hai assalammualaikum

Jangan Terlalu Manjakan Dan Terlalu Garang Dengan Anak - Sebelum ni, takda anak, nad tengok ibu bapa layankan anak ada yang dimanjakan sangat dan ada yang terlalu garang sangat. Terjadi depan mata juga setiap hari..hahaha. Kalau sebelum ni, nad dah fikir, kalau ada anak,taknak buat macam diaorang buat. Tapi bila ada anak sendiri,, baru tau nak ajar anak ni bukan senang. Nak bagi dia dengar cakap kita, dan taknak terlalu manjakan dia sebab takut dia akan naik kepala. Jadi, nad belajar sikit-sikit cara nak balancekan manja dan garang dengan anak ni.

Semua orang sayangkan anak mereka sendiri tetapi jangan terlalu manjakan anak secara berlebihan sehingga anak menjadi kurang ajar,degil dan taknak mendengar kata. Garang pun tak boleh terlalu garang, sebab dia akan takut dengan kita atau bila besar, dia lawan cakap kita balik, sebab kita dah selalu nampak sifat garang tu dari kecik. Budak-budak kan akan tiru apa ibu bapa dia buat dari kecik lagi.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Budak dengar kata. Datang tantrum tak layan..hahaa

Kita garang sebab dia lakukan kesalahan, tapi lepas tu kita pujuk dia balik dengan suara lembut. Jadi dia akan dengar apa kita nak dia buat, jangan buat apa yang tak patut.

Manja Dan Garang Perlu Seimbang

Macam Fariza, yup, kadang nad garang dengan dia, bila dia buat benda yang nad tak suka. Memang kadang nad pukul, nad cubit, tapi takdela kuat, bila dia buat salah. Yup dia akan nangis, tapi lepas tu nad cakap lembut, ni macam ni, ni tak boleh, ni kemas balik, jangan campak barang. Benda ni tak boleh sekali, kena berkali-kali biar dia ingat. Alhamdulillah, Fariza memang dengar kata.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Berdikari sendiri

Sebenarnya, sebelum ni pun nad manjakan Fariza sangat, tapi mr mafia yang didik dia dengan cara betul, dengan cara garang tapi dalam masa sama sayang dia. Bukan garang, tapi endahkan dia. Takut besar dia tak jadikan mak ayah ni sebagai kawan. Kang meluahkan perasaan dengan kawan luar. Lagi susah kan. Biasalah naluri, mak-mak, akan sensitof, nangis bila tengok anak kena marah, tapi kena paham juga kenapa kita buat macam tu.

Hukum mereka jika mereka melakukan kesilapan seperti memukul,tidak mendengar cakap atau melawan,meninggikan suara,merampas mainan orang atau lain-lain lagi. Dengan menghukum,tidak bererti tak sayang anak,malah jika sayang anak lah harus mendidik mereka supaya mereka membesar dan mempunyai akhlak yang baik dan bagi pengajaran pada mereka.

Paling penting adalah anak kita belajar erti tanggungjawab. Mereka tak tahu yang setiap yang berlaku akan kesan dan akibatnya, tapi apabila mak ayah tak tunjukkan akibat dan kesannya, macam mana anak nak tahu kan? Contoh, Fariza, masa makan, lap dekat baju, mr mafia ajar, lap dengan tisu, sampai sekarang bila tangan kotor, dia dah tau nak mintak tisu. Kadang dia terlupa, kita ibu bapa ingatkan balik. Kalau dia tumpahkan air, nad suruh Fariza lap, sambil tu nad lap sekali. Dia akan ikut. Sampaila sekrang dia nak lap sendiri air yang dia tumpahkan.

Lagi satu sifat tantrum bila tak dapat apa dia nak. Macam mainan ke apa. Budak-budak mesti akan nangis atau meraung bila tak dapat apa dia nak. Tapi, bila ajar jangan terlalu manjakan apa dia, dan cakap " no"..terus jalan je ..nanti dia tak meminta. Macam Fariza bila benda tu tak elok, tak ptut makan atau beli, kita suruh letak, alhamdulillah, dia dengar dan letak barang tu. Setakat ni dia takde tantrum atau menangis teruk. Suara ibu bapa kena tegas.

Lagi satu, dia boleh belajar berdikari waktu kecil ni. Dari setahun dah ajar dia, kemas barang, masukkan baju kotor dekat sepatutnya. Bila tengok balik, syukur sangat-sangat.

JANGAN MANJAKAN DAN GARANG SANGAT DENGAN ANAK
Besar jadi orang berguna

Bahaya sebenarnya kalau kita terlalu manjakan anak nie. Takut nanti apabila besar, mereka akan terikut-ikut perangai masa kecil. Janganlah ibu ayah fikir yang ‘ala, mereka masih kecil. Tak tahu apa-apa. Nanti dah besar tahulah tu nak buat’. Tapi, kalau dari kecil tak didedahkan dengan perkara-perkara sebegini, macam mana mereka nak tahu bila dah besar nanti kan?

Seboleh-bolehnya, tunjukkanlah contoh tunjuk ajar dari mereka kecil lagi kerana ia mengambil masa yang lama untuk anak kecil kita faham apa yang perlu dilakukan. Kita tak boleh expect hanya ajar sekali dan anak kita faham, tapi kita kena ulang-ulang sampailah ia lekat dalam minda mereka itu yang patut dilakukan.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Kalau ena yg marah mmg anak x takut.. nk ayah die juga yg marah bru dgr cakap..tpi manja jugak dgn ayah..hehe.. anak ayah.. kita dah ok didik anak.. contoh klu dia nk suatu barang mmg xbeli depan mata dia..jdi die xngs pon bila nampak..xde meminta2 tp once die nampak sepupu die wat perangai nk barang die mula terikut.. duhai..die xpaham kenapa org lain bole dia xbole.. terpaksa belikan jugak. Kena elak jdi hamba anak bmaksud tlalu ikut kata dia.. dia relaks je tgk mainan xminta..tp xbole nmpak org lain amek..anak mudah blaja dgn keadaan sekeliling. Mmg kita mampu beli tp kalau 10x pegi kedai kena 10x beli mainan mmg sy xgalakkan.. nnti jdi kebiasaan meminta dgn jual air mata..sy mmg cepat kalah..kena ada ayah die jugak.hehe..2 2 main peranan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..anak mudah terpengaruh dengan budak lain..macam fariza akan terpengaruh dengan sepupu dia..dari dia tak pernah buat, sepupunya ajar, dia ikut..ish

      Delete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2