hai assalammualaikum

Bila Fariza Dah Tau Nak Raya!!- Kalau dah nak tibanya bulan Syawal, memang nak selalu teruja sorang-rosang jela..hahaa. Orang lelaki, biasalah, dia teruja tak tunjuk..hahaha. Tahun ni, best la sikit, sebab Fariza dah tau nak raya dah..hehee..Seronok bila ada geng yang teruja sama nak raya..Macam mana dia tau pun, nad tak berapa apsti. Sebab nad jarang cerita pasal raya dekat dia. Cuma, bila cari baju tu, cakapla, "nak raya, kene pakai baju cantik-cantik"..Yang lain takda sangat..Sampailah, haritu Ramadan dah masuk pertengahan tak silap, dia masuk bilik daddy dia, buka youtube, dan cakap nak lagu raya..


Macam tak percaya, yela, sikit-sikit kita tengok dia boleh paham itu ini. Fariza dah 4 tahun, jadi umur macam ni la dia dapat tau banyak. Ni dah tau nak raya, apa dia nampak semua dia akan cakap "mommy nak raala".."mommy nak raya la"..hahha..Mommy nya pun excited la..sebab ada geng yang teruja nak raya ni..kalau tak sebelum ni siap la sorang-sorang.

Dapat main bunga api bukan main seronok lagi. Lepas tu tak sabar nak main dengan sepupu dia..hehee..Baju raya denagn kasut raya dia pun dah siap semua. Bila nampak je, "mommy ni nak buat raya kan"..Kasut pun dia taknak pakai dulu, nak tunggu raya ok..Haritu beli baju dengan kasut pun, kita tanya dia dulu "ni cantik tak". Dia jawap "cantik"..kalau dah dia cakap cantik kita pun proceed pergi beli. Tahun ni dapatla tema yang kita nak tahun lepas..ahahha..


Bila dah besar ni, nak mintak tolong pun dah senang..Mintak tolong kemas. Bila dah kemas pesan jangan sepahkan. Hah , nasib dia jenis mendengar arahan. Kalau adik buat sepah, adik kena marah dengan dia..heehe..

Lagi beberapa hari nak raya. Mommy teruja sebab Fariza pun tak sabar nak raya..yeahh...




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

0 comments so far,add yours