hai assalamualaikum

Cedera Semasa Menolong - Kemalangan seringkali terjadi berdekatan dengan rumah nad. Semenjak nad tinggal sini, dah lebih 6 kali kemalangan berlaku, tapi belum ada lagi kemalangan maut. Kawsan rumah nad ni ade selekoh tajam, malam-malam mungkin diaorang tak nampak atau mabuk atau nagntuk..entahla..siang pun kadang-kadang kemalangan boleh terjadi. Semua jenis kenderaan, daripada motosikal sampaila ke lori. 

Pagi ni dalam pukul 3 pagi, bunyi bangg!!!.. Agak dah mesti ade kemalangan..sekali jenguk luar, ermm memang betul. 


Rutin suami pulak tidur lewat sebab siapkan gambar die, mengedit gambar. Dengar je bunyi berdentum die pergi jenguk tingkap. Lepas tu die pun nak la pergi tolong orang kemalangan tu. Kereta orang tu terbabas..



jadi orang ramai termasuk jejaka mafia pergi tolong angkat kereta tu daripada tempat terbabas.


Bila terbabas kat bahgian tayar tu diaorang letakla batu, dan apa sahaja benda yang boleh membantu kereta tu bergerak. My jejaka mafia pulak amik bahagian tayar nak tolak..Tiba-tiba ,pung!! Batu besar tu melantun dekat kaki jejaka mafia..perghh sakit weii..Dia cakap ngan nad macam nak pitam..jadi bawak masuk rumah..duduk kan die..Nad tengok kakinya luka tapi tak teruk..tapi mungkin bengkak..sebab dia cakap rasa nak pitam..yela bayangkan batu besar menghentam kaki..fuh..Masa tu nad terus amik air suam, tuam kaki die..lap-lap luka dia, then letak ubat..Las tu letak ais bagi kurangkan sakit..Alhamdulillah, jejaka mafia rasa kurang sikit sakit..

Benda tak dijangka akan berlaku..niat nak menolong jadi lain..huhuhu
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. alah. siannya. sila urut jejaka mafia sampai jejaka mafia boleh tidur lena.

    ReplyDelete
  2. Babyface..memg tengah urut ni...dok jaga die..

    ReplyDelete
  3. nak tolong org tapi sndiri kena.. takpe lah.. in shaa Allah ada pahala kat situ..

    ReplyDelete
  4. alahai.. kesiannya.. malang tak berbau.. niat hati baik sebab nak tolong org.. takpe2.. besar pahalanya nad.. semoga cepat sembuh yea..

    ReplyDelete
  5. Kemalangan mmg sering terjadi event saat nk tlg org yg kemalangan..xpe..smoga nad tabah mnkaga en.suami..hehe..yg penting niat baik..

    ReplyDelete
  6. Alahai sian mr husband akak.. takpe pahala besar bila kita menolong org... :)

    ReplyDelete