KOPETRO telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat iaitu program cuci masjid di Masjid Al-Hidayah Sentul dengan kerjasams Persatuan Senima

 hai assalammualaikum

Program Cuci Masjid Anjuran Kopetro Dengan Kerjasama Persatuan Seniman - Alhamdulillah, sehari sebelum Ramadan, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat iaitu program cuci masjid kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Seniman. Program ni berjalan dengan lancar dan mengikut SOP.

Program Cuci Masjid Anjuran Kopetro Dengan Kerjasama Persatuan Seniman

Program ini dijalankan menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021 di Masjid Al-Hidayah Sentul. 




Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dilakukan oleh Team KVCLEAN. Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. 
 
Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.
 
PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-3996788.

“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”



Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini.



KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia. Sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi keceriaan kepada para seniman ini.

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.
Facebook:
https://www.facebook.com/kopetroberhad/
https://www.facebook.com/lengquas.official
 

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Ramai yg berganding bahu utk naikkan brand masing-masing disamping membuat kerja amal.. terbaik..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada program macam nih, moga dipermudahkan segala urusan pada mereka yang terlibat dan diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  3. Memang bagus dan mulia program macam ni especially bulan Ramadan

    ReplyDelete
  4. Moga usaha2 sebegini ramai yg ingin turut serta buat amal kebajikan.

    ReplyDelete
  5. Bagus ada program amal mcm ni..menambahkan lagi pahala kita

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat kopetro atas program amal yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  7. Bagus program KOPETRO membantu org yg memerlukan bantuan

    ReplyDelete