hai assalammualaikum

GMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan

GMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan - Haritu nad hadiri fashion show di GMBB Mall di Bukit Bintang. Kalau korang yang tengah nak cari baju raya tu, bolehlah datang ke GMBB Mall ni sebab ada banyak koleksi baju raya yang korang boleh pilih. Baju dari orang dewasa hingga kanak-kanak. GMBB Souk Raya 2019 ni akan diadakan sepanjang bulan Mei ni.

Lebih 30 jenama fesyen akan mempamerkan koleksi fesyen Raya terkini di Souk Raya bertempat di GMBB dari 1hb hingga 31hb Mei
Kreativiti menjadi tumpuan di pentas utama GMBB Bukit Bintang sepanjang bulan Ramadan Mei ini bersempena Souk Raya

GMBB, pusat membeli-belah pertama yang menjadi tuan rumah kepada acara Souk Raya 2019, pasar raya yang bertemakan konsep Maghribi pada sepanjang bulan Ramadan. GMBB sebagai penaja lokasi bekerjasama dengan AX Events and Communications sebagai penganjur. Souk Raya dilancarkan dengan pertunjukan fesyen yang menunjukkan lebih daripada 30 gaya menarik dari 9 pereka yang terkenal untuk pakaian wanita dan lelaki serta pakaian kanak-kanak.

Pertunjukan fesyen ini menampilkan rekaan siap dipakai (ready-to-wear) dan couture dari pereka tempatan seperti Shanell Harun, Raya oleh Calvin Thoo, Koleksi De Bunga Raya oleh Ridzuan Bohari, Chic Cool Chica oleh Tom Signature untuk pakaian wanita manakala Goodman dan Dato Shah Reza untuk gaya lelaki.



Lain-lain jenama pereka Kids by ASLI untuk kanak-kanak, Najla Shoes, aksesori oleh Suzanna dan bunga-bungaan oleh Bunga Lab.

Pertunjukan fesyen Souk Raya ini turut menerima kunjungan dari Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Fazarinawati Datuk Mohd Din. Lebih 300 tetamu undangan diberi kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat setiap satu rekaan unggul yang dipamerkan pereka-pereka di pertunjukan fesyen Souk Raya ini. Peraga fesyen tempatan dan selebriti-selebriti seperti Datuk Tom Abang Saufi dan Iman Zulkarnain turut hadir memeriahkan acara tersebut.



Souk Raya adalah pasar trend dan fesyen urban unik yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. GMBB ialah lokasi yang dipilih secara khusus bagi menyediakan pengunjung dan pembeli untuk merasai pengalaman membeli-belah yang berbeza. Ini adalah tahun pertama GMBB menganjurkan acara seperti ini bagi membangkitkan cita rasa artisan serta pengalaman peruncitan bebas di mana daya kreativiti menjadi perhatian utama. Dari couture hingga rekaan siap dipakai (ready-to-wear) pada harga yang berpatutan, pembeli turut boleh dapati pelbagai variasi pilihan lain seperti pakaian, kasut, tudung dan aksesori.


Pengarah Urusan AX Event and Communications, Encik. Abdul Azeez Salleh berkata di majlis tersebut, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen tempatan yang berbakat untuk memperkenalkan koleksi Raya 2019 mereka kepada rakyat Malaysia. Melakar inspirasi menerusi elemen dan komponen setiap satu rekaan, setiap koleksi mempamerkan gabungan tekstur, warna dan corak unik yang mewakili maksud yang tersirat. Souk Raya bukan sekadar platform untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan kreativiti fesyen masing-masing, ia juga turut berkongsi pandangan mengenai reka cipta pereka-pereka fesyen kepada orang ramai, sambil memberi mereka peluang untuk menubuhkan jenama dalam industri perniagaan. Inilah kali pertama Souk Raya diadakan di GMBB. Kami yakin konsep GMBB bersesuaian dengan Souk Raya dan kami berharap agar dapat menjalinkan usaha ini setiap tahun - di mana trend fesyen menjadi satu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada GMBB atas sokongan yang diberikan. "


Souk Raya berpamerkan di tingkat 1 dan 2 di GMBB. Dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan bersempena sambutan Hari Raya, pengunjung dialu-alukan untuk melawat Souk Raya 2019 dari hari ini hingga 31 haribulan setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Souk Raya dan senarai aktiviti terkini di GMBB, sila ikuti kami di Facebook (https://www.facebook.com/gmbbkl/) atau Instagram kami di (https://www.instagram.com/gmbb.kl/).


SHARE 12 comments

Add your comment

  1. lawa lawa bebudak ni pakai. ambouii

    ReplyDelete
  2. So cute. I love the children fashion so much

    ReplyDelete
  3. Allahu geramnya tengok ! Banyak pilihan dan cantik-cantik. Ni kang ada yang gatal pi tambah koleksi raya ni, kan !

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pilihan baju dia Nad.. yang si kecik pun comel sangat bergaya..

    ReplyDelete
  5. wow mcmw koleksi ada..baju kanak2 pun bkn main meriah lagi design.hehe

    ReplyDelete
  6. Wow design semua meletop untuk raya ni...meriah sangat

    ReplyDelete
  7. Wahh banyak pilihan baru raya! Nak pergilah nanti.. Beli untuk anak buah sekali tentu diaorang happy

    ReplyDelete
  8. lawa² design baju dia.. 🤩🤩

    ReplyDelete
  9. Cantiknya rambang mata tengok baju tu

    ReplyDelete
  10. comelnya model2 cilik tu, heheh

    ReplyDelete
  11. Wow! new mall i belum pergi lagi. Nanti i go check out their new stores.

    ReplyDelete
  12. Salam


    Apakah Anda mencari pinjaman?

    Nama saya Femi Otedola, saya seorang multi miliarder dan saya telah berada di industri minyak dan gas selama 28 tahun terakhir. Sekarang saya ingin memberikan pinjaman kepada orang-orang yang menghadapi masalah keuangan mencari solusi dari situasi keuangan mereka, Jadi saya harus membentuk tim profesional untuk mengelola perusahaan ini. Saya tahu apa artinya mencari dana untuk mendirikan bisnis Anda dan ketika Anda mengunjungi Bank mereka selalu meminta begitu banyak dokumen dan jaminan, Di sini kami akan meminjamkan Anda dengan suku bunga rendah, dan tanpa jaminan. Anda harus tahu bahwa kami hanya di sini untuk meminjamkan mereka yang sangat serius dan bersedia membayar kembali pinjaman.

    Kami menawarkan yang berikut:

    ~~~~ Pinjaman Kerjasama √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis Jangka Panjang (maks 40 tahun) √√√√√

    ~~~~~ Pinjaman Bisnis√√√√

    ~~~~~~ Pinjaman Pribadi√√√

    Catatan: hanya orang-orang serius yang boleh mengajukan permohonan. Jika Anda harus mengajukan pinjaman dari kami, Anda harus memahami bahwa kami di sini untuk meminjamkan Anda dan Anda harus jujur dan dapat dipercaya. Hubungi kami hari ini dan dapatkan wajah baru kebebasan finansial.

    Hubungi Kami melalui alamat Email berikut
    √√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√√
    Femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Femiotedolaloanfirm1@outlook.com  

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2