SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU

in , by Nadia Johari, 10:31:00
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Buat Diriku

18 Julai 2020

Officially, 32...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia sehingga ke harini. Dapat merasai setiap fasa kehidupan. Masih diberi nafas dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama orang tersayang. Semakin hari usia semakin meningkat. Mungkin tak semua apa kita nak tercapai, tapi kita cuba usaha untuk dapatkannya.




Banyak yang aku belajar tentang kehidupan ni. Lagi bila dah menjadi ibu. Banyak sangat yang aku kena belajar, tapi berharap dapat menjadi anak yang baik, menjadi isteri yang baik dan menjadi ibu yang baik.

Masih merenung sejenak.. memikirkan apakah segala amalan kebaikan seiring dengan usiaku ini.. Namun yang berlalu telahpun berlalu.. masa yang telah pergi pastinya tidak bisa dikembalikan…Cuma teruskan ke hadapan. Pandang ke depan dan keep moving..

Terima kasih Ya Allah, dipinjamkan nyawa ini di dunia ini, mengharungi hidup penuh liku, cabaran dan dugaan… daku memohon pada-Mu ya Allah, berikanlah daku kekuatan menghadapi segala ketentuan-Mu ya Allah… daku memohon agar diriku sentiasa di bawah rahmat dan lindungan-Mu.. bimbinglah daku agar sentiasa berada di jalan-Mu yang lurus lagi benar… berikanlah petunjuk-Mu kepadaku dalam menentukan sesuatu di dunia ini… peliharalah diriku agar istiqamah dalam melaksanakan perintah-Mu… ya Allah, moga pertambahan usia ini juga akan dimanfaatkan dengan lebih mendekatkan diriku kepada-Mu ya Rabb… Aamiiin ya Rabbal Aalamiiin…

Terima kasih juga kepada Mak, ya mak yang melahirkan ku. Menjaga dan membesarkan ku. Semoga Allah merahmati mak dan memanjangkan usia mak.

Terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang wish dan mendoakan ku.. Semoga kita kekal bersahabat walaupun tidak kira di dunia nyata atau alam maya. Semoga korang semua sentiasa dirahmati.

Terima kasih...
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Happy Birthday Sis. Semoga Dipanjangkan Umur Dan Sukses Selalu. Harap Impian Sis Akan Tercapai Semuanya.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi Nad. Semoga kehidupan sentiasa di lindungi Allah dan dirahmati..

    ReplyDelete
  3. Betul tu
    Jarang2 kita wish bd untuk diri sendiri
    Selamat hari lahir yang ke- 23
    eh 32 ek

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Jadi. 32 muda lagi kan. :)

    ReplyDelete
  5. wow dah 32 ke? haha.
    Birthday kita sama bulan lah.

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah...sama la umur kita,heheh
    selamat hari lahir

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2