hai assalammualaikum


Aku Positif Jangkitan Kuman GBS

GBS Boleh Dijangkiti Baby - Bila dapat keputusan nad positif GBS, balik tu sampaila ke malam, nad google dan baca apa tu GBS dan puncanya kepada baby dalam kandungan. Macam-macam nad baca, tengok tajuk pun dah takut sebab ada yang cerita yang menyedihkan. Masa baca ni, memang nad dah risau, tapi, tu yang tak tau dia ada jangkitan kuman GBS. Ada yang kata, bila dah tau kita ada GBS, insyallah baby akan selamat sebab baby akan dibagi antibiotik dan pemantauan semasa di wad. Nad harap, baby nad selamat dan sihat bila keluar nanti. Selalu la baca doa-doa yang baik-baik untuk baby nanti.

Apa itu GBS??

Sebelum ni, nad tak tau pun pasal jangkitan kuman GBS ni. Nad cuma baca tentang masalah keputihan ketika hamil. Rupanya masalah keputihan kita ni la puncanya jangkitan kuman GBS. GBS ni ialah GROUP B STREPTOCOCCOS. Kita orang perempuan memang ada keputihan kan, tak kira tahap sederhana, tak bahaya atau teruk.

Macam nad, masalah keputihan mengandung anak kedua ni memang teruk. Mulanya, fikir biasa je, yela simptom orang mengandung kan banyak, tapi makin lama makin teruk, lepas tu asyik gatal je bahagian miss v. Jadi, nad terus bagitau nurse dekat klinik check up harian, korang boleh baca dekat SINI, tu dia ambil sample keputihan nak tau keputusan. Lepas tu adala bagi ubat untuk kurangkan keputihan ni, tapi sekejap je, habis ubat, datangla balik keputihan dan kegatalan miss v ni. Tapi penting bagitau nurse sebab dengan swab test ni la kita tau, kita positif atau negatif jangkitan kuman GBS ni. Kuman ni hanya aktif bila ibu itu mengandung.

Namun bukan setiap ibu hamil yang mengalami keputihan, adalah  positif kuman GBS. Sebab tu pentingnya buat Swab Test. Keputusan tau selama sebulan. Jadi ibu mengandung di luar sana, tak kirala keputihan korang normal atau tak, jangan malu-malu untuk buat pemeriksaan. Nurse ada pesan juga, lepas ni jangan makan manis-manisan, kena ambil air masak je untuk kurangkan keputihan. Ada macam cara nak kurangkan keputihan, tapi jangan tak bagitau doktor.

Risiko Positif Jangkitan Kuman GBS
1. kelahiran pra matang
2.Air ketuban pecah awal.

Bila baca risikonya pun dah cuak. Nad hari-hari cakap dengan baby dan berdoa, semoga baby kuat dan selamat semuanya.



Jangkitan kuman ni sangat bahaya kepada baby masa dilahirkan. Semasa proses kelahiran, adalah masa pemindahan kuman GBS dari vagina ibu /rektum ibu kepada bayi. Pada ketika itu,bayi yang baru lahir (dengan antibodi yang amat rendah,tentu sekali ) baru sahaja lalui kawasan vagina ibu , akan terkena jangkitan kuman GBS ini.

Sebab tu nurse ada pesan, bila nak bersalin bagitau dekat pihak hospital, kita ada jangkitan kuman GBS positif. Doktor akan bagi antibiotik masa melahirkan dan baby akan disuntik ubat untuk protect baby kita. Baby akan ditahan di wad untuk buat pemantauan, sehingga baby pulih dan bebas dari jangkitan kuman GBS ni.

Nad baca jangkitan ni akan kena dekat baby, bila kita bersalin normal, sebab keputihan kita kan dekat bahagian bawah, kalau lahir secara czer, baby takkan terkena jangkitan ni.

Apakah tindakan sewajarnya yang patut dilakukan jika saya sah pembawa kuman GBS?

- Kebiasaanya selepas ibu membuat swab test , doktor akan berikan surat pengesahan yang menyatakan anda pembawa kuman GBS. Lampirkan sekali bersama dengan buku kehamilan anda untuk memudahkan pihak hospital sebagai rujukan dan membuat tindakan ketika saat proses  kelahiran nanti.

- Sekiranya, doktor tidak memberikan sebarang nota atau surat, sebaiknya minta kepada doktor untuk tujuan keselamatan anda sekiranya berlaku kecemasan.
contohnya: Korang membuat pemeriksaan di hospital swasta yang akan memberikan anda kad dan sedikit nota sahaja. Lain lain maklumat tersimpan di fail peribadi korang di hospital tersebut. Sebaiknya surat pengesahan menyatakan korang pembawa kuman GBS dilampirkan bersama kad kehamilan yang boleh bawa pulang. Jika berlaku sebarang kecemasan ,dan terpaksa ke hospital lain, kita sudah ada surat pengesahan tersebut.

- Kebiasaanya selepas mendapat keputusan makmal, dan telah di sahkan pembawa kuman GBS ini, doktor akan membekalkan  dengan antibiotik. Ambillah untuk melindungi kuman menjadi semakin ganas.

- Sekiranya telah sampai tempoh kelahiran bayi, sebaiknya pergilah ke hospital dengan segera, supaya pihak hospital dapat memberikan rawatan awal.

Nad selalu berdoa, semoga Allah permudahkan urusan bersalin nad nanti dan baby dalam keadaan baik. Dapat temankan kakak Fariza. Dan aku menjadi supermomma yang hebat. Doa dari korang semua juga.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

14 comments so far,Add yours

  1. Semoga tidak apa-apa pada baby nanti. So, kena patuhi arahan doktor dan hospital.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan. rasanya azif anak abglan pun ada kena gak

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan untuk Nad dan bakal baby .. Doa yang baik2 insyaallah takde apa2..jaga diri tau..

    ReplyDelete
  4. moga dipermudahkan urusan nad dan baby, moga tiada masalah yang akan bakal berlaku

    ReplyDelete
  5. InshaaAllah takde pape , moga dprmudahkan segala urusan nnt

    ReplyDelete
  6. Liz doakan baby 👶 kuat dan bebas dr apa2 jangkitan 💪🏼

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan nadia & baby. inshaAllah

    ReplyDelete
  8. Semoga urusan nadia dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. Insya Allah baby kuat dan lahir dengan sihat. Nad pun kena kuat demi baby!

    ReplyDelete
  10. banyakkan minu air..try mnum air barli pun ok..smoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. i pun baru last week dpt tauade GBS & sekarang dah 37weeks. Balik rumah terus gigih mengoogle kesan GBS pada baby nanti (T____T) .
    1st pregnant semua ok je , 2nd pregnant ni macam2..hahaha.Allah nak duga.
    so i dah ready mental & fazikal kalau baby kene warded. Beg extra utk brg2 baby pun dah prepare in case le kene tahan lame , nak harapkan bapa die confirm mitten n booties etc sume caca marba nanti ..hahaha

    i doakan u selamat bersalin jugak & baby kuat dan sihat..
    yay!!! we can do it! :)

    ReplyDelete
  12. insya allah takde pa2 kalau dapat kesan awal. anak ke2 saya pun masa tu saya GBS juga. alhamdulillah semua selamat. dah 6 tahun dah anak saya tu sekarang. yang penting dapat suntikan antibiotik tu sebelum bersalin.

    ReplyDelete
  13. Ujian kita sama. Saya pun disahkan positive GBS waktu kandungan 24minggu. Lagi berat ujian saya bila ada kebocoran air ketuban, Tapi Alhamdulillah Allah masih bagi peluang pada saya & baby. GBS tu cuma ada di pangkal rahim shj, walaupun kantung dh bocor, dia tak naik and tak affect baby. Syukur.. tapi saya masih dlm langkah berjaga jaga sbb leaking masih tak stop walaupun skrg dh 27minggu. Doa hari2, pujuk baby, tggu 10minggu shj lagi. Saya percaya Allah akan rezekikan kita dgn zuriat ni berbekalkan ikhtiar kita. Baby kite kuat! ����

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.. hari ni (26week pregnancy) doc sahkan saya ade kuman GBS dan candida albicans... Doakan saya dan baby selamat .. macam-macam bnde sya duk pikir....

    ReplyDelete