hai assalammualaikum

Kisah PRU14 Suami Isteri - Lagi beberapa hari nak mengundi, sana sini dah nampak pacakan bendera. Korang mesti dah cek tempat mengundi kan. Ada yang dah balik kampung nak mengundi, nampak tak sabarnya ye korang nak mengundi..hehe. Mereka yang tercalon pun dah buat kempen macam-macam, lawat orang sana sini..hahaha. Itu biasa bila datang pilihan raya ni. Mula lah keluar cerita-cerita yang tak sedap nak dengar, lagi berita sekarang, fuh!!, penuh cerita. Sana salahkan sana, habis semua cerita dikeluarkan. Kita sebagai rakyat pandai-pandaila memilih ye. Ni la namanya kuasa rakyat..kohkoh..


Setiap undian yang kita buat adalah rahsia. Dengan suami pun kena rahsia..hahaha. Walaupun orang cakap, setiap perkara dalam rumahtangga tak boleh berahsia, tapi untuk undian PRU14 ni, kenalah rahsia. Hey!!, ingat dekat luar orang yang berkempen tu je ke bergaduh, suami isteri pun boleh bergaduh pasal PRU ni..hahaa. Yela mana tau, dia buat undian lain dengan kita, lepas tu nak tau SEBAB kenapa kita pilih parti tu. Lepas tu masing-masing nak menang. Kan dah jadi gaduh. Baik kita rahsia..hahhaa.

Cubaan suami, macam-macam cara nak tau nad undi apa..hahaa. Maaf abang, tetap rahsia!!..haahha..Setiap kali makan, mesti tanya " sayang undi apa "..banyak kali dia cuba..contohnya, pasal cawan je pun..hahaa

Again, si suami tanya lagi, aku undi apa, memang tak mengalah..kisahnya pasal cawan nak minum je..
Isteri: nasib baik abang ambil air
Suami: ni abg punya, syg ambik cawan lain
Isteri: masa vercinta boleh pulak kongsi cawan
Suami: ok syg undi apa
Isteri: dah kenapa dengan undi, apa kene mengena
Suami: yela samalah dengan cawan, kene kongsi
Isteri: undi pun sendiri2, mana de kongsi...

Kahkahkah..cubaan apakh ini abang...

Tadi pasal ikan, haishh,..abang tak mengalah ye. Nak juga cakap, saya undi hatimu sayang..ciaciacia..hahha. Nak tau sayang undi apa, tunggula dapat keputusan nanti siapa yang memerintah ye..kihkih..sabar ye bang..

9hb, dah nak dekat dah..ok tak sabar nak undi...huhu..kali ni bawak Farhanah boleh tak, cepat sikit undi bila ada budak kecik..kahkah..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Hihi.. Sweet je korang.. Rahsia tetap rahsia.. Biar pecah diperut dgn dimulut.. 😋 selamat mengundi nad dan family..

    ReplyDelete
  2. Hihi, Mak zira pun kata ank beranak pun nak rahsia. Dia ada gak tanya undi apa. Kak nad, somi nak tau sebab dia taknak ada rahsia

    ReplyDelete
  3. hahahaha...sally boleh agak ibu sally pangkah yg mana dari cara dia cakap...sally terus terang je bgtau sally pangkah mana walaupun dia x suka..hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Amboi2 sweetnya mommy fariza nii. Haha. Actually boleh agak pun org terdekat kita pangkah apa. Undi adalah rahsia, tp dari percakapan seseorang kadang kita boleh detect dia undi apa

    ReplyDelete
  5. Hahaha...lawak betul..pandai suami nak korek rahsia ya

    ReplyDelete
  6. TB takde rahsia dengan hubby bab undi ni.. sebab kami sama2 tahu kami pilih sape ..kih3.. tapi kelakar hubby nad tu usaha nak tahu nad undi sape..kih3

    ReplyDelete
  7. Well, everyone has their own preference and reasoning why they voted for the party. Respect it.

    ReplyDelete