hai assalammualaikum


Dah beberapa hari tak update blog, mood dah nak kelaut..tapi ade gak blogger tolong tarikkan ke darat..hehhee..asal nak menaip dan blogwalking pasti ade yang mengacau, yang membuatkan jiwa tak tenteram. Apa nak buat inilah hidup. Dah lama nampak iklan Fear Factor Malaysia ni dekat tv, memang tak sabar nak tengok, sebab dulu nad rajin update pasal Fear Factor Selebriti Malaysia sebelum ni.  Rancangan realiti Astro Fear Factor Malaysia bermula 15 Februari 2014 bermula pada 9.00 malam setiap sabtu dan ahad. Fear Factor Malaysia 2014 turut menjadikan Aaron Aziz selaku pengacara atau hos rancangan ini. Siaran turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD

Fear Factor Selebriti Malaysia menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.Kalau sebelum ini peserta adalah dikalangan selebriti, kelainan pada musim ini, 16 orang peserta di kalangan selebriti akan bergandingan dengan orang biasa yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

Senarai rasmi biodata peserta Fear Factor Malaysia musim kedua tahun 2014. Pada kali ini kumpulan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Group A dan Group B. 




Rancangan realiti Astro Fear Factor Malaysia 15 Februari 2014. Siaran turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD bermula pada 9.00 malam setiap sabtu dan ahad. Fear Factor Malaysia 2014 turut menjadikan Aaron Aziz selaku pengacara atau hos rancangan ini.( ooh Aaron ku ). Kejayaan Fear Factor Selebriti Malaysia tahun lepas yang menyaksikan juara Dazrin Kamarudin dan Hairul Azrin membawa pulang RM200,000. Fear Factor Malaysia kali ini dibuat di Amerika lagi kerana segala cabaran yang peserta lalui perlulah ada pakar yang terlatih. Musim terbaru ni terdapat 36 cabaran di  26 lokasi dan hadiah lumayan yang dimenangi sebanyak RM 200,000. 

Cabaran pertama yang dilalui oleh para peserta ialah Jongkat Jongket langit. Dua peserta setiap kumpulan diletakkan di atas itu. Setiap kumpulan perlu mengalihkan bendera satu persatu diberi kepada pasangan. Masa diberi 3 minit. Setiap peserta yang jatuh masa dikira tamat. Cabaran kedua ialah perangkap tikus. Seorang peserta dalam setiap kumpulan akan dimasukkan dalam bakul besar dan di dalamnyer di letak tikus. Seorang lagi peserta perlu mengambil kunci di dalam bakul yang digantung dengan memasukkan buah ke dalam bakul yang disediakan. Cabaran ini telah dimenangi oleh pasangan norman, pasangan sari yanti dan pasangan dira. Pasangan norman dan pasangan sari yanti mendapat imuniti. Pasangan Sari yanti juga telah mendapat RM 10,000. Pasangan yang mendapat imuniti tidak perlu membuat cabaran ketiga. Cabaran ketiga pula ialah jatuh tergelincir. Sebuah kereta yang digantung di ketinggian 30 meter. Setiap ahli pasukan akan bersaing dengan pasukan lain. Peserta itu perlu keluar daripada kereta dan mengambil bendera di luar kereta depan dan belakang kemudian masuk semula dalam kereta dan membunyikan hon supaya masa ditamatkan dan ini merupakan pusingan penyingkiran.



 Episod pertama kumpulan Ungku Ismail dan Fify telah tersingkir.








SHARE 3 comments

Add your comment

  1. wow teringin nak masuk..aritu dpt offer tp tolak sb tkt tak mampu haha

    ReplyDelete
  2. jongkang jongket langit tu, seriau lak tengok.. sebab saya gayat.. hihi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2