KERUSI GAMING FREAK CHAIR NAGA THRONE

in , by Nadia Johari, 00:31:00
 hai assalammualaikum

Kerusi Gaming Freak Chair Naga Throne - Hah kau, ambil, cerita pasal kerusi gaming pulak..hehee. Oh ni bukan kerusi nad punya, tapi kerusi mr mafia punya. Masa untuk bertukar kerusi lama, beli dari zaman bercinta lagi. Ingat waktu tu dia ajak pergi Ikea, cari kerusi untuk bekerja, dan waktu tu, tu la pertama kali nad tau pasal Ikea. Dah nad ni orang kampung, tak pernah la jalan-jalan KL ni, kalau jalan KL pun waktu study, tu pun pergi tempat tertentu sahaja. Bab-bab Ikea ni memnag tak tau langsung sampailah waktu tu bercinta dengan suami dia ajak. Hah terpegun kau tengok Ikea ni, sampai berangan.
 
 

 
Eh terlalut pulak, hahaha. Ok sambung cerita. Kasut yang dia beli zaman bercinta tu, dia guna sampai sekarang. Boleh tengok gambar kerusi seperti di atas. Habis semua kulit kerusi dah tanggal sikit-sikit. Kadang melekat dekat badan mr mafia, hitam-hitam belakang dia. Kerusi tu dah berpuluh tahun juga la, sekarang anak dah dua, baru rasa nak tukar kerusi. Kerusi terbaru yang dipilih , kerusi gaming tu la.

Haritu dia ajak nad pergi cari kerusi dekat Melawati Mall. Dia usha kerusi ni pun dekat website, baru pergi ke tempatnya. Kedai yang kitaorang pergi kedai Asashi Level 4 di Melawati Mall. kedai ni jual macam-macam alat komputer, laptop, perkakasan telefon semua.
 

Kerusi Gaming Freak Chair Naga Throne

Memang banyak pilihan kerusi gaming dekat situ. Mr mafia pun tak tahu nak pilih yang mana. Dia suruh nad pilih, nad sendiri pening nak pilih mana..hahaa. Apa yang pasti kerusi gaming ni selesa dan lembut. Dalam banyak-banyak kerusi nad pilih yang ada bantal dekat bahagian pinggan dan kepala, lepas tu ada kaki, sebab nad bila kita sandar takdela rasa sakit. Ada bahagian kaki, senan g nak menjulur kaki tu.

Mula, mr mafia taknak ada kaki, entah macam mana dia boleh tukar fikiran. Masa tu kerusi yang display, takda stok baru tak silap, lupa pulak. Lepas tu staff situ tunjukkan jenis sama tapi harga berlainan. Beza pun lupa apa dia cakap. 



Keputusan, mr mafia pilih Naga Throne Gaming Freak Chair ni. Memang selesa pakai, sedap duduk walaupun lama. Kerusi ni takdala panas, penting memang selesa. 



Ok ni video nad unboxing dan review berkenaan kerusi gaming ni.

Mr mafia bukan main game pun dekat PC, dia main dekat phone, tapi nak beli jugala kerusi gaming ni untuk buat kerja edit dia. Ala kerusi apa-apa pun boleh pakai kan. hehee.

Oh lupa, nad beli kerusi ni dalam RM699, dekat kedai Asashi Level 4 di Melawati Mall.
SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Cantiknya kerusi tu. Boleh buat kerja editing dgn lebih selesa.

    ReplyDelete
  2. Perghh kalau banding dengan kursi lama ko tu Nad, nampak dah canggih dah kann, nak main game sesuai tu dengan kursi gaming tu.. mau duduk terus melekat tak bangun hahahaha

    ReplyDelete
  3. Nampak lebih selesa dan solid. Kerusi gaming ni mahal tau sebenarnya. Nad beli masa promosi ke?

    ReplyDelete
  4. nampak selesa betul kerusi gaming tu....berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  5. hehhe so nad or abam yg pakai kerusi ni.. mcm nad je yg selalu duduk tulis blog

    ReplyDelete
  6. kite pun ada 1! haahah tapi brand lain la murah je RM299. So far gaming chair memang best sebab lengkp ad arm rest bagai. pendek kata wajib ada 1 kat rumah

    ReplyDelete
  7. omg this looks like the chair of my dream. great for the spine too!

    ReplyDelete
  8. Sejujurnya yanie teruja gler tengok kerusi gaming ni.. Wah best lah Nad dapat dah kerusi baru. Harga dia berbaloi gak tu.

    ReplyDelete
  9. Tu dia. Nama dia memang gah - ada Dragon ada Throne memang nampak sturdy dan gah la! Nie kalau WFH memang selesa la kan

    ReplyDelete
  10. cantik kerusinya nampak selesa je, kena la dengan harganya hahaha. design memang sesuai untuk gamers

    ReplyDelete
  11. cantiknya kerusi gaming ni. kalau saya ni gamers mesti dah beli satu. hehe tapi malangnya saya tak main game sangat. :)

    ReplyDelete
  12. Haha kemainn kerusinya. Mesti puas ari empunya badan n tdo pun mesti senyum sampai ke telinga haha

    ReplyDelete
  13. Rasanya kerusi ni bagus bukan utk gamer je, tp utk sesiapa yg selalu duduk mengadap komputer. Sebab design dia ergonomic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul. Sesuai utk sesiapa sahaja yang duduk depan pc, laptop

      Delete
  14. Boleh la share dengan husband sisyat. Tengah mencari kerusi ni jugak tu. Tapi mahal benoo regenya 😅

    ReplyDelete
  15. Cantiknya kerusi gaming ni. Nampak stylo gitu. Harga boleh tahan juga kan

    ReplyDelete
  16. Hari tu ayu.mencari juga kerusi gaming. Tapi x jadi bila fikir makin galak oula si anaqi tu main games ekeke

    ReplyDelete
  17. Selesa dan cun kerusi gaming tu. Teringin juga nak beli kerusi macam ni untuk kerja. Kalau penat boleh tido kejap haha

    ReplyDelete
  18. Nampak selesa gaming chair macam ni... ergonomically memang terbaik la.. siap ada neck and back support untuk backbone kita..

    ReplyDelete
  19. Berita gembira utk para gammers nie.. AM ada sorg mmber kaki game pubg tue.. sesuai sgt utk dia yg boleh dok berjam2 lamanya mengadap game

    ReplyDelete
  20. Nanti ada rezeki lebih nak belikan jugaklah untuk husband. Dia pun dah lama berangan angan nak kerusi mcm ni. Harga pun not bad kalau dibandingkan kerusi game jenama lain.

    ReplyDelete
  21. bahaya beli kerusi ni, kang tak kemana.. gaming jer

    ReplyDelete
  22. Memang best kerusi ni. Takdelah sakit badan update blog kt laptop. Hehe. Selesa nak pusing2 kiri kanan. Anak pon siap nak selit tepi

    ReplyDelete
  23. Haaa.. kaki main games tentu sukaklu ada kerusi mcm ni samalah dgn anak kak kejap2 tukar kerusi nak duduk selesa

    ReplyDelete
  24. Bagusnya husband Nad.. Lama guna barang.

    ReplyDelete
  25. Perghh..lain macam nama kerusi tu.

    ReplyDelete
  26. lama dah husband nigdam kerusi ni..tapi wife dia buat dek je🤣🤣🤣

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2