hai assalammualaikum

Biar Kotor, Dia Tengah Peka Dengan Persekitaran -Gembira tengok anak membesar depan mata. Bersyukur dapat jaga anak sepenuh masa. Lagi syukur nad masih lagi dapat susukan dia dengan susu badan. Ya, nad tak bekerja dan direct feeding je ke Fariza. Orang cakap baby yang susu ibu ni aktif sangat. Fariza semakin hari bertambah cerdik. Dia semakin peka dengan persekitarannya. Dia suka sesuatu yang lucu dan mula belajar meneroka. Dia dah tau port mana nak pergi sebab tempat tu dia dah selalu pergi dan lihat. Bila dia nak pergi tu, dia terus pergi tanpa agak-agak.

Fariza hampir ke 10 bulan. Pergerakan tangan dan kaki semakin pantas.Bermakna dia boleh lakukan apa-apa aktiviti dia suka.Kalau kita larang mesti marah. Ya!! dia dah pandai marah sekarang..huhu. Sesetengah ibu bapa, akan bising bila anaknya jalan sana sini disebabkan baju akan kotor. Tapi bagi nad, biarlah kotor, asalkan dia buat sesuatu untuk dia belajar. Melainkan tempat yang dia tuju tu membahayakan dia, memang kita akan larang.


Fariza setakat ni belum boleh merangkak. Tapi dia dah maju ke depan, dah duduk sendiri dan berdiri..adoii habis kalau anak dara dah berdiri. Lasak dia jangan cakapla. Bila dia meniarap, laju je maju dia. Tengok je baju dia kotor macam mana. Ni nasib sikit, sebab nad mop lantai. Kalau tak mop mau hitam sangat. Rumah tepi jalan, memang mudah kena habuk dan kotor.


Bahagian kaki, lagilah jangan cakap. Nad takkisah pun. Baju kotor pun leh basuh. Nanti bolehla hilang.Nad memang bagi kebebasan dekat anak untuk meneroka. Tapi kalau sampai tak bagi mommy dia nak update blog memang geram juga..hhahaa..


Ni lagi best, tangan dia, sampai hitam. Gara-gara pegang kipas yang kotor, tak pun celah-celah yang kotor. Budak apa tau, dia tau benda tu nampak menyeronokkan bagi dia. Dia tak tau benda tu kototr ke apa. Nad la kene tegur dia, walaupun dia tak paham lagi..hahaa..

Semua ni takpe untuk dia mengenal, menyentuh sesuatu benda. Nad la kena peka dengan dia, tengok apa dia buat. Kalau benda tu selamat ok biarkan. kalau tak selamat, nad amik letak tempat selamat. Sekarang tengah fikir, nad beli pagar atau playpen untuk dia. Bukan sebab dah tak bagi merayau, cuma nak buat kerja pun susah..heeheh..
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. lepas ni dapat jalan, habis la rumah dia teroka.. hihiiii..

    ReplyDelete
  2. Bagus mommy nadia...bagi dia puas2 meneroka tu...

    ReplyDelete
  3. bila dia boleh jalan, jenuh laa kak nad nk mengejarnya..hihi

    ReplyDelete
  4. sat g dapat kaki lg jenuh nak kejar tp masa tu seronok!

    ReplyDelete
  5. Masa fasa meniarap dan merangkak memang baju akan kotor ... Huhuhu ... Bertabahlah mommy ...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2