Raintown restaurant menyajikan pelbagai makanan western, mee dan bergoreng.

hai assalammualaikum
 
Makan Chicken Chop Di Raintown Restaurant Aeon Maluri - Hari Ahad lepas nad mintak izin mr mafia nak keluar dengan kawan sekejap. Lama sangat terperap dalam rumah, hati macam serba tak kena, ajak la siapa yang teman nad jalan-jalan jap. Nasib ada kawan-kawan lelaga ni free..hehee. Sally kata dia nak belanja mynews, hehee. Tapi sebelum tu kita makan berat dulu. 
 
So kitaorang decide jumpa dekat Aeon Maluri je, dekat, sebab masing-masing duduk Ampang. Sampai sana, kita cari tempat makan dulu, isi perut. Masing-masing belum makan, lapar gila. Biasalah perempuan, kalau keluar, susah nak decide nak makan apa..hahaa. Last-last kitaorang pilih Raintown Restaurant. Firstime makan dekat Raintown Restaurant ni, ada macam-macam jenis menu. Dari makanan bergoreng, mee dan western.
 






Haritu, macam malas benda berat, kita oreder chicken chop la. Lama tak makan chicken chop. Ada ala carte dan set. Nad pilih ala carte. Nad pilih Grilled Chicken Chop dan air orange.
Sedap juga chicken chop dia, lembu je ayam dia, sos blackpepper cukup rasa. Grilled chicken chop datang dengan sayur dan kentang goreng. 
 
Sambil makan, sambil lepak, sambil gosip, tak hingat dunia..hehee. Kitaorang bukan selalu keluar, sebulan sekali je..hahaha..Tak tau la pasni dua kali sebulan ke..eh..hehee.
 


Terima kaish sally belanja makan haritu.
 
Korang boleh try makan dekat sini. 
 
Lepas makan, nad ajak diaorang pergi cari mainan anak. Biasalah mommy, kalau keluar pun tetap ingat anak. pergila masuk ecoshop, mr diy last sekali masuk mr toys..ahhaa. Habis memborong selain beli mainan anak.




Pastu lepak lagi minum Marucoffee dekat Mynews. Ni pun Sally yang belanja. Smeoga murah rezeki Sally. Nasib ada tempat duduk, boleh duduk sambil minum kopi dan berborak lagi.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours