hai assalammualaikum

Klinik Pergigian My Dental Care Kini Di Buka Di Medan Tuanku Kuala LumpurPentingnya penjagaan gigi bagi mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi. Gigi ni kita perlu jaga sejak dari kanak-kanak lagi, bila besar dia kekal cantik sahaja. 

Masalah nya, kebanyakan orang ni bila sebut je pasal klinik pergigian, mesti terus rasa takut, tiba-tiba je rasa ngilu gigi ni, mana tak nya teringat dengan alat yang digunakan tu..Hahaha. Kadang orang takut nak pergi klinik gigi mungkin sebab dapat doktor gigi garang, takut dia buat ganas sangat ke. Mana kita tau kan. Kita kalau boleh, nak buat rawatan gigi tu biar tempat selesa, doktor pun baik, ada konsultasi dan mesra kanak-kanak. Baru la seronok nak buat rawatan gigi terutama bagi kanak-kanak. 


Klinik Pergigian My Dental Care Kini Di Buka Di Medan Tuanku Kuala Lumpur 


Salah satu klinik pergigian yang korang boleh pergi untuk buat rawatan gigi ialah My Dental Care. Klinik gigi memang sangat selesa, staff sangat friendly, doktor pun baik. Paling penting klinik pergigian ni mesra kanak-kanak. Bukan sahaja beri rawatan terbaik, malah patuh syariah. 




Baru-baru ni My Dental Care, cabang perniagaan kesihatan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB) telah membuka cawangan ke-13 Klinik Pergigian My Dental Care di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.


Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku ini juga merupakan cawangan pertama di segi tiga emas ibu kota.

Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr Zeefitri Saniah Bidin berkata, pembukaan cawangan klinik pergigian terbaharu kumpulan itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan My Dental Care sebagai peneraju penyedia perkhidmatan pergigian swasta utama negara.

Beliau berkata, ia juga akan memudahkan warga kota terutamanya mereka yang bekerja di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik.


Tengokla bilik rawatan untuk kanak-kanak, comel dan menarik kan. Dengan dekorasi yang ceria macam ni, semestinya kanak-kanak tak takut nak buat rawatan gigi. Penting jaga gigi sewaktu usia kanak-kanak lagi. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka agar sentiasa sihat.


Ni pulak bilik rawatan untuk orang dewasa.


Tawaran Istimewa Sempena Pembukaan Cawangan Baru, Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Sempena pembukaan cawangan baru ni, dan juga bulan Kemerdekaan yang baru kita sambut dan Hari Malaysia, banyak tawaran istimewa yang ada, antaranya :
1) ‘Pakej Implan di mana setiap pelanggan akan menerima Caj Perundingan Percuma serta harga promosi antara RM8,000 sehingga RM9,000 sahaja.
2) My Dental Care turut menyediakan Caj Perundingan Pemeriksaan Gigi Percuma.
3) Rawatan ‘scaling’ dan ‘polishing’,  pada harga RM99 dan percuma pemeriksaan serta konsultasi. Penjimatan sebanyak RM101 daripada harga asal.
4) Golongan kanak-kanak juga turut disediakan pakej istimewa seperti rawatan ‘polishing’ dan ‘topical fluoride’ pada harga RM69, penjimatan sebanyak RM71.

Selain itu, turut ditawarkan sempena pembukaan cawangan Medan Tuanku adalah Diskaun 10 peratus Untuk Semua Rawatan Gigi serta Penjimatan RM50 Bagi Rawatan Pergigian Kanak-Kanak

Menarik kan tawaran yang diberi. Elokla buat rawatan gigi ketika ada promosi ni. Rebut tawaran yang disediakan, di samping dapat menjaga dan mengekalkan gigi sentiasa sihat dan cantik..

Selalunya kita ni pergi klinik gigi bila betul-betul dah sakit je, tapi sebenarnya kita disarankan pergi buat cek gigi 6 bulan sekali. Dulu pun nad memang takut nak pergi klinik gigi, tapi bila fikir balik, kalau tak cek gigi, kita tak tau gigi kita ni bersih ke tak, sihat ke tak. 

Masalah utama gigi ni selalunya melibatkan karang gigi. Yela, kita selalu makan, jadi sisa makanan akan lekat dekat gigi. Selalu kita fikir dengan berus gigi je dah cukup bersih tapi sebenarnya tak. Bila berus tak bersih, karang gigi akan terjadi, dan bila dibiarkan, akan jadi tambah teruk. Itu boleh membuatkan mulut berbau. Kita mesti rasa tak selesa, dan orang lain tengok pun mesti tak best kan. Karang gigi ni boleh dibuat dengan scalling. Bila kita scalling semua karang gigi dapat dibuang, gigi pun bersih. Jangan takut dengan alat rawatan, yang penting kita jaga gigi kita.
 
Penjagaan gigi penting kerana ia merupakan aset yang sangat bernilai kerana bukan sahaja untuk kesihatan yang baik tetapi memberi keyakinan diri yang tinggi untuk berkomunikasi dengan orang lain.



Nak buat rawatan gigi dengan tawaran menarik ni, cepat pergi ke Klinik Pergigian My Dental Care (Medan Tuanku) terletak di No 15, Jalan Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, Kuala Lumpur dan dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

26 CAWANGAN TAHUN INI

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho pula berkata, secara keseluruhannya, kumpulan menyasarkan membuka sebanyak 26 cawangan Klinik Pergigian My Dental Care tahun ini.
Beliau berkata, pembukaan cawangan-cawangan baharu itu bukan saja dapat memberikan perkhidmatan pergigian yang lebih efiksyen dan dekat dengan pelanggan tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada graduan kesihatan.


“MALB mempunyai komitmen menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia dan ianya dapat dicapai melalui pembukaan lebih banyak klinik pergigian di bawah kumpulan.

“Malah dengan pembukaan klinik pergigian yang lebih banyak selain pengukuhan operasi anak-anak syarikat di bawah MALB, ia juga dapat mempercepatkan langkah kami untuk menjadi syarikat tersenarai dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

🦷My Dental Care Medan Tuanku
15, Jalan Medan Tuanku 1, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
https://g.co/kgs/M1zCmV

📞 +60 3-2602 0122
📱 +60 11-6340 1221

Untuk info lanjut, boleh layari
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Menarik! LeYa tahun ni pun belum buat scalling... Okay boleh grab promosi hari Malaysia ni...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2