hai assalammualiakum
 
Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah dan Murah - Teringat dulu, buat Aqiqah anak, sebelum adanya covid, semua urusan kenduri Aqiqah nad buat dekat kampung. Yela bila buat dekat kampung lagi meriah, ada orang tolong. Masa tu pun mintak tolong abang ipar uruskan bab kambing ni, sebab dia je yang tau mana nak cari kambing, tempat sembelih dan masak sekali. 
 
Nad ni duduk Kuala Lumpur, memang tak sempat nak buat tu semua..hehee. Nasib ada abang ipar, kita tinggal hulur duit je..hehe. Sampai masa tarikh nak buat Aqiqah, kitaorang balik kampung dan semua selesai.
 
Kos untuk Aqiqah ni memangla mahal. Selalunya seekor kambing dalam RM900-RM1000 macam tu.
Tak termasuk kos lain memang dalam tangan kena ada dalam RM2000 la macam tu. Tu kalau anak perempuan, kalau anak lelaki, mesti lagi tinggi. Biasalah kalau Aqiqah anak, nak buat kenduri tu semua, ikut orang tua la kan. Kalau buat dekat kampung memang macam-macam la nak kena buat.
 

Masalah Yang Dihadapi Untuk Menjalankan Ibadah Aqiqah Qurban

Selalunya masalah yang kita hadapi, takda masa untuk mencari kambing, tempat penyembelihan dan tempat untuk memasak bagi menjamu kepada orang. Amat sukar ya bagi yang duduk di bandar ni.
 
Masalah lain bila ibu atau baby tu ada komplikasi yang menyebabkan tidak dapat buat apa-apa lagi selagi baby dan ibu sihat. Tempoh yang sangat disyorkan untuk melaksanakan ibadah aqiqah adalah selepas 7 hari anak dilahirkan, jika tidak berkelampangan 14 hari kemudiaannya. 
 
Begitulah seterusnya. Namun tidak dinafikan adakalanya ibu terpaksa berhadapan dengan masalah komplikasi selepas melahirkan. Begitu juga bayi yang ada juga mengalami masalah jaundice dan sebagainya. Ini menyukarkan untuk ibubapa menguruskan ibadah Aqiqah anak mereka.

Sebelum pandemik pun kita akan ada masalah, apatah lagi waktu pandemik. Lagi bertambah sukar untuk kita laksanakan ibadah Aqiqah Qurban. Tak boleh berkumpul, tak boleh keluar rumah, tak boleh bersentuhan, tak boleh buat majlis, semuanya terhad. Dengan aspek keselamatan dari segi peralatan, lokasi kawasan tersebut berisiko tinggi ke tak. Ditambah pulak kos dan caj yang dikenakan makin lama makin tinggi.
 
Memang waktu sekarang mesti korang buntu nak buat aqiqah qurban kan!!

Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah dan Murah

Takpe, ni nad share tempat yang korang boleh buat Aqiqah Qurban secara online. Yes!!, Aqiqah buat secara online, semua dihujung jari sahaja, dan harganya pun tersangatla berpatutan. Nad pun baru tau, kalau dah lama tau, mesti nad buat dekat sini juga.  


Nad terjumpa dekat google, tentang AqiqahCentre.com ni, di mana semua urusan 100% dilaksanakan secara atas talian. Cara ini lebih selamat, tidak perlu keluar rumah dan hanya melihat di skrin sahaja. Masalah yang korang hadapi tadi semua dapat diselesaikan dengan mudah. Aqiqah Centre adalah syarikat milik Bumiputera yang menguruskan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah.
 



Harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan dan mampu milik dengan harga RM499. Dengan harga ni semua urusan diselesaikan oleh pihak Aqiqah Centre. Murah kan!!, takda dekat tempat lain hanya di Aqiqah Centre. Dengan harga ni sesiapa sahaja boleh buat Aqiqah dan Qurban.


Hah, walaupun dalam talian, masih lagi boleh melihat bukti sembelihan yang dilakukan melalui perkongsian video yang akan diberikan bersama dengan sebutan nama anak. Ini hanya untuk Aqiqah sahaja tidak termasuk qurban.Video akan dihantar selepas 2 hari berkerja dari hari sembelihan dan sijil dalam 30 hari. 
 
Untuk Qurban tidak disediakan video, tetapi segala urusan akan dimaklumkan di melalui email, sms dan whatsapp.





Aqiqah Centre ni telah menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah sejak tahun 2014 lagi dan sudah menguruskan aqiqah lebih 21,000 sembelihan. Jadi jangan takut, memang boleh dipercayai dan diyakini. 
 
Ramai yang telah membuat Aqiqah Qurban dengan Aqiqah Centre, tengok sahaja review yang diberi pelanggan semuanya beri komen positif seperti servis semua bagus, senang, urusan semua berjalan dengan lancar. Artis pun ada buat servis dengan Aqiqah Centre. Nampak kan semua berpuas hati dengan Aqiqah Centre.
 

Paling menarik setiap peserta Qurban akan terima satu sijil kayu premium Aqiqah Centre. Selain sijil, anda juga akan terima satu lagi hadiah istimewa. kalau buat sendiri takda dapat ni semua..hehee.
 
Menurut istilah hukum syarak  aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. 
 
Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Aqiqah yang afdal adalah pada hari ke-7, ke-14 dan ke-21 kelahiran anak. Jika terlepas hari-hari afdal, boleh laksanakan aqiqah pada bila-bila sahaja.

 
Hah, kalau ada yang nak buat Aqiqah untuk anak, tu cepat-cepat Daftar Aqiqah  Qurban 2021 dengan AqiqahCentre.com , mudah, selamat dan harga pun berpatutan, hanya RM499 sahaja. Hari Raya Haji pun dah nak dekat, boleh juga tempah dekat sini.
 
Untuk pertanyaa lanjut boleh layari  
SHARE 25 comments

Add your comment

  1. kak azni pun selalu buat online sahaj nad. Senang. skrg tgh pikir nak buat lokal or luarnegara

    ReplyDelete
  2. Senang kan, suka sbb dia ada sekali include video dlm pakej, sijil dia pun unik. Boleh jadikan hiasan kt rumah gantung ke kan.

    ReplyDelete
  3. sekarang semuanya mudah..secara online je. tak perlu risau dah nak cari mana macam dulu. Bagus juga pakej die ni

    ReplyDelete
  4. Ramai jugak yang recommend buat qurban atau aqiqah dengan Aqiqah Centre ni . Nanti nak discuss dengan husband tu qurban this year. Join sini pun ok gak. Trusted!!

    ReplyDelete
  5. Memang cari yg murah je kalau nk tgk pd ekonomi skrg ni. Ok la bole buat online pulak tu

    ReplyDelete
  6. Mudah sekarang ni nak buat aqiqah n qurban.. pengagihan daging pun diorang uruskan.

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah, ia satu alternatif di zaman pendemik ini, Semoga ibadah kita di terima oleh Allah. Semoga program ini mendapat sambutan dari rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Eid Al-Hajj coming soon. This is a good service by Aqiqah Centre. Thank you for sharing this information with me, Nadia. Wish you good.

    ReplyDelete
  9. mudahkan urusan waktu2 covid ni

    ReplyDelete
  10. harga tu sangatlah berpatutan, buat kat tanah suci pulak kan. berbaloi2

    ReplyDelete
  11. Ada beberapa orang kawan Rawlins dah guna khidmat diorang dan berpuas hati. Dalam keadaan pandemik ini, lagi afdal cara gini kan

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing this nowadays many things can be done online, including Aqiqah

    ReplyDelete
  13. Mudah dah kan lagi rasa value dan rasa dekat dengan Allah bila aqiqah tu bila buat di tanah suci dan ada bukti yang tak boleh dipertikaikan lagi. Nanti nak bagitahu dekat anak buah buat aqiqah dengan aqiqah centre jer.

    ReplyDelete
  14. Terbaik, ramai pengguna servis ni rupanya ya? Boleh dijadikan rujukan di masa akan datang. Tq for sharing

    ReplyDelete
  15. Memang ramai guna Aqiqah Centre ni. Cuma itulah tak ramai hamil sekarang ni. Populasi kelahiran bayi juga menurun. Kadar kematian orang tua meningkat. COVID-19 ni benar-benar berlaku. Moga yang ada baby jangan la bg org ziarah dan cium. Majlis Aqiqah buat online aje. Tolonglahhh

    ReplyDelete
  16. Senang dah sekarangkan, janji niat dan tujuan tu sampai, tak kisah laa online pun, kemudahan dah ada.. anak sedara Sis pun adik buat melalui aqiqah ni..

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni memang semua buat secara online dan juga memang dah susah nak buat Aqiqah atau Qurban secara fizikal sebab covidkan lagi pun cara ini lebih mudah nak urus dan juga segalanya selesai dengan cepat dan diberikan pada yang betul-betul memerlukan luar sana bagus...

    ReplyDelete
  18. bab harga mmg tak dinafikan lebih murah.. senang la ibu bapa nak tunaikan ibadah aqiqah.. sgt bermanfaat entry nie..

    ReplyDelete
  19. Zaman skrg mudah sgt kan... Semua dhujung jari. Aqiqah pon xterlepas pndg.

    ReplyDelete
  20. Sekarang semua online, bgus juga, kalau tak, jenuh lelagi zaman pandemik ni, susah lah nk buat aqiqah kt rmah

    ReplyDelete
  21. Aqiqah suraya pun kak ana guna aqiqah centre ni.

    ReplyDelete
  22. Senang ada cara online camni, harga pun murah!

    ReplyDelete
  23. Sejak pkp kita mmg susah nak buat apa2 aktiviti majlis terutamanya utk aqiqah anak, nadib baik ada khidmat Aqiqah Qurban Secara Online sg skt semua urusan settle

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2