hai assalammualaikum

Hilang Alahan, Berada Di Zon Selesa - Alhamdulillah, sekarang berada dalam keadaan selesa, boleh masak, boleh masuk dapur, boleh kemas-kemas sikit, dan paling penting update boleh hari-hari..hahhaa. Kalau tak sebelum ni, baring je, malas, penat dan, tak boleh berdiri lama, masuk dapur pun tak boleh. Kira semua kerja tak boleh buat. Pregnant kali ni macam lebih teruk dari pregnant pertama. Tapi kadang ada juga datang alahannya. Tapi dah tak, teruk macam mula-mula.

Peliknya, kali ni minum air kosong pun tak boleh, nak muntah. Tengok makanan sedap pun biasa je..Lagi teruk miss v gatal giler..tapi nanti nad up entry, macam mana nad hilangkan gatal miss v ni.


Alhamdulillah, sekarang semua dah boleh. Bulan Ogos yang sangantt selesa dan sekarang dah masuk 3 bulan. Nad harap semuanya baik-baik je. Nak tau macam mana nad tau nad pregnant, nad ada tulis dekat SINI. Sebab tu bulan 7, nad kadang on, kadang off je online.


Buku pink pun nad dah buat. Semuanya baik-baik je masa cek. Alhamdulillah. Semoga adik Fariza, sihat dan membesar dengan baik. Rancang nak pregnant pun sebab nak bagi Fariza kawan. Kesian tengok dia sorang-sorang dekat rumah. Fariza suka, berkawan, jadi bila sorang-sorang tu, dia asyik nangis dan nak merap je dengan mommy. Harap, keluar si adik, Fariza gembira.


" Kenapa Tak Cukupkan Dua Tahun "

Masa cek dekat klinik, macam biasalah, ambil darah, tanya soalan, jumpa doktor. Nurse dan doktor yang cek nad semua tanya, " anak ke berapa"..nad jawabla " anak kedua".."anak pertama umur berapa".."anak pertama 1 tahun 9bulan"..ingat dapatla jawapan " hah bolehla buat kawan"..tapi dapat jawapan, " kenapa tak cukupkan anak dua tahun, kesian dia, baru nak bermanja"..semua nurse yang cekcopy cakap macam tu.

Eh nurse ni, janga buat kita serba salah pulak..hahhaa. Takpe, Fariza tetap nad akan manjakan dia sampai bila-bila. Anak kan,, takkanla tak sayang. Dia la pengubat hati kita kala suka duka..

Nak Berhentikan Fariza Susu Badan

Yang paling sukar sekarang nak berhentikan dia menyusu badan. Ya, nad syukur, sebab nad susukan Fariza sampai sekarang. Pengalaman yang sangat manis. Tapi bila pregnant ni, nad cepat letih bila dia susu. Lagipun untuk kebaikan baby dalam perut. Ada orang cakap, takda apa, kalau anak susu masa ibu pregnant. Nad pun serba salah,, sedih pun ada kalau dia berhenti susu badan..hahaha. Tapi kadang fikir adik Fariza, kena jagala juga. Yang tu nad tengah fikirkan. Sekarang ajar dia minum milo dekat botol air dia. Alhamdulilah, dia nak. Kena bagi susu, coklat lepas ni. Harap terima.

Paling best, bila sebut "baby" masa dia nyusu badan, dia akan usap perut mommy dia. Sebab dia nampak daddy dia buat macam tu dekat nad..hahha. Biasalah time prengant macam-macam tak selesa, dapat usapan lelaki tu lega..hahhaa. Anak nampak,, dia tau dan paham..hehehe. Sekarang nampak macam-macam perangai dia, ni..mencabar.

Banyakla lagi benda nad kena lalui. Fuh,.Mintak tolong doakan nad dan baby sihat selalu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. harap2 fariza faham yang dia bakal ada adik, anak yang nak masuk 2 tahun ni tau2 je la tantrum dia macam mana.

    moga nad diberi kesihatan yang baik sepanjang pregnant ni. amiin.

    ReplyDelete
  2. wah bestnyaa. kak nad pregnant. fariza dah dapat adik baruuu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tak mabuk dah...selesa sikit kan.mesti lepas ni kuat makan...hehehe

    ReplyDelete
  4. tahniah nad..moga dua2 sihat..aamiin

    ReplyDelete
  5. Tahniah Nad, biasalah tu, ragam mengandung setiap anak lain2...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dah lepas fasa mual muntah .. hehe thniah kak nad

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dh ok.. nurse tu sja je kan.. rezeki dri DIA untuk akak ni.. <3

    ReplyDelete
  8. Memang lega bila dah lepas fasa alahan dan mabuk² ni, akak dulu 4 bulan tak boleh makan nasi ngan minum air masak. Sekarang fasa nak tunggu beranak pulak, nak masuk 8 bulan dah. Mulalah nerves semacam, hehehee!

    ReplyDelete
  9. jaga diri Nad , takpelah rezei lagipun dah nak masuk 2 tahun dah Fariza tu ..

    ReplyDelete