hai assalammualaikum


Mojo And Caliph Busker Dapat Tepukan Berdiri Daripada Penonton - Semua bagai tak caya, terpegun, terpesona dengan persembahan Mojo dan Caliph Busker. Terkejut dengan lagu yang dibawa oleh Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers yang menggantikan Aweera. Suara yang mantap setanding dengan penyanyi asal..perghh.,macam mana orang tak menjerit dan berdiri memberikan tepukan yang gemuruh kepada group merka. Semua bagaikan tidak percaya bahawa penyanyi itu mampu membawakan lagu Roman Cinta dengan baik sekali..

Caliph Busker merupakan penyanyi orang kurang upaya yang buta penglihatan. Masing-masing mempunyai kebolehan bermain alat muzik disamping mempunyai suara yang sedap. Orang cakap jangan pandang pada fizikal, tengok kebolehan mereka..Sebab mereka berbakatla Edry ajak mereka ke AJL29..dan tak sia-siala sebab mereka mendapat persembahan terbaik malam itu. Ia merupakan satu sejarah dan kelainan dalam Anugerah Juara Lagu 29 kali ini.

Caliph Buskers terdiri daripada lima orang iaitu:
  • Nirwan – Guitaris
  • Zaki – Guitaris/Vocalis
  • Azmi Saat – Bassis/Vocalis
  • Fendy – Cajon/Vocalis
  • Rubiana – Shaker/Vocalis
Tahniah Edry..Tahniah Mojo dan Caliph Busker...



Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta




SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Tahniah buat mereka..anugerah dan rezeki buat mereka

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat mereka..anugerah dan rezeki buat mereka

    ReplyDelete
  3. Walaupun oku buta tp ada suara power.. caya lah..=D

    ReplyDelete
  4. mmg power suara dia... meremang dengar masa dia tarik suara tinggi tu kan...

    ReplyDelete
  5. Yui pun time kat umh tgah berdiri.mehmeh

    ReplyDelete
  6. Untung orang suara sedap nih..:)

    ReplyDelete
  7. bakat mcm ni yg org hargai ...

    ReplyDelete
  8. rezeki dorang malam tu kan?memang sepatutnya dapat tepukan macamtu..persembahan dorang marvellous!!

    ReplyDelete
  9. They did a very excellent performance, memang salute habis kt depa

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2