hai assalammualaikum


Kisah Telefon Pintar - Semua orang ada telefon pintar, sebab senang buat kerja. Tapi apa yang nad tak suka bila kita berkumpul dengan keluarga, atau kawan, time tu main telefon pintar. Sibuk dengan handphone masong-masing. Berborak, memang takla..sekejap-sekejap je. Nad tak buat macam tu melainkan hanya amik gambar saja. Tapi takdalah amik gambar dari mula datang sampaila nak balik. Amik gambar sekejap..then telefon letak tepo, borak. Nad taknak ajar anak nad, lebihkan gadjet. Kalau boleh bila bersama, habiskan waktu bersama.

Kadang baby fariza pun macam tak bagi mommynya main telefon masa dia tengah nyusu badan. Bila dia nampak mommy main handphone mula dia buat onar, ditarik- tarik masa nyusu..aduduud..dia nak mommynya pegang tangan dia masa dia nyusu..see..pandai betul..

Ini kisah sedih seorang guru yang tanda buku anak murid dia..

Seorang guru selepas selesai makan malam telah memeriksa homework yang dibuat oleh anak muridnya. Suami cikgu asyik dengan smart phone main game ‘Candy Crush Saga’.

Semasa membaca nota terakhir si isteri mula menangis tersedu sedu.

Si suami bertanya, ‘kenapa awak menangis sayang?

Apa yang terjadi?’

Isteri: ‘Semalam saya bagi tugasan utk anak murid saya untuk menulis karangan pendek atas tajuk -Apa cita - cita saya-.

’Suami: ‘OK, tapi kenapa sayang menangis ?

’Isteri : ‘Tadi semasa saya semak karangan terakhir, saya sangat sedih dan terus menangis .

’Suami dengan rasa hairan: ‘Apa yang di tulis sehingga  membuat awak menangis?

’Isteri: ‘Abang dengar’

Cita cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Ibubapa saya sangat sayangkan talipon pintar mereka .

Mereka mengambil berat dan amat sayang sangat pada talipon pintar mereka sehingga kan mereka lupa pada saya. Bila ayah pulang dari kerja walaupun dalam keletihan, ayah masih ada masa untuk talipon pintarnya bukan untuk saya.

Walaupun ibubapa saya sibuk dengan kerja lain semasa di rumah dan bila talipon pintar mereka berdering, dengan hanya sekali deringan sahaja mereka akan cepat mencapai talipon, tapi tidak untuk saya...walaupun saya sedang menangis .

Ibubapa saya main games bersama talipon mereka tidak dengan saya. Waktu mereka sedang bercakap dengan seseorang melalui talipon pintar mereka, mereka tidak pernah dengar pada apa yang saya katakan walaupun perkara yang amat penting.

Jadi, Cita-cita saya ingin menjadi talipon pintar.

Selepas mendengar karangan tersebut Si suami pun turut bersedih dan bertanya  isterinya, ‘siapa yang menulis?’

Isteri: ‘ANAK KITA’.

Tergamam si Suami.

Marilah kita letakkan ketepi  smartphone kita apabila kita bersama dengan anak-anak dan mereka yang kita sayangi !  Ajarkan juga hemah ini kepada anak -anak dan pasangan kita.

PERINGATAN BUAT DIRIKU, KAUM KERABATKU DAN MEREKA YANG AKU SAYANG
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Ketua keluarga kena set rule di mana bila berada di meja makan sama ada di rumah atau di kedai makan, telefon bimbit tidak boleh berada di tangan atau atas meja. Dan peraturan ini mesti dipatuhi. Berikan ruang anda sedikit kepada ahli keluarga. Peringatan ini adalah untuk saya juga. Sekian.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2