Hujan Duit Banjiri Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 - Festival Raya berskala nasional dan antarabangsa, Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026, bakal mencipta fenomena tersendiri apabila berlangsung selama 88 jam tanpa henti di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL) bermula 12 hingga 15 Mac 2026.

Menggabungkan elemen keagamaan, perniagaan, fesyen, kecantikan serta hiburan patuh Ramadan, festival mega ini tampil dengan konsep unik “masuk bila-bila, raikan Raya tanpa henti”, sekali gus memberi kebebasan kepada pengunjung untuk hadir pada bila-bila masa sepanjang penganjuran.
AEON MALL Raikan Tahun Baru Cina Dengan Inisiatif CSR Prosperity Blossom: Bila Perayaan & Keprihatinan Komuniti Bersatu - Kalau sebut Tahun Baru Cina, mesti kita terus bayangkan suasana yang meriah, warna merah di mana-mana, tanglung, bunyi mercun dan tarian singa yang mengasyikkan. 

Bertempat di AEON MALL Bukit Tinggi, pada 7 Februari yang lalu, AEON MALL menganjurkan sambutan Chinese New Year Prosperity Blossom yang menggabungkan elemen warisan budaya dengan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Bukan setakat hias mall atau persembahan semata-mata, tetapi satu usaha ikhlas untuk memberi kembali kepada komuniti.
Philips Airfryer 5000 Series Steamfry - Kalau ikutkan sekarang ni, airfryer bukan lagi benda pelik dalam dapur orang Malaysia. Rasanya hampir setiap rumah mesti ada sekurang-kurangnya satu. Saya sendiri pun antara yang tak boleh hidup tanpa airfryer sebab senang, cepat dan jimat masa. Tapi bila Nad hadir ke pelancaran Philips Airfryer 5000 Series, terus rasa macam, wow airfryer ada steam la.

Philips Domestic Appliances secara rasmi memperkenalkan Philips Airfryer 5000 Series. Pelancaran ini bukan sekadar launch produk biasa, tapi lebih kepada memperkenalkan cara baru untuk kita masak di rumah. Philips siap guna istilah “fry-volution” dan lepas tengok sendiri demo masakan, Nad faham kenapa mereka yakin dengan ayat tu.

Nombor Telefon di Google Maps: Cara Mudah Jejak Orang Tersayang



Mengesan lokasi telefon bimbit bukan lagi perkara mustahil dalam zaman teknologi sekarang. Ia boleh jadi sangat berguna dalam beberapa keadaan seperti kehilangan telefon bimbit atau situasi yang memerlukan anda mengesan lokasi keberadaan ahli keluarga atau kawan terutamanya ketika mereka berada di luar rumah.

Selain menggunakan peralatan khusus penjejak lokasi, anda juga boleh menggunakan Google maps kesan kedudukan melalui nombor telefon.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2