hai assalammualaikum

Jom Ke Jepun Sempena Ohara Matsuri - Bila kau teringin nak pergi Jepun, tapi tengok duit poket tak cukup, tapi kau nak rasa juga macam berada di Jepun, hah ini la masanya..hehehe. Masa ni la korang kena bergambar sebanyak yang boleh, sebab dua hari je korang dapat rasa berada di Jepun. Dekat mana?? Hah!! ..dekat Citta Mall sempena Ohara Matsuri.

Ohara Matsuri Citta Mall


Apa itu Ohara Matsuri?? Ohara Matsuri sebenarnya bermaksud Autumn Festival di Jepun. Ia adalah sambutan perayaan di mana pelbagai kebudayaan , lagu dan tarian dengan pelbagai aktiviti bertemakan budaya Jepun yang korang boleh rasai.  Nad dan beberapa rakan blogger dah merasai pengalaman budaya dan suasana di  Jepun sempena Ohara Matsuri ni, korang jangan lepaskan peluang. Seronok sangat tau. Ni antara aktiviti yang nad lakukan sempena Ohara Matsuri di Citta Mall.

Aktiviti Seperti Di Jepun Sempena Ohara Matsuri Citta Mall

Lepak Santai di Jombali



Sebelum itu kami semua lepak di Jombali untuk basahkan tekak dan alas perut sikit. Orang cakap lepak santai sebelum ke dunia Jepun..hehee. Datang sini, korang kena rasa  aiskrim kelapa dengan topping jagung dan kacang  ni. Penuh dengan isi yang sedap. Rupa dia macam Sangkaya. Yummy!!!..



Ada juga jeruk asam mangga ni dekat sini..hehehe..Yang sup tu korang kene cuba juga..sedap juga.

Baju Kimono di Citta Mall Snowman Village


Ok jom kita ke Jepun. Banyak dekorasi suasana Jepun korang akan dapat lihat di sini..hehee. Pertama sekali,Selamat Datang ke Citta Mall Snowman Village. Dekat sini aktiviti yang paling best sekali iaitu pakai baju kimono. Akhirnya dapat juga pakai kimono, baju Jepun tu kau. Aktiviti yang memang ditunggu. Yela, sebelum ni kalau nak pakai, kena pergi Jepun, nah!! dekat Citta Mall korang boleh pakai kimono ni secara free je. Wajib tau!!....Korang pergi ke tingkat satu dan nampak kawasan Citta Mall Snowman Village. Ada dekorasi patung snow ni. Feeling seperti di musim salji gitu..





Jangan risau, ada orang tolong pakaikan baju ni. Memang amik masa, tapi disebabkan teruja, nad tetap sabar..hehee. Bila pakai kimono ni, memang rasa terus dekt Jepun, sebab hiasan dia, reka bentuk seperti di Village Jepun..hehe..Terus terkeluar ayat ..hait!! Konichiwa..Ohaiyoo..hehee..


3D Art Wall Painting / Trick Art





Seterusnya korang boleh bergambar di 3D Art Wall Painting di sepanjang tingkat satu di Citta Mall. Korang jangan lepaskan peluang, bergambar la dengan rakan-rakan dan keluarga..hhehe..Background dia semua cantik-cantik, seperti korang betul-betul berada dekat situ. Lagi cantik kalau korang poses dengan kreatif..hehe..


Ada dekat daun berguguran, depan gunung dan paling lawak jatuh bangunan tu..hehee..Alloo Fariza relaks je, maknya over siap riak muka senyum pulak..lorrr..

Restoran Tokyo Kitchen Japan


Masa untuk makan. Setelah penat, perut pun nak diisi. Kami semua di bawa ke Restoran Tokyo Kitchen. Selalu makanan jepun, nad rasa shushi je, tak pernah pulak rasa menu lain. Harini, nad dapat rasa makan-makanan Jepun yang lazat dan enak. Memang dah lama teringin nak rasa makanan Jepun. Korang pun boleh cuba, memang puas hati makanan dekat sini.




Masuk dalam restoran ni dah macam berada di Jepun. Restoran ni berada di Ground Floor ye.





Ni antara menu yang ada di Tokyo Kitchen. Ya Allah, memang membangkitkan selera. Ada sashimi, set bento, teppanyaki, shushi dan banyak lagi. Semua menu ni nampak mengiurkan. Perut pun dah berbunyi, apa lagi, makanla. Yang sup tu Fariza boleh makan. Jangan risau, restoran ni " Pork Free " dan Halal..hehee..

Manjakan Diri Di A Beauty Secret Studio


Dah puas bergambar, perut dah kenyang, sekali sekala nak manjakan diri bolehla pergi ke A Beauty Secret Studio. A Beauty Secret Studio telah beroperasi di Citta Mall selama lebih daripada 5 tahun.  Dekat sini, korang bukan sahaja boleh buat rawatan rambut malah menyediakan perkhidmatan full package, dari rambut,muka, badan kuku dan kaki. Kebanyakan produk di sini menggunakan barangan daripada Jepun.





Istimewanya kedai ni, bagi orang Melayu , kalau korang nak buat kuku, mereka ada sediakan produk Halal iaitu sejenis kuku Inglot. Macam inai la gitu. Tapi ada banyak warna. Mudah ditanggal.Dan untuk urutan, ada satu urutan yang menarik minat nad, iaitu urutan Lympahatic Drainage iaitu rawatan Ovari dan Uterus. Pertama kali dengar ada rawatan ni kan..ehhee..Kalau korang nak cuba boleh datang ke sini.


Bukan ni sahaja, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Apa nad buat hanya preview sahaja, hanya setengah je. Event sebenar adalah pada 26 dan 27 November ni. Bawakla anak-anak korang enjoy dekat sini, sebab aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan. Mesti diaorang seronok habis.

Korang boleh datang dan menyertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini pada majlis 'Ohari Matsuri' di Citta Mall. Terima kasih kerana Citta Mall untuk event ni, saya seperti berada Jepun.



Untuk maklumat lanjut mengenai acara Ohara Matsuri, sila layari laman
Ohara Matsuri Citta Mall
Date: Saturday, 26th – Sunday, 27th November 17
Time: 11am – 6pm.
Venue: 1st Floor, Citta Mall

Citta Mall
No.1, Jalan PJU 1a/48
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301, Petaling Jaya
Tel:  +603- 7662 5000

Operations hours:
Mon – Sun: 10am -10pm

Facebook : CITTAMall
Instagram : @cittamall


SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Wahh !! betul2 manjakan diri ni kak

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnyee kak nad..fefeeling japan gituuu

    ReplyDelete
  3. Terliurnyaa tengok aiskrim kelapa tu. Hehee. Comel kak Nad pakai kimono :)

    ReplyDelete
  4. Nampak mcm real je nad bergambar kat 3D wall tu, cantik!

    ReplyDelete
  5. Wow,menarik ni! Dah lama teringin nak posing sambil pakai kimono,hehehe

    ReplyDelete
  6. nak rasa makanan jepun. rare sngat tengoknya hehe...nasib baik kimono tu free.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2