hai assalammualaikum


7 kunci kebahagiaan hidup - Kalau kita nak bahagia, buatlah sesuatu perkara yang boleh mengembirakan diri kita. Bukan yang boleh menyakitkan hati lagi..huhuhu..ni dia 7 kunvi kebahagiaan hidup yang boleh kita lakukan

1) Jangan membenci sesiapa pun walau ada yang menyalahi hakmu.
- macam nad la, pernah suatu masa nad dimalukan dalam facebook hanya perkara kecil, memang marah, benci, tapi tak lama..dalam hati lantak kaula nak buat apa, yang penting ada benda lain yang boleh gembirakan nad. Dan nad takkan  benci orang tu pun, sebab dalam hati Allah akan balas perbuatan kau. Buat apa kita susah-susah nak balas..hahha..

2) Jangan pernah bersedih secara berlebihan - Nangis memang nangis, tapi pada masa sama,layan cerita running man atau layan lagu..hilang sedih tu..hahaha..itulah nad buat..nad tak fikir sangat masalah tu.

3) Hiduplah dalam keserdahanaan - Yup, hidup dalam sederhana dan tak berapa mewah..duit, lebih baik simpan.

4) Jangan memutus doa untuk saudara mukmin - Ini paling penting, walaupun takda orang doakan kita, biar kita doakan orang tu. Kita dapat pahala.

5) Perbanyakkanlah memberi walaupun tengah susah - Bila kita memberi, Allah akan balas dengan berlipat ganda. Pernah dengar cerita kan, orang tu tak banyak duit, tapi dia tetap tolong orang susah, dan akhirnya ada gandaan lumayan yang datang dekat dia.

6) Tersenyumlah walaupun hati sedang menangis - Ni nad selalu buat. Walau tengah sedih, taknak fikir sedih tu, tersenyum bagi hati ni sejuk.

7) Berbuatlah kebaikan - Sentiasa buat baik dekat orang. Insyallah, hati kita akan sentiasa bahagia.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. susah nak buat tu..nak hilangkan benci pada orang yang dah luka kan kita memang kalau akak ambik masa la..Tambah akak ni pendendam orang nya..InsyaAllah..akan belajar untuk berubah..

    ReplyDelete
  2. nice sharing..salam jumaat :)

    ReplyDelete
  3. tersenyumlah walaupun hati sedang menangis..huhuhu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2