hai assalammualaikum

Benda Dah Nak Jadi - Maghrib tadi, nad ajak Fariza mandi. Fariza jenis, dia akan bawa mainan ikan dia bawa masuk bilik mandi sekali. Bila mandi, dia akan mandi dalam besen. Jadi, dia akan mandi, sambil main-main dengan ikan dia dalam besen tu. Masa tu memang nad ada sekali main dengan dia.


Masa main, dia pergi campak ikan dia dekat lantai, jadi dia pun tonggeng la nak ambil ikan tu. Lepas tu, gedebuk.cepat-cepat terus nad angkat dia. Sekali tengok, adoii besarnya benjol tu. Tak pernah-pernah dia jatuh benjol sebesar ni..Menangis, melalak la dia. Sabar jela. Nad dah pesan jangan buang ikan tu dekat lantai, dia buat juga. Hah!!, ni akibatnya.


Mulanya dia tak tau, kepala dia benjol besar. Lepas jatuh, menangis sekejap, terus diam dan main lagi. Lepas siap mandi, terus nad suruh dia tengok cermin. Bila nampak je benjol tu, terus dia " aduh..aduh..akit ma..akit "..hahaha.. Baru rasa sakit. Siap-siap pakaikan baju, terus nad ambil ais dan kain.

Nad tuamkan dekat kepala dia. Mula memang dia taknak, mujur masa tu daddy nya baru balik dari kerja. Terus dia tolong tuamkan. Menangis juga taknak, daddy tuam je dengan ais dalam balutan kain tu sampai dia tertidur..hehehe.

Sekarang, alhamdulillah, dah surut benjol tu. Bangun tidur, main macam biasa, tapi tiap kali tersentuh tempat bengkak tu, mesti dia sakit. Lepas ni tak berani dah main buang-buang mainan dekat lantai..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours