adik punya. Fariza punya dah habis kan. Jangan ambil adik punya. Mommy dah belikan sorang satu ye " ..

Korang tau, Fariza ni macam dah besar je. Ada je akal dia nak balas balik. " Mommy, aija ( Fariza) dah akap ngan adik, adik agi ".." Adik, itew akan ama-ama ye "..Mommy " Farizaaaa"..Terus lagi cakap kat adik " Adik , kakak nak boyehh "..Adik angguk. Memang masa ni nad dah nak gelak tapi tahan. Adik pun angguk jela, dia tau ape..eee..sabo jela Fariza pun cakap " hah, mommy, adik kasi "..Mommy senyap..malas nak berleter lagi ye..

Anak-anak, kejap elok, kejap datang kedekutnya. Fariza ni lagi la tak bagi adik dia semua barang dia. Melainkan mood dia baik giler, baru boleh kongsi.

Bukan kita tak ajar, dah ajar. Cakap dah lembut. Tapi budak-budak ni memang dengan pendirian dia kan. Nad sebagai mak, memang kadang baca macam mana nak ajar naakk berkongsi, atau jangan ambil hak orang lain. Tapi bila dalam realiti, takdenya diaorang nak dengar. Bukan nad seornag je, pasti ramai ibu bapa yang mengalami masalah macam nad..huhu.

Ada terbaca, dah besar nanti okla. Tapi tetap kena ajar juga dari sekarang. Kena berkongsi dengan adik, dan jangan ambil hak adik.
hai assalammualaikum

Penjual Aiskrim Turki, Buat Trick Atau Permainkan Pelanggan - Selalu, nad tengok je dekat youtube, dekat media sosial berkenaan penjual aiskrim Turki ni. Video menunjukkan mereka menjual aiskrim, lepas tu dia buat trick, dia bagi dekat pelanggan, kemudian pelanggan nak ambil aiskrim tu,tapi dia tak bagi-bagi.Nad tengok memang kelakar, macam terhibur tapi lama-lama geram pulak. Yela, lambat betul nak baginya. Baik beli aiskrim yang dekat motor tu, pilih dah dapat..hahaa


Mungkin, itu memang cara diaorang. Sebab nad baca dekat tempat asal diaorang, Turki, pun diaorang buat macam ni. Memang unik dan lain daripada yang lain.  Penjual aiskrim tuakan melakukan pelbagai gelagat untuk menarik perhatian  pelanggan. Pelanggan akan tertarik atau terpaku dengan aksi bersahaja pembuat aiskrim Turki tu. Apa yang tertarik, aiskrim takkan jatuh pun. Kalau dulu mungkin terpaku, tapi tengok lama-lama macam annoying..

Yang nak rasai boleh je, tapi bagi nad, nad taknak. Haritu, mr mafia, suruh try beli aiskrim Turki ni dekat Bukit Bintang. Tapi, nad cepat-cepat tolak..hahaa.. Sebab dah tau cara dia macam mana. Jadi, nak bagi happy anak, nad suruh Fariza pergi ambil aiskrim tu. Dia tak tau lagi, yang dia tau " yeahh aiskrim, Fariza nak aiskrim coklat mommy "..hah ikutkan jela..hehehe..

Weii aiskrim dia bukan murah oii, satu jenis aiskrim tak silap RM7..bapaklaaa...Kalau nak macam-macam jenis RM10 agaknya..eh betul ke..eh rasanya iya kot...Tu mr mafia cakap " Tak mau, tak mau tu" sebab taknak banyak perisa aiskrim, ambil satu je. Tu saja nak bagi naak merasa.


Nad memnag bukan penyabar ye. Dan tak suka dipermiankan depan khalayak ramai. Yes, tengok macam wow, kelakar, sebab nad sendiri gelak masa anak nak ambil aiskrim tu tapi tak dapat-dapat..hahaha.. Jahat kan mommy ni, gelakkan anak..hahaha. Terhibur jugala..Tergalk besar pulak..

Kesian anak kita. Blur tak tau pasal ape. Blur kenapa orang ni taknak bagi aiskrim dia..hahaa..Allahuakbar, penyabar betul anak kita ni wak. Tetap layankan penjual aiskrim Turki tu. Takpe, pengalaman ye Fariza..hehee..Dan akhirnya, dia dapat juga..heheehe..

Tengok video tu balik, nad masih gelak lagi..hahahahha..kejam..
hai assalammualaikum

Kids World Tempat Permainan Kanak-Kanak Bertukar Baru Di Tesco Ampang - Macam biasalah, kalau ada masa terluang, mesti pergi Tesco Ampang dan bawak budak-budak ni pergi bermain dekat tempat permainan kanak-kanak. Tak jemu datang sini, sebab Tesco ni ada macam-macam yang boleh tengok..hahaa. Asal datang je mesti ada benda baru. Selalunya, hujung minggu akan bawak anak-anak pergi ke taman permainan, tapi disebabkan jerebu, kitaorang bawak main dekat dalam Tesco ampang. Ada tempat mainan anak-anak nama dia Kids World. Sampai je, tengok, pergh dah lain. Tempat permainan dia dah bertukar. 

Kalau sebelum ni, hanya ade permainan jenis aingin besar tu, kemudian ade tempat bola jaring dan tempat gelongsor..Lain, ada rumah, macam biasa je la. Tapi sekrang, tempat dia dah macm tama permainan dekat playland kids shopping mall besar tu..huhuhu..Siap kena pakai stokin nak masuk, yela tempat macam ni memang kena pakai stokin, untuk jaga kebersihan..Dasyat Tesco Ampang ni.

Bab harga takyah cakap la..Kalau sebelum ni harga bawah RM10, sekarang harga lebih RM10..kalau hari weedays, harga RM12, kalau weekend harga RM15..hahaha..gitu kau..Udahnya kalau nak masuk, tunggu mak kau gaji masyuklaa..Kalau dah dua orang mau puluh ringgit dah..hahaha..Kalau tak bawak stokin, diaornag ada je jual stokin, RM2..




Haritu dapatla gaji, ada la duit lebih. Bawakla anak-anak masuk Kids World Tesco Ampang ni. Masa tu nak beli barang sekali. Ok juga la permainan baru ni. Ada bola kecil, gelongsor, pastu ade buaian, ade lompat-lompat..Takdela bosan mana..Anak-anak lagi gembira..

Dekat luar pun ada permainan baru ditambah.

Tesco Ampang dah macam tempat shopping mall dah..


Nah layan video adik dan kakak enjoy dekat Kids World Tesco Ampang.