SEMINGGU SEKALI MAIN GAJET

in , by Nadia Johari, 18:32:00
hai assalammualaikum

Hari Minggu Diizinkan Main Gajet - Sejak Fariza dah kenal gajet, memang tak boleh buat apa. Balik kampung pun, sepupu dia, dah main dengan gajet, dengan dia sekali ikut join tengok. Layan youtube, layan video dekat telefon. Ingat lagi pertama kali tengok youtube dekat telefon, bukan main suka lagi. Kalau dulu waktu kecik, masih boleh tegah, masih dengar cakap " no phone ", dan memang tak main phone, tapi dah besar ni, cakap " no phone " dah bising. Jadinya, kitaorang sebagai ibu bapa, cadang, boleh bagi dia phone, tapi hari minggu sahaja. Iaitu seminggu sekali bagi Fariza main handphone.


Kalau sebelum ni, bagi phone, dia main game dekat telefon je, tapi bila dia dah tau berkenaan youtube, dia nak tengok youtube je. Mula tu, bagi youtube biasa yang kita orang besar guna sekali. Tapi , mesti dia tertekan benda pelik-pelik. Huishh bahaya!!. Jadi mr mafia usha youtube untuk kanak-kanak. Jumpa juga, iaitu youtube kids. Ramai pun yang dah share pasal youtube kids ni. Jadi semua dalam tu pasal kanak-kanak jela.

Memang kitaorang tegas bab handphone ni. Memang kena bagi seminggu sekali, supaya tak da kejutan budaya sangat bila tak kenal handphone nanti. Tak boleh bagi hari-hari, sebab takut dia leka dan addict dengan telefon. Kira ok seminggu sekali, dapat jugakla dia main handphone. Tu pun kena ada had masa. Tak boleh sehari, kena 4 ke 5 jam macam tu.

Gajet Bagus Untuk Anak Jika Diguna Dengan Betul




















Semua orang berhak merasakan dan menikmati teknologi alat ini, termasuk anak kita. Sebenarnya gajet ni bagus untuk anak, jika dipantau ibu bapa. Jika diguna dengan betul, gadjet boleh menjadi media belajar yang sangat menyeronokkan untuk kanak-kanak. Itu pun dengan pantauan ibu bapa. Aplikasi dan permainan yang wujud dalam alat ini juga boleh menjadi alternatif atau cara hiburan yang murah. Yang penting ibu bapa yang tunjukkan aplikasi dan permainan mana yang sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak. Macam youtube kids tu, dia ajar warna, ajar cara menyusun. Ada la lagu yang pelik-pelik sampai maknya pun boleh menghafal lagu tu..hahah.

Selain dekat youtube, apps belajar pun banyak dekat google playstore. Taip je, mesti ada, contohnya, baca alif ba ta, belajar mengeja, macam-macamla. Jadi boleh bagi anak-anak main phone, yang penting sekatan dalam penggunaan alat, perhatikan masa pemakaian dan perhatikan pula isi aplikasi dan permainan yang dimainkan kanak-kanak di dalam gadgetnya.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. setakat ni humaira dapat phone nak tgk gambar je tapi betul la kawal sorok macam mana pun bila berkawan atau ngan sepupu2 tetap terdedah,cuma boleh kawal jgn sampai ketagih dah la huhuuu kang bertegas sgt bila main ngan kawan dok pelik pastu bergaduh huhuuuu

    ReplyDelete
  2. sekali sekala ok lah..jgn selalu..takut ketagih plk..huhu

    ReplyDelete
  3. tak semestinya gadjet untuk bebudak ni tak bagus ,kadang boleh kembangkan otak bebudak ni haa , pantauan ibu bapa pun penting juga xnak nnti terleka

    ReplyDelete
  4. Setuju, gadget bagus sebenarnya cuma cara penggunaan kena tepat. Baru berkembang otak kanak-kanak dengan baik. Setuju jugak bab seminggu sekali main gajet.

    Nadia, jemput join giveaway dan segmen di blog Siqah jika ada kelapangan ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2