hai assalammualaikum

Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik - Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang. Ada ke yang tengah merancang perkahwinan, dan masih mencari dimanakah lokasi terbaik yang boleh dijadikan tempat untuk mangadakan majlis resepsi? Ni ada satu tempat yang sesuai untuk bakal pengantin membuat majlis perkahwinan dan mengumpul kaum keluarga dan kenalan untuk sama-sama meraikan hari bahagia korang. Paling penting ia dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang datang.


Rinching Terrace Lokasi Perkahwinan Yang Eksklusif Dan Cantik

Lagi best kalau tempat tu luas, cantik pemandangan dan persekitaran, yela, tetamu dan pengantin boleh bergambar, merakam detik indah untuk dikongsikan sesama sendiri di samping disimpan sebagai memori istimewa. Lokasi perkahwinan yang menarik yang nad maksudkan , ialah di Rinching Terrace Bangi. Terletak di lokasi yang paling strategik antara Bangi dan Kajang dihubungkan denagn Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit sahaja dari Bangi Golf Resort. Tempat ni masih baru sahaja dibina, dari kawasan hutan terbiar yang kosong telah dibangunkan menjadi lokasi yang menarik, eksklusif untuk majlis perkahwinan.

Tempat ni sangat menarik, sebab nad masuk je, keliling dia dipenuhi dengan landskap taman yang menghijau, indah dan unik. Kawasan yang dibangunkan ini dipenuhi dengan rumput asli dan pokok-pokok yang telah berusia ratusan tahun. Antara pokok yang ditanam ialah pokok kemuning ( orange jassamie ) yang berusia lebih 100 tahun dan pokok 'tree man'. Di samping itu, terdapat pancuran air untuk menambah kesan dramatik dan irama alam semulajadi. Memang sanagt menarik kan landskap dekat sini. Tempat ni hanya separuh  sahaja siap, lagi separuh akan siap awal bulan januari 2020. Kalau tengok tempatnya bertingkat  dan bercerun, memang sangat cantik dan takda di amna-mana lokasi.

Tiga Tempat Utama Di Rinching Terrace

Setakat ni ada 3 tempat yang ada di Rinching Terrace iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam ( Marquee Tent ) dan Taman Terbuka ( Garden ). Bagi mereka yang ingin menjalankan majlis di sini, boleh pilih sama ada ketiga-tiga tempat atau salah satu sahaja.

Meh nad cerita details setiap tempat

1) Rinching Terrace Glass House
Bila korang masuk ke pintu masuk Rinching Terrace, dah boleh nampak Glass House ni. Kalau korang nampak, Glass House ni seperti satu tingkat, tapi sebenarnya ia sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca sebagai dewan utama. Mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis.




Tengok dekorasi dalamnya sangat cantik, menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Ada lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas diseluruh siling. Bila ada Glass House ni takdelah risau tentang panas dan hujan, lagi dengan lantai kayu laminate memang tempat ni nampak eksklusif.



Bayangkan, bila anda membuat perkahwinan di sini, dengan pelamin tersergam indah di dalam Glass House. Masuk je, terus nampak pelamin yang direka mengikut citarasa sendiri, memang woww tau. Istimewanya, pelamin dengan latarbelakang kaca yang tidak ditutup dengan mengadap pemandangan alam semulajadi gitu.

Bahagian bawah banglo ini mempunyai dua bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin memang sangat luas, siap dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air. Bilik rehat juga lengkap dan selesa untuk keluarga pengantin.


Tandas dan surau pun ada, jadi memang lengkap semuanya.

2) Khemah Agam ( Marquee Tent )
Khemah Agam ni terletak di sebelah Glass house dan bertentangan dengan Taman terbuka. Khemah ni untuk tetamu yang datang menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung. Khemah ini mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa.



Macam nad kata tadi, korang boleh pilih salah satu tempat untuk buat majlis. Kalau pengantin tak ambil Glass House, pengantin boleh ambil Khemah Agam ni sahaja. Dekat sini boleh dipasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej boleh dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace.

Jangan risau ok..hehee..Mana tau bajet korang cukup untuk dekat Khemah Agam je.

3) Taman Terbuka ( Garden )
Hah, tempat ni yang membuatakn nad rasa kawin semula je denagn suami..hahaaa. Cantik sangat denagn tempat terbuka dekat taman macam ni. Taman terbuka ni di sebelah Khemah Agam. Memang sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Buat majlis akad nikah pun best ni..hehee. Trend sekarang kan..


Ruang taman terbuka ni mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Boleh buat majlis tanpa mengira waktu, siang atau malam. kalau rasa ank pasang kanopi, boleh je, sebab pihak diaorang akan memasang khemah jenis lutsinar denagn lampu 'fairylights'..cantik giler kan, lagi kalau waktu malam.



Aduh!!, nad pulak yang terbayang..hahaa. Indah sangat majlis dengan konsep macam ni. Ada hiasa pokok yang menarik, kicauan unggas, desiran pancuran air, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia.

Boleh Buat Pelbagai Majlis di Rinching Terrace
Bestnya, dekat sini bukan majlis perkahwianan sahaja , malah boleh buat majlsi harijadi, atau majlis acra sosial dan korporat.

Eksklusif Untuk Majlis Anda, Satu Hari Satu Majlis
Bila dah tempah, tempat ni akan menjadi tempat anda sahaja, maksudnya seluruh kawasan ini akan menjadi eksklusif unruk majlis anda dan tak perlu berkongsi dengan tetamu lain. Hanya ada satu majlis pada satu masa sahaja!! Bagus kan macam ni, takperlu risau tentang keselamatan dan keselesaan.


Ruang Parkir Yang Sangat Luas
Tempat parking dekat sini memang luas dan tak perlu risau dengan jalan kotor ke apa. Sebab jalan dekat sini ditar. Jadi selamat untuk perempuan yang berkasut tumit tinggi, yang bawak stroller, warga emas dan orang kurang upaya.

Tawaran Pakej Menarik Rinching Terrace
Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwianan denagn menawarkan pakej lengkap terdiri daripada lokasi, katerer, pelamin,persalinan pengantin dan fotografi. Senang cerita, semuanya ada disediakan oleh pihak Rinchiing Terrace dan tak perlu bersusah payah cari lain. Memang mudahkan pengantin. memnag elok dapatkan pakej terus.


Ada tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pelanggan iaitu
1) Pakej Silver - Marquee Tent only RM38,800 untuk 1000 tetamu
2) Pakej Gold - Glass house dan Marquee Tent ( 2 halls ) RM44,800 untuk 1000 tetamu
3) Pakej Platinum - Glass House dan Marquee tent (2 Halls ) RM51,800 untuk 1000 tetamu denagn lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.

Promosi Eksklusif
Berita baik sempena majlis pra pelancaran, Rinching Terrace telah menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 sekiranya, anda membuat tempahan pada hari ini. Cepat, cepat grab promo ni..Bakal pengantin di luar sana..



Rinching Terrace Bekerjasama Dengan Rakan Niaga Yang Terbaik Dan Professional
Bagi sesuatu majlis, kalau boleh, kita nak majlis kita berjalan denagn lancar dan apa yang kita kehendaki ditunaikan dengan baik. Korang jangan risau, rakan niaga yang dipilih Rinching Terrace sangat bagus dan sudah lama berkecimpung dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara.

Tiga rakan niaga rasmi eksklusif yang dipilih Rinching Terrace iaitu Afkar Catering ( @afkar_katering ), Miezipro ( @miezipro ) dan SASES ( @sases.official )/

Mereka ini begitu terkenal dengan reputasi servis mereka yang terbaik dan telah berpengalaman menjayakan acara yang melibatkan ramai VVIP.




Ini antara koleksi baju pengantin dari SASES. Mereka ialah Saiful dan Syukri. Apa yang nad terpegun, dua orang pereka ni, sebelum menajdi pereka baju pengantin, sorang adalah engineer dan sorang technology. Jadi disebabkan minat berniaga, mereka cuba menceburi bidang baju pengantin ni. Alhamdulillah, sudah 5 tahun mereka dalam industri ini. Mereka boleh membuat baju pengantin mengikut kehendak pelanggan atau jika pelanggan takda idea, mereka boleh bagi pendapat.





Ni pula antara gambar yang dan video yang diambil oleh Miezipro. Dalam perkahwinan atau apa sahaja majlis, mestilah nad ada kenangan kan. Wajib ambil photographer untuk mengambil gambar kawin kita. Kalau ada video lagi best kan. Hah, Miezipro ni ni terbaik.


Ni video yang mereka ambil. Smooth dan cantik je kan.

Korang akan dapat album dengan depannya jenis kaca. Semua ni dah masuk dalam pakej tadi.










Ni pulak antara menu yang dihidangkan oleh Afkar Katering. Nad dah rasa semua, memang sedap sangat. Ada nasi minyak, nasi daging, lauk pauk yang pelbagai, soto, mee kari, dessert, buah, dan air.



Kambing golek...yummy..



Makanan beradap dan tetamu vvip..



Untuk maklumat lanjut:
Rinching Terrace
Rinching Hilir, 43500 Kajang, Selangor.
Tel: 019 390 8527
Email: rinchingterrace@gmail.com
Instagram; https://www.instagram.com/rinching.terrace/
Waze: Rinching Terrace Wedding & Events
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. dekat dgn rumah kak nani..lawa nad tempat ni...

    ReplyDelete
  2. Wowww kemain lawaanyaaaa dan pakej pun siap sedia lengkap ya..
    Sis pun tengah mencari-cari gak ni pakej perkahwinan untuk anak hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Suka dengan konsep dan pakej yang diketengahkan. Tak perlu nak pening kepala sebab semua dah disediakan cuma kena pilihan ikut kesesuaian bajet sendiri. Cantik betul design baju kawen , nasib dah kawen ..hehe

    ReplyDelete
  4. Elok ni musim orang kawen sekarang mana yang nak mencari tempat tu macam2 kemudahan dah ade

    ReplyDelete
  5. Menariknya tempat ni. Siap ada 3 pilihan tempat lagi. Luas betul tempat dia dan nampak selesa

    ReplyDelete
  6. Sesiapa yang tinggal dinkawasan ni dan ada pelan nak kahwin tahun depan boleh la usha tempat ni sbb nampak menarik sgt.

    ReplyDelete
  7. Cantik laaaa tempatnya! Paling suka style Garden tu. Nampak romantik gitu.. Bagus yaa kemudahan tip Top. Nanti kita kasitau kengkawan

    ReplyDelete
  8. This place is so beautifully decorated and do much convenient for newly Weds!!!

    ReplyDelete
  9. Servis begini memang Rawlins sokong dan suka kerana memudahkan pasangan yang nak mendirikan rumah tangga. Takde la nak tercari-cari kan, semua ada di satu lokasi.

    ReplyDelete
  10. Wow, this place really comfortable to plan for wedding. And one more good thing senang nak parking with that large space XD

    ReplyDelete
  11. Tak sabar pulak nak kawen hehe. Tapi memang best ada tepat macam ni. Semuanya sekali dengan pakej, tak payah risau dah pasal benda lain.

    ReplyDelete
  12. good and nice place bagi yang berkemampuan. cantik tempat dia, lagi2 bahagian outdoor tu. berangan terus ni haha

    ReplyDelete
  13. wah, memang best lah lokasi ni, pilihan terbaik untuk adakan wedding yang meriah dan jemput ramai orang, nak parking pun mudah, sebab luas

    ReplyDelete
  14. Terasa nak kahwin balik. Lagi2 yng garden concept tu. Terbayang bayang dibuatnya. Banyaknya diskaun diorang nak bagi! Untuk siapa book sekarang.

    ReplyDelete
  15. Cantiknya tmpt ni.Kalau ada duit lebih boleh plan buat kat sini nnti.hehehe

    ReplyDelete
  16. csntik tempatnya, pakaian pengantin pun cantik2 dan food pun nampak menyelerakan. bolehlah jadi pilihan bakal pengantin

    ReplyDelete
  17. Cantik dan mewah tengok deco dia.. Ada rezeki boleh la buat kat situ..

    ReplyDelete
  18. Untungnya orang zaman sekarang ni kan. Konsep perkahwinan dah pelbagai. Tempat pun exclusive. Geram tengok cantik cantik.

    ReplyDelete
  19. Cantik tempat dia. Baik indoor atau outdoor. Nampak eksklusif. Tgl sediakan ongkos saja. Hehe

    ReplyDelete
  20. Buat bakal pengantin yang tinggal berhampiran why not recce tempat ni mana tahu berkenan di hati kan. Not bad servis yang diberikan

    ReplyDelete
  21. bekenan dengan pelamin tu cantik dan nampak meriah, bolehlah nnt rekemen dekat kawan-kawan

    ReplyDelete
  22. Cantiknya tempat ini! Saya sedang mencari lokasi dan juga pakej perkahwinan yang bagus dengan harga yang berpatutan. Post ini sangat bermakna untuk saya, terima kasih! Saya juga ingin tahu harga cat bilik sebagai persediaan untuk perkahwinan saya.

    ReplyDelete