hai assalammualaikum

Pembersih Muka Dashing Untuk Lelaki Aktif - Lelaki yang aktif memang perlukan penjagaan yang sempurna untuk dirinya agar kekal tampil bergaya dan berkeyakinan diri, tidak kira aktif semasa bekerja atau bersukan. Dengan adanya pencuci muka dashing ni, tak ada yang mampu menghalang lelaki daripada melakukan sesuatu.

Penjagaan diri bukan sahaja dari segi kesihatan, malah kebersihan diri juga sangat penting. Bagi lelaki yang aktif, penjagaan kulit muka amat penting supaya kelihatan bersih dan bersinar. Seperti husband nad, selain bekerja sebagai jurugambar, dia juga aktif bersukan..tidak kira tempat dengan habuk disana sini, kulit mr mafia memang berminyak, bila jumpa client nampakla mukanya yang berminyak tu. Jadi memerlukan pembersih muka yang khusus supaya muka sentiasa dalam keadaan segar dan selesa semasa bekerja.


Dashing jenama penjagaan peribadi lelaki nombor satu Malaysia, Dashing telah bekerjasama dengan Machester City Football Club, pasukan paling pantas berkembang dalam liga premier bagi nenghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan untuk semua pencinta sukan di Malaysia. Hero-hero zaman sekarang merupakan lagenda dalam arena sukan yang mempunyai tarikan gaya tersendiri dan sangat menjaga penampilan diri. Antaranya ialah Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.


Dashing memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinpirasi dan disokong oleh Machester City Football Club. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindakbalas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.

Pembersih muka Dashing boleh didapati dalam pek100g pada harga  RM 10.90 dan 50g pada harga RM6.90.

Terdiri daripada lima produk yang direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki




ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.




OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.



EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.




ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!




WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!




PERADUAN SMS DAN MENANG
Bagi menggandakan keterujaan anda, Dashing juga sedang menjalankan peraduan di seluruh Nagara dan akan memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma!! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akdemi dan peluang mendekati para pemain pasukan pertama jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi enonton perlawanan secara langung ( LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.

Ia merupakan peraduan menggunakan SMS yang mudah dan anda hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir 31 Disember 2015.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Sering dengar pasal produk ini. Nice review :)

    ReplyDelete
  2. Orang lelaki sekarang yg sporty ada banyak pilihan. Kalau dulu pencuci muka untuk lelaki alamak ai susah nak cari

    ReplyDelete
  3. Nak kena belikan untuk asben nampaknya....hihi

    ReplyDelete