hai assalammualaikum

Resepi Midin Blogger Daus Redscarz, Ditukar Kepada Resepi Paku Pakis - Haritu ternampak abang daus post gambar syur serupa macam paku pakis. Tapi kak Suria cakap tu bukan paku pakis, tapi sayur midin yang hanya ada di Sarawak sahaja. Jadi nad komen la, apa rasa bila masak, resepi..hahaha..Abang daus post buat entry pasal Resepi Midin ni. Betul tak, rupa sayur midin ni macam paku pakis kan. Nad ni dahla suka makan paku pakis. Selalunya nad masak lemak pucuk paku, atau paku pakis tumis cili padi. Jadi kali ni, nad tirula resepi midin abang daus ni..hahaha..


Ni paku pakis yang nad beli dekat pasar. Lama tak makan sayur paku pakis ni. Sebabnya kadang malas nak memotong sayur ni. Nad beli satu ikat. Disebabkan dah teringin, Nad beli jela...hahaha..



Bahan-bahannya
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan
- Cili padi
- Air
- Garam secukup rasa

Cara membuatnya
- Tumbuk atau blender kesemua bahan di atas. nad guna lesung je..gigih tak gigih menumbuk..hahaha
- Tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
- Bubuh garam secukup rasa
- Masukkan sayur Paku Pakis. Gaulkan sehingga rata.
- Bubuh sedikit air untuk dijadikan kuah.
- Dah mendidih, boleh angkat.


Ni la rupanya Sayur Paku Pakis Belacan Cili Padi..hahaha..Kuahnya nampak tak pekat mungkin nad kurang letak belacan. Lepas ni boleh bubuh belacan lebih sikit. Ok boleh makan dengan ikan goreng..jemput makan semua..

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Wahhh sedappnyaaa... terbaek !!

    ReplyDelete
  2. Salam kepada semua orang, nama saya ialah Rodney T. Bendel yang bermastautin di 823 Timbercrest Road Kodiak, AK 99615. Saya bapa 3 anak, saya kehilangan isteriku 4 tahun yang lalu (16 Mei 2015), saya dari Tucson, Arizona . Saya amat berterima kasih kepada SYARIKAT PINJAMAN STAR kerana memberikan saya pinjaman yang saya minta. Jumlah $ 120,000 AUGUST, 2017 untuk membayar gadai janji dan memulihkan perniagaan saya yang telah mati dan, melalui bantuan Encik Morrison Webb yang merupakan pengarah syarikat. Mereka menyelamatkan saya daripada kehilangan rumah saya. Mesej ini mungkin membantu anda di luar sana memerlukan pinjaman tulen yang lain untuk anda tidak jatuh ke tangan yang salah atau menunda diri anda daripada mendapatkan pinjaman, sambil mencari pinjaman yang bertanggungjawab, nasihat saya kepada anda adalah untuk menghubungi ini syarikat melalui e-mel: customercare@thecitibank.com, nombor mudah alih: +1 (213) 297-4949 atau laman web; http: //www.thecitibank.com/

    ReplyDelete
  3. You have a great recipe here! This is perfect for my husband. Its also good to have a new food for them. Thanks for sharing your magic.
    벳컨솔루션

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2