hai assalammualaikum

Mencabar besarkan anak ni rupanya

Tegas Dengan Anak, Didik Anak Mendengar Arahan

Mencabar Bila Besarkan Anak - Bila dah masuk usia dua tahun ni, anak pun mula tunjukkan belang. Ibu bapa pun makin sabar dengan perangai anak sorang ni. Baru sorang oii, belum masuk dua, tiga empat. Ada masa dia dengar arahan kita, kadang taknak dengar, sebab kita ni la kena berkomunikasi dan beri arahan yang betul dengan anak. Budak-budak sekarang, pemikiran dia bukan macam budak-budak dulu. Budak sekarang makin cekap menangkap apa yang dia nampak. Mencabar bila besarkan anak ni...huhu.

Nad ni takda la masalah komunikasi dengan Fariza. Sebab nad 24 jam dengan dia. Apa dia nak, apa dia inginkan, semua nad taula. Kalau bagi arahan, dia akan ikut. Biasalah, mula cakap pelan-pelan bagi dia paham. Alhamdulillah paham bila suruh masukkan baju dalam baju kotor, buang pampers dalam tong sampah, suruh kemas barang mainan. Tapi kadang datang mood dia, datang sikap ngada-ngada dia taknak dengar cakap kita. Nak taknak, nad kena tegas juga dengan Fariza, dengan tinggikan sikit suara, tak pun terpaksa tunjukkan rotan dekat dia. Bukan nak mendera, tapi biar dia belajar berdisiplin dan dengar apa kita cakap. Kalau selalu mulut manis je, cakap lembut je, memang naik kepala la dia. Memang strugle juga bila nak bagi arahan dekat dia.

Dari kecikla kita ajar dia. Dan dari kecik jugalah kita jadi kawan dia. Kita dengar apa dia cerita, kita layan dia 24 jam, selalu dengan dia. Orang cakap dah jadi pendengar dan kawan yang setia bila dekat rumah ni. Sebab dia pun takde sesiapa, ada mommy dan daddy jela. Tapi mommy yang kerap layan dia. Bila mommy buat kerja lain, dia paksa suruh duduk temankan dia. Memang mommy cakap dengan dia dulu, " mommy nak buat kerja "..Paham jela budak-budak, kerja dia menangis jela, jadi mommy terpaksa biarkan. Taknak layan karenah tantrum dia. Lama-lama dia main sendiri kejap. Tak pun sama-sama tolong mommy dia buat kerja. Kerja rumah ok lagi, kalau kerja blog, maaf anak, mommy kena bersendirian sekejap..hehee. Ini pun ada kerja tertangguh, sebab layankan dia.

Cakap dengan Fariza memang kena cakap ayat yang simple bila bagi arahan. Contohnya " Fariza, baca doa ".." Fariza duduk dekat kerusi ", " Fariza kemas ni "..yela, kang panjang lebar, jenuh dia nak memahami apa yang mommy dia cuba sampaikan. Kena straight to the point. Ulang arahan beberapa kali sehingga anak faham, barulah boleh harapkan anak kita buat. Bila dia cakap " huh, huh" tu maknanya dia tak paham. Jadi kena la tunjukkan apa yang perlu dibuat.

Dah besar nanti, kalau masih tak paham kita buat cara lagi tegas. Sama la macam mak ayah kita dulu, bila kita buat salah, mesti kena sebat ke cubit ke, biar ada rasa bersalah dan takut sikit. Supaya dia tak buat perkara sama berulang kali. Perkara yang tak patut dilakukan.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours