CEPAT TERASA PANAS KETIKA MENGANDUNG

in , by Nadia Johari, 12:20:00
hai assalammualaikum

Cepat Terasa Panas ketika Mengandung - Oh kuala lumpur, kenapala kau panas sangat..huhuhu..silalah hujan untuk dua hari ka, tiga hari ka, bagi daku sejuk sikit..pokok dah ler takde...jalan raya je ada..kenderaan sana sini..hari-hari mengadu dekat mr mafia..

"bang jomla cari rumah yang tak sesak dan panas macam ni"
"bang panasla, dah mandi pun panas"
" panasla bang, malam pun panas, tak tahan tidur, dengan baby bergerak lagi, bahang sangat ni, dah kene kipas pun panas"

Hahhaha..terpaksala si suami mendengar bebelan ku bila terasa panas..aircond pun akdok..pasang kang naik pulak bil letrik..kihkih..tak kiasah duduk kuala lumpur ni tapi asalkan rumah tu sesuai sikit, macam bukan depan jalan raya ke, depan tu adala taman permainan, ada pokok-pokok sikit, redupla sikit..barula tak berapa panas..dan tak bising dengan bunyi kenderaan..kalau korang tau rumah nad sekarang..fuh..memang mencabar hidup ni, lagi-lagi waktu malam..tapi disebabkan lama-lama dah biasa, buat tak tau jele..


Sejak mengandung ni panasnya lain macam,mungkin dengan prut yang semakin membesar..kadang-kadang kipas nad conquer sorang-sorang..hahaa..Dah duduk denagn tenang pun kadang-kadang keluar peluh..lagi-lagi dekat bahagian bawah payudara..sebab kadang-kadang badan terlipat..

- mungkin disebabkan peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

- tubuh wanita mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

- Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan.


Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. betui tu panas sungguh sekarang ni..walaupun usia kandungan dah masuk 39 minggu..

    ReplyDelete
  2. minggu ni da masuk minggu ke 36, semalam pun tersangat la tak selesa nak tidur sebab panasnya berpeluh macam pergi berjoging..huhu~

    ReplyDelete
  3. mmg akan rasa panas.. tpi panas masa mengandung ajar kita panas masa berpantang gak nanti.. hehehe...

    ReplyDelete
  4. mmg camtu org mengandung kan..huhu..sabar je la~

    ReplyDelete
  5. yup betul orang mengandung cepat panas. bukan setakat suhu badan panas tapi hati pun asyik la nak panas je. hahahah

    ReplyDelete
  6. yup, mengandung memang extra panas dari orang lain. :)

    ReplyDelete
  7. Stay strong, sabar dan exercise banyak.... jaga diri baik baik.. hugs

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2