hai assalammualaikum

Tempah Bisnes Kad Murah, Cepat Dan Berkualiti Dnegan BG Design Resources

Tempah Bisnes Kad Murah, Cepat Dan Berkualiti Dengan BG Design Resources - Baru-baru ni, nad baru je buat bisnes kad dengan seorang rakan, Kak Huda dari BG Design Resources.. Kebetulan masa tu bisnes kad nad memang dah habis, dan dia pulak tengah buat promosi, apa lagi, nad pun grab dan tempah terus. Murah giler ok..RM10 perbox, minimum order 3 box, free postage pulak, promosi ni sehingga 31/3 ni je. Nad pun amik terus 3 box. 1 box ada 100 keping, 3 box 300 keping. Senang ambil banyak terus, dah tengah ada promosi kan.

Design kad ikutla, nak kita punya design atau korang takda idea mintak dia design ke. Tapi semestinya nak dari kita yang design kan..hahaha. Lepas dah ok semua,details semua dah bagi, design ok, takde perubahan lagi terus Kak Huda proceed cetak dan hantar. Dalam masa 4 hari, tiba-tiba abang posmen hantar barang, tengok-tengok kad busines nad..perghh, pertama kali buat business card secepat ini sampainya, tak sampai seminggu dah sampai dekat rumah..terbaik!!!

Korang tau kan, sebagai blogger pun perlu ada business card, sebab dengan business card la kita dapat kembangkan network kita dengan orang lain. Kalau pergi event, atau tempat yang kita rasa ada potensi client yang nak berkerjasama dengan kita, business card ni la yang buat kita nampak professional. Bila jumpa client, kenalkan diri, pas business card kita dan bertukar business card denagn client tersebut. Insyallah, dengan adanya business card, client akan cari kita semula. Business card ni pun boleh diberi kepada rakan blogger kita sendiri.


Ni la hasil design untuk business card nad kali ni. Simple je, yang penting ada muka sendiri..hehehe. Nad memang cerewet sikit, yela, kalau boleh nak hasilnya macam apa yang kita nak. Kalau tak kena, ada business card pun tak guna, nak bagi orang pun segan. Tapi bila dapat, alhamdulillah, hasilnya memang memuaskan hati. Kad juga nampak berkualiti.


Warna nad pilih semestinya warna kesukaan nad, warna biru, ditambah sikit dengan warna kuning. Masa buat, memang nad cakap nak warna biru, pastu kak Huda bgaitau nak biru tekstur ke atau plain. Siap dia bagi contoh je. Jadi nad pilih biru teksture. Ada la corak sikit. Pastu mintak tambah sikit warna kuning, biar nampak cantik sikit. Biru je tak best la kan. Mesti nak dua warna biar kontra..hehee..Cerewet sangat kan nad..hahaa. Masa tu pulak, gambar nad bagi macam tak sesuai apa yang nad nak..Nad hantar yang baru dan kak Huda tetap layan apa yang business card nad inginkan dan berikan servis layanan yang terbaik. Kak Huda buat sampai nad puashati..



Ni bahagian hadapan dan belakang business card. Material card jenis standard iaitu 260gsm art card, tahan lasak, anti koyak dan kalis air. Biar nampak biasa, asalkan ada busniess card ok..hehee.

Untuk korang yang tercari-cari mana nak buat business card yang murah dan penghantaran cepat, boleh buat dengan BG Design Resources ni, nad rekomen sangat korang buat dengan kak Huda Halid.

Promosi Business Card Sehingga 31.3 2019, RM10 perbox Minimum Order 3 Box


Grab korang, jangan tak grab, Bg design resoures tengah buat promosi RM10 perbox, murah giler!! Minimum order 3 box. Ala baru RM30. Material pulak jenis 260gsm artcard (matt), pun dah nampak bagus dan berkualiti. 3 box design yang sama, dengan penghantaran percuma untuk semenanjung sahaja. Promosi business card ni sehingga 31.3.2019 ni je..Siapa nak buat tu cepat ni..tengah murah..




BG Design Resources bukan sahaja membuat business kad malah menyediakan perkhidmatan untuk membuat blog, bunting, banner, poster, logo dan pamplete untuk perniagaan. Lagi best ni ada lagi promosi berganda pada 15 Mac- 15 Mei 2019.






Hah, dah nak dekat pausa ni bolehla beli satu kan letak dekat rumah. Alang-alang tu beli sekali sampul raya untuk bagi duit raya nanti. Design sampul raya lawa-lawa, mesti orang akan simpan..hehehe..

Nak tengok contoh design lain, korang boleh tengok di facebook https://www.facebook.com/bgdesign/ atau contact terus ke nombor 010-7950473. Diaorang akan bagi servis layanan terbaik, design yang menarik dan harga yang berpatutan. Lagi bagus grab masa promosi ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

23 comments so far,Add yours

  1. banyaknya tempah..cik nor tmpah 200 xhabis2 pun lagi..hihi

    ReplyDelete
  2. nice...nak buat jugak lerr...kad skang pun da nak habiss

    ReplyDelete
  3. wahh cantiknya kad dia. memang saya tengah mencari juga yang boleh buatkan card MeSoc ni. tq awak share

    ReplyDelete
  4. wahhh ada bisnes kad. cantik pula tu kad dia.

    ReplyDelete
  5. Murahnya nad..
    Kita pun plannya macam nak buat juga kad nama sendiri walaupun blogger sendu sendu je. Hehe
    Orang kata kalau ada kad nama sendiri ni lebih berkeyakinan la sikit kan..

    ReplyDelete
  6. Wah! Murahnya harga dia. Dahlah design dan printing dua cantik! Jenis kertas pon berkualiti. Patutlah hasil printing menyerlah. Lawa kad nad. Boleh try tempah ni.

    ReplyDelete
  7. I like your choice and design of card. very nice and I love the colors too. Yeah I need new name cards too, shall check this web.

    ReplyDelete
  8. Wow.. Murah tuuu... Tpi business kad akak berlambak2 lagi. .ntah bilanya nak abih ntah

    ReplyDelete
  9. Ewah cantiknya kad die. Kite pun mmg dah plan nak buat kad baru. Macam best je kat sini. Nak try survey2 la pas ni.

    ReplyDelete
  10. Amboi putihnya muka dalam kad baru tu heheheheh tapi cantik lah mereka buat design sekali lah dan print hehehe kita punya kad pun dah banyak nak habis ni hehehe boleh lah tempah kat sini. Banyak juga produk lain yang mereka boleh buat ok lah ni bagus..

    ReplyDelete
  11. Menarik promosi nih, memang tengah survey2 jugak ni, nak tempah jugak nanti memandangkan kad sedia ada ni dah tak guna no contact yang ada dekat situ! kena update dan beli baru jerlaaa hi hi hi

    ReplyDelete
  12. Thanks for the info, i memang tengah cari printer nak buat name kad baru. Will check them out and price also reasonable.

    ReplyDelete
  13. Wah... Banyak Nad order. Senang gak order sekali banyak kan... Cantik design, harga pun ohsem! Nak order gak laaaaa

    ReplyDelete
  14. Wow kad cantik .Kualiti kad pun bagus Nak nak sekarang ada lromosi rm10/box .Yang belum beli tu order cepat cepat .Nasib baik Mimi dah beli dua box .

    ReplyDelete
  15. Kak liez pun nak buat namecard batu sbb dah tukar domainkan.. murahlah harga bisnes card Nad tu.. boleh gak nak buat utk akak sendiri.. nampak material pun bagus

    ReplyDelete
  16. Ooo buat dengan huda ye? Kak min pun buat dengan dia juga..dah repeat order pun

    ReplyDelete
  17. sekarang ni semua bisnes memerlukan kita buat business card. termasuklah blogger. bukan apa, senang untuk buat connection nanti

    ReplyDelete
  18. murah sangat sekotak RM10 tu, dah la free postage. erm macam tau je business kad BBL dah nak habis nie..kena tempah cepat la sebelum promo ni berakhir

    ReplyDelete
  19. kite suka service yang cepat2 ni.. hehe bagus..

    ReplyDelete
  20. Murah sangat lah tu akak. Emi punya business card tak habis2 lagi. Dah habis nanti nak jugak buat yg baru hehe

    ReplyDelete
  21. Lawa namecard baru :) Kawan sy baru tanya mouse mommy mana blh dpt print sampul raya yang berpatutan. Mohon nak share blog ni kat kwn saya ya.

    ReplyDelete
  22. RM10 ke per box. memang berbaloi lah. Tapi sayang namecard Lia ada banyak lagi. Kalau tak memang Lia tempah lagi kan.

    ReplyDelete
  23. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete